Thursday, June 25, 2020

PG Mall Online Shopping Birthday Sale

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Dalam masa PKP ni makin ramai pengguna online shopping ni kan, daripada tak pandai beli online, terus laju je tangan tu klik itu ini untuk membeli belah. Selain dari itu, disebabkan norma baru yang menyediakan SOP baru seperti perlu beratur  sebelum membeli, pemeriksaan suhu badan, pemakaian mask muka dan sebagainya menyebabkan kita sebagai pengguna merasakan agak leceh dan mengambil masa. Namun kita perlu akur dengan norma baru ini untuk mengelakkan virus Covid-19 dari terus menular dan merebak.



Online Shopping PG Mall

Korang pernah dengar tentang PG Mall? PG Mall juga merupakan salah satu dari online shopping yang terkemuka di Malaysia. Salah satu keistimewaan PG Mall adalah mereka merupakan satu-satunya online shooping yang mengetengahkan jualan dari pasaran tempatan sahaja. So, korang tak perlu bimbang dengan kos penghantaran antarabangsa atau perlu menunggu barang yang dipesan dengan masa yang lama. 

Kalau korang nak tahu, PG Mall merupakan antara Top 3 dicalonkan dalam Iprice Insight dimana menunjukkan mereka adalah antara e-commerce yang sentiasa digunakan oleh rakyat Malaysia. Korang boleh ke link ini untuk sumber rujukan, https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/

PG Mall Birthday Sale

Untuk meraikan sokongan dari semua pengguna, PG Mall akan mengadakan PG Mall Birthday Sale pada 29 Jun sehingga 5 Julai 2020. Terdapat banyak promosi yang disediakan khas untuk anda. Antaranya 10% off untuk setiap pembelian berjumlah RM50 dan 20% off untuk pembelian berjumlah RM60.

Bukan itu sahaja, untuk pengguna setia PG Mall anda boleh membeli-belah dan FREE DELIVERY jika pembelian berjumlah RM60. Manakala untuk pengguna baru, anda hanya perlu membeli dengan harga RM30 untuk mendapatkan penghantaran secara percuma. Selain itu, PG Mall akan menyediakan Super Killer Deals dengan harga jualan barang serendah RM0.99! 

Bagi korang yang suka share referral link, rajin-rajinkan juga berkongsi code referral dengan kenalan dan keluarga anda kerana ada ganjaran juga untuk anda tau! 

Untuk top referral anda berpeluang memenangi PG Gold atau emas seberat 1kg! Tempat kedua pula akan mendapat C-wallet berjumlah RM100. Manakala tempat ketiga berpeluang mendapat C-waller berjumlah RM50. Jangan lupa untuk share sebanyak mana yang mampu, mana tahu terselit rezeki untuk menang!

Hei, bukan itu saja, ada lagi satu peluang untuk korang cuba! Cara dia sangat senang dan boleh memenangi Emas seberat 0.5gram tau. Caranya korang perlu menonton FB live PG Mall setiap hari dan mereka akan membuat cabutan bertuah. 

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari;
Website : www.pgmall.com
IG : PGMall.my
FB : PG Mall Malaysia



Read More

Wednesday, June 24, 2020

Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamamu Tular di Kedah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua! 



Kedah, 18 Jun 2020 – Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati 

rakyat Malaysia telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif pantri #AyamBersamaMu di 13 buah komuniti

 

Di Kedah, Pusat Jagaan Insan Kesayanganku berganding bahu bersama 

Ayam Brand mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai 

konsep ‘Ambil apa yang perlutinggal apa yang boleh’. Pantri kalis cuaca 

tersebut dibekalkan dengan barangan keperluan harian seperti bekalan 

produk Ayam Brand. Ia dipasang di luar kawasan halaman untuk 

membolehkan penjarakan sosialdan terbuka kepada umum 24 jam. 

 

Para petugas dan penduduk setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej. Usaha mereka telah menularkan inisiatif ini

 

Para sukarelawan membalas jasa baik mereka dengan menyediakan 

hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala dengan kari 

sardin dan salad buah makaroni


Sukarelawan-Rozita Abu Hassan menghantar makanan berasaskan Ayam Brand ke Pusat Jagaan Insan Kesayanganku

Rozita Binti Hasan turut menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak sebagai sumbangan beliau kepada pantri komuniti tersebut

 

Terdapat banyak mesej dalam aplikasi WhatsApp secara berkumpulan 

oleh penduduk setempat berkenaan pantri makanan tersebut dan 

barangan yang diperlukanPusat Jagaan Insan Kesayanganku telah 

banyak membantu penduduk di siniMenyediakan hidangan ala rumah 

terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas sayaSaya ingin berikan 

yang terbaik buat merekaPenggunaan santan Ayam Brand menjadikan 

penyediaan makanan lebih mudahKanakkanak gemar Nasik Minyak

Gulai Daging Kentang dan Acar Timun Nanas,” jelas Rozita.


Nasi lemak dan gulai daging kentang Puan Rozita menggunakan produk Ayam Brand


Saya berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif ini kerana ia 

menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah membantu Malaysia 

mengharungi wabak Covid-19,” tambah beliau

 

Desas-desus mengenai pantri komuniti AyamBersamaMu ini telah 

memperkenalkan Pusat Jagaan Insan Kesayanganku kepada lebih ramai 

penduduk di sekitar daerahIni membawa kepada lebih banyak 

sumbangan buat pantri makananserta kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut

 

Komuniti kami berpakat untuk menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan kurang bernasib baik 

tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di siniRamai juga yang menyumbang barangSukarelawan seperti Rozita menyediakan 

hidangan lazat buat kanak-kanak

Apabila kita memberi dengan ikhlasamal yang baik akan dibalas 

baikPantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan 

membina ikatan yang berkekalan. Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana untuk memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbir Pusat Jagaan Insan 

KesayangankuPuan Yusnita Mohd Yusuf.

 

Sehingga kini lebih 5,000 produk Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh negara dan ribuan barangan lain telah disumbangkan oleh 

individusyarikat dan NGO bagi membantu mereka yang dalam kesusahan 

 

“Orang ramai memberi reaksi berlainan terhadap pantri ini. Ada yang hanya mengambil barang pada lewat malam kerana berasa segan 

atau malu. Ada yang bertanya dahulu sebelummengambildan ada pula yang ingin berborak dan berkongsi kesukaran yang mereka hadapi. Ada juga penderma rahsiayang meninggalkan barangan di dalam pantri

sementara yang lain berkongsi tujuan mereka memberi. Kita ada kanak-kanak yang memberi gula-gula untuk kanak-kanak lain. Para peniaga menghantar telurberas dan minyak masakIbu bapa 

menghantar lampinsusu bayi dan mainanmalah baju raya yang baru. Kami hargai semuanya,” tambah beliau.

 

Projek pantri komuniti AyamBersamaMu kini mampu berdiri dengan sendiri 

setelah banyak permintaan untuk memulakan program yang sama diterima di lokasi lainmenurut Nathan DeverrePengurus 

Pemasaran Ayam Brand Malaysia. 

 

Respons terhadap pantri komuniti ini amat menggalakkanPetugas Ayam Brand amat berbangga dengan inisiatif ini dan telah 

menguar-uarkannya

 agar lebih ramai dapat menerima bantuan dan lebih ramai menyumbangKonsep ‘Ambil apa yang perlutinggal apa yang boleh’ ternyata diterima dalam kalangan masyarakat tempatanJenama Mission telah menyertai 

kami dalam inisiatif ini. Kami berharap jenama lain akan turut serta momentum baik ini dapat 

dikekalkan,” ujar Daverre

 

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan 

sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan 

berkhasiat kepada pertubuhan amalmenyediakan makanan berkhasiat 

untuk lebih 22,500orang dari 538 buah organisasi dan NGO amal sejak 13 

tahun lalu

 

Jadi sebahagian daripada gerakan untuk menerima danmenderma 

barang-barang keperluan

 pada musim Raya iniBerikut adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand:


📌 KUALA LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur 


📌 PAHANG: Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan 


📌 TERENGGANU: Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 Kemaman 


📌 KELANTAN: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu


📌 PERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh


📌 PENANG: The Children's Protection Society No. 118-A, Jalan Scotland, 10450 Penang


📌 KEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina


📌 PERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45, Lorong Haroom BungaJalan Sekolah Derma, 01000 Kangar


📌 NEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Siput, Seremban 


📌 JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15, Jalan LimauKampung PasirTampoi, 81200 Johor Bahru


📌 SELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul HasanahNo 1, Jalan Pimping KananUkay Height, 68000 Selangor


📌 SARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan NurMurni, No 22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching


📌 SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu

 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai inisiatif pantri komuniti 

#AyamWithYoulayarihttps://www.ayambrand.com.my.  

 

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com