Sunday, November 05, 2017

Resipi: Kek Keju Coklat Simple & Mudah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

kek keju coklat, kek keju coklat simple dan mudah

Bahan A
180gm mentega
190gm gula kastor
3 biji telur gred A *cik timm guna gred B jer..

Bahan Ayak
125gm tepung superfine *guna tepung gandum biasa
1 sudu teh serbuk penaik 
35gm serbuk koko

Bahan B
250gm keju krim *Tatura
60gm gula kastor
1 biji telur

Cara-caranya:

1. Putar mentega dan gula kastor dari Bahan A sehingga kembang dan gebu. Lepas tu masukkan telur sebiji demi sebiji dan diputar sebati.

2. Masukkan Bahan Ayak sedikit demi sedikit sambil kaup balik dengan spatula.

3. Seterusnya, gunakan bekas baru untuk putar Bahan B. Putar krim keju dan gula kastor hingga kembang dan masukkan telur. Putar sebati.


4. Dah boleh panaskan ketuhar. Untuk loyang pembakar Cik Timm gunakan bekas kaca, disebabkan gunakan bekas kaca, Cik Timm cuma sapukan mentega disekeliling bekas untuk rangupkan kek.

5. Tuangkan setengah adunan Bahan A dalam bekas. Tuangkan pula adunan Bahan B sehingga habis dan setengah lagi Bahan A. Ketukkan sikit adunan dalam bekas tu nak buang bubble dalam bekas pembakar. 

6. Ambil lidi dan korekkan permukaan adunan untuk membuat corak. Bakar selama 1 jam pada ketuhar yang dipanaskan pada suhu 170C. 





Dah lama Cik Timm tak update blog. Bulan lepas entry sikit sangat. Minta maaf sangat sebab makin lama blog makin sendu. 

Resipi atas ni Cik Timm ambil dari buku resipi Variasi Hidangan Berkeju karya Noraini Zakaria. Bahan sangat simple, kos pun murah. Mahal dekat krim keju tu je. Dah 3 kali Cik Timm try resipi ni dan memang menjadi. Selalu olah sendiri, kadang-kadang tabur nestum kat atas. Kali ini Cik Timm tambah almond flakes dalam adunan keju. Sedap tau sebab makan ada crunchy-crunchy.

Selamat Mencuba!

3 comments:

  1. alahai sedapnya.. ni yg tingin nak makan ni

    ReplyDelete
  2. Cantiknya rupa paras kejadian kek Cik Timm :)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com