Thursday, November 12, 2015

Review: Activa Miracle White Black Peel-Off Mask with Oak Charcoal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!

Jom berfacial sendiri dengan Activa Miracle White Black Peel-off Mask. Kekadang kita ni sentiasa busy dengan kerja, secara tak langsung muka akan terabai sebab malas nak kelebek muka. Balik rumah terus rasa nak tidur je.

Lepas tu, muka mula protes dengan naik bintik-bintik, aduhai. Disebabkan hari ini cuti, sebelum balik singgah Watsons dulu cari facial mask dengan peel off mask yang warna hitam.

Jumpa satu produk yang best untuk dicuba, iaitu ACTIVA!

Memang best, rasa segar dan tegang ja muka. Cuma memang tak dapat bercakaplah semasa memakai mask ni. Segala mak nenek atas muka ni licin kena tarik dengan mask ni. Syiok pakai warna hitam ni sebab senang kita nak detect benda yang keluar dari muka. 

The best things about this product are:
1. Membuang toksin.
2. Membuang liang-liang roma yang tersumbat.
3. Mencerahkan kulit muka.
4. Memberi nutrisi kepada kulit.
5. Paling penting! Meremajakan kulit!

Bagaimana untuk mendapatkannya?
Di Watson ada, Guardian pun ada, senang cerita semua tempat macam tu semua ada di mall kan. Dengan RM15.90 dapat dua sekali, mask charcoal yang warna hitam tu + white mask. Nanti aku review yang white mask tu pulak ye..

Stay tuned

Da.. 
Read More

Tuesday, November 03, 2015

Festival Light & Motion Putrajaya 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua! Dalam kesibukan bekerja sempat lagi aku ke Festival Lampu 2015 bertempat di Putrajaya. 
#lampu2015
Hari pertama semuanya adalah percuma! Memang sangatlah ramai. Selalunya kawasan Putrajaya ni sunyi je, tapi malam tu sangatlah crowded walaupun kami ke sana agak lewat disebabkan tersesat -_-"

Sampai sana, aku serius terpukau dengan projektor di Istana Kehakiman. Sangat superb dan kreatif! Kalau nak tengok macamana bestnya, boleh ke fb Perbadanan Putrajaya.
Memang salute dengan orang yang berjaya buat Istana Kehakiman ni macam hidup. Sambil-sambil berjalan, ada banyak arca-arca cahaya. Macam masuk dalam fakulti seni di UNIMAS dulu pulak. 
Lampu205, putrajaya
Lepas tu, ada pulak abang lampu dari #teamelmalaysia dengan baju ala-ala michael jackson kot. 
Lampu2015, putrajaya
Abang api pun ada, tapi elok kami nak tengok, depa pun dah habis show. Kereta comel elektrik pun ada, kena bayar kalau nak naik. Taman depan masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pun dah meriah dengan lampu dan arca ais. Buskers pun ada, sangatlah sedap suara abang tu. Tapi tak tau pulak buskers tu nama apa. 
Lampu2015, putrajaya

Balik pun memang lewat. Terima kasih skuad ye, walaupun main terjah gitu je. Nasib baik aku kerja shif pagi, dapat pi.

P.s. serius nak pi tahun depan kalaulah aku still kerja kl lagi hah..
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com