Sunday, August 09, 2020

DAY 1 Korea: Dari Penang - KLIA - Incheon Airport

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


DAY 1 KOREA: DARI PENANG – KLIA – INCHEON AIRPORT

Hai semua! Diharapkan Cik Timm rajin untuk mengupdate trip Cik Timm semasa di Korea Selatan bulan Februari lepas. Untuk ringkasan cerita boleh baca dalam entry Cik Timm sebelum ini Ringkasan: Winter Trip ke Seoul Tanpa Tourguide. Entry kali ini Cik Timm akan cerita dengan lebih terperinci dan ada banyak gambar.

Tahun lepas Kak Sue ajak untuk bercuti di Korea. Cik Timm pulak waktu tu tengah heartbroken memang merasakan waktu ni sangat sesuai untuk bercuti memandangkan asyik bekerja 24 jam. Sebelum ni Kak Sue dah pernah ajak bercuti ke Indonesia, tapi adalah “orang tu” tak kasi bercuti jauh-jauh. Simpan duit untuk kahwin katanya. Akhirnya ke laut, duit yang disimpan untuk kahwin tinggal 2k lagi untuk cukup. Disebabkan hubungan tak sampai ke jinjang pelamin, so Cik Timm ada duit extra untuk bercuti ke luar Negara.

05.02.2020 (RABU)

Cik Timm masih kerja hari tu tau. Tapi barang-barang macam beg luggage, baju, sweater semua dah siap packing dan kemas. Hari tu Cik Timm kerja shif pagi tapi balik awal sikit takut tak sempat nak bersiap untuk ke airport malam tu. Nasib baik abang ipar nak tolong hantarkan ke airport, kalau tak Cik Timm nak order Grab je. Anak-anak saudara excited nak tengok kapal terbang, tapi disebabkan Covid-19 abang ipar tak bagi jalan-jalan di airport. Hantar dari dalam kereta je.

Airport Pulau Pinang ke KLIA 2

Flight Cik Timm ambil yang terakhir, sebab tak perlu nak tunggu lama dekat airport untuk ke Korea esok paginya. Rupanya Bang Cik tunggu Cik Timm dekat airport Penang, untuk hantar adik bongsu dia sorang nih. Sampai airport Penang, terus check-in beg masuk. Agak blur sebab rupanya semua kena buat sendiri. Check-in Cik Timm check-in online je, tapi luggage pun kena print tag sendiri. Mak aih..

Sebelum masuk dalam, Cik Timm supper dulu dekat KFC. Suasana dalam airport Nampak suram sebab dah lewat malam. Semua orang mula pakai mask disebabkan Covid-19. Flight pukul 10.00pm dari Penang dan sampai di KLIA pukul 11pm.

Sampai KLIA2 terus ke Roaming Man untuk ambil portable Wifi yang dah ditempah. Nak check-in luggage, tunggu Kak Sue sebab kami beli tiket sekali. Nasib baik dekat KLIA2 ni ada kawan yang temankan. Walaupun dah lewat malam, masih ramai lagi orang dekat sini. Disebabkan dah lewat malam, Cik Timm naik dekat tingkat atas betul-betul atas balai pelepasan, dekat situ ada banyak kerusi urut dan memang ruangan untuk berehat. Tidur sekejap untuk simpan tenaga untuk aktiviti esoknya.

06.05.2020 (KHAMIS)

Airport KLIA 2 ke Incheon

Tandas di KLIA di tempat berehat. Cantik betul interior dia berkonsepkan kapal terbang!

Bangun pagi sebelum subuh lagi Kak Sue dah inform dah sampai airport. Sementara tunggu Kak Sue breakfast, Cik Timm gosok gigi, basuh muka apa yang patut. Pukul 5am kami dah check-in luggage dan terus menunggu di balai pelepasan. Beza sangat airport zaman Cik Timm study Sarawak dulu dengan sekarang. Makin besar! Pukul 7am kami dah masuk dalam flight. Memang cewi sangat sebab kapal terbang penerbangan antarabangsa ni besar jika dibandingkan dengan domestic. Selalunya Cik Timm naik seat dia 3 kiri 3 kanan. Tapi kali ni 3 kiri, 3 tengah dan 3 kanan.

Dalam flight memang kitorang dah tempah makanan sebab penerbangan selama lebih 7 jam lebih. Agak mati kutu aku dalam tu. Selepas makan tidur, bangun ke toilet pulak. Saje nak hilangkan kebas-kebas kaki. Lepas tu tidur balik sampai pukul 1.30pm kami dah cecah Incheon Airport. Awal dari yang dijangka.

Situ toilet, memang ramailah yang beratur tunggu giliran.


Walaupun sampai awal, urusan untuk kitorang ambil luggage tu mengambil masa juga sebab kena naik macam LRT untuk ke luar. Settle urusan ambil luggage baru kami tukar pakai sweater tebal. Lepas tu ambil Discovery Seoul Pass untuk T-Money di kiosk yang disediakan. Kami duduk dalam sejam jugak pusing-pusing cari AREX untuk ke Seoul Station. Dah jumpa kami topup T-Money di recharge machine. Arahan semua ada, follow jer.

Mesin ni akan pulangkan balik 500KRW korang, cuma masukkan je kad dia tu.


Lega apabila kaki dah masuk AREX. Kami duduk je dimana-mana tempat kosong walaupun dekat tiket dah ada nombor seat. Seronoknya tengok suasana Negara luar. Berlainan sangat dengan Malaysia. Dah rasa masuk dalam drama korea. Hahaha! Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam dari Incheon Airport ke Seoul Station. Dari Seoul Station kami ke Myeongdong Station. Bawaklah luggage maha besar tu naik tangga turun tangga.

Tengah struggle nak cari jalan keluar no. 4 ke Myeongdong.
Dah sampai Myeongdong Station.


Paling lawak, sampai je Myeongdong Station, pintu Exit dia sangatlah banyak. Dekat sini juga merupakan underground shopping center. Google Map memang tak boleh digunakan di Korea. Kami mati kutu juga selepas keluar dari Exit 7. Dah la kau sejuk, tangan keras sampai tak boleh nak guna phone. Phone Kak Sue mati terus sebab terkejut agaknya. Kitorang tanya dengan penjual dekat situ. Dah macam ayam dengan itik bercakap. Walaupun baru pukul 6pm, memang dah gelap dan sejuk! Slow-slow kitorang ikut je Naver Map tu akhirnya jumpa juga G-Star Guesthouse di seberang jalan sana.

Bagaimana nak ke G-Star Guesthouse dari Myeongdong Station?

Sampai di Myeongdong Station, keluar di EXIT 2 atau EXIT 3. Cari 7 Eleven, jalan terus dekat lorong tu. Nampak Pacific Hotel depan mata. Jalan terus masuk ke lorong sebelah kanan. Kalau lorong sebelah kiri untuk ke Kampungku Restaurant. Jalan ke sebelah kanan tu ada GS25 Convenient Store. Terus sampai nampak signboard G-Star Guesthouse sebelah kiri. Kalau dalam Naver Map korang taip Guest House Namsan 2. Dekat je dalam 5 minit pun sampai.

Dekat sini korang kena check-in, tapi hostel korang dekat depan dia.

Macam dalam K-drama, rumah diorang kebanyakannya atas bukit. Nasib baik luggage ada roda, tarik-tolak-tarik-tolak akhirnya sampai. Leganya bila dah masuk bilik dapat baring sekejap. Kebetulan malam pertana kami sampai di sini adalah malam yang paling sejuk sepanjang kami bercuti dekat sini.

Myeongdong Street, oppa tu jual heat pad sebab malam kami sampai tu memang sangat sejuk!

Selepas membersihkan diri, solat kami keluar untuk mencari makan. Nak pusing-pusing juga tengok apa yang ada dekat area sini. Bila kau dah tau jalan, rasa kelakar sebab kau blur waktu mula-mula sampai. Sedangkan semua tempat dekat je. So, malamnya kami pusing-pusing Myeongdong Street menjengah street food yang ada. Kami try Bungeoppang ataupun fish-shaped bread. Ada banyak flavour macam red bean, sweet potato, choco Nutella, banana dengan cheese. Plus Cik Timm penah makan ni dekat Kakigori. Harga seketul, 3,500KRW.

Dinner di Restaurant Indonesia, Bakso Bejo Korea


Setakat street food di cuaca sejuk -6C memang tak mengenyangkan. Nak makan di Kampungku Restaurant sebenarnya, tapi end up kami ke restoran sebelah dia. Tak pernah nampak lagi orang review restoran ni. Memang orang Indonesia yang menguruskan restoran ini. Harga agak mahal, tapi portion makanan banyak. Jadi Cik Timm suggest korang beli satu menu tapi share untuk dua orang.

Kami try Bakso Beranak (12,000KRW) dan Iga Bakar Nasgor (13,000KRW). Bakso dia memang sangatlah besar macam kepala baby. Iga bakar nasgor ni nasi goreng dengan dengan rusuk lembu. Curlasnya kau makan rusuk lembu dekat sini. Dua ketul rusuk lembu dia letak. Sup bakso pun banyak penuh bowl, dengan cuaca sejuk macam ni, hirup sup panas memang sedap dan licin!

Di sepanjang jalan, banyak betul kedai convenient store. Di kawasan G-Star Guesthouse ada 7Eleven, GS25 dengan satu Supermarket besar. So senang kalau korang nak membeli barang kalau lapar. Dekat sini pukul 10pm pun dah sunyi sepi. Cuma pelancong je masih berlegar-legar ambil angin malam termasuklah kitorang berdua ni. Penduduk tempatan tak nampak dah, yang ada orang-orang yang baru keluar dari minum soju dan nampak mabuk. Culture diorang kan memang suka minum-minum selepas seharian bekerja, ala macam drama Korea yang korang tengok tu.

Favourite kartun, LARVA!

Malam tu kami redah semua convenient store yang ada termasuk Daiso diorang yang bertingkat-tingkat ni. Seronok convenient store diorang, macam-macam ada. Kalau korang nak tengok boleh tengok video Youtube yang Cik Timm dah share sebelum buat entry ni. Entry ke Korea ni panjang lagi cerita dia, diharapkan korang sudilah membaca dan Cik Timm akan rajin mengarang. Hihi..


3 comments:

  1. dan lagi yekkk terbang ke korea sblm covid...hujung feb pun masih sejuk mencengkam eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sejuk lagi, tapi salji dah hujung-hujung dah. Lepas kami balik baru salji turun. Tak ada rezeki nak rasa salji, wuwuwu

      Delete
  2. ahkak yg cuma memmbaca entry tim pun terasa kesejukan itu he3
    tgk pula bakso bapaaakkk besar tu, menjejes air lior teruh he3

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com