Saturday, May 26, 2018

Kenapa ada yang tidak berpuasa!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Salam Ramadan yang ke-10. Dah seminggu lebih dah kita berpuasa, tahun ni Cik Timm rasa lambatnya masa berlalu. Tak tau kenapa, lepas tu demam pulak dari Khamis sampailah Jumaat tu MC. Ubat ada tapi disebabkan tak nak ponteng puasa, memang tak sentuh langsung ubat. Teruk punya perangai..

Baiklah, di sepanjang bulan Ramadan ni, bermacam ragam yang Cik Timm dah jumpa. Salah satunya golongan Muslim yang mengambil ringan tentang berpuasa. Maksud mengambil ringan mengenai berpuasa? Depa ni tak puasa pun di bulan Ramadan ni. Situasi ni jadi dari waktu Cik Timm bekerja di Nandos dan juga di kilang yang Cik Timm bekerja sekarang ni. Ada ja golongan yang tak berpuasa. Bukan setakat staff bawahan, yang atasan pun perangai sama je tak berpuasa.

Rukun Islam

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam.
3. Mengeluarkan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadan.
5. Menunaikan ibadah Haji bagi yang mampu.

Kalau kita tengok, puasa ni wajib dan memang salah satu dari Rukun Islam yang kita selalu kena hafal dalam pendidikan agama Islam tu.

Cik Timm bukan nak menegur lebih-lebih sangat. Cik Timm sendiri pun bukannya Muslimah atau solehah sangat pun, masih ada banyak sangat kekurangan diri. Tapi, bagi pandangan Cik Timm, ibadah puasa ni antara ibadah yang paling senang untuk dilaksanakan. 

Tapi kenapa ada ja golongan Muslim atau di kalangan rakan-rakan Cik Timm yang tak berpuasa. Kalau lelaki selalunya yang merokok tegar. Kadang-kadang balik dari toilet memang berbau asap rokok. Yang perempuan pulak, masuk toilet siap makan biskut. Katanya penat sebab tak bersahur. Perempuan ni kalau alasan CUTI boleh diterima akal. Tapi kalau bercuti je selama sebulan macamana pulak tu?

Golongan yang diharuskan berbuka puasa

1. Orang yang ditimpa penyakit yang memudaratkan diri.
2. Orang yang sakit tenat dan tiada harapan untuk sembuh.
3. Orang yang bermusafir melebihi 2 marhalah.
4. Orang yang tersangat lapar atau dahaga yang membahayakan dirinya.
5. Orang tua yang tidak mampu berpuasa.
6. Perempuan mengandung yang bimbangkan kesihatan diri dan kandungannya.
7. Orang yang melakukan kerja berat.

Apa yang Cik Timm buat dengan kawan yang tak berpuasa tanpa sebab? Cuba nasihat je sikit-sikit. Kalau tak jalan jugak, perli setepek kat muka. Kalau tak jalan jugak, ikutlah hampa. Pepandailah tanggung, nak kata budak kecik, dah besar panjang & boleh jadi suami atau mak budak dah pun. Untuk golongan berpangkat pulak, if amalan puasa yang simple ni pun susah nak ikut, macamana awak nak pimpin orang bawahan untuk berjaya?

Bagi Cik Timm sendiri, kalau bakal suami pun liat nak puasa, memang reject awal-awal. Puasa pun ke laut, macamana nak jadi suami yang nak bimbing isteri dan anak-anak. Yes, selepas kahwin boleh berubah. Tapi kenapa bukan sekarang nak berubah. Kenapa nak berubah selepas berkahwin?? 

Kalau anda sendiri, apa yang anda buat bila jumpa kawan-kawan macam ni?

Oklah, tak nak membebel panjang, sekadar meluahkan pendapat kecik Cik Timm di hujung-hujung minggu ni. Dah masuk 10 Ramadan ni, hampa semua buat apa je tu? Dah start buat kuih raya or beli baju raya ke tu?

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa semua!
Read More

Monday, May 21, 2018

Suka dengan Label Kuning di Tesco

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hai semua! Baru 5 hari kita berpuasa kan? Minggu lepas dah ke Tesco Kulim untuk membeli barang-barang runcit. Memang suka shopping dekat sini sebab semua ada, senang untuk membeli. Lagipun dekat jer, bukannya jauh pun.

Cik Timm dengan Bang Cik kalau ke sini seronok pusing satu Tesco tengok jualan murah yang ada. Benda paling best, "Label Kuning". Label kuning dekat Tesco tu selalu untuk barang-barang diskaun. Barang diskaun tu kadang-kadang Stok Akhir ataupun tarikh luput dah dekat. Jadi semua barang di macam dilelong la dengan harga murah. Tapi tak semestinya tau! Kadang-kadang diorang naikkan dulu harga tu before letak murah. Kiranya tu sebenarnya harga sebenar! Jadilah seorang pengguna bijak tau.



Memang suka sangat dengan label kuning, selalu benda wajib beli salad butterhead dengan susu segar. Butterhead memang sedap kalau buat salad. Letak tomato, mayonis, cheese, itu pun dah cukup sebab butterhead ni manis! 

Susu segar memang mahal, tambah kalau yang diimport dari luar negara. Tapi kalau ada label kuning, memang seronok beli sebab harga asal memang mahal. Lagipun susu segar memang favourite mak. Kejap je habis. Sekarang ni seronok pulak beli susu segar dari jenama Summerfield. Sedap sangat, macam-macam perisa pulak tu. Hari tu shopping ada coklat dengan original. Hari ni ada flavour bandung dengan teh tarik. Aumm! Nanti nak beli untuk try. Boleh buah agar-agar untuk buka puasa, memang umphh.

Sebab tu kadang-kadang kalau dah list barang untuk shopping, mesti juga ada terlebih satu dua barang. Ehehe, siapa yang sama jugak macam Cik Timm? Angkat tangan cepat!

Selamat Berpuasa semua 💗
Read More

Sunday, May 20, 2018

Review: FREEMAN Clay Mask + Scrub Cleansing Apple Cider Vinegar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hai semua!
Selamat berpuasa diucapkan kepada semua kawan-kawan yang beragama Islam. Semoga ibadah puasa anda diberkati dan kutiplah amal bebanyak dalam masa sebulan ni.

Cik Timm nak share satu produk mask+scrub yang sangat best. Dah lama tak pakai clay mask dengan scrub, kulit muka mula menggerutu semacam. Tahu tak scrub penting dalam rutin penjagaan wajah.

Kelebihan scrub:
> Membuang kulit mati
> Memastikan penyerapan produk yang dipakai meresap ke wajah
> Meremajakan kulit
> Mengurangkan pori-pori liang roma tersumbat
> Menghilangkan parut

Dulu Cik Timm guna clay mask dari Garnier, tapi sekarang dah tak ada produk tu. Sobsobsob. Maka berjalan-jalan di Watsons & Guardian untuk cari clay mask yang lebih kurang sama. Ada dua option masa tu, Clay Mask dari Loreal atau dari Freeman. Disebabkan jenama Freeman ni lebih murah, dan juga packaging dia sangat comel, Cik Timm pun decide untuk cuba!


Packaging dia dalam bentuk tube yang memudahkan kita untuk guna, cuma picit di tapak tangan sebelum sapu di seluruh muka. Banyak juga sebab dalam kuantiti 175mL satu tiub. Cik Timm dapatkan di Guardian dengan harga RM26.40. 

Sebelum kering


Claims;
This multi-tasking foaming clay mask cleans, scrubs, tones & absorbs oil. Kaoling & Bentonite clays clear out oils & debris from within pores. Pumice exfoliates to clear away dead skin cells while Apple Cider Vinegar tones for radiant, flawless finish. Perfect for all skin types.

Directions;
Apply mask to face & neck. avoiding contact with eyes. Leave on for 3-5 minutes, no more than 10 minutes. Rinse with warm water. Discontinue if irritation or redness occur. 


Selepas kering


Cik Timm guna seminggu sekali sebab tak rajin. Kalau rajin, 2 kali seminggu. Memang best sebab bau dia wangi sangat, buah epal! Lembut je kulit lepas guna, jangan pakai lama-lama clay mask, nanti kulit bertambah kering pulak. Lagi satu, scrub yang ada berbiji ni kurang sesuai untuk orang yang berjerawat teruk. Nanti luka pulak..

Macam-macam ada dekat Guardian!


Btw, Freeman ada banyak lagi produk yang lebih kurang sama yang Cik Timm guna ni. Memang rambang mata masa nak memilih. Lastly pilih yang ni sebab bau sedap. Macam nak kunyah-kunyah. Eh, puasa tau! Lagipun semua packaging dia warna vibrant, comel & eye-catching. Produk dari Freeman ni 'not tested with animals' dan bukan dari Malaysia, memang direct terus dari USA. 

Anda bolehlah dapatkan produk ni di Guardian atau Watsons. Online portal pun ada juga dijual, tapi tak syok sebab tak boleh tengok, pegang & bau sendiri produk yang kita nak beli betul tak. 

Untuk keterangan lanjut mengenai produk ni boleh ushar laman sosial yang ada:

https://freemanbeauty.com/
https://instagram.com/freemanbeauty
https://facebook.com/freemanbeauty

p.s. this is not a sponsored post tau ❤
Read More

Saturday, May 12, 2018

DAY 2: Island Hopping dengan Phi Phi Island Pakej

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Island Hopping dengan Phi Phi Island Pakej


8 Mac 2018 (Khamis)


Island Hopping dengan Pakej Phi Phi Island


krabi, breakfast at krabi
Pak cik ni parking depan Hotel Goodwill je..

halal breakfast krabi, krabi, hotel goodwill
Walaupun bihun kosong, tapi sedap bukan main!


Subuh lagi dah bangun, golek-golek sampai pukul 7am. Dalam pukul 7.30am kami turun bersarapan depan hotel je. Ada pakcik ni bawak motor jual sarapan. Macam-macam ada jual, pulut, bihun goreng, nasi goreng, nasi briyani, ayam goreng (dah la panas-panas sebab baru goreng), minuman panas pun ada. Senang je, beli dan makan depan hotel je. Tapi, esok Jumaat pakcik ni tak berniaga. Sarapan untuk pagi ni 80THB.


pantai aonang


Kami tunggu je depan hotel sementara orang dari pakej tu pick-up kami. Naik tut-tut besar macam lori tu beramai-ramai dengan pelancong lain dari hotel yang lain. Lepas tu, berkumpul beramai-ramai di Pantai Aonang. Dalam beramai-ramai tu ada beberapa orang pelancong Malaysia, senang nak detect orang Malaysia ni tau. 


Speedboat dengan The Tour Guide



speedboat pakej, krabi,

Speedboat, krabi



9.30am kami dah naik speedboat bernombor 23, bot besar ni boleh memuatkan ramai orang sekali harung. Sebelum memulakan perjalanan ada tour guide (dah lupa dah nama apa eh, yang lady pakai baju biru..) terangkan semua aktiviti dan menentukan masa untuk setiap aktiviti. Jaket keselamatan pun ada disediakan. 


Pantai Putih Bersih di Bomboo Island



bamboo island, krabi, thailand

krabi, bamboo island, krabi

krabi, bamboo island, krabi



Aktiviti pertama, bermandi-manda di Bamboo Island. Dulunya tempat ini dikatakan banyak dengan pokok buluh, sebab di dipanggil Bamboo Island (Pulau Buluh). Dekat sini kami bergambar dan bermandi-manda. Air lautnya jernih, seronok mandi di sini. Pantai dia putih bersih sampai silau mata ni nak bergambar. Omputih tak payah kata apalah memang seronok bersidai tepi pantai tannedkan kulit. Kita ni punya pulun letak sunblock banyak-banyak. 


Sightseeing Viking Cave 


viking cave, krabi,



krabi, viking cave


Dalam pukul 11am, aktiviti kedua sightseeing di Viking Cave. Kami tak turun pun, tengok suasana gua tu dari dalam bot jer. Dari pembacaan google ni, nama Viking Cave dapat dari lukisan bot yang menampakkan bot orang Viking. Ada juga lukisan seperti gajah, dan pelbagai lagi bot yang dilukis dipercayai dilukis dari lanun atau sea gypsy (orang laut) yang berlindung semasa cuaca buruk. Gua di situ juga adalah penempatan kepada burung layang-layang.


Maya Bay yang Famous di Krabi


maya bay, krabi, thailand
Meh kita masuk dalam ni untuk ke seberang laut sana..

maya bay, krabi, thailand
Mak aih, punya ramai..

maya bay, krabi, thailand

maya bay, krabi, thailand
Worth it!

maya bay, krabi, thailand
Sentiasa ramai orang di Maya Bay ni

maya bay, krabi, thailand
From Krabi with love!

maya bay, krabi, thailand
Jom ke lokasi seterusnya.


11.30am aktiviti ketiga di Maya Bay. Dekat sini masyaAllah banyaknya manusia, to crowded with peoples. Tempat ni famous sebab pernah jadi lokasi penggambaran The Beach, lakonan Leonardo DiCaprio. Filem yang Cik Timm tak pernah tonton pun, eheh. Kami turun di sini, jalan kaki dalam hutan sikit ada tempat yang cantik untuk bergambar. Dari Maya Bay kita jalan sikit ke Loh Samah Bay. View memang sangat cantik, air dia memang crystal clear, nampak semua ikan dalam air laut tu! Dekat kawasan ni, tandas pun ada disediakan. Kalau rasa nak shishi pun senang. 


Snorkeling di Monkey Beach


monkey beach, krabi, thailand

monkey bay, krabi, thailand

snorkeling, monkey bay, krabi, thailand
Tolong Sarah dengan google yang asyik tercabut jer. Lifejacket best sebab baru, google je tak best sebab macam lama & uzur. 


12.30pm aktiviti keempat, snorkeling di Monkey Beach. Nama bersempena dengan monyet yang banyak dekat sini. Tapi waktu kami ke sana, tak nampak pulak monyetnya. Snorkeling dekat sini kurang menarik sebab air tak terlalu jernih. Ikan dengan coral pun tak banyak. 


Lunch di Phi Phi Don

phi phi don, krabi, thailand
Tu first round, second round spagetti pulak.



Perut kenyang, suka hati! We are Malaysian!



1pm, perut mula berkeroncong dan kami lunch di Phi Phi Don. Lunch termasuk dalam pakej. Makanan pun semua halal. Ada nasi putih, tomyam (wajib ada), sayur, kentang dan spagetti. Makan secara buffet, kami adalah orang paling last makan. Seronok bersembang sesama warganegara Malaysia. Bertukar-tukar cerita, ada yang pasangan adik-beradik, pasangan honeymoon, lone ranger (bercuti sorang-sorang) dan geng kami. Waktu kami sampai sini pun, ada banyak chalet yang tengah dibina. Evacuation plan signboard untuk tsunami pun ada. Nampaknya pulau ni pun akan terjejas kalau ada tsunami. 





2.30pm aktiviti terakhir snorkeling. Dekat mana Cik Timm dah hilang ingatan. Rasanya di Loh Samah Bay. Tapi much better sebab ada banyak ikan. Dekat sini tak ramai dah yang turun beraktiviti, semua pakat-pakat kenyang dan letih. Cik Timm dengan Kak Sue masih lagi terkodek-kodek main air. Kawan-kawan dari atas bot dok lempar roti dekat bawah, kami dekat bawah ni memang kena serang dengan ikan-ikan yang lapar ni. Video nanti Cik Timm upload dalam youtube yeh. Memang lapar benar ikan dekat sini.


4.00pm done for today! Kami berkumpul balik di Pantai Aonang sebelum naik tuk-tuk besar tu. Seronok pusing area Pantai Aonang tengok hotel-hotel lain yang ada. Banyak hotel-hotel lain yang lebih mewah dan cantik. Tapi untuk honeymoon sesuai kan sebab sunyi dan privacy sikit ❤


Dinner murah di Betong 69


Skuter comel!


betong 69, krabi, thailand
Set yang 69THB


Flatray food pictures is a must!

Tu kedai Betong 69


Balik hotel, mandi, rehat sekejap. Malamnya kami sewa 2 skuter pulak. Harga pun dah lupa, tapi semua urusan, kami berhubung dengan pihak hotel. Semua depa uruskan, eheh. Dengan skuter, kami dapat pi jauh sikit nak cari tempat dinner. Ikut plan nak ke Night Market, tapi tengok google macam jauh je. Jadi, cancel pi sana, kami dinner di Betong 69. Nak makanan murah, kena jauh sikit dari pantai. Mesti dapat makanan murah, macam dinner Cik Timm malam tu 69THB je. 


Malam tu juga kami cari pakej untuk aktiviti esoknya. Kami dapat pakej ni pun dari booth-booth travel agensi tepi jalan, memang banyak. Pandai-pandailah hampa negotiate sampai dapat murah. Kami ambil pakej Emerald Pool, 850per pax. Ambil angin malam tu dengan pancake lagi sebelum balik bilik, haha!


Tips Mengeringkan Baju Basah di Hotel


Balik dari snorkeling terus basuh-basuh sikit baju.


Baju masih basah? Ada satu tips menarik yang Cik Timm nak kongsi. Kalau hotel lain taktaulah macamana, tapi kalau Hotel Goodwill air-cond punya cooler yang luar tu ada di balkoni. Cooler tu kan keluarkan udara panas, so Cik Timm cuma sidai je baju yang basah depan cooler tu. Jangan pi sidai atas cooler tu pulak. Rosak kang. Sekejap je baju kering. Mudah kan? Btw, hotel ini ada sediakan khidmat dobi juga tau. 


Till then~


DAY 1: Trip Solo ke Hatyai, Thailand
Read More

Monday, May 07, 2018

Panduan Untuk Pengundi Newbie!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hai semua!
Dah check daftar pemilih ke untuk mengundi? Kalau belum boleh klik link bawah ni ↓

Semakan Daftar Pemilih

Cuma masukkan no. kad pengenalan nanti keluarlah maklumat untuk mengundi nanti.



Atas tu contoh Cik Timm punya. Pusat mengundi dekat sekolah rendah dulu. Memang selalu kalau mengundi buat dekat situ tu je. Excited nak mengundi sebab 1st time tau. Hehehe. 5 tahun lepas masih lagi study, bukannya ambil tahu sangat dengan undi ni. Lagipun Cik Timm jauh di Sarawak, memang malas ceritanya. Tahun 2018 ni duduk dekat Kulim dah. Jadi rasanya tak eloklah kalau tak menunaikan tanggungjawab mengundi ni. 

Secara kebetulan, hari tu Cik Timm ke GoGegaria di Sungai Petani memang ada SPR buka booth. Kita boleh check daftar pemilih dan ada replika atau contoh untuk orang yang pertama kali nak mengundi. Sekurang-kurangnya kita tahu flow mengundi tu macamana.



Tak rugi ke GoGegaria hari tu walaupun panas gila. Sempena dengan Hari Mengundi ni juga ramai balik kampung kan? Hati-hati memandu dan sentiasa jaga kesihatan dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni. 

Good Luck untuk yang mengundi, Buatlah Pilihan Yang Bijak! 

Fakta-Fakta Umum yang Pengundi Perlu Tahu;

Bagaimana nak menyemak?
 - Boleh klik link dekat atas tu.

Bagaimana nak mengundi?
- Sebelum pilihan raya, boleh semak di laman web Portal SPR, SMS atau menghubungi call centre = 03-8881 0081.
- Selepas pembubaran, semak lokasi pusat mengundi yang telah ditetapkan untuk anda.

Semasa Tempoh Berkempen
- Kenalilah calon anda semasa tempoh ini.
- Anda boleh terlibat dalam aktiviti berkempen untuk calon yang anda sukai dengan syarat sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang sudah ditetapkan. 

Semasa Hari Mengundi
- Datang awal ke tempat mengundi.
- Dapatkan slip Saluran Mengundi di Borang Semakan SPR.
- Beratur dengan senyap di saluran mengundi.
- Bila dibenarkan masuh ikuti prosedur berdasarkan poster 7 langkah.


- Segera beredar selepas mengundi kerana pusat mengundi adalah kawasan larangan.

Sumber: spr.gov.my
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com