Hai semua!
Kali ini Cik Timm nak share dengan semua
pembaca susu yang sentiasa menjadi pilihan keluarga Cik Timm. Dekat rumah
sentiasa stand-by susu tepung Fernleaf, sebab rutin setiap pagi atau sebelum
tidur mesti minum susu.
Sumber: dewimalaysia.com |
Tapi sekarang, tak perlu susah-susah untuk
membancuh susu kerana Fernleaf mempunyai variasi terbaharu dengan rangkaian
Susu UHT! Susu Fernleaf UHT didatangkan dengan 3 jenis variasi iaitu Full
Cream, Low Fat dan Coklat. Selain itu, ia boleh didapati dengan 1L dan 200ml
pek.
Fernleaf sebenarnya salah satu produk dari
Fonterra, syarikat yang mempunyai rangkaian produk tenusu yang terbesar di
dunia. Antara produk lain ialah Anmum, Anlene, Anchor dan CalciYum. Ya, selain
dari Fernleaf Cik Timm juga pengguna setia Anlene tau! Di usia macam ni memang
Cik Timm dan keluarga sentiasa mengutamakan kesihatan. Walaupun sesuatu produk
tu mahal, tak rugi dan berbaloi setiap sen anda itu jika memberi 100% manfaat
untuk anda.
Nampak tu, semua produk Fernleaf ada promosi! |
Untuk maklumat semua, bulan Oktober ini di
Tesco ada offer untuk semua produk susu Fernleaf UHT, memang licin je rak
Fernleaf tu! So, apa lagi bolehlah shopping susu Fernleaf di Tesco berdekatan
anda sebab offer last sehingga hujung bulan ni je.
Jom Cik Timm
nak share kebaikan susu Fernleaf UHT yang menjadikannya 100%Mmmmm.
Lembu Tenusu dan Rumput
Susu Fernleaf merupakan 100% produk tenusu
asli dari New Zealand. Sebut je New Zealand kita dah dapat bayangkan
lembu-lembu warna hitam putih dia yang gemuk di tengah padang rumput hijau yang
luas terbentang tu. New Zealand mempunyai tanah yang subur, kadar hujan yang
baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikan negara mereka tempat yang
terbaik untuk menghasilkan susu. Rumput yang terbaik akan menghasilkan susu
yang berkualiti.
Rumput Berkualiti
Di New Zealand, semua lembu tenusu meragut
rumput secara bebas tanpa terkurung
dalam kandang. Dengan menghabiskan 90% masa meragut rumput secara bebas di hari
yang cerah, lembu tenusu akan menghasilkan kandungan vitamin D yang tinggi.
Penghasilan Susu Secara Semulajadi
Susu yang dihasilkan adalah secara semulajadi
tanpa penggalak susu. Ini kerana iklim yang selesa, udara dan air yang bersih.
Pakar Tenusu
Mereka mempunyai pengalaman lebih dari 140
tahun dalam pengladangan tenusu. Dengan memastikan susu yang dihasilkan
berkualiti, bermula dari sumber air yang bersih, rumput berkualiti tinggu dan
produk yang tersedia untuk pengguna. Sebab itulah susu Fernleaf UHT sangatlah
100%Mmmmm!
Excited nak memborong barang Fernleaf yang offer! |
Selain dari pemilihan susu yang berkualiti,
susu juga secara amnya penting untuk membekalkan kalsium untuk tulang dan gigi
yang kuat. Dulu waktu kecik dulu, hari-hari mak bancuh susu setiap pagi dan
malam. Dah makin besar, dah malas nak minum susu. Susu juga berfungsi untuk
memberi tenaga yang optimum untuk tubuh. Memang sesuai untuk diambil sebelum
melakukan aktiviti seharian, mengenyangkan juga! Jika anda seorang yang menjaga
kalori dan takut gemuk boleh bertukar kepada susu yang rendah lemak atau low
fat.
Anda tahu tak segelas susu bersamaan dengan
sepinggan nasi? Nampak tu, sesuai untuk sesiapa yang tengah berdiet! Minum susu
sebelum tidur dapat melonggarkan otot-otot yang tegang dan menenangkan saraf
jadi tidur anda akan menjadi lebih lena.
Tips Minum Susu secara Kreatif
Untuk lebih kreatif, anda boleh campurkan
susu dengan kacang badam yang dibakar dan dicincang halus bersama madu. Selain
mengenyangkan, dapat juga menajamkan minda. Sesuai untuk student-student yang tengah
struggle study tu. Satu lagi tips, minum susu yang dicampurkan bersama kurma
sebelum anda berpuasa. Anda menjadi lebih bertenaga dan kenyang sepanjang hari.
Jadi apa lagi, jom bertukar kepada susu
Fernleaf UHT! Anda boleh dapatkan rangkaian susu Fernleaf UHT di pasaraya atau
kedai runcit berdekatan rumah anda. Selamat Mencuba!
yang coklat tu sumpah sedap dan takmuak! kena beli selalu buat stock kat rumah ehehe
ReplyDeletesedapnya susu yang chocolate tu. hehe... memang best susu fernleaf ni. kurang gula. hee~
ReplyDeletePernah baca tentang kualiti Yang dijaga oleh Fernleaf.
ReplyDeleteBagus Amal minum susu
Sumpah suka dengan susu ni.....hehehehe
ReplyDeleteAkak suka yang coklat. Dap dap dap. Then, memang pakai susu tepung fernleaf yang family kat rumah.
ReplyDeleteFernleaf ni memang sedap
ReplyDelete