Wednesday, October 17, 2018

Festival Makanan Kanak-kanak Sihat Ayam Brand Didik Tentang Pilihan Makanan yang Lebih Sihat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

En. Nathan Deverre, wakil dari Ayam Brand bersama kanak-kanak yang menyertai aktiviti sempena Festival Makanan Kanak-kanak Sihat Ayam Brand 2018. 


Georgetown, 9 Oktober 2018 –Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di ASEAN dengan 23.7% daripada mereka mengalami masalah obes[1].



Pemakanan memerlukan keseimbangan. Obesiti sering dikaitkan dengan tabiat makan yang disemai sejak kecil, di mana kanak-kanak yang mempunyai berat berlebihan biasanya akan menjadi obes ketika dewasa. 

Faktor budaya juga menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti di Malaysia. Ini kerana kebanyakan makanan popular di Malaysia adalah sepertisnek yang digoreng dan hidangan yang memiliki kandungan lemak tinggi, selain tidak ada banyak kepelbagaian dalam makanan mereka. 



Sebab itulah Ayam Brand™, jenama pilihan rakyat Malaysia selama 126 tahun menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat (Healthy KIDS Food Festival) untuk menawarkan pilihan makanan yang lebih baik sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial tahunannya.



Kempen kebajikan pada tahun ini bertujuan memperkasakan kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan mereka sendiri menerusi aktiviti-aktiviti yang interaktif. Aktiviti ini dapat membantu mereka mengenalpasti kumpulan makanan yang penting, memahami jumlah makanan dan membuat keputusan bijak tentang makanan berkhasiat dan membentuk tubuh secara positif.

Ayam Brand™ menyatakan bahawa sumbangan produk kepada rumah-rumah kebajikan yang mengambil bahagian dibuat kerana kebanyakan daripada mereka kurang akses kepada sumber nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan kanak-kanak. 



Sudah memasuki tahun ke sebelas, Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand telah berjaya menjangkau sekitar 20,000 orang dari 482 pertubuhan kebajikan, serta menyediakan mereka dengan 1,404,000 hidangan makanan yang sihat dan mudah! 

Mengulas tentang Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, wakil Ayam Brand, Encik Nathan Deverre berkata, “Kanak-kanak dapat belajar dengan baik menerusi permainan. Justeru, Ayam Brand telah menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat dengan pelbagai bentuk permainan yang direka khas buat kanak-kanak agar mereka seronok ketika belajar bagaimana untuk memilih makanan yang betul. Kami harap kanak-kanak yang mengambil bahagian pada hari ini akan mengamalkan apa yang telah mereka pelajari dan berkongsi tips ini dengan rakan-rakan dan menyebarkan mesej mengenai makan secara sihat.”

Antara sesi bengkel yang dijalankan ialah ‘Yay or Nay’ di mana kanak-kanak belajar untuk mengenalpasti serta membezakan di antara pilihan makanan yang sihat dan tidak sihat, selain teka silang kata tentang manfaat Omega 3 dan DHA di bengkel ‘Crossword’. Di bengkel ‘Healthy Plate’ pula, kanak-kanak menentukan kuantiti kumpulan makanan berbeza untuk menghasilkan satu diet yang seimbang, manakala di bengkel ‘DIY’, kanak-kanak akan menghidang Nasi Lemak Tuna mereka berdasarkan apa yang telah pelajari.

Kanak-kanak amat memerlukan Omega-3, iaitu sejenis asid lemak penting untuk perkembangan otak dan mata yang tidak dihasilkan oleh tubuh manusia. Ibu bapa dan penjaga boleh menambah makanan yang kaya dengan kandungan Omega-3 seperti sardin, mackerel dan tuna dalam diet anak-anak. Bagi kanak-kanak yang tidak sukakan bau ikan, ibu bapa perlu jadi lebih kreatif. Jadi, layari laman web www.ayambrand.com.my untuk mendapatkan pelbagai resepi yang mesra kanak-kanak.

Kelapa pula telah mencapai status makanan super di peringkat global kerana kandungan lemak sihatnya. Ini satu berita baik buat rakyat Malaysia kerana mereka menggemari makanan berlemak seperti Nasi Lemak.

Sebahagian daripada Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, Ayam Brand™ ada memperkenalkan Nasi Lemak yang lebih sihat, mudah dan cepat untuk disediakan yang menggunakan santan jenama ini. Di samping Light Tuna Cili sebagai sambal yang boleh diambil terus daripada tin bersama telur rebus, timun segar, kacang tanah dan ikan bilis untuk menjadi satu hidangan yang enak dan berkhasiat. Kanak-kanak yang menghadiri bengkel ini juga belajar tentang sukatan yang betul bagi setiap makanan untuk diet yang lebih sihat.

“Ramai rakyat Malaysia yang membuat pilihan makanan tanpa memikirkan tentang kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik, memberi pemahaman serta menjadikan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sebagai amalan sejak anak-anak masih kecil. Kami gembira kerana kanak-kanak dapat belajar tentang asas pemakanan sihat dengan cepat pada hari ini. Ibu bapa dan penjaga boleh mencuba beberapa aktiviti yang telah kami lakukan ini kerana ia mudah dan boleh dilakukan di rumah,” kata Deverre.

Rumah Permata Kasih, Children’s Protection Society, Persatuan Kebajikan Anak-anak Islam dan Rumah Kebajikan Seri Cahaya dari Pulau Pinang menerima bekalan makanan harian produk Ayam Brand selama dua bulan merangkumi ikan sardin, mackerel, tuna dan santan kelapa untuk semua kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Menurut wakil dari Children’s Protection Society, Cik Magdeline Leong, sumbangan produkAyam Brand™ yang tidak mempunyai bahan pengawet atau MSG tambahan itu sangat dihargai kerana makanan tersebut sihat, pantas dan mudah disertakan ke dalam diet harian mereka. 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana menjemput Children’s Protection Society untuk menyertai acara ini, selain menyumbang produk mereka yang mudah, berkhasiat dan enak. Kanak-kanak sangat seronok pada hari ini dan mereka belajar pelbagai tip nutrisi daripada bengkel-bengkel aktiviti.



“Kami akan menjalankan beberapa bengkel sama di Children’s Protection Society tidak lama lagi. Sebabnya, daripada apa yang dapat kami lihat pada hari ini, ia dapat membantu kanak-kanak mengamalkan tabiat makanan sihat sepanjang hidup mereka,” kata Cik Leong.

Maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, sila layari laman web www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes.

Untuk aktiviti yang penuh semasa Cik Timm di sana akan diceritakan dalam entry yang akan datang tau. Tapi memang meriah dengan kanak-kanak yang sporting ni ☺
Read More

Monday, October 15, 2018

Selesai Cucuk Vaksinasi HPV

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua, dah settle dah cucuk HPV kali ke-3. Lepas ni dah tak ada lagi cucuk-cucuk.
Masih ada lagi yang tanya apa benda HPV ni. Boleh ke entry lepas ni ya, letih nak menjawab benda yang sama. 

Penting ke Suntikan HPV


Last cucuk dapat tote beg comel. Yeay!!

Ada kawan bagitau yang tahun depan vaksinasi percuma ni dah tak available. Jadi kebanyakan yang dah daftar kena habiskan tahun ni. Nasib baik Cik Timm daftar awal, untuk keterangan lanjut anda boleh ke klinik LPPKN berdekatan untuk bertanya lebih detail ya.


Banyak betul benda yang Cik Timm lalui dalam 2 bulan ni. Tukar kerja, lepas tu tukar pulak outlet yang orang tak nak, telefon rosak..

Apa lagi cubaan yang akan mendatang, Allahu. Allah tak akan bagi cubaan kalau kita tak kuat nak hadapinya. Semoga diri ini sentiasa kuat!

Read More

Monday, October 08, 2018

SUSU FERNLEAF UHT 100% DARI NEW ZEALAND PILIHAN KAMI SEKELUARGA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hai semua!

Kali ini Cik Timm nak share dengan semua pembaca susu yang sentiasa menjadi pilihan keluarga Cik Timm. Dekat rumah sentiasa stand-by susu tepung Fernleaf, sebab rutin setiap pagi atau sebelum tidur mesti minum susu.

Sumber: dewimalaysia.com


Tapi sekarang, tak perlu susah-susah untuk membancuh susu kerana Fernleaf mempunyai variasi terbaharu dengan rangkaian Susu UHT! Susu Fernleaf UHT didatangkan dengan 3 jenis variasi iaitu Full Cream, Low Fat dan Coklat. Selain itu, ia boleh didapati dengan 1L dan 200ml pek.

Fernleaf sebenarnya salah satu produk dari Fonterra, syarikat yang mempunyai rangkaian produk tenusu yang terbesar di dunia. Antara produk lain ialah Anmum, Anlene, Anchor dan CalciYum. Ya, selain dari Fernleaf Cik Timm juga pengguna setia Anlene tau! Di usia macam ni memang Cik Timm dan keluarga sentiasa mengutamakan kesihatan. Walaupun sesuatu produk tu mahal, tak rugi dan berbaloi setiap sen anda itu jika memberi 100% manfaat untuk anda.

Nampak tu, semua produk Fernleaf ada promosi!


Untuk maklumat semua, bulan Oktober ini di Tesco ada offer untuk semua produk susu Fernleaf UHT, memang licin je rak Fernleaf tu! So, apa lagi bolehlah shopping susu Fernleaf di Tesco berdekatan anda sebab offer last sehingga hujung bulan ni je.

Jom Cik Timm nak share kebaikan susu Fernleaf UHT yang menjadikannya 100%Mmmmm.

Lembu Tenusu dan Rumput

Susu Fernleaf merupakan 100% produk tenusu asli dari New Zealand. Sebut je New Zealand kita dah dapat bayangkan lembu-lembu warna hitam putih dia yang gemuk di tengah padang rumput hijau yang luas terbentang tu. New Zealand mempunyai tanah yang subur, kadar hujan yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikan negara mereka tempat yang terbaik untuk menghasilkan susu. Rumput yang terbaik akan menghasilkan susu yang berkualiti.

Rumput Berkualiti

Di New Zealand, semua lembu tenusu meragut rumput secara bebas  tanpa terkurung dalam kandang. Dengan menghabiskan 90% masa meragut rumput secara bebas di hari yang cerah, lembu tenusu akan menghasilkan kandungan vitamin D yang tinggi.

Penghasilan Susu Secara Semulajadi

Susu yang dihasilkan adalah secara semulajadi tanpa penggalak susu. Ini kerana iklim yang selesa, udara dan air yang bersih.

Pakar Tenusu

Mereka mempunyai pengalaman lebih dari 140 tahun dalam pengladangan tenusu. Dengan memastikan susu yang dihasilkan berkualiti, bermula dari sumber air yang bersih, rumput berkualiti tinggu dan produk yang tersedia untuk pengguna. Sebab itulah susu Fernleaf UHT sangatlah 100%Mmmmm!

Excited nak memborong barang Fernleaf yang offer!


Selain dari pemilihan susu yang berkualiti, susu juga secara amnya penting untuk membekalkan kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat. Dulu waktu kecik dulu, hari-hari mak bancuh susu setiap pagi dan malam. Dah makin besar, dah malas nak minum susu. Susu juga berfungsi untuk memberi tenaga yang optimum untuk tubuh. Memang sesuai untuk diambil sebelum melakukan aktiviti seharian, mengenyangkan juga! Jika anda seorang yang menjaga kalori dan takut gemuk boleh bertukar kepada susu yang rendah lemak atau low fat.

Anda tahu tak segelas susu bersamaan dengan sepinggan nasi? Nampak tu, sesuai untuk sesiapa yang tengah berdiet! Minum susu sebelum tidur dapat melonggarkan otot-otot yang tegang dan menenangkan saraf jadi tidur anda akan menjadi lebih lena.

Tips Minum Susu secara Kreatif

Untuk lebih kreatif, anda boleh campurkan susu dengan kacang badam yang dibakar dan dicincang halus bersama madu. Selain mengenyangkan, dapat juga menajamkan minda. Sesuai untuk student-student yang tengah struggle study tu. Satu lagi tips, minum susu yang dicampurkan bersama kurma sebelum anda berpuasa. Anda menjadi lebih bertenaga dan kenyang sepanjang hari.

Jadi apa lagi, jom bertukar kepada susu Fernleaf UHT! Anda boleh dapatkan rangkaian susu Fernleaf UHT di pasaraya atau kedai runcit berdekatan rumah anda. Selamat Mencuba!
Read More

Monday, October 01, 2018

Dah Daftar Haji atau Belum?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Hai semua, bulan Ogos lepas Cik Timm sangatlah FREE. Jadi settlekan semua urusan bank termasuk Tabung Haji. Akaun Tabung Haji arwah ayah yang daftarkan, daftarkan je tapi lepas tu Cik Timm langsung tak ambil peduli. Allahu..


Terus ke Tabung Haji untuk update buku, daftar Haji & masukkan nama untuk pemegang amanah. Alhamdulillah settle semua!


Update buku dari buku warna kuning yang lama kepada buku warna hitam hijau. Cik Timm kena isi borang lain untuk membuka akaun tu sebab terlalu lama sangat.


Daftar Haji sangatlah senang dengan adanya KWSP. Cik Timm cuma bawa salinan KWSP yang ada no. EPF tu. Dalam masa beberapa minit Cik Timm dah pun daftar Haji. Perlu diingatkan duit KWSP bukannya masuk terus ke akaun Tabung Haji. Duit di Tabung Haji masih juga tak berubah. Jangan fikir duit KWSP transfer masuk ke Tabung Haji ya. Lupa nak tanya berapa minimum duit yang perlu ada untuk daftar Haji. 




Tengok tarikh Tahun Peruntukan Haji, tahun 2126 nanti! Haha! Jadi lepas ni dah boleh menyimpan sikit-sikit, mana tau ada rezeki dapat menunaikan Haji dalam masa terdekat. Senang je sekarang ni nak daftar Haji walaupun duit dalam simpanan Tabung Haji ada seratus je.


Seterusnya, daftar 2 orang pemegang amanah. Andaikata kalau ada jadi sesuatu contohnya kematian, duit dalam simpanan masih terpelihara untuk keluarga. 


Untuk pengetahuan anda, urusan tabung Haji macam nak masukkan duit ke apa ke tak perlu susah-susah ke branch Tabung Haji. Semua urusan dah boleh diselesaikan dengan menggunakan Maybank, Bank Islam dan Bank Rakyat.


Untuk Bank Islam;


Untuk pengguna Maybank;



Alhamdulillah semua urusan bank-bank lain pun dah diupdate dan disettlekan.

Anda semua dah daftar Haji? 

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com