Thursday, September 23, 2021

Cik Timm Dalam Fasa Berpantang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Allahu, rindunya dengan blog. Lama tak buka since tengah berpantang sekarang ni. Tengah nak biasakan jadual sebagai ibu. Cik Timm salute betul dengan mak-mak luar sana yang bekerja. Bukan senang nak membahagikan masa. 

Life Baru Sebagai Ibu
Cik Timm tak pandai langsung nak salin pampers azfa waktu mula-mula dekat hospital. Nasib ada adik sebelah katil tu bagitau. Nampak sangat kekok waktu tu, nak angkat azfa pun takut-takut sebab dia lembik-lembik lagi. Cekalkan hati je angkat dia asalkan tak menangis. 

Nak menyusu pun tak pandai, asyik bagi cara baring je. Menyusu sebelah kiri pun tak reti dan kekok. Tak selesa juga kot sebab dalam wad di hospital. Balik dari hospital berpantang di rumah mak baru mula pandai menyusu cara duduk. Itu pun kak ipar ajarkan. Adoi, dalam seminggu tu macam-macam Cik Timm eksperimen dengan azfa.


Dah Hari Ke-30 Berpantang
Cabaran berpantang asyik teringin nak makan itu ini. Adoi, sedangkan sebelum beranak sakan juga makan macam-macam. Cik Timm ada ambil pakej berurut dari salah satu spa di Kulim. Lega berurut selama 5 hari. Cik Timm dah la tak pernah berurut, sakan juga keluar angin.

Bertungku memang setiap hari, mak bab bertungku memang dia jaga. Bayangkan mak yang dah tua-tua ni pun masih lagi bertungku. Itu rahsia mak masih kuat sampai sekarang kot walaupun umur dah mencecah 72 tahun! Kakak yang datang mengurut tu pun terkejut dengan mak yang masih kuat. 

Jomlah mak-mak blogger luar sana share juga pengalaman hampa di ruangan komen. Nak tahu juga, tambah-tambah yang baru dapat anak sulung. 

Buat masa sekarang masih dalam fasa nak sesuaikan diri dengan norma baru sebagai mak-mak. Boleh tahan nak mengempeng je azfa ni. Menyusu pun kuat betul, harap demam kuning dia makin berkurang sebab berak dan kencing pun sakan. Buat masa ni petua yang Cik Timm buat, memandikan azfa dengn buah manjakani dengan daun kucai. Nampak ada juga perubahan, kuning makin turun. Pagi-pagi pulak letak azfa tepi tingkap bilik bagi kena cahaya setiap pagi. 

Sekejap sangat masa berlalu, dah nak habis berpantang dah pun. Macam baru je beranak semalam. Tapi dah sebulan macam ni luka pun memang dapat rasa makin sembuh. Dapat duduk dan berjalan dengan selesa dah. Yeay! Lagi senang nak uruskan si kentang ni. 

#StaySafe semua!
Read More

Thursday, September 02, 2021

Cik Timm Dah Beranak!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua! 
Tak sangka entry Sakit Contraction Bermula ini merupakan entry terakhir sebelum Cik Timm ke hospital sebab betul-betul tak tahan sakitnya. 

22.8.2021 (Ahad)
Makin kuat contraction, setiap 5 minit asyik sakit. Terus kejutkan Mr Roy untuk ke Hospital Kulim pukul 3am. Cik Timm genggam kuat lengan Mr Roy tu sambil jalan masuk mendaftar di Dewan Bersalin. Selepas diperiksa dengan doktor di situ dan diseluk, Cik Timm dah kena admit sebab dah ada bukaan 2cm. 


Sementara menunggu result swab test & mendaftar masuk Wad 9, kami tunggu je depan kaunter tu. Dekat situ Cik Timm rasa lain macam. Makin sakit dan rasa nak berak! Waktu tu rasa nak maki je semua sebab rasa lambat gila. So, nurse tengok macam teruk sangat, nurse nak check lagi sekali. Rupanya dah 7cm! Nurse tolak masuk dalam Labour Room no. 3. Allahu, waktu tu dah pukul 8.30am. Lama betul waktu yang berdetik time tu. Sempat bagitau Mr Roy dah masuk LB. 

Nightmare juga pengalaman sakit nak bersalin ni. Baju terus ditukar pakai gaun biru. Naik atas katil bersalin, besi tepi tu memang mangsa untuk Cik Timm genggam tiap kali sakit. Allahu, Cik Timm cakap nak berak, doktor cakap berak jer. Pundi kencing pun dikosongkan. Baby sebenarnya masih di atas, Cik Timm nak teran pun tak pandai lagi. Doktor suruh push, Cik Timm main push je until nurse cakap ‘Ya, PUSH macam tu!’. Owh baru tau cara tu betul, keep going pushing tapi bantuan vakum diperlukan. Allahu..

Waktu tu Cik Timm tak tahu apa benda yang jadi dekat bawah tu yang penting Cik Timm nak push keluar je, sampailah boleh dirasakan kepala baby dan bahu keluar. Lega sangat bila seketul kentang ni keluar! Hilang semua sakit! 

Kena gunting pun Cik Timm tak rasa, waktu jahit pun dah tak rasa apa. Siap boleh bersembang dengan doktor dengan tenangnya. Adoi rasa malu pulak dengan diri sendiri waktu sakit tadi. Disebabkan wad 9 masih penuh, Cik Timm dan baby stay je dalam LB tu. Lunch pun dalam tu, nak tidur pun tak selesa sebab dalam tu memang bising. Cik Timm takut Mr Roy risau sebab tak ada berita. Rupanya nurse dah call husband selepas kita dah selamat melahirkan. 


Tengahari baru Cik Timm update Mr Roy, bersusah payah turun dari katil ambil phone bawah troli baby. Petang dalam pukul 3pm baru dapat masuk wad. Nurse suruh husband tunggu depan pintu Dewan Bersalin untuk azan baby & ambil uri. Happy sangat dapat tengok muka Mr Roy depan mata. Lagi macam tak percaya kami officially dah jadi parents!

Masuk wad benda pertama nak buat, buang air. Dok tahan je dalam LB tu. Waktu ni bergerak cergas lagi. Rasa macam eh tak sakitnya beranak normal. Terus Cik Timm mandi bersihkan diri baru rasa segar. Lepas settle semua, agaknya kesan ubat dos dah habis baru terasa adoi bisanya. Nak duduk pun tak selesa, susah betul nak cari posisi yang selesa. 


Alhamdulillah baby dah berak dan kencing. Tinggal semalaman sahaja di wad. Esoknya dah boleh discharged setelah diperiksa dengan nurse dan doktor. Lega sangat dan memang tak sabar nak balik rumah! 

Pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Welcome to the world my #azfaridzki . Dengan rasminya Cik Timm dah jadi ibu 👶🏼.

#StaySafe semua!

Btw, Cik Timm berehat sekejap dari blog ya, jumpa nanti ya bila Cik Timm dah habis berpantang! 

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com