Sunday, November 19, 2017

Resipi | Apam Susu Mudah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Ramainya orang share buat apam susu ni. Dari 2 minggu lepas Cik Timm fikir nak buat antara kek coklat keju atau apam susu. Minggu ni kena buat juga, teringin nak makan apam gebu-gebas dalam facebook tu. Seronok tengok warna-warni, tapi dukacita dimaklumkan apam Cik Timm tidak terlalu gebu. Rasanya sebab tak cukup pukul telur tu sehingga kembang!

Lagi satu banyak kawah atas apam tu sebab tak tutup dengan kain or aluminium foil. Jadi kalau nak apam comel dan flawless tanpa kawah macam bulan sila tutup adunan anda tau, hihi.
Tapi Cik Timm nak share juga resipinya. 

Bahan-bahannya;


4 biji telur Gred A (*guna Gred B je sebab ada offer)
1 cawan gula (*setengah dah cukup, jangan manis sangat oi!)
1 sudu besar ovalette
4 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
esen vanila
pewarna makanan

Cara-caranya;

Pukul telur + gula + ovellet + susu pekat sehingga KEMBANG! Masukkan esen vanila. Kaup balik adunan dengan tepung gandum sehingga sebati. Bahagikan adunan ikut warna yang anda suka, Cik Timm letak 3 warna (kuning, hijau & merah). Masukkan ke dalam acuan yang dah dileser dengan planta/margerin. Kukus sehingga masak.













Selamat Mencuba!

Cik Timm pun nak cuba lagi sampai apam ni jadi gebu gebas. Jangan berhenti mencuba kalau masak ni, betul tak?
Read More

Saturday, November 18, 2017

5 Kegunaan Berus Gigi yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Dekat rumah mesti ada banyak berus gigi lama kan? Cik Timm kadang-kadang datang mood rajin mengemas terkejut tengok betapa banyaknya berus gigi yang ada dalam bekas. Rasanya dalam rumah ni cuma ada 4 orang. Tapi berus gigi berganda-ganda pulak, beranak agaknya! Haha!!

Apa kata dari dibuang begitu saja, kita recycle semula berus gigi lama. Di sini Cik Timm kongsikan 5 kegunaan berus gigi yang boleh anda cuba di rumah.

1. Mencuci kasut
Ha, kalau ada anak-anak yang bersekolah boleh gunakan berus gigi untuk mencuci. Cik Timm sendiri memang menggunakan berus gigi untuk mencuci kasut sebab tekstur berusnya lebih lembut dan tak merosakkan fabrik kasut. 

2. Memberus tayar motor
Cik Timm menggunakan dua berus gigi untuk mencuci motor. Satu guna untuk kekotoran tayar dan rim yang lebih berminyak. Jadi berus akan jadi sangat kotor dan berminyak. Satu lagi guna untuk memberus celah-celah body motor yang susah nak dicapai dengan span. Gagah sangat mencuci, sekarang musim hujan. Hujan sekarang tak macam dulu-dulu. Lagipun air lopak memang kotor, tiap-tiap minggi Cik Timm cuci kalau terlalu kotor. Itulah, nak sangat motor warna putih jenuh mencuci.

3. Mencuci dinding berjubin
Kalau rumah anda ada jubin, selalunya di bilik air, keliling jubin susah nak dibersihkan betul tak? Anda boleh gunakan berus gigi untuk memberus di kawasan itu. Lebih mudah dan praktikal.

4. Membuang kulit mati di bibir
Selalu kulit bibir akan jadi macam menggelupas kalau kering. Jangan gatal-gatal tarik macam tu je, nanti luka. Boleh apply lip balm atau vaseline di bibir untuk lembabkan bibir, selepas tu baru guna berus gigi untuk gosok-gosok keliling bibir. Lembut je bibir, nak apply lipstik pun sekata dan cantik!

5. Merapikan makeup di mata
Kalau rasa bulu kening tu agak tebal dan bersepah boleh gunakan berus gigi yang dah disembur sedikit spray rambut. Sangat sesuai untuk Cik Timm yang langsung tak ada alat-alat atau berus untuk bersolek. Lagi satu, nak buangkan mascara lebih di bulu mata pun boleh guna berus gigi. Jimat kan?

Anda di rumah pun mesti ada guna berus gigi untuk kegunaan lain juga kan. Jom share!
Read More

Friday, November 17, 2017

Pengalaman Setahun dengan Braces

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

4.11.2017 - Akhirnya dah setahun Cik Timm bergigi besi. 

Tak sangka sekejap je masa berlalu. Untuk bulan ni Cik Timm try warna biru metalik pula. Warna yang ada glitter-glitter ni tahan lama sikit berbanding warna biasa. Sebab dulu Cik Timm dah try warna hijau metalik, serius tahan lama warna dia. Tak pudar langsung!

Tapi kali ini punya sakit selepas review memang Allah sahaja yang tau. Dalam seminggu juga sengal-sengal sampai naik ke kepala. Kenapa? Sebab doktor dah letak getah pengikat antara gigi geraham dan gigi siung yang ada gap/jarak tu.


Mak aih, mood hilang terus. Nak makan pun Cik Timm makan nasi yang extra kuah sebab lebih lembut. Ayam pun Cik Timm tak makan, makan tokua atau sosej je sebab lembut dan senang gigit. Sambil makan, sambil menitiskan air mata seminggu. Tapi seminggu je, settle seminggu terus ngap-ngap western di Pak Mat Western!

Hmm, dalam masa setahun Cik Timm pakai braces, macam-macam soalan orang tanya. Selalu orang tanya,

Sakit tak?
Harga berapa?
Berapa lama dah pakai?
Buat dekat mana?

Cik Timm tak kisah pun, siap promote lagi kalau betul-betul serius nak pakai.

Alif Satar pun dah hensem selepas bergigi besi, hahaha!

Tetapi, Cik Timm paling tak suka orang cakap,

"Banyaknya duit hang dapat pakai braces!"

Mula-mula, AMINNNNNN sebab cakap Cik Timm duit banyak, 40 kali orang kata, terus kaya raya dibuatnya!

Makin lama rasa annoying! Cik Timm punya kumpul duit untuk pasang braces ni. Dari sejak mula kerja Cik Timm kumpul tiap-tiap bulan masukkan dalam sampul untuk dapatkan rawatan braces ni. Tak best la bila orang cakap kau banyak duit untuk pasang braces ni. Lagipun bukan untuk suka-suka, untuk kesihatan dan kebersihan gigi. 

Lain orang lain pandangan kot. Sama juga macam kau minat makeup, confirm la kau sanggup berhabis duit tiap-tiap bulan topup barang makeup. Cuba kau total balik semua barang-barang awak tu. Agak-agak berapa dah habis??

Eh, teremo pulak kau sorang-sorang Cik Timm oii.

Cik Timm tak kisah pun orang nak cakap apa, ada yang cakap nak berhipster bagai macam budak sekolah. Do I care? Bukannya Cik Timm pakai duit awak. Ada ke Cik Timm minta derma sorang sikit untuk pakai, tak kan? So, please jangan nak mengecam orang lain. 

Minta maaf emotional lagi.

Haha! Korang pun ada pengalaman tak pakai braces? Jom share?

Read More

Sunday, November 12, 2017

Senarai Pasar Malam di Kulim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

sumber google

Hai semua, dah lama Cik Timm nak update senarai pasar malam sepanjang Cik Timm hidup di Kulim ni. Mana tau kalau ada yang baru je duduk area Kulim tapi tak tau pasar malam dekat mana.

Sini Cik Timm dah senaraikan. Setiap hari ada pasar malam tau. Kalau rasa malas nak masak atau cari barang basah, baju murah-murah ke bolehlah berkunjung ke pasar malam!

Ahad - Kelang Lama
Isnin - Taman Lobak & Pasar Tani 
Selasa - Taman Selasih
Rabu - Pasar Kulim
Khamis - Kelang Lama
Jumaat - Taman Selasih
Sabtu - Pasar Kulim

Hujan-hujan ni memang malas nak keluar rumah kan?
Duduk rumah layan TV lagi best.

Tau tak apa yang best duduk Kulim ni? Harga makanan dia memang murah dan mampu milik. 
Nama pun tanah tumpahnya darahku, memang tempat kita tinggal paling best nak dibandingkan dengan tempat lain ❤
Read More

Tuesday, November 07, 2017

Traveloka: Kenapa Dengan “Make 11.11 Fly” ?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


11.11

Cantik betul nombor tu kan? Pada setiap tahun menjelang tarikh 11 November portal-portal online sentiasa menjalankan pelbagai promosi jualan barangan dan pakej percutian! Tengok calendar, rupanya bermula dari 25 November sehingga 31 Disember bermulanya cuti sekolah. Pastinya semua keluarga dah standby merancang pelbagai aktiviti sempena cuti sekolah ini. Nama pun cuti sekolah, confirm ibu bapa akan bawa anak-anak bercuti, pasangan yang baru berkahwin pun bercuti untuk honeymoon, gegadis remaja macam Cik Timm pun dah mula contact kawan-kawan single untuk bercuti!

Peluang Bercuti

Kali terakhir Cik Timm bercuti pada bulan Julai lepas ke Terengganu. Nak baca entry Terengganu boleh mai sini tau, Puasnya Bercuti di Pulau Perhentian. Planning percutian seterusnya adalah tahun depan. Sempat lagi untuk menyimpan duit saku semata-mata untuk hashtagshortvacay (#shortvacay) atau hashtagbujangtrip (#bujangtrip). Demi hashtag tersebut, sanggup bercuti tempat best-best dan upload di instagram. Demi instagram ada gambar yang cun dan cantik sanggup tau cari kawasan percutian yang ada pemandangan lawa. Teruk sangat perangai, haha!

Kesibukan dan tekanan di tempat kerja membuatkan badan kita penat dan memerlukan rehat. Bercuti adalah satu aktiviti yang membantu menghilangkan stress, menyihatkan dan menambah pengalaman tau. Macam-macam pengalaman yang Cik Timm dapat, berjumpa kawan baru, tertinggal bas ekspress, dapat mencuba makanan baru. Tak rugi bercuti sebenarnya, duit yang dikeluarkan memang berbaloi dengan pengalaman kita ke sana.

Make 11.11 Fly

Bercuti dengan menaiki kereta dah pernah, naik ETS pernah, naik kapal pernah, HAA! Naik kapal terbang lagi belum. Dulu kalau naik turun kapal terbang semata-mata sebab study di Sarawak. Jenuhlah turun naik Penang-Sarawak. Tapi itu bukan untuk bercuti! Feel dia tak sama.


Rasa macam planning nak bercuti dengan menaiki kapal terbang pula. Ini kerana lebih mudah dan menjimatkan masa. Ramai yang seram bila dengar kapal terbang disebabkan tambang yang mahal dan gayat dengan ketinggian. Anda tahu tak nisbah kemalangan melibatkan kapal terbang adalah 61 kali lebih selamat berbanding kereta? Jadi, kapal terbang merupakan pengangkutan paling selamat jika dinilai dari statistic kemalangan maut. Ini fakta tau bukan auta. Cik Timm mula-mula naik kapal terbang pun rasa nervous macam nak tercabut jantung waktu kapal terbang mula nak pecut di landasan. Bila dah selalu naik, 5 minit duduk di kerusi terus lena.

Tambang yang mahal? TIDAK jika anda pandai mencari cara untuk membeli tiket kapal terbang di online portal yang betul.

Terbang ke Awan Biru Bersama TRAVELOKA


Cik Timm cadangkan anda semua menggunakan online portal Traveloka.
TRAVELOKA? Traveloka merupakan portal online atau website yang memudahkan kita untuk menempah tiket kapal terbang dan hotel secara online dengan menyediakan lebih 18,000 laluan dan beribu hotel di Asia Pasifik.

Lebih mudah bukan? Bukan itu sahaja, Traveloka juga sentiasa menyediakan promosi yang menarik. Jadi sebelum bercuti, pastikan anda semua periksa dan survey di Traveloka kerana mungkin ada promosi murah yang lebih menguntungkan anda! Percutian anda akan menjadi lebih jimat dan mudah. Kenapa perlu bersusah payah mencari di laman web lain.
Selain itu, Traveloka akan membuat promosi tiket penerbangan yang menarik pada minggu depan tau!

Tarikh: 10, 11 & 12 November 2017

Promosi ini adalah untuk 2 orang tiket penerbangan pergi dan balik. Tiket ini juga termasuk ke mana-mana sahaja laluan yang anda suka! Oh My! Sesuai sangat untuk pasangan yang ingin berbulan madu. Memang Cik Timm nak promosi untuk kawan-kawan yang akan melangsungkan majlis perkakwinan tahun ni.

So, stay tuned dengan Traveloka dan nantikan promosi yang akan datang. Tak lama dah pun, dalam beberapa hari je lagi.

Kelebihan Traveloka

1.      Lebih banyak pilihan untuk anda memilih dan membuat perbandingan tiket kapal terbang diantara pelbagai syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Malindo Air dan sebagainya. Route perjalanan kapal terbang juga boleh mencecah lebih 100,000 laluan di Asia Pasifik termasuk di Eropah.

2.      Tiada caj tambahan. Semua harga adalah termasuk cukai, caj dan yuran pembayaran. Dan pastinya tiada caj tersembunyi!

3.      Perisian canggih yang memastikan anda mendapat harga, tempoh bercuti, masa transit dan tiket kapal terbang yang terbaik.

4.      Transaksi pembelian online yang selamat. Portal ini memastikan online banking anda terlindung dan dikawal oleh RapidSSL AUTHORIZED TECHNOLOGY. Segala pembayaran dan transaksi anda akan dihantar terus ke email anda.

5.      Terdapat pelbagai pilihan pembayaran yang anda boleh pilih. Anda boleh menggunakan Kad Kredit atau Debit, Online Banking atau di 7-Eleven tanpa caj tersembunyi.

Jom Download Traveloka di Telefon Pintar Anda


Dengan kecanggihan teknologi kini, anda boleh download aplikasi Traveloka di telefon bimbit anda di Google Play atau App Store. Lebih mudah untuk anda akses semua maklumat dan promosi yang disediakan.


Cik Timm pun dah download aplikasi Traveloka. Lebih mudah dan ringan je aplikasi ini, senang untuk digunakan. Kenapa Cik Timm cadangkan anda untuk download aplikasi ini? Ada sesetengah promosi khas untuk pengguna yang ada aplikasi ini sahaja tau! Lebih menguntungkan dengan adanya aplikasi ini. Sesuai sangat dengan tagline, semuanya dihujung jari kan.

Promosi Lain yang Menarik


Promosi ini hanya valid untuk pengguna yang mempunyai aplikasi Traveloka sahaja tau. Dengan aplikasi Traveloka, anda boleh dapat 8% diskaun untuk penginapan di hotel. Tempahan ini hanya dari 3-9 November 2017 sahaja.


Ini pula promosi tiket penerbangan juga dari tarikh yang sama macam promosi kat atas tu. Dari 3-9 November 2017. Jika anda menggunakan aplikasi Traveloka, anda mendapat 10% diskaun, berbanding menggunakan website hanya 5% diskaun.


Kepada K-poppers yang teringin nak bercuti ke Korea, promosi ini memang sangat sesuai untuk anda! Korean Air memberi promosi istimewa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Seoul bermula dari RM1720 pergi dan balik tu! Masa penerbangan adalah dari 1 November 2017–31 Mac 2018. Kalau berminat boleh menempah dari hari ini sehingga 30 November 2017. BESTNYA ke Korea!


Seterusnya, tiket penerbangan tambang istimewa dari Malaysia Airlines pergi balik bermula dari RM302 untuk ke luar negara. Masa menempah bermula dari sekarang sehingga 5 November 2017. Waktu perjalanan dari 6 November 2017 sehingga 31 Mac 2018.


Promosi terakhir adalah tempahan hotel dan tiket penerbangan sepanjang tahun dengan cara pembayaran ansuran selama 6 atau 12 bulan dari Maybank. Amboi, nak bercuti pun siap ada installment tau.

Rugi kalau tak bercuti kalau gini gayanya. Selepas ini, kalau ada kawan yang merungut atau dengki sangat dengan awak-awak yang kaki travel ni, tunjuk je dia TRAVELOKA.

Jadi, jangan lepaskan peluang ada untuk bercuti bersama TRAVELOKA!


Untuk Maklumat Lanjut Traveloka;


Read More

Sunday, November 05, 2017

Resipi: Kek Keju Coklat Simple & Mudah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

kek keju coklat, kek keju coklat simple dan mudah

Bahan A
180gm mentega
190gm gula kastor
3 biji telur gred A *cik timm guna gred B jer..

Bahan Ayak
125gm tepung superfine *guna tepung gandum biasa
1 sudu teh serbuk penaik 
35gm serbuk koko

Bahan B
250gm keju krim *Tatura
60gm gula kastor
1 biji telur

Cara-caranya:

1. Putar mentega dan gula kastor dari Bahan A sehingga kembang dan gebu. Lepas tu masukkan telur sebiji demi sebiji dan diputar sebati.

2. Masukkan Bahan Ayak sedikit demi sedikit sambil kaup balik dengan spatula.

3. Seterusnya, gunakan bekas baru untuk putar Bahan B. Putar krim keju dan gula kastor hingga kembang dan masukkan telur. Putar sebati.


4. Dah boleh panaskan ketuhar. Untuk loyang pembakar Cik Timm gunakan bekas kaca, disebabkan gunakan bekas kaca, Cik Timm cuma sapukan mentega disekeliling bekas untuk rangupkan kek.

5. Tuangkan setengah adunan Bahan A dalam bekas. Tuangkan pula adunan Bahan B sehingga habis dan setengah lagi Bahan A. Ketukkan sikit adunan dalam bekas tu nak buang bubble dalam bekas pembakar. 

6. Ambil lidi dan korekkan permukaan adunan untuk membuat corak. Bakar selama 1 jam pada ketuhar yang dipanaskan pada suhu 170C. 





Dah lama Cik Timm tak update blog. Bulan lepas entry sikit sangat. Minta maaf sangat sebab makin lama blog makin sendu. 

Resipi atas ni Cik Timm ambil dari buku resipi Variasi Hidangan Berkeju karya Noraini Zakaria. Bahan sangat simple, kos pun murah. Mahal dekat krim keju tu je. Dah 3 kali Cik Timm try resipi ni dan memang menjadi. Selalu olah sendiri, kadang-kadang tabur nestum kat atas. Kali ini Cik Timm tambah almond flakes dalam adunan keju. Sedap tau sebab makan ada crunchy-crunchy.

Selamat Mencuba!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com