Wednesday, April 27, 2022

Berbuka di Hotel Seri Malaysia, Kulim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sekali sekala merasa berbuka di hotel. Mr Roy minta carikan tempat makan buffet yang menarik & tak terlalu mahal. Jumpa pula posting buffet ramadan dari Hotel Seri Malaysia cawangan Kulim. Harga tak terlalu mahal jika nak dibandingkan dengan buffet-buffet lain. 


Dulu pernah sekali makan buffet di hotel, tak silap Hotel Four Season di Penang rasanya. Waktu tu Cik Timm cuma kawan sekolah je dengan husband. Kali ni pi buffet hotel as a parent dah. Haha! Jodoh kan..

Makan buffet di hotel? Bagi Cik Timm kalau waktu berbuka memang tak best. Bagi Cik Timmlah sebab kita actually tak makan banyak pun semasa berbuka. Rugi banyak kalau makan buffet. So, kalau sampai beratus-ratus per person memang sangatlah rugi. Tapi kalau korang memang pemakan tegar ok jer makan buffet di hotel untuk berbuka. 


Buffet dekat sini biasa-biasa sahaja, sesuailah dengan harganya. Pilihan tak banyak, tapi masih ada kambing bakar. Favourite keluarga mertua, Cik Timm kurang sikit dengan kambing sebab tak suka baunyaaaa.

Nak tempah pun Cik Timm tempah dari Whatsapp je. Nak cuba juga? Boleh tekan link bawah ni ya,

https://wasap.my/60174786484/FoodDeliveryHsmKulim

Pejam celik pejam celik, puasa dah nak sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah, Cik Timm masih lagi steady puasa walaupun bf baby. Lagipun Azfa dah start solid food, tak bergantung sangat duduk susu ibu. Semoga dapat full puasa tahun ni, amin. 

Tahun ni juga first time beraya dengan baby. Tahun lepas baby dalam perut lagi. BerPKP pulak kita sepanjang 2 tahun lepas. Tahun ni mesti pakat raya sakan kan? Raya, raya jugak tapi jangan lupa, Covid-19 masih ada. Sama-samalah jaga diri sendiri, Cik Timm serik dah terkena Covid-19 sebelum puasa hari tu. 

Korang pulak apa cerita di sepanjang Ramadan ni? 
Read More

Friday, April 15, 2022

Bercucuk Tanam Semula

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Setelah sekian lama merajuk dengan hobi bercucuk tanam, Cik Timm nak baru nak mencuba balik menanam pokok. Semangat waktu pregnant nak menanam sekali kucing liar buat onar berak dekat tapak semaian, Cik Timm stop truih! Boleh baca entry semangat ni hah http://www.fatimahnabila.com/2021/06/beli-biji-benih-dari-eco-shop.html


Azfa pun dah besar sikit boleh buat hobi baru. Buat masa ni baru nak belajar menanam pokok bunga yang paling senang iaitu Rose Jepun. Rumah mak banyak pokok ni, mak bagi pokok ni untuk permulaan. Alhamdulillah naik pokoknya! Excited betul, biasalah first time tanam pokok. Kecik-kecik dulu tanam pokok tauge jeee


Masalah dengan kucing tu  Cik Timm selesaikan dengan menanam secara vertical garden. Itu pun sebab jumpa grill tingkap lama yang tersadai je tepi rumah. Cik Timm spray balik dengan cat hitam dan beli pasu gantung di Shopee. In the end kucing liar hitam yang buat onar tu lama dah menghilang, mati agaknya. 


Dalam perancangan nak buat taman kecik depan ni habuan nak hilangkan stress. Actually kurang juga stress tengok pokok ni membesar.


Sedih hati ni bila vertical garden tu jatuh tersembam menyembah bumi. Habis pokok rose jepun yang baru nak naik tu. Nak merajuk balik lah dari menanam pokok. Nak cuba tanam pokok indoor plant pulaklah. Suka tengok orang yang pakat menanam indoor plant dalam rumah, nampak cantik dan segar je. 

Ada idea tak antara pokok indoor plant yang senang jaga dan tak banyak kerenah?
Read More

Monday, January 10, 2022

Sambut Deepavali Dengan Keluarga Mertua

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Ya, deepavali tahun 2021 ni Cik Timm balik kampung. Pertama kali balik kampung tau. Arwah bapa mertua berbangsa India dari Kuala Kangsar. Jadi deepavali lepas kami ambil kesempatan untuk balik kampung, diorang mana pernah jumpa Cik Timm lagi. Kahwin PKP kan, semua belum kenal. Tau-tau bawa baby 2 bulan dah!


Famili arwah papa dulu penjaga rail kereta api dekat Kuala Kangsar tu. Rumah betul-betul tepi rail kereta api. Orang dulu-dulu panggil “quartermaster” katanya. Cantik sangat rumah sini sebab masih mengekalkan ciri-ciri rumah papan dulu-dulu. Rumah pulak dikelilingi dengan laman luas, siap ada bela macam-macam binatang lagi. Cik Timm tak dan nak pusing dekat luar sebab si Azfa ni merengek jer. 


Kami lunch di sini juga, ayam varuval ada, nasi ala-ala nasi minyak ada, papadam ada. Tak sempat nak snap gambar dalam rumah, dekat dapur tak ada bumbung, ala-ala open air gittuw. Rasa macam masuk dalam movie arwah mamat khalid suasana sini. 


Disebabkan cuaca agak panas, mandikan Azfa dulu. Baru dia selesa & tidur lena. Seronok tengok suasana rumah ni. Rumah betul-betul tepi hospital Kuala Kangsar. Lepas ni kalau naik train KTM boleh ushar rumah arwah papa. 


Dalam petang sikit, kami pusing-pusing Kuala Kangsar sambil menikmati apa yang ada di sini. Kami ambil angin di tepi Sungai Perak. Ada banyak kedai ala-ala waterfront, boleh menikmati pemandangan sungai sambil makan. Tempat jualan kraftangan pun ada. Dekat Kuala Kangsar ni terkenal dengan barang-barang dari rotan atau pun pembuatan labu sayong. 

Dari Kuala Kangsar kami bertolak terus ke Kuala Lumpur. Actually masa ni kami bercuti sakan selama lebih kurang seminggu. Bercuti sambil berjalan-jalan ke rumah adik-beradik yang ada. Bawa Azfa tengok dunia luar sikit, maklumlah baby PKP. Terperuk je dalam rumah. Tengok orang tak kenal asyik menangis je. 

Semoga tahun depan punya Deepavali pun Cik Timm dapat melawat Kuala Kangsar lagi!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com