Friday, July 28, 2017

Bestnya Cipta Gift Comel Dengan Printcious

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

printcious gift


Suka tak kalau orang bagi hadiah sweet ada muka kita dengan yang tersayang? Perempuan dan hadiah memang tak dapat dipisahkan. Kalau Cik Timm dapat gift macam tu confirm cair! Kadang-kadang terfikir, mana diorang buat tu? Kalau kedai hadiah biasa pun tak dijual.


Pernah dengar tentang personalised gift? Personalised gift adalah hadiah atau cenderahati yang kita sendiri cipta dengan memasukkan nama penerima atau mesej peribadi di hadiah tersebut. Kengkonon korang punya 'touch' atau sentuhan peribadi untuk hadiah tu. Pemberian hadiah ni menunjukkan yang kita sentiasa ingat dengan seseorang tu tau. Tambahan pula, hadiah tersebut khas kita buat untuk seseorang, nampak eksklusif dan lebih bermakna. Senyum sampai ke telinga orang tu!


printcious gift


Dengan adanya Printcious, anda dapat mencipta dan menyediakan hadiah yang comel untuk keluarga, kawan-kawan atau pasangan anda. Website ini juga menyediakan pelbagai barangan comel yang boleh dipilih seperti mug, tshirt, button badge, phone case dan sebagainya. 


printcious gift

Ha, kalau korang cari doorgift perkahwinan atau birthday pun boleh juga cari di sini. Selalu kalau kita balik dari kenduri, mesti masing-masing bawa balik cenderahati dari tuan rumah. Kebiasaannya orang buat button badge atau magnet. Kalau orang di luar sana masih mencari-cari bolehlah cuci mata di sini. Siap boleh customise mengikut citarasa sendiri.


printcious gift

Rasa macam susah?  👆 Aplikasi dalam Printcious ni memang sangat mudah. Kalau kita tak pandai aplikasi photoshop pun tak ada masalah.


Anda cuma pilih barang hadiah yang anda suka. Contoh Cik Timm pilih cushion cute bentuk love ni! Lepas tu, boleh masukkan gambar yang anda mahu sama ada dari simpanan mahupun dari media sosial. Senang kan? Lepas tu, boleh masukkan caption dalam text. 


printcious gift



Contoh lain yang Cik Timm asyik nampak dalam kepala ialah bantal comel yang orang letak sebagai hiasan di photobooth atau bilik pengantin macam bawah ni 👇


Comel kan? Banyak lagi yang korang boleh buat kalau kreatif. 
printcious gift


Kalau dah tak ada idea, boleh tengok contoh lain yang disediakan. Mudah sangat.


printcious gift

Semuanya di hujung jari sahaja. Selain itu, Printcious sentiasa ada promosi potongan harga yang menarik setiap kali adanya sambutan seperti Mothers Day, Valentines dan lain-lain. Best kan? Seiring dengan tagline yang comel, Printcious "Precious Gift From Your Heart". Yang penting kita ikhlas memberi 💋


Untuk kaedah pembayaran, kalau rasa malas nak berpanas di luar, anda boleh menggunakan online banking je. Ataupun kaedah manual dengan menggunakan mesin CDM ataupun ATM bank Maybank. 

Selain itu, untuk kos penghantaran di semenanjung hanyalah serendah RM10 dan RM15 untuk Sabah dan Sarawak. Bagi menjimatkan kos penghantaran, apa kata anda shopping lebih dari RM70 sebab kos penghantaran anda adalah PERCUMA! Tetapi hanya untuk semenanjung Malaysia. 

Sekiranya ada masalah dengan produk contohnya pecah, koyak atau kecatatan anda tak perlu risau. Semuanya akan digantikan semula dalam masa seminggu selepas menerima barang anda. Hanya email ke feedback@printcious.com untuk sebarang pertanyaan. 

Jadi apa tunggu lagi? Jom dapatkan hadiah untuk kesayangan anda di Printcious


Untuk keterangan lanjut, anda boleh ke sini;
Website: www.printcious.com
Fb: https://www.facebook.com/printcious
IG: https://www.instagram.com/printcious
Email: ask@printcious.com
Read More

Tuesday, July 25, 2017

Starbucks Coffee 'Hipsturr' di Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Cik Timm sebenarnya tak reti pun nak minum di Starbucks ni, selalu kawan yang tolong belikan. Secara kebetulan hari tu Cik Timm berjimba dengan Kak SYM & Yana, diorang bawa minum-minum di sini. Katanya Starbucks ini terletak di tepi pantai. 


Tempat parking memang disediakan, khas untuk pelanggan sahaja. Masuk je tempat ni memang wau!! Pelanggan tidak terlalu ramai, persekitaran cafe pun cantik je tersusun, tandas pun bersih. Terkelip mata Cik Timm tak reti nak order tau, tapi favourite memang green tea. Diorang ada promotion minuman frappucino baru, memang recommend!



Di luar cafe lagilah cantik sebab tepi pantai! Cik Timm ni dahlah pantang dengan pantai+laut ni. Nasib baik panas, kalau tak Cik Timm nak terjun dalam laut tu hah. Kami duduk di tingkat atas, sambil ambil angin dan bersembang-sembang. 


Ha, inilah main attraction dekat sini, kerusi santai tepi laut atas pasir pantai. Santai betul tempat dia. Tempat ni terbahagi kepada bahagian dalam ber'aircond' yang menempatkan sofa dan kerusi biasa, kawasan pergola yang berkipas, tempat duduk yang berpayung dan aras paling tinggi yang kami duduk ni. 

starbucks, pulau pinang, batu ferenggi

Jadi, kepada penggemar Starbucks di luar sana yang tinggal di Pulau Pinang boleh berkunjung di sini. Alang-alang main di pantai Batu Ferringhi, boleh singgah ke sini untuk tea break. Tepuk dada, tanyalah selera 👀



Untuk pertama kali Cik Timm bersua muka dengan Kak SYM dari blog Siti Yang Menaip. Selalu berhubung dalam group WhatsApp dan komen blog je. Jumpa seorang lagi rakan baru dalam dunia blogger ni. Terima kasih Kak SYM menjadi driver kami hari tu. Btw, terima kasih Kak SYM untuk semua gambar cecantik ni tau! 

Starbucks Coffee Batu Ferringhi
69, Jalan Batu Ferringhi,
11000 Batu Ferringhi,
Pulau Pinang.
Read More

Saturday, July 22, 2017

Sealife Inn Pakej Penginapan Lengkap di Pulau Perhentian

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
sealife inn, pulau perhentian, terengganu, kampung pasir hantu
Bagi yang mencari penginapan yang sesuai untuk bercuti di Pulau Perhentian, boleh menginap di Sealife Inn. Cik Timm ambil pakej RM340 PER PAX. Kalau ramai-ramai boleh duduk dalam bilik macam dorm. Kami stay bilik untuk 2PAX, bilik pun biasa tak ada peti ais dan tv, tapi ada air-cond.
pulau perhentian, terengganu, sealife inn
Pakej kami termasuk makanan, breakfast, lunch & dinner. Termasuk juga dengan snorkeling di hari kedua tu. Dan juga tambang bot pergi dan balik. Kiranya kalau hampa betul-betul jimat. Duit yang keluar cuma RM340+RM20 (kincir angin)+RM5 (taman laut fee). 
sealife inn, pulau perhentian, terengganu
Bilik kami best sebab buka tingkap je nampak laut. Cuma selimut yang provided nipis je, air-cond punya sejuk. Hehe. Kemudahan lain yang ada macam tempat seterika, toilet disetiap level, tingkat bawah sekali pula ada kedai serbaneka yang ada kemudahan topup air masak. Tak payah nak beli air mineral banyak-banyak kan. Tuala dan sejadah ada cuma sabun dan shampoo beli sendiri tau.

kampung nelayan, pulau perhentian, terengganu
Seterusnya, lokasi Sealife Inn terletak di Kampung Nelayan atau lebih tepat di Kampung Pasir Hantu, Pulau Perhentian Kecil. Kawasan sini paling strategik sebab semua kemudahan ada, kedai makan murah, balai polis, sekolah rendah, kedai runcit, masjid pun ada! Lagipun sini kawasan kampung, siap ada signboard dilarang memakai pakaian seksi! 
sealife inn, pulau perhentian kecil, pulau perhentian
Memang Cik Timm recommend korang stay sini kalau bercuti di Pulau Perhentian. Aktiviti snorkeling pula memang akan stop lunch di sini. Kami senanglah, naik makan, lepas tu balik bilik untuk solat dan rehat sementara nak sambung snorkeling. 
Untuk keterangan lanjut:
WhatsApp: +6014 212 8764
IG: sealifeinn
Website: www.perhentiansealifeinn.com
Read More

Friday, July 21, 2017

DAY 1: Tempat Wajib Dilawati di Pulau Perhentian, Wind Mills (Kincir Angin)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lokasi: Pulau Perhentian
Tarikh: 15 Julai 2017

Hai semua!
Cik Timm recommend hampa kalau nak ke Pulau Perhentian ambil bas Ekspress Perdana. Sebab? Dia hantar terus ke jeti Kuala Besut sebelum dia stop di Terminal Bas Kuala Besut. Senang sangat tak payah susah-susah nak jalan ke jeti. 


Dari Kulim-Kuala Besut dalam 8 jam lebih. Cik Timm sampai dalam Subuh, dalam 15 minit tu Kak Sue pula sampai dari Kuala Lumpur. Haa, kami naik bas asing-asing, jumpa di jeti Kuala Besut je. Azan Subuh je kami berjalan sikit ke surau yang berdekatan. Boleh gosok gigi, basuh muka, nak tukar baju ke?


Lepas tu, sementara nak menunggu bot pukul 8am, kami breakfast dulu kedai depan jeti tu. Macam-macam lauk ada, nasi kerabu ada, nasi lemak, nasi biasa, uihh memang terbuka selera tengok aih. Kak Sue hentam nasi kerabu, Cik Timm nasi lemak!


Urusan bot kami Encik Ismail uruskan. Tapi tiket nak masuk taman laut kena beli sendiri ya. RM5 seorang.


Lama juga menunggu sampai mengantuk. Banyak ejen dok tanya kita ni nek dengan ejen siapa. Pakat-pakat cari customer under diorang. Then, Encik Ismail call suruh tunggu sementara nak menunggu lagi yang lain-lain. Lepas tulis nama dalam satu borang, kami naik bot menuju ke Pulau Perhentian. Ada pasangan baru kahwin, family 3 orang dengan student lelaki dalam 5 orang naik bot sekali kami.


Gambar kat atas tu selepas bot kami nyaris-nyaris nak terbalik! Amboi, macam mat rempit bawak bot tau. Cik Timm sampai speechless sebab terkejut. 😨
Sampai jeti hati memang terpaut dan jatuh chenta dengan air laut dia kebiruan jernih sampai nampak ikan comel-comel bawah tu. Geram nak terjun! 


Sampai jeti, jumpa Encik Hakim dari Sealife Inn. Sementara tunggu check-in bilik, kami letak beg dulu dalam ofis. Kami dua minum-minum dulu di Medan Selera depan chalet tu sambil ambil angin. Mata memang rabak sangat, mengantuk! 

Pukul 10.30am baru check-in bilik dan terus kami dua terbongkang tidur sampai tengahari. 
Sedapnya makanan dekat sini, haa kami punya pakej termasuk makanan. Kami cuma turun di kantin. Semua makanan dah sedia. 

Kenyang lunch kami golek-golek sementara tunggu Zohor dan pukul 3pm. Sebab kami nak berjalan-jalan di Kincir Angin. Tips seterusnya, waktu nak ke sana, pakai terus baju yang boleh bawa mandi. Encik Hakim bagitau Long Beach tempat best kalau nak mandi laut. 


Long Beach, jejaka yang mai sini sila jaga pandangan mata anda ok. Bak kata abang tour guide kami, siang-siang Long Beach, malam-malam jadi 'Wrong Beach'. Jangan terjojol keluar mata sebab ramai omputih berjemur dan berbikini di sini. Sabar jelah. Ada pondok jual air kelapa RM8 sebijik? Amboi, mahainya! Tiba-tiba rasa beruntung stay Kampung Nelayan


Boleh tahan track dia, nasib baik 2 hari lepas Cik Timm baru je lepas hiking Bukit To'kun buat kali kedua. Hehehe. Jejaka-jejaka depan kami ni naik bot sekali kami. Ha, lupa pulak untuk aktiviti ni asing dari pakej tau. Kena bayar RM20. Lagi satu, kami ada abang tour guide bawa kami ke sini. Cik Timm hiking pakai slipar jer, hentam je labu. 

Memang ada 3 kincir angin yang besar atas tu. Tapi, perjalanan bukan semata-mata nak tengok tu, tapi  ... 👇 ...


Hilang segala penat lelah tengok pemandangan cantik macam ni!








Bayangkan telefon buruk Cik Timm pun dapat gambar yang cantik di sini. Tambah kalau anda semua pemilik telefon or camera cantik-cantik. Memang tempat yang mempunyai view cantik. Hilang semua lelah hiking tadi. Subhanallah! Memang terpukau. Tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Kepada sesiapa yang ke sini, wajib datang Kincir Angin ni tau!

Pukul 5pm kami dah turun, petang-petang gini baru ramai yang hiking rupanya. Bot balik pukul 6pm, so kami ada masa sejam untuk berendam mandi laut. Yea! Cik Timm dah standby seluar untuk mandi kat dalam. Londeh je, kan senang. Jangan bawak banyak barang hokkeh. Buat penat je nak bawa ke hulu hilir. 


Dah balik Kampung Nelayan, perut lapar sebab baru lepas mandi. Sambaq fishball a.k.a lok ching sambil main-main tepi pantai. Dinner lambat lagi pukul 8pm. 

Malam selepas dinner, kami lepak-lepak tempat medan selera sambil bersembang ditemani bunyi ombak. Syahdunya~ sampai Cik Timm terlena dengar bebelan Kak Sue 😆
Balik bilik Cik Timm terus terlena dengan nyenyaknya sampai esok pagi. 

Kak Sue pula tak boleh tidur sebab dia cakap bilik sebelah bising-bising sambut apa ntah. Agaknya sebab dah last day kot. Diorang macam ada team building punya aktiviti. Cik Timm dah hilang masuk di alam mimpi. 

Entry lain tentang Pulau Perhentian, meh ke bawah ni 👇

Puasnya Bercuti di Pulau Perhentian

Read More

Thursday, July 20, 2017

Puasnya Bercuti di Pulau Perhentian!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

pulau perhentian, turtle, terengganu

Hai semua!
Cik Timm baru saja balik dari bercuti. Bercuti di mana? Di negeri pantai timur, Terengganu. Buat pengetahuan semua, Cik Timm tak pernah sampai pun di Terengganu. Kiranya 1st time ke sini.
kampung nelayan, kampung pasir hantu, terengganu
Memang berbaloi ke sini, dan bercuti di Pulau Perhentian. Planning jangan cerita, memang last minute punya kerja. Kak Sue geng CiK Timm bercuti di Pulau Pangkor yang ajak. Memandangkan Cik Timm memang ada planning nak bercuti selepas raya, kiranya bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Memang YESS!!
Pulau Perhentian, terengganu
Semua tiket dan booking adalah dalam 2 minggu sebelum tarikh kami bercuti. Punya kalut kami dua tengok tiket bas dengan pakej yang disediakan. Banyak juga blog yang Cik Timm selongkar untuk memastikan chalet tu ok dan tak ditipu. Terima kasih kepada sayaiday.comsayaiday.com sebab berkongsi tips yang sangat berguna!
pulau perhentian, lata air berani, terengganu
 
Dalam masa tu, Cik Timm tanya juga kawan-kawan lain yang nak join. Tapi, bila last minute planning ramai yang susah nak apply cuti. Jadi, kami berdua je honeymoon di sana selama 3 hari 2 malam. Alhamdulillah walaupun 2 orang je happening macam 10 orang tau. 
kincir angin, wind mills, pulau perhentian, terengganu
InSyaAllah Cik Timm akan berkongsi tempat menginap, benda yang best disana, dan tips yang menarik! Pastinya Cik Timm terpegun dan terpesona dengan lautnya yang biru dan jernih. Memang jatuh cinta dengan Pulau Perhentian. Sampai sana, benda pertama dalam fikiran, nak mandi laut! Dari hari pertama hingga kedua berendam je sampai tanned kulit. Biar burned kulit, asal puas hati!
STAY TUNED!
Read More

Lirik Lagu Separuh Mati Ku Bercinta OST Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin dari Dayang Nurfaizah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Cik Timm layan cerita terbaru di TV3, Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin pula. Lagu OST pula dari Dayang Nurfaizah, memang penyanyi favourite! Terus layan cerita ni tau. Lagunya memang kena dengan cerita tersebut. Jom layan~

Tajuk: Separuh Mati Ku Bercinta
Penyanyi: Dayang Nurfaizah
Komposer & Lirik: Ajai

Kesepian hening malam
Bawah sang bulan menemani
Kekosongan ini

Ku dengar kau bahagia
Menitis air mataku
Ku kesedihan

Ooo..

Kau telah pergi tanpa cinta
Yang sebenarnya ada bersamaku
Ku simpan hanya untuk dirimu

Di mana perginya setia
Ke mana hilang katamu
Akulah yang dinamakan kekasih
Hatimu untuk selamanya

Di mana saat indah
Ke mana perginya semua
Kala ku lafazkan kata cintaku
Separuh mati ku bercinta

Ooo..

Tiada lagi suaramu
Tiada lagi kau memelukku
Hilang semua

Manisnya cinta
(cinta)
Whoo..

Kau telah pergi tanpa cinta
Yang sebenarnya ada bersamaku
Ku simpan hanya untuk dirimu

Whoo..
(di mana perginya setia)
Whoo..
(ke mana hilang katamu)

Akulah yang dinamakan kekasih
Hatimu untuk selamanya

Di mana saat indah
Ke mana perginya semua
Kala ku lafazkan kata cintaku
Separuh mati ku bercinta

Whoo..
(di mana saat indah)
Whoo..
(ke mana perginya semua)

Kala ku lafazkan kata cintaku
Separuh mati ku bercinta

Whoo..
Whoo..



Read More

Wednesday, July 12, 2017

Gambar Raya 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Tak terlambat lagi kan? Masih lagi dalam bulan Syawal. Cik Timm belum settle lagi puasa 6. Upss, hampa semua puasa 6 tak?



Raya tahun ini gambar famili dengan golongan bujangss & famili Abang Mie je. Kakak sulung dengan Kak Yu balik kampung suami masing-masing.

Gambar sweet, peluk-peluk pun dengan anak bulus je tatkala tengok orang lain bergambar berkepit suami or anak. Sadisnya, haha!



Ramai keluarga berkunjung dari pagi sampai ke petang. Tengahari Cik Timm sempat curi masa ke Sunway Carnival. Hantar makanan dekat budak-budak tu. Kesian ramai customers sampai tak sempat nak sarapan pun. Depa bagitau ada golongan ni balas dendam sebab bulan puasa tak dapat makan di sini. Alahai, bertabahlah anak-anakku. 

Rumah Cik Timm tahun ni, bermula dari raya pertama sampai raya ketiga orang berkunjung non-stop. Memang dahsyat tahun ni meriah dengan keluarga. Raya kedua petang tu Cik Timm beraya rumah kawan-kawan rapat area Kulim ni. Raya ketiga ikut kakak sulung beraya di Kepala Batas. 

Ya, Cik Timm cuti dari raya pertama-ketiga. Lepas tu kerja balik sekejap dalam seminggu sebelum bercuti selamanya. Hahaha!

Mai tengok sikit gambar keluarga raya anda, mesti meriah kan??
Read More

Sunday, July 09, 2017

Bagaimana Cara Mudah Topup Prepaid Astro Njoi?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sekarang semuanya hanya dihujung jari, disebabkan kemalasan ke sana ke mari untuk mencari kad topup NJOI. Cik Timm akan menunjukkan cara mudah topup prepaid NJOI dengan menggunakan Maybank2U.
Macam biasa LOG IN akaun maybank anda. Cari --> All Buy Online --> Internet Prepaid --> Astro Njoi --> Jumlah yang anda mau --> Request TAC


Simple saja, nanti nombor siri topup yang banyak-banyak tu akan dihantar ke nombor telefon anda. 
Lepas tu, SMS 111<no IC><no yang dia bagi> ke 33310
Untuk cek balance topup, SMS 000<no IC> ke 33310
Seterusnya bolehlah buka channel 200 di kaca TV anda untuk membeli siaran berbayar yang anda mahu. Lebih jimat kan? Dulu membazir sangat beli Astro biasa, dahlah masing-masing busy kerja. TV langsung tak buka. Mak pun tengok RTM dengan TV3 je. Tepuk dada, tanyalah selera anda selesa yang macamana. 
Dekat rumah Cik Timm sekarang ni, TV bawah guna Astro NJOI. TV bilik abang guna MYTV yang free sebab mak dapat. Kiranya rumah Cik Timm dah tak wujud aerial TV yang terjulur tu. Ada piring je, hehehe..
Read More

Saturday, July 08, 2017

Mencari Bagpack Murah & Trusted di Bagpackgarage

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Ada yang bertanya Cik Timm shopping bagpack cute warna biru tu dekat mana. Cik Timm beli online je dari instagram Bagpackgarage. Risau jugak nak beli dekat instagram ni, kadang-kadang ada yang kena tipu. Nasiblah uncle ni ada banyak feedback dan testimoni, kira trusted dan redha jelah kalau apa-apa jadi. 

Cik Timm beli tahun lepas dengan harga RM150, sekarang murah lagi tau RM140 je! Memang ramai wanita jatuh hati dengan Karrimor Airspace 35+5 dan berkapasiti 55Liter. Disebabkan pilihan warna dia yang striking, tak terlalu besar, tak terlalu kecil dan senang dibawa untuk golongan wanita cute macam Cik Timm ni hah. 


Dalam setahun Cik Timm guna memang dah bawak beg ni merata-rata, Pulau Pangkor, Pulau Langkawi, Kuala Lumpur dan insyaallah dalam perancangan ke Pulau Perhentian. Kita tengoklah beg ini akan bertahan lama mana. Hohoho..

Berkenan juga?

Boleh dapatkan di sini 👇

Instagram: Bagpackgarage
WhatsApp: 0179789389

Mood travel sudah mari~
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com