Tuesday, April 03, 2018

Penting Ke Suntikan HPV?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hai semua!
Cik Timm bercuti hari ni sebab ke Klinik Nur Sejahtera (LPPKN) untuk mendapatkan suntikan HPV.

Apa itu HPV?
HPV ialah singkatan dari Human Papillomavirus. HPV boleh menjangkiti lelaki dan perempuan menerusi sentuhan kulit yang luka dengan cara hubungan seksual. Terdapat lebih 100 jenis HPV dan 40 daripadanya akan memberi kesan kepada alat sulit, mulut dan tekak anda. 

Sumber: healthline.com

Perlu ke nak dapatkan Suntikan HPV?
Bermula dari tahun 2012, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah bersetuju untuk memberi vaksinasi/suntikan HPV kepada golongan wanita. Tau tak HPV adalah penyebab kepada kanser rahim! Jadi, dengan usaha kerajaan golongan macam Cik Timm boleh dapatkan suntikan HPV secara percuma.

Kriteria Untuk Mendapatkan Suntikan HPV Secara Percuma (update 2018)
1. Wanita warganegara Malaysia atau penduduk tetap
2. Lahir pada tahun 1991 - 1996
3. Bujang dan belum pernah berkahwin
4. Tidak hamil
5. Tidak pernah mengalami alahan teruk sehingga perlu dirawat di hospital.

Sumber: lppkn.gov.my

Kalau hampa semua nak ambil suntikan pun tak rugi sebab percuma. Tapi pastikan anda memenuhi kriteria di atas. Disebabkan klinik LPPKN dekat je dengan rumah, Cik Timm call dulu untuk kepastian. Sebab dok baca dalam internet ni, ada yang kena bayar, ada yang klinik tu vaksin dia dah habis stok. 

Lepas call, tahun tahir Cik Timm valid, appointment pun hanya pada hari Selasa waktu pagi. 

klinik lppkn, klinik  nur sejahtera kulim


Cik Timm pun ambil cuti pada hari Selasa untuk ke klinik. Tak ramai orang pun, ada beberapa orang wanita Cina yang dah dicucuk. 

Sampai sana, kita diminta isi borang pengakuan suntikan HPV warna biru dengan borang kesan selepas imunisasi warna pink. Dah isi borang, nurse tu akan terang serba sedikit tentang suntikan HPV. Dos suntikan adalah 3 kali. Dalam masa lebih kurang 7 bulan ni, boleh berkahwin tapi tak boleh hamil. 


Suntikan di tangan kiri, terketar jugak sebenarnya. Last cucuk typoid 3 tahun lepas je. Hihihi..
Bukannya sakit pun, kejap jer. Lepas cucuk, depa suruh duduk rehat dulu dalam 10 min sebelum balik.

suntikan hpv kulim. klinik lppkn kulim

Borang pink tu kita simpan, andaikata selepas vaksinasi tu ada kesan teruk macam muntah-muntah ke, pening-pening ke, kita bawa borang ni ke klinik balik. Kad comel tu pulak kad temujanji, tarikh semua depa dah tulis. Kita cuma datang ke klinik semula untuk dos yang seterusnya. 

Ada Kesan Sampingan Tak?
Vaksin ini adalah selamat dan halal. Bengkak, sakit atau kerengsaan di tempat suntikan adalah simptom biasa. Tapi kalau ada masalah lain yang terlalu serius boleh dapatkan rawatan susulan di hospital atau klinik tau. Mungkin ada golongan dekat luar yang sensitif dengan isu vaksin-vaksin ni kan. Bagi Cik Timm, benda yang baik tak salah pun. Tepuk dada, tanya selera ya~

Dekat Mana Nak Dapatkan Suntikan ni?
1. Klinik LPPKN
2. Pusat Kesihatan Universiti

Untuk warga Kulim ni boleh ke Klinik Nur Sejahtera (LPPKN) sebaris je dengan Kolej Kejururawatan Kulim. Untuk maklumat lanjut boleh call klinik untuk kepastian ye.

Klinik Nur Sejahtera Kulim

Alamat: No. 1530, Jalan Hospital Lama,
09000 Kulim,
Kedah.

No. Tel: 04-4906204

3 comments:

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com