Friday, August 26, 2016

5 Fakta Tentang Period yang Lelaki Perlu Tahu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
1. Susah nak tidur
Asyik kena kontrol cara tidur ja. Nak melentang takut bocor, nak mengiring baru selamat. Tapi nanti lenguh pula. Ceritanya, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Selalunya tempat tidur pun nak kena lapik, sebagai langkah pencegahan.

2. Senggugut
Sekejap-sekejap ke toilet, bukan buang air besar pun. Kadang-kadang angin je yang banyak keluar. Selalu lelaki tanya, "Sakit macamana senggugut ni? Sakit perut gi la berak kat toilet!,". Oh my, rasa macam nak cekik-cekik orang tu. Sakit dia lebih kurang macam ada angin nak keluar, tapi tak lepas. Lepas tu, kau dah macam tak boleh bergerak sebab sakit sesangat. Memang tak ada explanation macamana sakitnya -_____-'



3. Asyik nak mandi
Sebenarnya setiap kali kalau ke toilet untuk buang air kecik, time tu juga nak mandi. Cik Timm malas gila nak pi toilet kalau time-time gini. Serius tak selesa. 4 KALI buang air, 4 KALI jugak kau mandi. Ingat lagi zaman sekolah dulu, budak-budak lelaki sekelas cakap depa boleh detect kalau perempuan period? OWWWWHHHH!! Jadi, kalau time ni sentiasa nak wangi-wangi lebih takut depa boleh detect. Boleh macam tu??



4. Kebocoran!
Perubahan horman kekadang buat kita OVERflow. Pakailah jenama apa pun, kalau nak terjadi tu jadi jugak. Paling benci kalau bocor, habis semua kena cuci. Selalu zaman sekolah Cik Timm ada problem ni. Dengan baju sekolah yang putih lagi, memang lari balik asrama sental baju. Jenuh suruh kawan baik jalan belakang tolong coverkan. Hehehe. Lagi satu, kalau berjalan mesti tanya kawan sebelah, "Ada nampak pape tak kat belakang?,". 




5. Nak baring memanjang
Baring sambil mengerekot macam udang kena masak memang best. Itulah position paling melegakan, tambah kalau ada benda yang berat atau panas tekan perut. Nikmat tak terkata! 



Jadi, kepada golongan lelaki diluar sana andai nampak awek anda, isteri anda, pelik je..ada la tu..
Cukup sekadar bagi coklat or aiskrim pun dah mampu buat di Dia senyum sampai ke telinga :)
Read More

Thursday, August 25, 2016

Day 3: Snorkeling & Rendam Time! PART 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


5 Ogos 2016, Jumaat.
Hari ini adalah masa untuk berjimba, bergolek-golek dengan laut sampai pengsan ye. Pagi-pagi kami dah bersarapan dengan chalet ni. Tapi, sarapan RM10 ye. Kami bayar untuk 2 kali breakfast, hari ini dan esok. Alahai, ingatkan termasuk sekali T__T



Nasib baik buffet, makan memang penuh perut. Sebab nanti mesti banyak guna tenaga. Semalam kami tempah pakej snorkeling & pusing-pusing pulau dekat chalet. Kiranya depa yang akan uruskan semua. Kami cuma tunggu je. Jadi, pagi ni pukul 8am pun dah sarapan sambil tunggu orang bot.
Otw nak pi tempat bot jumpa sepasang burung enggang? Pulau Pangkor ada burung ni eh? Baru tau..
Cik Timm dah lupa bayar berapa untuk pakej snorkeling ni. Tapi, kalau anda betul-betul nak snorkeling, jangan high expectation sangatlah. Sebab sini snorkeling dengan ikan-ikan biasa yang gedik lapar roti ja. Nak tengok coral cecantik ke, pasir cecantik ke memang tak dapatlah. Senang cerita sekadar suka-suka nak release tension memang thumbs up.

Serius burung enggang ni besaq gila kalau dia buka sayap dia..



Kami dibawa pusing-pusing pulau sebelum ditinggalkan dekat Pulau Giam untuk snorkeling. Nak balik, just call abang bot tu je..






Satu je tak best, batu-batu sini semua tajam sangat. Habis kaki calaq balaq, kawan sorang lagi sampai tergolek sebab licin. Luka habis kaki..
Dah puas luka-luka kat situ, kami balik bermandi manda dekat pantai pulak. Berendam sakan sambil makan-makan dekat gerai makan. Pantai depan area chalet kurang best untuk mandi, anda kena jalan jauh sikit ke pantai tepi Tokong Cina. Situ the best place untuk mandi! Omputih pun ramai berjemur sini.
 Nasi goreng mamak, tak sedap pun. Cukuplah untuk alas perut yang lapar. Tapi, laksa dia sedap!

Dah puas berendam & tannedkan kulit, balik ke chalet untuk mandi dan rehat solat kejap. Nanti petang nak shopping pulak. 
Kepada anda semua, kalau nak sewa pakej ni without booking under chalet pun boleh, sepanjang pantai ni banyak dia open booking. Pilih je nak yang mana berkenan. We~~ bersambung di PART 2 ye..dah malaih dah..
..bersambung..
Day 1: 1st Checkpoint di Kuala Lumpur
Day 2: Trip ke  Pulau Pangkor

Day 3: Tempat Best Untuk Shopping di Pulau Pangkor PART 2
Read More

Friday, August 12, 2016

Cara Simple Menunaikan Cek Nuffnang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Akhirnya, setelah lama menunggu, cash-out jugak Nuffnang walaupun tak banyak mana. Tapi lepas jugak nak bayar bil YES ke, topup ke..


Cik Timm pun first time tunaikan cek. Senang saja, tak payah nak susah-susah di kaunter. Dengan menggunakan CASH DEPOSIT MACHINE je. Walaupun cek Nuffnang HSBC, cek boleh ditunaikan mana-mana bank yang anda suka. Cik Timm tunaikan cek di Maybank.


1. Mula-mula ceraikan dulu cek tu, isi detail dekat belakang cek macam no. akaun, nama dengan no. telefon.

2. Di CASH DEPOSIT MACHINE, automatik dia suruh masukkan no. akaun, jumlah tunai cek.

3. Lepas tu, masukkan cek macam dalam arahan bergambar di screen. 

4. Tunggu sampai dia bagi resit, dah siap!


Cuma masa proses mengambil masa dalam 3 hari sebab bank yang berlainan. 

Selamat Mencuba!

p/s: Tengs Nuffnang! Lain bulan kasi lagi banyak-banyak eh. Nak bagi macamana, nak update blog pun malasss.....aiseh.....
Read More

Thursday, August 11, 2016

Resipi: Gulai Ikan Masin Tumis Darat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Apa yang spesel dengan gulai ikan kering ni? Ini adalah gulai ikan kering tumis darat. Tumis darat? Tumis darat ni hanya style memasak orang utara. Jenuh Cik Timm bergaduh dengan seseorang pasal KARI & GULAI. Kalau dah orang utara ni, tak ada istilah kari pun, semua gulai -__-"


Bahan-bahan;

Isi dan tulang ikan masin/ikan talang/ikan kering
Sebiji terung & dipotong sederhana besar
Sebiji nenas dipotong sederhana besar 
Air
200ml santan
1 paket rempah kari Udang, Ketam & Ikan Kering ADABI
Sekeping asam keping


Bahan tumis;
Minyak untuk menggoreng
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
Daun kari
Halba campur


Cara-caranya;

1. Masukkan air dalam periuk, masukkan ikan talang. Biarkan mendidih sikit, selepas tu masukkan nenas.

2. Campak rempah kari, kacau-kacau sikit sebelum lempaq terung dengan santan pulak.

3. Kalau rasa pekat sangat, tambah air, kalau nak pekat boleh tambah santan. Semua agak-agak je. Lempaq satu asam keping untuk masam sikit.

4. Agak-agak dah menggelegak, boleh masukkan gula. Garam nak letak boleh, takmau pun takpa, ikan kering dah masin oi..

5. Dah siap yang dalam periuk, tutup api dulu.

6. Seterusnya, ambil kuali lain pulak, masukkan minyak untuk menggoreng, campak semua bahan tumis sampai naik bau.

7. Dah naik bau, tuang dalam gulai kita tadi.


Senang kan, senang kan?
Selamat Mencuba!

Read More

Wednesday, August 10, 2016

Day 2: Trip ke Pulau Pangkor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

4 Ogos, 7:30am Cik Timm dah naik LRT dari TBS ke LRT Asia Jaya. Nasib baik dah biasa dengan LRT ni, tapi baru teringat sekarang ni banyak laluan baru. TBS ke Asia Jaya, RM5.30, sebelum ni tak pernah stop situ pun. Cik Timm sampai LRT Asia Jaya pukul 8:30am gitu.
TBS--> Masjid Jamek (Ampang Line), punyalah ramai orang sebab masing-masing nak pi keja. 
Masjid Jamek-->Asia Jaya (Kelana Jaya Line). Sampai di Asia Jaya orang dah kurang. Sambil menunggu perasanlah Kelana Jaya Line punya memang dah berubah. Lagi banyak laluan sampai ke Putra Height. Sementara menunggu, Cik Timm sarapan dulu, bawah LRT tu ada gerai menjual sarapan pagi. 
Tunggu punya tunggu, dalam pukul 9:30am Kak Sue pun dah sampai dari Gombak. Dua lagi geng travel Kak Sue pun sampai dengan kereta dan kami terus bertolak. Kami stop di stesyen Petronas dulu. Kumpul duit sorang RM100 untuk perbelanjaan kami kat sana. 
Setelah berpusing-pusing nak cari Terminal Jeti Lumut, akhirnya jumpa juga. Kami singgah dulu di Tesco Manjung, membeli barang-barang untuk kunyah-kunyah, bekalan sikit untuk ke Pulau Pangkor. Sambil tu lunch dan solat dulu.
Seterusnya ke terminal feri Lumut, entry yang akan datang akan ada banyak gambar-gambar. Bertabahlah ye..
Kami dah beli tiket dengan RM10 seorang.











Punya syok selfie tak habis-habis. Kami sampai pun dah 6pm lebih. Memang lengang, orang tak ada sebab bukan hujung minggu. 1st stop feri akan stop dekat perkampungan Terminal Perkampungan Sungai Pinang, lepas tu, baru kat Terminal Pangkor.


Dekat Pangkor, salah satu kenderaan wajib naik van pink roller coaster inilah. Dah la jalan berbukit bukau, naik turun naik turun, memang ganas pakcik-pakcik yang bawak ni. Hahaha! Untung kalau naik reramai van ni, RM10 je.


Kami stay di Nipah Bay Villa, memang dah booking sini. 3 hari 2 malam kami stay sini dengan harga RM112 seorang.


Selesa jugak, chalet dia ala-ala kampung dengan binaan rumah kayu. Ada aircond lagi, dah la tepi laut memang panas. Disebabkan bukan weekend, tak banyak pun pilihan kedai makan yang bukak. Kami pusing-pusing tengok sunset dulu sebelum mengisi perut.




Lepas layan sunset, baru mengisi perut di kedai makan. Makan pun goreng-goreng biasa, air tembikai dia memang best, gelas besaq dan puas!



Boring memalam tak tau nak buat apa, pusing-pusing keliling chalet-chalet yang ada. Memang depan belakang semua chalet, macam-macam fesyen yang ada. Banyak pilihan kalau nak cuma kena booking awal-awal senang.


Kedai runcit pun ada banyak, kiranya kalau slipar putus ke, nak beli shampoo ke, semua kemudahan ada.



Day 1: 1st Checkpoint di Kuala Lumpur
DAY 3: Snorkeling & Rendam Time PART 1
DAY 3: Tempat Best Untuk Shopping di Pulau Pangkor PART 2

..stay tuned..
Read More

Monday, August 08, 2016

Day 1: 1st Checkpoint di Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua, seperti yang anda semua tahu kalau follow IG Cik Timm & Facebook dapat tengok Cik Timm bercuti di Pulau Pangkor. Rasa bersyukur sebab cuti yang sangat puas! Cik Timm bercuti dengan assistant manager Nandos Pavilion, tempat Cik Timm dulu. Dah lama kami rancang nak cuti sama-sama. Tapi, mana boleh dua-dua assistant bercuti sekali. Nasib baik Cik Timm dapat transfer, dapat berjimba sama-sama.
Walaupun Pulau Pangkor di Perak, Cik Timm ke Kuala Lumpur dulu untuk berjumpa dengan kawan-kawan travel yang lain. Lagipun kami berempat ke sana dengan menaiki kereta. Kiranya nak senang kerjalah, semua bergerak sekali. Sebelum ni, Cik Timm dah pernah ke Pangkor. Itu pun lawatan sambil belajar zaman sekolah menengah dulu. Sebetulnya kami rancang nak ke Pulau Perhentian, tapi tak ada rezeki walaupun kami dah booking, orang lain dah buat pembayaran dulu..
3 Ogos, Cik Timm masih bekerja tapi shif pagi. Segala kerja-kerja dokumentasi, fail-fail Cik Timm dah update untuk ESCUDO Audit di restoran. Petang sebelum balik Cik Timm sempat beli kasut sebab Cik Timm memang tak ada kasut langsung!
Bas Cik Timm pukul 11:30PM, dengan syarikat Economy Ekspress berharga RM40. Bas pun cuma berhenti di Butterworth dan terus ke Kuala Lumpur, TBS (Terminal Bersepadu Selatan). Lena tidur, bas berhenti di Perhentian Bas Duta baru terjaga. Cik Timm sampai di TBS pukul 5AM. Mengantuk punya pasal, lagipun LRT pukul 6am baru buka. Baguih punya terlena dekat kerusi menunggu sampai pukul 7:15AM. 
Day 2: Trip ke Pulau Pangkor
Day 3: Snorkeling & Rendam Time! PART 1

Day 3: Tempat Best Untuk Shopping di Pulau Pangkor PART 2
Read More

Monday, August 01, 2016

Cabaran | Kenderaan Idaman Cik Timm

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Kenderaan ye..
Buat masa sekarang Cik Timm ada motosikal kapcai boncai je. Cukup sekadar tenggiling tunggangan ke tempat kerja. Niat di hati nak Yamaha LC, or Nouvo LC. Tapi, difikirkan balik dengan badan kerempeng cenggini, macam tak mampu nak tongkat double stand jer. Skuter pulak banyak benda kena jaga, mau banyak keluar duit untuk maintenance. Kemalangan dulu pun dengan skuter, haih fobia, fobia..


So, 
Cik Timm berjaya beli motosikal yang sangat simple, ringan sampai nak terbang dibuatnya kalau speed. Hadoii..


Ini kenderaan Cik Timm sekarang, Honda Wave Alpha 110. 
Lampu sisi depan dia macam pelik sebab tersembul keluar kan, nasib baik tokey tu tukar lampu kecik somel sikit. Tak ada la terjojol macam mata Oscar. InsyaAllah, lagi simple motosikal tu, lagi ciput budget untuk jaganya. Hopefully..


Benda yang best dengan motor ni ringan dan jimat minyak. Benda tak best, enjin kalau sejuk susah betul nak start. Dah la Cik Timm tak pandai sangat bab-bab motor ni. Baiklah, selesai untuk bab motosikal.
Antara koleksi motosikal dekat rumah, macam-macam no. plat ada.


Cik Timm ingat lagi zaman sekolah rendah dulu, arwah ayah hantar dengan moto honda kapcai lampu bulat yang dulu-dulu tu. Tapi Cik Timm duduk dalam raga tau, bukan seat belakang sebab arwah ayah letak tempat letak barang yang macam baiya jual roti dengan motor tu. Nasiblah Cik Timm ni kecik sesangat orangnya. Bayangkan darjah 1, berat 19KG jer.. 


Kerete...
Lagi Cik Timm tak gheti! 
Tapi, Cik Timm suka kereta yang comel, tak terlalu besar, dan jimat minyak. Lagipun belum ada lesen lagi. Huwaaa!! InsyaAllah, dalam perancangan jugak nak amik lesen. Mana tau kot-kot emergency. Ada lesen Auto pun jadilah kan..


Cabaran | Rumah Idaman
Cabaran | Gadget Idaman
Cabaran | Kenderaan Idaman
Cabaran | Lelaki Idaman

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com