Awal pagi kami
bersarapan dengan makanan yang dimasak sendiri. Konon nak feeling-feeling makan
di luar tempat berehat. Tapi sekejap je sebelum angin sejuk mula masuk ke
tulang. Sebelum kami keluar, standby heat pad dalam poket.
Bawa extra juga
dalam bag, untuk Cik Timm lebih baik korang bawa bag galas sederhana besar.
Macam Cik Timm, dalam bag tu untuk letak barang-barang elektronik macam tripod,
extra batteri, powerbank, cable usb. Selain itu, bekalan air masak, wet tissue, heat pad, moisturiser, lip balm, pantyliner, sanitizer, dan juga pasport jangan lupa! Baju pun pakailah yang bersesuaian, baju Cik Timm semuanya turtle neck, sebab tu Cik Timm tak pakai any extra kain untuk tutup leher. Waktu ni tudung tu kalau boleh nak berbelit 10 kali baru selesa dan hangat.
Gyeongbokgung Palace
Kami ke Gyeongbokgung Palace dengan menaiki Subway je. Sesungguhnya Cik Timm terlupa kami ke stesyen mana sebab kena tukar-tukar. Tak silap kami ke Chungmuro Station, lepas tu tukar ke Euljiro dan kami stop di Gyeongbokgung Station. Yang pastinya korang memang kena berkawan baik dengan Naver Map tu. Kami sampai ke Gyengbokgung Exit 5 dan akan keluar dari jalan belakang istana tu.
Kebetulan trainer Cik Timm waktu kerja Nandos dulu pun ada di lokasi yang sama. Sempatlah kami berjumpa di situ. Kami sampai je terus tengok pegawai diorang tengah buat Acara Penukaran Pegawai (changing guard).
Menyewa Hanbok di The King Hanbok
Selepas tengok acara tu baru kami ke deretan kedai Hanbok yang berdekatan dengan kanan istana. Ada bermacam-macam kedai sewa, korang pilih je mana yang suka. Kami sewa di The King Hanbok, kami sewa untuk 4 jam, 9,900KRW untuk seorang. Nanti staff dia akan tengok baju yang sesuai dengan saiz korang, skirt pulak boleh pilih mana-mana je sebab boleh adjust untuk semua saiz.
Korang pilihlah yang matching dengan tudung korang baru nampak comel! Patutlah pakai hanbok kembang semangkuk sebab kena pakai dulu kain dalam yang bersangkar tu. Sweater pula kami tinggalkan dalam loker. Bawak beg jugak sebab itu poket Doraemon tak boleh tinggal.
Untuk masuk ke Gyengbokgung Palace ada entrance fee kecuali kalau korang sewa hanbok boleh masuk free! Bila Cik Timm tengok balik gambar, mak aih Cik Timm nampak pink je sebab bag pun pink! Dalam istana ni memang banyak spot untuk bergambar, untuk orang yang pandai cari angle memang cantik. Kami pusing istana ni dari tempat yang ramai orang sampai ke tempat yang sunyi. Lagi cantik ambil gambar tanpa gangguan orang lain, haha!
Kenapa perlu datang ke sini? Istana Gyengbokgung juga dikenali sebagai Northen Palace kerana terletak di kawasan paling utara diantara 5 istana yang lain. Selain itu, istana ini dikatakan antara tercantik dan paling besar. Bagi Cik Timm, wajib korang datang tambah kalau peminat cerita korea yang ada ala-ala istana macam Hwarang 😬.
Selepas puas kami pusing-pusing dalam istana, perut mula berkeroncong. Cuaca sejuk buat kita cepat lapar sebenarnya. Kami keluar jalan-jalan di dataran depan istana, Gwanghwamun Square. Dekat sini ada King Sejong Bronze Statue, bolehlah bergambar. Waktu kami di sini, ada pameran arca penguin dari ais. Di sepanjang dataran, ramai polis yang berkawal di sini. Puas bergambar kami pulangkan baju dan bergerak ke Itaewon untuk lunch + tea time.
Dari Gyeongbokgung ke Itaewon Cik Timm akan share next entry okey. Selamat membaca, untuk entry sebelum ni;
Kadang-kadang tekak ni craving makanan-makanan manis. Selepas selesai urusan di Pejabat Tanah Kulim dua hari lepas, Cik Timm dengan Abang Cik cuci mata sikit dekat Tesco Kulim.
Saja shopping barang yang RTC sebab murah, tengok-tengok semua barang RTC boleh buat mushroom soup. Setiap hari Khamis memang pihak Tesco akan restock semua barang. Lagipun baru pukul 10pagi, orang tak ramai. Seronok ronda, banyak juga yang offer, macam vakum jenama MAG ala-ala DYSON tu RM79 je, dah la yang dekat rumah ni dah rosak. Susah nak cuci sebab rumah kampung ni banyak habuk sebab kayu kan.
Tengok donut dekat pastry, macam sedaplah pula. Enam biji baru RM5.99 (1box). Lagipun belum pernah cuba lagi donut Tesco. Rupanya memang sedap dan lembut. Bolehlah lepas ni beli kalau teringin sangat. Kadang-kadang teringin makan seketul je, kalau nak buat memang tak berbaloi. Tambah-tambah kalau nak buat yang ada topping ala dunkin donut. Salahkan cerita Pink Smile sebab buat Cik Timm teringin makan donut.
Lepas tu Cik Timm jumpa paste Gojuchang, sebelum ni benda-benda gitu jumpa dekat Aeon je. Ada member teringin nak rasa, boleh lah lepas ni cari dekat Tesco je. Produk dari OmmaSon, rice cake untuk Topokki pun ada. Yang penting dijamin Halal!
Yang ni tak pernah makan pulak, jelly fish dengan seaweed frozen, jeruk kott..
Kalau datang Tesco memang suka duduk dulu ambil angin, minum-minum dulu dekat tempat makan dia sebelum balik. Pandai Tesco ni buat meja siap untuk charge lagi. Selesa untuk sesiapa yang kerja dekat sini.
Dua hari lepas Cik Timm godek dalam GrabPay tu tengok apa yang boleh dibeli dan dibayar. Bawah sekali tu ada UMobile. Cik Timm punya bil memang keluar 6 haribulan setiap bulan. So, Cik Timm tengok dulu berapa total bil. Memang cukup nak bayar guna GrabPay.
Korang buka apps GrabPay korang, tekan Payment dan tekan “Pay your bills everywhere”
Dalam tu ada bermacam bil yang boleh dibayar, tak banyak pun yang ada cuma bil air, astro, YES, RedOne, Celcom, Sarawak Energy dan Sabah Electricity.
Lepas tu tekan “UMobile Bill Payment”. UMobile ada dekat bawah sekali list dia. Masukkan maklumat korang macam no. akaun dengan total bil. Tekan “Enter” dan “Pay”. Nanti dia processing, esoknya Cik Timm tengok dah settle dah.
Alhamdulillah, jimat bulan ni punya bill telefon dengan menggunakan ePenjana jer. Korang dah tebus ePenjana? Ramai yang guna Touch & Go kan sebab boleh guna untuk bayar toll. Cik Timm memang tak guna. Banyak guna Grab jer. Korang guna untuk apa tu? Jom share!
Hai semua! Diharapkan
Cik Timm rajin untuk mengupdate trip Cik Timm semasa di Korea Selatan bulan
Februari lepas. Untuk ringkasan cerita boleh baca dalam entry Cik Timm sebelum
ini Ringkasan: Winter Trip ke Seoul Tanpa Tourguide. Entry kali ini Cik Timm
akan cerita dengan lebih terperinci dan ada banyak gambar.
Tahun lepas Kak Sue
ajak untuk bercuti di Korea. Cik Timm pulak waktu tu tengah heartbroken memang
merasakan waktu ni sangat sesuai untuk bercuti memandangkan asyik bekerja 24
jam. Sebelum ni Kak Sue dah pernah ajak bercuti ke Indonesia, tapi adalah
“orang tu” tak kasi bercuti jauh-jauh. Simpan duit untuk kahwin katanya.
Akhirnya ke laut, duit yang disimpan untuk kahwin tinggal 2k lagi untuk cukup.
Disebabkan hubungan tak sampai ke jinjang pelamin, so Cik Timm ada duit extra
untuk bercuti ke luar Negara.
05.02.2020 (RABU)
Cik Timm masih kerja
hari tu tau. Tapi barang-barang macam beg luggage, baju, sweater semua dah siap
packing dan kemas. Hari tu Cik Timm kerja shif pagi tapi balik awal sikit takut
tak sempat nak bersiap untuk ke airport malam tu. Nasib baik abang ipar nak
tolong hantarkan ke airport, kalau tak Cik Timm nak order Grab je. Anak-anak
saudara excited nak tengok kapal terbang, tapi disebabkan Covid-19 abang ipar
tak bagi jalan-jalan di airport. Hantar dari dalam kereta je.
Airport Pulau Pinang ke KLIA 2
Flight Cik Timm ambil
yang terakhir, sebab tak perlu nak tunggu lama dekat airport untuk ke Korea
esok paginya. Rupanya Bang Cik tunggu Cik Timm dekat airport Penang, untuk
hantar adik bongsu dia sorang nih. Sampai airport Penang, terus check-in beg
masuk. Agak blur sebab rupanya semua kena buat sendiri. Check-in Cik Timm
check-in online je, tapi luggage pun kena print tag sendiri. Mak aih..
Sebelum masuk dalam,
Cik Timm supper dulu dekat KFC. Suasana dalam airport Nampak suram sebab dah
lewat malam. Semua orang mula pakai mask disebabkan Covid-19. Flight pukul
10.00pm dari Penang dan sampai di KLIA pukul 11pm.
Sampai KLIA2 terus ke
Roaming Man untuk ambil portable Wifi yang dah ditempah. Nak check-in luggage,
tunggu Kak Sue sebab kami beli tiket sekali. Nasib baik dekat KLIA2 ni ada
kawan yang temankan. Walaupun dah lewat malam, masih ramai lagi orang dekat
sini. Disebabkan dah lewat malam, Cik Timm naik dekat tingkat atas betul-betul
atas balai pelepasan, dekat situ ada banyak kerusi urut dan memang ruangan
untuk berehat. Tidur sekejap untuk simpan tenaga untuk aktiviti esoknya.
06.05.2020 (KHAMIS)
Airport KLIA 2 ke Incheon
Tandas di KLIA di tempat berehat. Cantik betul interior dia berkonsepkan kapal terbang!
Bangun pagi sebelum
subuh lagi Kak Sue dah inform dah sampai airport. Sementara tunggu Kak Sue
breakfast, Cik Timm gosok gigi, basuh muka apa yang patut. Pukul 5am kami dah
check-in luggage dan terus menunggu di balai pelepasan. Beza sangat airport
zaman Cik Timm study Sarawak dulu dengan sekarang. Makin besar! Pukul 7am kami
dah masuk dalam flight. Memang cewi sangat sebab kapal terbang penerbangan
antarabangsa ni besar jika dibandingkan dengan domestic. Selalunya Cik Timm
naik seat dia 3 kiri 3 kanan. Tapi kali ni 3 kiri, 3 tengah dan 3 kanan.
Dalam flight memang
kitorang dah tempah makanan sebab penerbangan selama lebih 7 jam lebih. Agak
mati kutu aku dalam tu. Selepas makan tidur, bangun ke toilet pulak. Saje nak
hilangkan kebas-kebas kaki. Lepas tu tidur balik sampai pukul 1.30pm kami dah
cecah Incheon Airport. Awal dari yang dijangka.
Situ toilet, memang ramailah yang beratur tunggu giliran.
Walaupun sampai awal,
urusan untuk kitorang ambil luggage tu mengambil masa juga sebab kena naik
macam LRT untuk ke luar. Settle urusan ambil luggage baru kami tukar pakai
sweater tebal. Lepas tu ambil Discovery Seoul Pass untuk T-Money di kiosk yang
disediakan. Kami duduk dalam sejam jugak pusing-pusing cari AREX untuk ke Seoul
Station. Dah jumpa kami topup T-Money di recharge machine. Arahan semua ada,
follow jer.
Mesin ni akan pulangkan balik 500KRW korang, cuma masukkan je kad dia tu.
Lega apabila kaki dah
masuk AREX. Kami duduk je dimana-mana tempat kosong walaupun dekat tiket dah
ada nombor seat. Seronoknya tengok suasana Negara luar. Berlainan sangat dengan
Malaysia. Dah rasa masuk dalam drama korea. Hahaha! Perjalanan mengambil masa
dalam 2 jam dari Incheon Airport ke Seoul Station. Dari Seoul Station kami ke
Myeongdong Station. Bawaklah luggage maha besar tu naik tangga turun tangga.
Tengah struggle nak cari jalan keluar no. 4 ke Myeongdong.
Dah sampai Myeongdong Station.
Paling lawak, sampai
je Myeongdong Station, pintu Exit dia sangatlah banyak. Dekat sini juga
merupakan underground shopping center. Google Map memang tak boleh digunakan di
Korea. Kami mati kutu juga selepas keluar dari Exit 7. Dah la kau sejuk, tangan
keras sampai tak boleh nak guna phone. Phone Kak Sue mati terus sebab terkejut
agaknya. Kitorang tanya dengan penjual dekat situ. Dah macam ayam dengan itik
bercakap. Walaupun baru pukul 6pm, memang dah gelap dan sejuk! Slow-slow
kitorang ikut je Naver Map tu akhirnya jumpa juga G-Star Guesthouse di seberang
jalan sana.
Bagaimana nak ke G-Star Guesthouse dari Myeongdong Station?
Sampai di Myeongdong
Station, keluar di EXIT 2 atau EXIT 3. Cari 7 Eleven, jalan
terus dekat lorong tu. Nampak Pacific Hotel depan mata. Jalan terus masuk ke
lorong sebelah kanan. Kalau lorong sebelah kiri untuk ke Kampungku Restaurant.
Jalan ke sebelah kanan tu ada GS25 Convenient Store. Terus sampai nampak
signboard G-Star Guesthouse sebelah kiri. Kalau dalam Naver Map korang taip Guest
House Namsan 2. Dekat je dalam 5 minit pun sampai.
Dekat sini korang kena check-in, tapi hostel korang dekat depan dia.
Macam dalam K-drama,
rumah diorang kebanyakannya atas bukit. Nasib baik luggage ada roda,
tarik-tolak-tarik-tolak akhirnya sampai. Leganya bila dah masuk bilik dapat
baring sekejap. Kebetulan malam pertana kami sampai di sini adalah malam yang
paling sejuk sepanjang kami bercuti dekat sini.
Myeongdong Street, oppa tu jual heat pad sebab malam kami sampai tu memang sangat sejuk!
Selepas membersihkan
diri, solat kami keluar untuk mencari makan. Nak pusing-pusing juga tengok apa
yang ada dekat area sini. Bila kau dah tau jalan, rasa kelakar sebab kau blur
waktu mula-mula sampai. Sedangkan semua tempat dekat je. So, malamnya kami
pusing-pusing Myeongdong Street menjengah street food yang ada. Kami try
Bungeoppang ataupun fish-shaped bread. Ada banyak flavour macam red bean, sweet
potato, choco Nutella, banana dengan cheese. Plus Cik Timm penah makan ni dekat
Kakigori. Harga seketul, 3,500KRW.
Dinner di Restaurant Indonesia, Bakso Bejo Korea
Setakat street food
di cuaca sejuk -6C memang tak mengenyangkan. Nak makan di Kampungku Restaurant
sebenarnya, tapi end up kami ke restoran sebelah dia. Tak pernah nampak lagi
orang review restoran ni. Memang orang Indonesia yang menguruskan restoran ini.
Harga agak mahal, tapi portion makanan banyak. Jadi Cik Timm suggest korang
beli satu menu tapi share untuk dua orang.
Kami try Bakso
Beranak (12,000KRW) dan Iga Bakar Nasgor (13,000KRW). Bakso dia memang sangatlah
besar macam kepala baby. Iga bakar nasgor ni nasi goreng dengan dengan rusuk
lembu. Curlasnya kau makan rusuk lembu dekat sini. Dua ketul rusuk lembu dia
letak. Sup bakso pun banyak penuh bowl, dengan cuaca sejuk macam ni, hirup sup
panas memang sedap dan licin!
Di sepanjang jalan,
banyak betul kedai convenient store. Di kawasan G-Star Guesthouse ada 7Eleven,
GS25 dengan satu Supermarket besar. So senang kalau korang nak membeli barang
kalau lapar. Dekat sini pukul 10pm pun dah sunyi sepi. Cuma pelancong je masih
berlegar-legar ambil angin malam termasuklah kitorang berdua ni. Penduduk
tempatan tak nampak dah, yang ada orang-orang yang baru keluar dari minum soju
dan nampak mabuk. Culture diorang kan memang suka minum-minum selepas seharian
bekerja, ala macam drama Korea yang korang tengok tu.
Favourite kartun, LARVA!
Malam tu kami redah
semua convenient store yang ada termasuk Daiso diorang yang bertingkat-tingkat ni. Seronok convenient store diorang, macam-macam
ada. Kalau korang nak tengok boleh tengok video Youtube yang Cik Timm dah share
sebelum buat entry ni. Entry ke Korea ni panjang lagi cerita dia, diharapkan
korang sudilah membaca dan Cik Timm akan rajin mengarang. Hihi..