Wednesday, March 17, 2021

Review Cosmoderm Pink? Perfect Balanced Skin Range Baru!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua! Dah lama dah tak review any barang yang menarik dalam blog ni. Btw, kali ni Cik Timm nak share satu produk menarik dari Cosmoderm. Iya, Cik Timm merupakan penggemar produk Cosmoderm. Dah bertahun pakai moisturiser dia, dari warna hijau kepada yang kuning, dari yang kuning ke hijau balik. Kali ni kepada produk Cosmoderm yang terbaharu warna PINK

Mula-mula macam tak percaya, selalunya produk Cosmoderm ni warna hijau atau kuning je. Tiba-tiba bertukar warna pink, seiring dengan produknya yang terbaru iaitu Perfect Balanced Series. Bukan sekadar packaging comel warna pink tapi produknya kali ni mengandungi Prebiotics dan Calamine. 

Prebiotik dan Calamine

Selalunya kita sentiasa dengar dalam iklan tentang probiotik dalam minuman susu berkultur yang membantu usus kita. Tapi ini bukan probiotik tau, tetapi Prebiotics yang merupakan makanan untuk bakteria baik khas untuk ekosistem kulit kita. Mereka akan membantu meransang daya tahan kulit secara semulajadi, membantu mencerahkan kulit dan menstabilkan kulit kita.

Selalunya produk Calamine ini terkenal dengan fungsinya untuk kulit yang gatal-gatal. Contoh kalau terkena demam campak, mesti doktor akan prescribe ubat calamine kan? Itu yang specialnya produk ini kerana mengandungi calamine yang berkualiti tinggi khas untuk tujuan kosmetik. Selain dari menenangkan kulit, ia membantu kulit yang gatal dan beriritasi, mengurangkan minyak dan kemerahan dan juga jika terkena sunburns!

4 Produk Menarik yang Perlu Anda Cuba!

1. Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser 


Cik Timm suka sebab salah satu dari ingredient dia ada Salicylic acid, sesuailah untuk golongan yang mempunyai masalah jerawat! 

2. Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion


Soothing treatment yang membantu kulit untuk lebih lembap. Tahu tak toner ini mengandungi 20,000 ppm calamine yang akan menenangkan kulit yang terlalu sensitif dan dapat mengawal kemerahan sunburn! Korang cuma perlu goncang dan dap-dap je toner di seluruh muka slow-slow. 

Mula-mula letak dekat tapak tangan macam scary sebab tekstur dia macam ubat demam campak yang doktor bagi tu. Tapi bila dah sapu dekat muka, tak obvious pun warna pink dia. Dia blend-in je dengan kulit muka korang!

3. Cosmoderm Perfect Balanced WOW Cream


Ini favourite Cik Timm, memang tengah cari moisturiser yang lebih lightweight tak terlalu concentrated or likat macam moisturiser Cosmoderm range yang lain. Yang ni memang ringan je tekstur dia. Dilengkapi dengan 30,000 ppm prebiotik dan calamine dan juga dengan teknologi WOW (Water-In Oil In Water dan Triple Moisture Boost Complex. 

Boleh digunakan pada siang hari ataupun malam selepas penggunaan Toner. Cik Timm memang wajib pakai sebelum masuk kerja sebab work environment dalam aircond sentiasa mengeringkan kulit sampai menggelupas!

4. Cosmoderm Perfect Balanced Mineral Sun Milk


Ini pulak dia punya sunscreen. Dapat melindungi kulit dari pancaran UVA dan UVB dengan SPF25PA++. Selain dapat melindungi kulit dari pancaran matahari, sunscreennya mengandungi nutrisi seperti vitamin dan mineral yang mengurangkan sunburn dan juga dapat melembapkan kulit. Ha, itu dah dua dalam satu fungsi tu tau! 

Cik Timm dah cuba pakai, ada sedikit whitecast. Tapi tak nampak kelabu kalau pakai sebab dia blend well. Mana tau sesuai dengan kulit korang. 

Tambahan pula, Cosmoderm Perfect Balanced tidak mengandungi bahan-bahan lain seperti;

💧 Paraben
💧Pewangi (fragrance)
💧Pewarna (artificial colorant) 

Cik Timm dah pakai selama 2 minggu. Alhamdulillah, sesuai dan kulit Cik Timm tak menunjukkan dia elergik dengan apa-apa bahan dalam produk ni. Kalau nak tau kulit Cik Timm agak bermasalah sebab perubahan hormon dalam badan selepas berkahwin ni. Jerawat naik suka hati dan kulit terlalu kusam, tapi sekarang dah makin sihat! Im so happy, lega sangat kulit sempat elok sebelum menghadiri dinner company minggu lepas. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk ni, korang boleh ke;
Website : https://www.cosmoderm.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/cosmoderm/
Facebook : https://www.facebook.com/Cosmoderm/
YouTube : https://www.youtube.com/user/ilovecosmoderm

#Cosmoderm #CosmodermPerfectBalanced

No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com