Sunday, July 29, 2018

Masalah Jerawat Hilang dengan Adanya OXY

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Miss J seronok bermaharajalela dekat muka ni walaupun dah habis time period. Adalah tu yang tak kena dengan muka ni or sebab nak masuk 3series dah. Nooooo!

Cik Timm guna OXY Acne Pimple Medication. Mula-mula guna yang OXY5 khas untuk jerawat yang tak teruk. Memang seronok guna sebab letak je dalam 2 3 hari, Miss J kecut sendiri. Cik Timm punya Miss J ni melampau sikit. Sekali naik yang besar-besar, nampak seketul dekat muka. 

Walaupun kecik saiz ubatnya 10g, lama tau guna sebab kita colek sikit je. Lepas habis guna yang ni, Cik Timm try yang OXY10 pulak. Kuat sikit kesan dia sebab Miss J ni macam ketegaq gila! Agaknya dah imun dengan OXY5. 

Apa yang bagusnya dengan produk OXY ni?

1. Mempunyai Benzoyl Peroxide untuk membunuh bakteria Miss J dengan cepat & efektif.

2. Mengurangkan minyak berlebihan dan membuka liang roma.

3. Mengelakkan Miss J yang baru tumbuh.

4. Tanpa ada bau.



Apa beza OXY5 & OXY10?

Sama je, yang membezakan OXY5 tu lembut sikit untuk jerawat biasa. Kandungan Benzoyl Peroxide pun 5% je. OXY10 pulak untuk jerawat yang degil dan ada 10% Benzoyl Peroxide. Tapi waktu mula-mula Cik Timm pakai, kulit jadi macam menggelupas & kering sikit. Sekejap je, sementara jerawat nak kering. 

Cara guna?

Selepas kita cuci muka dengan pembersih muka, keringkan. Goncang OXY sebelum guna. Sapu krim OXY pada jerawat. Guna sekali atau dua kali sekali. 



CAUTION!

Test patch dulu sebelum guna sebab takut ada alahan dengan Benzoyl Peroxide. Kalau guna jadi merah-merah, gatal-gatal, rasa panas atau menggelupas teruk, kurangkan dosage penggunaan. Jangan guna krim ni di mata, mulut atau bibir tau! Paling penting jauhkan dari kanak-kanak!

THIS PRODUCT MAY BLEACH HAIR & DYED FABRICS (tikar getah dekat rumah terkena krim ni jadi putih jer, haha!)

Kalau tak ada produk yang bagus macam ni, dari sekolah lagi dah pakai. Sebab muka Cik Timm jenis suka naik seketul jerawat yang sangat teruk. Lepas ni, nak try produk lain pulak macam Cosmoderm or T3 pimple gel. Mana tau serasi boleh tukar-tukar pulak. 

Banyak range produk OXY yang boleh didapati di farmasi macam Watsons atau Guardian. Buat masa ni Cik Timm guna krim ni je untuk rawat jerawat. Selamat Mencuba!

p.s. this is not a sponsored post tau ❤
Read More

Saturday, July 21, 2018

Jom Kemaskini Akuan Pendapatan di PTPTN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua! Selamat berhujung minggu semua. Cik Timm baru je settle mengemaskini akuan pendapatan di portal PTPTN. Nasib ada kawan yang ingatkan dalam group WhatsApp minggu lepas. Cepat-cepat update sebelum 25 Julai 2018 ni.


*UPDATE 29.07.2018 : KEMASKINI DILANJUTKAN SEHINGGA 31 JULAI 2018!

Tak susah pun nak isi, ringkas je sebab cuma update kita punya status pekerjaan.


Ramai yang blur dengan No. Pinjaman tu. Hampa korek balik dekat surat tawaran atau surat amaran yang hampa dapat dari PTPTN. Dekat atas sekali surat ada tulis No. PEMBIAYAAN. Kalau tak ada surat-surat tu boleh pm je PTPTN untuk dapatkan nombor tu. Yang penting ingat IC, kalau tak ingat juga tak taulah nak kata apa, hahaha! Cik Timm pun ada kawan yang kerja dengan PTPTN, senang nak tanya kalau ada apa-apa masalah. Hari tu pun kawan tu juga yang tolong clearkan apa yang Cik Timm tak faham dengan sistem PTPTN ni.


Dah settle pun Cik Timm punya kemaskini PTPTN. Sesiapa yang belum boleh update dekat link ni ya 👇

http://www.ptptn.gov.my/akuanpendapatan/ *im sorry link dia dah tak boleh guna..

Ya, Cik Timm masih bayar seperti biasa walaupun gaji kurang dari RM4000 sebulan. Dari dulu lagi waktu Cik Timm part time selepas grad, gaji ciput RM900 pun Cik Timm masih juga menunaikan tanggungjawab membayar PTPTN. Nama pun hutang kan, kenapa nak banyak berdalih itu ini. Sepatutnya bersyukur ada juga pinjaman untuk kita yang nak study tapi tak mampu ni. 

Sama jugak macam orang pinjam duit kita. Suka ke kalau peminjam tu tak bayar? Tau pulak nak marah-marah kan? Taknak kupas banyak-banyak pasal ni. Sekarang ni semua benda nak dipolitikkan, bosan. Hahaha! Btw, memang nama dikeluarkan dari senarai hitam imigresen, tetapi CCRIS? Senarai CCRIS lagi bahaya tau. Tak cantik rekod kalau culas nak bayar hutang. Nanti nak buat pinjaman pun susah.

At least, Cik Timm dah tunaikan tanggungjawab membayar hutang. Alhamdulillah baru separuh dah settle, tinggal separuh lagi. Seronok gila tengok hutang dah susut. Lega sangat-sangat. 




Point no 10 tu memang WIN. Pendapat Cik Timm dekat atas tu pun hanya my sense je. Lain orang lain pandangan betul tak?

Hujung minggu ni buat apa je tu? Cik Timm dok seronok godek barang-barang dalam website Shopee ni..
Read More

Friday, July 20, 2018

Dapatkan Potongan Harga Hangat di Ekspo Elektronik Shopee Julai Ini

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jaminan Harga Terendah dengan potongan harga sehingga 90% ke atas lebih 1,000 produk elektronik


KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2018 - Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan bakal melancarkan Kempen Ekspo Elektronik Shopee - Jaminan Harga Terendah (LPG), satu siri promosi hangat dari 23 hingga 26 Julai 2018. Lebih daripada 20 jenama elektronik turut serta termasuklah Armaggeddon, Alcatroz, honor, Mono Digital, Philips, Russell Taylors, Tefal, Vivo, Xiaomi dan banyak lagi. Terdapat lebih daripada 1,000 produk termasuklah telefon pintar, gajet, kelengkapan rumah, komputer dan aksesori yang boleh dibeli dengan potongan harga sehingga 90%. Menerusi usaha sama teguh dengan jenama ini,  pengguna boleh menikmati harga terendah ke atas semua produk yang dilabel ‘Lowest Price Guaranteed’ (Jaminan Harga Terendah) dan sekiranya mereka terjumpa produk yang sama dijual di platform lain pada harga lebih rendah, Shopee komited untuk menebus semula 120% daripada perbezaan harga tersebut dalam bentuk syiling Shopee.



“Shopee telah bertumbuh pesat sepanjang tahun 2018 dan kami telah menjalinkan usahasama dengan pelbagai jenama terkemuka untuk mengembangkan lagi kategori produk berkaitan elektronik seperti Mobil & Gajet,  Komputer & Komputer Riba dan Kelengkapan Rumah untuk menawarkan produk berkualiti kepada lebih 10 juta pengguna. Contohnya, jualan murah eksklusif honor 9 Lite yang berjaya menjual 1,000 unit dalam tempoh lima minit, membuktikan kecenderungan rakyat Malaysia yang memilih produk elektronik bertaraf premium. Dengan Ekspo Elektronik ini, Shopee mengambil selangkah lagi untuk menjadi pusat sehenti platform membeli-belah dalam talian yang memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Malaysia,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Pada 23 Julai, Shopee menawarkan Jualan Kilat Shocking Sale sepanjang tempoh 24-jam yang membariskan potongan harga keatas pelbagai produk elektronik berjenama. Pada hari ini, pengguna boleh merebut jualan murah produk elektronik untuk keperluan profesional dan peribadi. Mereka boleh mendapatkan aksesori komputer seperti papan kekunci dan tetikus wayarles daripada jenama  Logitech. Sementara itu, penggemar music boleh mendapatkan alat bantuan audio (headphones) daripada jenama Marshall dengan harga istimewa. Pelbagai lagi produk berkualiti dijual pada harga menarik termasuk cakera keras storan (external drive) daripada jenama Seagate dan rangkaian jam pintar untuk mereka yang aktif.



Selain daripada jualan kilat Shocking Sale, pengguna boleh mendapatkan ratusan produk di LPG Tech Zone sepanjang 4 hari Ekspo Elektronik ini berlangsung. Setiap hari, Shopee akan menampilkan dua jenama elektronik terkemuka dengan barisan produk pada harga menarik. Dalam masa yang sama, pengguna boleh membeli-belah dari rangkaian jualan murah mengikut tema kempen bagi memenuhi keperluan elektronik mereka. Di “LPG Tech Zone”, lebih 500 produk termasuk telefon pintar bertaraf premium, kamera dan komputer riba daripada Xiaomi, Huawei, honor, ASUS dan pelbagai lagi jenama besar turut menyertai kempen jaminan harga terendah. Pengguna yang mencari kelengkapan rumah yang moden boleh meninjau kempen jualan murah “Everything for Your Home” sepanjang ekspo ini untuk menikmati promosi hebat keatas produk daripada jenama Philips, Senheng, Tefal, Midea dan banyak lagi. Untuk penjimatan berganda, tebus baucar bernilai sehingga RM100,000 sepanjang kempen untuk pembelian mereka.

Akhir sekali, bagi memberi ganjaran kepada peminat Facebook kami, Shopee akan melancarkan pertandingan “Tag a Bro, Win Like a Pro” dari 23 hingga 26 Julai. Peminat media sosial hanya perlu mencari satu produk elektronik dengan label LPG di Shopee, ambil gambar produk tersebut dalam troli membeli-belah, kemudian tag seorang kawan lelaki dan tinggalkan komen mengapa mereka ingin memenangi produk tersebut. Pemenang bertuah akan menerima produk elektronik kegemaran mereka bernilai hingga RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan baik mereka.

Untuk maklumat lanjut, layari https://shopee.com.my/m/electronics-expo bermula 16 Julai 2018. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di App Store atau Google Play.

#ShopeeElectronicsExpo
Read More

Monday, July 16, 2018

Musim Demam Durian!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua!

Meriah Cik Timm tengok dalam media sosial kawan-kawan. Semua cerita tengah menikmati buah durian. Cik Timm ni jenis tak kisah sangat, kalau ada makan. Tak ada pun tak lah sampai kempunan terkeluaq aiq liuq. Hahaha!

Sebab?

Rumah Cik Timm memang ada pokok durian dah. Tapi tak semeriah dulu-dulu. Sekarang tinggal dalam beberapa batang pokok durian je. Dulu memang banyak sampai peraih mai beli buah durian. Sekarang mak sedekah je untuk adik-beradik yang berkunjung ke rumah. 



Semalam mak tanak pulut, buah durian pun memang ada. Makan je, kalau tak makan mak marah. Katanya rezeki Allah bagi, nanti pokok durian ni merajuk tuan dia takmau makan hasil dia. Makan juga 3 ulas durian dengan pulut. Buah manggis pun makan sekali nak bagi badan sejuk pulak. Petua mak gitu..

Favourite Cik Timm jenis durian yang isi tak terlalu tebal. Sebab kalau terlalu tebal nanti rasa mual. Tapi, apa yang ada depan mata selalu balun jer. 

Sekarang memang musim durian, tepi jalan je ada jual durian. Paling ramai Cik Timm tengok orang berhenti di tepi jalan, jalan nak ke Kulim-Alma. Kedai tu bukan musim durian pun depa jual juga hasil durian macam tempoyak. Agaknya sedap kot durian situ sebab memang sesak jalan sebab orang parking tepi-tepi jalan. Pelanggan dia Melayu ada, Cina ada, India pun ada! Kepada sesiapa yang dah dekat dengan area situ boleh singgah kalau nak try.

Cik Timm memang tak pernah lagi beli durian luar. Selalu makan pokok sendiri ja. Itupun kalau pokok ni bertahan sampai bila-bila. One day mana tau pokok durian dekat rumah ni dah tak ada. Mesti waktu tu baru gedik-gedik teringin nak makan. Lumrah manusia kan memang begitu, hihi. Apa yang di depan mata susah nak hargai sebab kita tau benda tu memang ada, cuba kalau dah tak ada, baru tercari-cari.

Kesian orang yang tak suka durian. Mesti tak suka dengan bau dia yang kuat tu kan? Dah tak suka nak buat macamana kan, tak boleh paksa. Tapi at least hormat orang lain yang makan durian. Durian is still consider makanan betul tak? Janganlah di "eww" sana, "eww" sini. Terasa orang yang suka durian tu tau.. 



Gambar dari group Whatapps, ada pasangan yang baru nikah cari. Lepas tu pakat-pakat mengusik sebab pengantin baru, jahat betul diorang ni.

Btw, Selamat Pengantin Baru buat Epol & Eyda!
Read More

Saturday, July 14, 2018

Guardian SALE 50% Barangan Makeup!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

guardian, makeup, sale


Hai semua!
Rajin Guardian & Watsons buat Sale habis-habisan selepas GST dimansuhkan ni. Semua barangan dia turun harga, tak semua lah, ada juga memang harga memang gitu jer. Sama juga dengan barang-barang lain kan?

Dikesempatan sale ni, sebelum raya tu Cik Timm sempat singgah di Guardian Perda. Tujuan utama ke kedai bakery tu cari barang untuk kuih raya. Alang-alang dah sampai kan. Punya seronok tengok barang dia, semua barang kebanyakan masih banyak lagi, customer lain pun tak ramai. Seronok window shopping. Mula-mula belek dulu barang yang sale. Lepas tu ke Watsons dekat sebelah sebab nak bandingkan harga. Memang murah...

Cik Timm kan jarang membeli barang-barang makeup ni ha. Nak tau barang makeup yang Cik Timm ada, pi entry Senarai Barangan Makeup Simple. Itu sahaja yang ada pun, haha!

guardian, drugstore, makeup


Disebabkan murah tangan pun gatal nak membeli. Dalam otak dah set kena spend RM50 sahaja! Yea, dapatlah 5 barang ni less than RM50. Kalau ikut hati banyak lagi benda yang geram nak capai. Tapi, sabar..nanti mesti ada sale lagi. Membazir amalan shoiton, hihi. 

guardian, makeup


1. Catrice Kohl Kajal Eyeliner #010UltraBlack
Beli sebab tak pernah ada eyeliner jenis pensel. Syok juga guna, senang apply walaupun tak reti sangat. 

2. Rimmel BB Cream SPF15 #Light Medium
Sunblock yang dah biasa guna dari RZAC tu dah habis. Memang cari sunblock baru yang ada sikit foundation tekstur. 1st time try BB Cream. Oklah jugak guna, muka jadi fresh & tak nampak pucat. Tak berani pakai foundation tebal takut muka tak boleh bernafas. Huhu. Lagi satu, satu tiub ni 30ml. Banyak tu..

3. Catrice All Round Mascara Extra Volume Length & Curl #Black
Yang dok ada tu lama sangat dah. Patut buang cek oi..

4. Rimmel Lasting Finish Lipstik #710GetDirty
Lipstik kedua yang nak dicuba. Warna coklat tau, tapi lembut je kalau sapu di bibir. Tapi Cik Timm memang dah terbiasa sebelum apply apa-apa lipstik sentiasa sapu vaseline dulu. Extra protection sebab bibir Cik Timm cepat kering. 

guardian, makeup, palladio


5. Palladio Eye Shadow Quad
Tak pernah ada, so belilah satu nak cuba. Walaupun pallete dia ada 4 warna, hanya warna yang tak ada glitter Cik Timm guna. Warna yang ada glitter tu belum confident nak try, hihi. 

guardian, bb cream, makeup


Semua barangan dekat atas tu ada tarikh expired dia (gambar yang menunjukkan berapa bulan barang tu boleh diguna selepas dibuka). Cik Timm memang tak reti sangat dengan barang makeup ni. Banyak dok baca dalam blog Iman Abdul Rahim je. Banyak tips dan cara penggunaan barangan skincare atau makeup dalam tu. Hari-hari baca blog beliau pun takpa sebab tak pernah bosan. Cik Timm pasni skincare pun nak tukar pakai yang dalam drugstore punya. Nak habiskan dulu apa yang ada. Jangan membazir, nonono!

Jadi raya tahun ni makeuplah serba sikit. Tapi tengok gambar, macam sama je macam tak makeup. Memang failed namanya. Hahaha! 

Ha, hampa semua dok shopping apa weekend-weekend ni??
Read More

Thursday, July 12, 2018

Pengalaman Setahun Tujuh Bulan dengan Braces

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


23.06.2018 - Yes, memang entry bulan lepas sepatutnya. Banyak entry pending kan, ohmygosh perangai sorang budak ni. Pemalas!

Appointment dengan klinik dah mula skip jadi 2 bulan sebab tarikh yang tak sesuai. Disebabkan skip 2 bulan, lagi sakit gigi ni sebab wayar dia yang terjuntai tu lukakan kulit pipi ni. Macam nak teriak sementara pipi tu nak adapt. 



Bulan-bulan terakhir ni memang pakai power chain je sebab nak dekatkan gap antara gigi. Alhamdulillah kalau senyum memang confident habis. Tak sabar nak bukak braces ni. Asyik lupa nak tanya Dr je bila agaknya boleh settle gigi ni. Lagi cepat settle, lagi senang. Waktu pi apoointment ni pun terlambat, nasib baik la pekerja kaunter dia nak ambil lagi patient. Kalau tak memang mereputlah kena ambil cuti lagi. Next punya appointment pun kalau ikut 2 bulan lagi kalau nak hari Sabtu juga. Nanti nak ubah tarikhlah sebab hujung bulan 7 dah free..

Lepas tu ada sorang adik tempat kerja ni pasang "fake braces". Aduhai, nak nasihat pun budaknya dah pakai pun. Dia cerita orang tu datang rumah pasangkan. Allahu, Cik Timm cuma tunjuk kes-kes akibat fake braces dekat dia. Hopefully cepat-cepatlah sedar dan buang sebelum jadi lebih teruk. Bila tanya nak pakai sampai bila ni? Jawabnya, "Tak tahu?"

Dengar cerita tempat dia (Baling) kebanyakan dok seronok pakai fake braces. Ramai kawan-kawan yang pakai. Itu yang terikut-ikut trend nak pakai. Bahaya dengan fake braces ni sebab dipasang oleh golongan yang tidak bertauliah. 

Hari tu ada kes yang orang pasang tu kena tangkap kan? Ingatkan lepas kes tu, tak ada dah kes ni. Nampaknya masih ada lagi. Jenuh doktor nak control. Masyarakat pun sama perlu da kesedaran benda-benda berkaitan ni. 

Hampa pun ada tahu juga tentang 'Fake Braces' ni?
Read More

Tuesday, July 10, 2018

Selamat Hari Raya 2018

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



26 Syawal 1439

Masih belum terlambat lagi kan sebab masih lagi dalam bulan Syawal ni. Nak puasa 6 pun masih sempat tau! Bulan raya ni agak sibuk sampai tak sentuh langsung laptop. Banyak update cerita dalam instagram jer. 

Baiklah, cerita raya 2018

Lama tak makan kek SR, Blueberry Cheesecake & Carrot Slice!


Tahun ni kakak sulung (Kak Pah) tak beraya sini, tapi balik awal seminggu sebelum puasa. Kami dah buat makan-makan satu family. Buat surprise sambutan birthday Widad (one of my niece). Bershell out kami berbuka petang tu. Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai, 6 orang adik-beradik, 2 orang ipar, 13 orang anak saudara. Penuh rumah ni hah, nasiblah rumah maktok tu boleh tampung semua sekali. 

Kak Yu & the family. Setiap Selasa selalu balik sini melawat mak. 


Abang no. 2 (Abang Mie) beraya di Pahang tahun ni. Kakak no. 4 (Kak Yu) beraya sini, sebab family mertua dia pun nak beraya di Pulau Pinang (duduk Melaka). Yang bujangs macam Kak Ina, Bang Cik dan tuan blog ni of courselah beraya dengan mak je.

Meh nak cerita apa benda yang dok sibuk sangat sepanjang 2 minggu sebelum raya tu.

Ni tengah buat biskut sarang semut ni.

Koleksi kuih raya tahun 2018, choc chip tu tinggal suku je sebab sedap. Tak sempat tunggu raya dah settle. Bahulu pun setengah bekas dah hah..aduyaii..


Mula-mula tahun ni macam tak ada semangat nak buat kuih raya. Tapi fikir balik macam tak best raya kalau tak ada biskut raya homemade. Akhirnya berjaya siapkan biskut sarang semut, chocolate chip, almond london, samperit susu, bahulu & tempeyek. 

Ketupat gemuk is ready to be kukus!


Ketupat daun palas macam biasa, memang muka nilah yang kena settlekan semua. Cuma tahun ni balut banyak sikit sebab 1st trip buat untuk Kak Yu. Mertuanya teringin dengan ketupat daun palas, maka berhempas pulas Cik Timm membalut sambil tengok mak punya mulut pot pet kasi resipi dekat kakak. 2nd trip balut hari Rabu pulak untuk raya. 

Baju raya.

Baju kurung mini cotton dari COTTON LARIS by Nona Rina. 


Actually tak ada dalam perancangan nak beli pun. Tapi akhirnya beli juga baju kurung cotton comel yang berharga hanya RM65. Itupun setelah pusing satu Kulim, sebab dah berazam kalau tak ada yang berkenan kuburkan niat untuk membeli. Tak perlu membazir sebab jarang-jarang pakai baju kurung ni. 

Dok menumbuk kerisik, dah lama tak buat. Kecik-kecik dulu kalau buat, asyik colek sikit masuk mulut.

Settle goreng, pengsan teruih depan TV, penat, Hahaha! Nanti Cik Timm share resipi rendang versi mak.

Dari duduk bersila, duduk mencangkung, macam-macam gaya ada sebab lenguh.


Khamisnya pulak buat rendang pulak. Kerisik pun buat sendiri, beli tak sedap. Dok goreng nyoq/kelapa parut, lepas tu tumbuk sampai keluar minyak. Lepas tu goreng 2 bekas besar ayam untuk rendang pulak. Tahun ni cuba belajar rendang mak punya style. Sambil merendang ayam, siang daging pulak. Akhirnya daging tu memang tak sentuh langsung masa raya tu. Hahaha! 

Punya pulun cari bunga dekat rumah, tak banyak pulak pokok bunga berbunga. Asalkan daun pandan ada..


Petangnya pi kubur arwah ayah. Dah lama sangat tak ziarah. Bersalahnya, Allahu. 

Tahun ni raya cuti 6 hari uolss! Memang sakan raya, itu pun tak ke mana sebab tetamu non-stop berkunjung menziarah mak. Sakan juga Cik Timm dengan Bang Cik masak. Tahun ni cuba masak mee kari, seronok orang makan puji sedap. Hahaha! Bolehlah nanti mee kari ni diteruskan untuk tahun-tahun yang akan mendatang. 

Gambar raya tahun ni.

Tahun 2018 kami je yang ada, itu pun meriah!

Mungkin tahun 2018 adalah tahun terakhir rumah ni ada dekat sini 😭


Bergambar di luar rumah buat pertama kali. Senang dengan adanya tripod buruk beli dekat festival thai tahun lepas. Cuma kena rajin minyakkan sendi dia sebab takut karat. Sebelum ni ambil gambar jenuh letak meja atau kerusi tinggi. Lepas tu sendal dengan barang berat, jenuh tau dengan setting masa lagi. Berlari-lari dalam masa 10 saat. 

Tiba-tiba tahun ni dapat duit raya! Hikss..


Tahun 2018 masih beraya sebagai seorang bujang. Kita doakan yang baik-baiklah noh. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan ye dak. Bercinta or kenal bertahun-tahun pun tak semestinya ke jinjang pelamin. Kekadang orang yang kita tak sangka tu rupanya jodoh kita..

Semoga Aidiladha tahun ini membawa sinar baru kepada anda semua ye. Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir & Batin seandainya Cik Timm ada terkasar bahasa di sepanjang perkenalan kita sama ada di media sosial atau semasa bersua ❤
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com