Friday, February 28, 2014

SPAM! SPAM! SPAM!


Selepas aku godek yahoo mail & dapat e-mail pelik dalam entry ni. Memang confirmlah email tu spam. 


Gelak sorang-sorang aku baca email spam dalam akaun aku. Paling banyak pasal Pemberi Wang. Amboi, walaupun aku ni sangat desperate tak de fulus. Tak ada kut sampai aku nak pinjam duit dari orang yang hantar email spam macam ni.

Lepas tu, ada banyak email yang nak berkenalan lah, sangat pelik. Bagi orang macam aku mesti la tau benda macam ni bukan boleh percaya dengan klik link pelik macam tu. Ntah-ntah virus ke, jadi spam lagi ke macam dalam facebook yang who view your profile le, nak tengok password orang la..

Tapi, macamana dengan orang yang baru nak berjinak-jinak dengan email macam kanak-kanak sekolah ke, tak ke nanti diorang bukak ja semua link tu. Bahaya jugak eh bila tengok benda macam ni ada dalam akaun email kita..

Ada dua email dalam tu yang nak kita bagi personal detail untuk dia sebab dia nak salurkan duit untuk kita. Satu email yang panjang berjela cerita kononnya dia orang susah yang dah tak ada parents, dia nak minta tolong uruskan wasiat dia yang dalam bank. Satu email lagi pasal dia tinggal beberapa hari lagi nak mati. Dia nak bagi derma, tapi organisasi lain suka menipu, so, dia nak bagi semua duit tu untuk aku yang uruskan pulak..

Ada pulak la orang yang nak percaya benda macam ni.....oh my.....bahayanya alam siber ni......

Berhati-hati Semua!
Read More

Dapat E-MAIL Pelik..


Pagi ni godek-godek email yahoo, nak kemas segala benda dalam tu. Tiba-tiba ada satu e-mail yang aku dapat ni? Macam spam pun ada jugak..

Ada tak kawan-kawan blogger lain yang pernah dapat e-mail macam ni?

Kalau dapat apa yang hampa buat?


Aminata Bello

Assalamu'alaikum.Wr.Wb.

How are you my dearest,

I saw your profile today when i was searching for a muslim friend, so i became interested and decided to let you know.

I want us to be friends because i have lived a life of loneliness for a long time, i am humble and down to earth, and above all i am God fearing and dedicated in the things of Allah.
And i want a friend like that , I will tell you more about myself and send you my photos when i hear from you.

Thanks and may almighty Allah Continue to be with us.

Allah hafiz,

Hajia Aminata Bello.


 
Read More

Thursday, February 27, 2014

Kebakaran Hutan di Bukit Bendera


Berita melaporkan, dari abang ipaq aku di rumahnya dengan meng'upload' gambaq di Facebook hutan di Bukit Bendera terbakar. Hehehe..

Semalam abang ipaq aku upload gambar hutan di Bukit Bendera yang terbakar. Agaknya sebab cuaca terlalu panas kot. Depa duduk di pangsapuri dekat Tanjung Tokong. Tak tau pulak aku view rumah depa boleh nampak Bukit Bendera tu..

terbakar, Pulau Pinang

Kapal terbang tu ambil air dekat laut & cuba padamkan kebakaran di hutan tu. Selepas 2 jam, abang ipaq upload lagi gambaq hutan tu still terbakar. Dah tak nampak asap dah, nampak api ja..

terbakar, Pulau Pinang, Tanjung Tokong

Kesiannya haiwan yang duduk situ kan..habis musnah habitat dia.. T_T

Pagi tadi tengok facebook  Malaysia Jet Fighter. Kapal terbang semalam yang jadi rescue tu, pesawat Bombardier APMM punya.


Semoga tiada nyawa yang terkorban dalam kita menghadapi cuaca panas ni. Aku pun setiap masa sediakan tumbler untuk pastikan badan kita tak di'hydrate'. Nanti mulalah nak demam la, sakit kepala la. Tambah pulak, tengah jalan nak pi kelas panas-panas, masuk kelas air-cond pulak. Mana tak peningnya badan kita, kejap panas, kejap sejuk. Dan kurangkan minum ais! Aiskrim tak pe..hehehe..

Selamat Bekerja semua!
Read More

Sunday, February 23, 2014

Baby Cleaning Time


Sebulan tinggal baby di Pet Shop. Kesannya, Gumuk sangatlah busuk. Aduhai. Di kesempatan weekend ni, jom cuci sangkaq + shower time!

Gumuk, hamster, mandi, cleaning

Ada dua sangkar sebab satu lagi akak housemate punya. Gumuk ni nama ja betina, tapi excrete bersepah-sepah. Teruk nak ganyang tray bagi bersih. Betina oh betina. Tak malu ke kat mamat korea sebelah sangkaq dia tu. Sopan je.. T_T

Apa-apa pun, Gumuk la pengubat rindu kucing dekat rumah*walaupun berbeza species. Haiwan kan terapi dikala kita stress. Bagi aku la, sebab aku memang suka binatang yang berbulu*kalau orang berbulu? Erkk, out of topic..

Pastinya, after aku dah habis study dekat sini, jika ditakdirkan Gumuk still hidup, aku nak bawak balik jugak guna Mas Kargo. You should get back with me!! Tak kira, nak bawak balik jugak..

Have a nice weekend guys!
Read More

Friday, February 21, 2014

Tak nak Study Lagi!


Penat sungguh kelas semalam. Aku memang tak suka kelas petang yang lebih dari pukul 5 ataupun exam petang. Hari ni kelas pukul 2-5pm: Inland & Coastal Fisheries, bersambung pulak pukul 5-8pm: Technology Multimedia. 

Tapi apa boleh buat, nak graduate cepat kan. Kena harungi jugak kelas ni 1 semester. I can do it!

1 ja best kalau kelas yang panjang macam ni, akan habis setengah jam AWAL. Mana taknya, dok lelama dalam kelas tu pun lecturer penat nak pot pet, student sendiri pun dah tepu. Sempatlah aku nak bersolat Asaq dulu. 

Penat sangat minggu ni sebab kena buat surat untuk ambik subjek ulangan lagi. Tempat nak print pulak di hujung alam sebab yang dekat Sakura, student Pavillion tak bukak. Aduhai, ber'exercise' ke fakulti FSGK. 

Sabaq weh..sabaq weh..last semester! Dah berangan dah nak ambil gambaq time graduate ni dekat mana, setting semua. Aduhai, tu sajalah semangat aku sekarang. 
Plus! Aku dah ambik baby aku semalam. My adorable hamster. Melayang duit sebab beli barang hang Gumuk oii. Paling comel semalam pi kedai tu, bila aku panggil "baby!", truih dia terbangun. Tak tau la dia bangun sebab terkejut or rindu aku?? 

Dalam wallet aku sekarang ni, RMO.00 sen. Memang sangatlah gila desperate. Dalam maybank ada RM11, apekah? Cepatlah duit training masuk. 

Balik dari kelas tadi, selepas mandi aku dah terbongkang tidoq beralaskan lantai sebab panas. Tengok-tengok hujan weh! Terjaga sudah aku. Truih update blog sebab kalau boleh setiap minggu ada la entry. Tak mau la blog ni berhabuk dengan tebalnya..

Chayok! TIMM!
Read More

Wednesday, February 19, 2014

Wordless Wednesday@10



Read More

Monday, February 17, 2014

Berkongsi Rezeki


Hari ni uruskan pembayaran subjek ulangan. Melayang RM120, alahai. Dalam wallet aku ada RM15 ja untuk hidup. Waa!! I'allah ada rezeki kalau Allah nak bagi. Duit training semester lepas pun baru nak dibayar. Alhamdulillah!

Lunch pulak di Student Pavillion. Nasib baik student tak ramai sangat. Dapatlah bersembang-sembang sebab lama tak jumpa kawan-kawan lama. Biasalah, ramai kawan-kawan extend jugak. Tapi kami tetap kecoh, excited nak graduate kot. Hahaha!


Pastu ada kucing gemuk ni tunggu bawah meja. Nah, aku bagi kepala ikan keli. Sebagai manusia, setakat binatang macam kucing ni, tak salah kan kalau kita nak berkongsi rezeki. Pahala pun dapat. Bertepatan dengan hadis riwayat Abu Hurairah radhiyallahu'anh bersabda:
Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. [Shahih al-Bukhari – no: 3467]
Tengahari balik dari u, aku ke Asma Cake House. Nak try cari peluang part-time. Macam susah ja, sebab dia akan panggil pekerja part-time lama yang dia dah kenal..emm.. 

Good nite everyone! Semoga hari mendatang lebih baik dari sebelumnya. Doakan aku dapat part-time job ya!
Read More

Sunday, February 16, 2014

Jadi pen-Dekorasi Meja Pengantin?


Sehari sebelum aku balik Sarawak, ada kenduri cucu angkat mak long di rumah. Abang aku punya rajin, nak buat buah untuk meja pengantin. Sebagai adik yang baik, nak join la abang sekali. Seminggu buat homework untuk cari idea nak hiasan buah untuk meja pengantin. Siap buat trial lagi dalam entry ini. Sehari sebelum hari kenduri abang dah beli buah dah. 

Pagi dalam pukul 8am, kami yang belum mandi ni truih potong-potong buah. Kerja aku buat raga/bakul dari buah tembikai. Buah tembikai pulak warna merah tak ada, terpaksa guna warna kuning. Nasib baik tema gold, memang in lah!



Buah apple masukkan dalam air bergaram selepas potong. Buah lain pulak masukkan dalam fridge. Pastu cucuk dengan lidi yang diasah sebab kalau lidi tumpul, buah rosak. Lebihan tembikai pulak blender dengan air soda. Yummy!

Pukul 11am dah siap packing barang & pi rumah mak long.

Cantik kan tema gold?

Paling kelakar bila catering tu bagi talam ada 2 ekoq ayam golek, kuah kurma, 24 biji ketul udang, buah tomato 2 biji, lobak merah sebatang, salad & sebiji bawang besar. Peh, ni memang ayam yang betul-betul tergolek. Dia cakap hias sendiri?? Pastu mak long pun ada buat serawa. Yum-yum..

Sabaq ja la, alhamdulillah cantik jugak hasilnya!
Siap! Siap buat mocktail lagi. Hehehe..

Dapat la pengalaman jadi designer makanan hiasan untuk meja pengantin. Alhamdulillah..

Such a sweet moment in my holiday.
Read More

Thursday, February 06, 2014

Resipi: Homemade Sushi


Oh my! Sushi King kat Kulim Landmark Central da tutup sudah.

So, teringin? Jom buat sendiri!

Bahan-bahan:
Beras (beras biasa je)
Seaweed (beli yang jenis jajan)
Timun jepun
Crabstick
Hot dog
Tuna (Ayam Brand punya)
Telur
Mayonis

Alatan yang perlu:
Sushi mat
Plastik jernih 



Cara penyediaan:
1. Mula-mula potong timun, hot dog bentuk panjang-panjang. Hot dog & crabstick rendam dalam aiq panas.

2. Kalau nak sedap & pelbagai sikit, potong timun & crabstick kecik-kecik + mayonis. Memang umphh!!

3. Telur pulak goreng nipis-nipis & potong kalau nak cantik.

 4. Nasi lepas masak, tunggu suam sikit. Campurkan dengan mayonis. Agak-agak la sekadar nak bagi perasa & nak bagi nasi melekat.


Proses:
1. Letak plastik jernih atas sushi mat. *sushi mat tak kotor, nanti boleh guna banyak-banyak kali

2. Bolehlah start menghias atas seaweed. Jangan letak nasi banyak-banyak pulak, nanti susah nak gulung. Bahan-bahan dalam tu pulak susun dekat hujung. Seaweed jenis ni keras, so time nak buat renjis-renjis air suam sikit nak bagi lembut.


3. Sushi ni nanti akan digulung dengan plastik. Simpan comei-comei dalam bekas. Simpan dalam peti ais sekejap. Nak bagi seaweed lembut & mesra dengan nasi. Baru la yummy!

4. Simpan kejap je dalam peti. Kalau nak makan, bolehlah potong & hidang. Paling best, every gulungan sushi ada corak & perisa yang berbeza!


Selamat Mencuba!
Read More

Wednesday, February 05, 2014

Wordless Wednesday @9



Guess what?
Read More

Tuesday, February 04, 2014

K.O.K.U.T. ??


Tiba-tiba tengah malam ni lapaq pulak. Selongkaq dapuq..


Yum..yum..yum..

Dah tak boleh tiduq pulak dah.. 
Read More

Monday, February 03, 2014

Azam Semester Terakhir


Sedar tak sedar, minggu depan aku kena balik Sarawak dah. Alahai, rasa tak puas lagi cuti. Sabaq no, lepas ni aku cuti terus. Tak payah nak pening-pening kepala nak mai Sarawak dah..

Semester depan dah semester terakhir untuk aku. Yahoo!


InsyaAllah aku akan cuba yang terbaik macam semester lepas. Kali ni kena kerja lagi kuat! Chayok!
Read More

Saturday, February 01, 2014

Istiadat Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet PALAPES ke-32


Punya lama aku nak post entry ni. Tapi asyik tak da mood ja. Cerita basi sungguh tapi nak post jugak!

Cerita apa?

Cerita tentang Istiadat Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet PALAPES ke-32.


Dalam jadual 2 minggu kan? Tapi disebabkan komitmen Projek Akhir Tahun aka PTA. Aku terpaksa join lewat seminggu. Biarlah lewat pun, asalkan projek aku siap sebab benda ni lebih penting dari segala-galanya untuk aku dapat ijazah weh..

Tapi alhamdulillah sebab ramai jugak yang naik flight sekali sebab masing-masing busy dengan PTA. HA! Yang lain naik bas 3 hari dari UNIMAS ke UMS. Aku dah pernah naik bas dah pi Sabah waktu 1st year. Tak mau dah sebab kematu bontot..

Aku bertolak ke sana 26 Jun 2013. Sampai sana agak kalut sebab kami yang baru sampai ni pun dah kena macam-macam, tak sempat nak rehat dah pun. Peh, mental-mental. Hostel penginapan pun atas bukit. Aduyai, memang parah paha & betis aku naik tangga hari-hari. 

Malam semua bersiap-siap pakai baju korporat untuk ke Malam Akrab Pegawai Kadet. Aku ingat lagi, kami duduk dibelakang student UPSI. Fuiyoh, cikgu-new-to-be tu..

Paling best malam tu pun sebab ada Jamal Abdillah. Persembahan lain pun ada, tapi sebab mind set nak tengok Jamal jer..

Sepanjang minggu tu jadual sama jer, pagi-petang=kawad. Pastu, malam=watikah. Universiti aku agak beruntung sebab semua masuk kawad. Yang mana datang lewat memang masuk belakang jer..=..=". Tak palah, tak da rezeki nak masuk geng yang bertanding. Kami yang still putih melepak ni mula la jadi buah mulut orang. Orang lain dah muka burn. Kenapa nak salahkan kami pulak, bukan niat kami nak datang lewat pun. Sakit pulak hati aku..

Selepas 3 hari buat rutin yang sama, ada aktiviti Ceramah Patriotik pulak. Penceramah oleh bekas Panglima Medan Tentera Darat Tahun 1999.

Tinggal 2 hari lagi untuk menempuh hari yang sebenar. Latihan memang non-stop & dah mula stress sebab semua jurulatih nak perfection. Masing-masing bawak nama universiti kan. Mesti la nak jaga standard. Pastu masing-masing nak bawak nama baju uniform yang duk pakai ni lagi..

Hari Sabtu, 6 Julai 2013 dah pun tiba. Pagi memang bangun awal sikit sebab nak pakai baju No. 1 memang terseksa jiwa raga. Dengan aksesori lagi segala bagai..

Nak tengok istiadat? 


Selesai kawad kaki, berlari-lari tukaq kasut, tukaq segala aksesori bagai. Naik bas ke Dewan Canselori pulak untuk watikah.

Punya tahan mengantuk Tuhan saja yang tau. Macam-macam aku buat, kacau orang, sembang-sembang. Tapi gaya duk control sebab tak boleh nak sembang-sembang pun dalam dewan tu. 

Akhirnya, my turn!

Sungguh hensem Sultan Kelantan. Nasib bek aku tak tergolek bila Sultan senyum..

Habis watikah, seronok lah siapa yang ada family. Pakat-pakat ambil gambaq bagai, geng yang family tak mai ni cepat-cepat naik bas balik hostel sebab lunch makan sedap! Lepas tu, kena pi dewan balik untuk sesi bergambar.


Ni lah skuad aku susah senang bersama-sama dari 1st year sampailah sekarang..
Esoknya pulak, Messnite di Sutra Harbour Resort. Petang tu kami dah ke sana & bersiap di sana. Rehearsal pun ada buat jugak. Sama jugak la dengan baju mess nite ni. Berselirat sungguh nak pakai. Makan pun cover je sebab bengkung ketat & aku duduk meja depan sekali. Makan cover-cover. Tapi kan, kalau ikut protokol hiasan tak boleh makan, lapaq punya pasai, licin pinggan aku sebat!


Menu:
Appetizer
Poached Prawn & Mango Timbale Laced with Thousand Island

Soup
Cream of Mushroom soup Served with Assorted Bread & Butter

Main Course
Oven Baked Beefsteak on Roasted Potato, Garden Vegetables & Black Pepper Source

Dessert
Green Tea Tiramisu

Coffee & Tea Served with Cookies

Sambil makan kena ikut iringan muzik. Muzik stop kena stop makan. Nak keluar dewan pun ada tatatertibnya jugak. Ada cheersnya bagai..banyaknyer protokol..



Habis aktiviti pentauliahan aku balik ke UNIMAS balik untuk selesaikan PTA & hantar thesis untuk supervisor.

Alhamdulillah. Balik kampung walaupun muka burn, kerja aku semua sudah selesai. Bersyukur sangat!

Terima kasih kepada readers yang sanggup baca entry yang terrr-sangatlah panjang nie..
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com