Tuesday, February 28, 2012

BLUSHER YANG PALING MAHAL

Blusher? Golongan lelaki akan tertanya-tanya, apa tu?
Pemerah pipilah, bukannya apa. Minggu ni aku berpeluang pakai blusher yang mahal. Bukan senang nak dapat, caranya..hujung minggu pi la berjemuq kulit muka tu kat terik matahari. Mesti punya esok tu dah dapat 'blusher'. Hujung minggu lepas aku ada training palapes..

Hari Sabtu, pagi ada persediaan untuk UKA(ujian kecergasan asas) esok. Pagi ada lari-lari sikit. Minggu ni training ada geng-geng palapes dari Uitm Kota Samarahan join. Ok jugak, rindu depa, lama tak jumpa. Ada kawad senjata, agak blur sebab lama dah tinggai. Pastu pulak belakang lutut kiri aku rasa sengal-sengal sebab kawad dengan kasut drill yang dah tercabut ladam. Memang sakit! Malam, ada gheja sikit. Pi CAIS (library) dengan Kak Hajar, n Kak Husna.

Gilo ramai kat Depo, baru balik dari shopping kot. Hujung minggu kan..
Menarik, nanti nak pinjam buku ni pulak untuk kelas Encik Khairul..
p/s : "Aku nak kau ada buku untuk kelas aku" kata Encik Khairul.


Buku Biologi Ikan warna biru tu sebijik ada dalam lecture note beliau..
Balik dari CAIS dah buat ujian UKA, dengan kaki herot-herot berjaya kejaq bas pukoi 10. Kehkehkeh.

Hari Ahad, UKA, 2.5KM dalam masa kurang 15minit. Yeah! Lepas dalam keadaan kaki yang sakit! Nak dijadikan ceghita, hujan lebat teramat-amat pulak. Budak-budak junior ada kelas dengan Koperal. Kami yang lain bersembang+buat taik mata. Tapi, sejuk sangat sampai tak boleh tidoq. Ku sangkakan dapat la aku rehatkan kaki aku yang sakit ni dari kawad kaki. Lepas lunch, kena jugak kawad. Nasib baik tak ambik senjata. Alhamdulillah, tak terlalu panas. Petang pun hujan lebat waktu sukan. Malam sejuk-sejuk lepaih kemaih-kemaih cafe. Skuad inter semua ada mesyuarat untuk pemilihan ahli jawatankuasa pengambilan junior baru untuk semester depan. Macam tak percaya, aku akan naik senior semester depan. Aduhai..mampukah aku yang serba reput ni nak harungi..

I'allah, paling penting..

Sungguh rajin jugak malam tu aku berjaya membasuh semua baju latihan. Sampai kecut-kecut tangan dengan kaki aku. Letak ja kepala atas bantai, 1 saat...ZZZZZZZZZZZZZ!!!!!!!!!!!
Read More

Friday, February 24, 2012

MESIN ATM DISERBU !!!


Alhamdulillah, PTPTN dah masuk dah. Tapi, aku sendiri tak periksa lagi sebab..mesin ATM sentiasa pelajar dia beghatuq panjang macam barisan budak-budak sekolah rendah nak masuk kelas. Betoi..stress aku nak berdiri lama-lama. Takpa-takpa, kita bagi peluang dekat adik-adik atau kawan-kawan yang jauh dari mesin ATM tekan mesin tu. Aku takpa, Kolej Kenanga ja. Sekentut pun sampai.

Punya excited aku nak pi kelas, batal pulok. Takpa la, ada urusan yang belum selesai lagi dengan fakulti. Jumpa dengan Aimi n Kak Mas nak pi fakulti jugak. Tak pasai-pasai aku buat gila pi hantaq borang nak ambik lebih kredit. Akibat dipujok secara halus oleh mereka. Kahkahkah!! Kita tunggu dan lihat sama ada aku lepaih ka dak, aku mintak 3 kredit lebih ja untuk ambik teras 1 lagi. Aquatic Botani.

Sementara nak tunggu bas nak balik Kolej. Isi perut dolu. Bas UNIMAS ni pukoi 2.30pm-4pm rehat sat. Jadi, serbu Student Pavillion! Tapi, tak kebuloq sangat sebab dah makan nasi dah kat ghumah. Akak-akak housemate kesayangan masak. Nak harapkan aku?? Pakai dak la..buat aiq aku terror, cukop gula, cukop perisa. Cewah, bukan aku kata. Roomate aku, Mai kata..

"Wei, beli kat aku aiq sat!"

Pilih-pilih perisa apa mau..

Ice Lemon Tea
p/s : ghasa teh '0' ja, lemon x ghasa pun, hukhuk..

Char kuew tiaw

tak ghamai langsung, semua balik tidoq ni

Waffle peanut butter+blueberry jam
Kawasan tempat makan kami dulu-dulu dah tukaq jadi kedai. Sekarang ada kedai spek mata, kedai alat tulis, Balqis Collection (barang-barang goodies yang comel n girlish), mesin ATM Maybank, bakery, laundry..

Dulu..
"Wei, nak makan mana?"
"Macam besa la, kat Water Tower"

Lanie..
"Wei, nak makan mana?"
"Student Pavi.."

Kedai makan ni tak wujud dah! Sedap oo..



Tomyam yang meletoppp!!


Zaman makan kat sini sudah berlalu, dah jadi kedai sudah..
UNIMAS kan nak membangun, semua sudah berubah menjadi lebih baik n sentiasa maju (macam motto sekolah menengah dulu pulak). Owkey, sekarang ni pun aku ada hobi baru. Nak tau?

Jeng jeng jeng.. SUDOKU..
Nak sambung main la..chaoww..


Read More

Thursday, February 23, 2012

iDeA!!



Harini hari Rabu, NIGHTMARE! sebab kena bangun awal. Ada baris pagi pukul 6.15am, sebab minggu ni dah start latihan tempatan. Jangan risau warga Unimas, kerja ni cuma wujud di Kolej Kenanga. Kihkihkih.. Nak pi kelas pun kena pakai baju no. 3. Apakah baju no. 3?

p/s : Kak Sikin yang comei, jangan marah no guna sebagai model ('',)
 Ni salah satu dari baju Airforce. Malas-bermalasan nak pi kelas, dah la kelas takdak pon. Buat penat ja buang masa 1 jam. Sekurang-kurangnya dah siap borang untuk hantaq kat tempat Latihan Industri. Alhamdulillah, esok boleh hantaq kat pejabat. Boleh jumpa 'Kak Bihah',, rindu derr..

Serabutnya sekarang ni nak fikir tajuk untuk FYP!! Final Year Project!!!
Out now..pening sangat-sangat, petang tak tidur pun sebab ada aktiviti sukan (wajib eh).


Read More

Tuesday, February 21, 2012

Aku Kechewa!!



Waaa!!!! Aku tak tau sama ada aku rasa sedih, gembira, tak puas hati sekarang ni. Semua gara-gara aku permohonan aku untuk praktikal di Underwaterworld tak diterima. Aku tau, ni mesti sebab Allah dah makbulkan doa Kak Yu. Tak bagi betul, dulu waktu aku nak mintak, setuju saja memanjang. Dalam aku dok tunggu keputusan, kak aku bising kata jauh pulak. Heran aku. Ni yang buat aku serba salah. Tak pernah-pernah jadi macam ni, tak pulak terfikir yang aku study kat sini pun dah cukup jauh!

Bukannya apa, aku kena hantar sekali lagi permohonan. Nasib baik aku korek-korek balik dokument lappy aku, ada lagi resume aku simpan. Cantiklah, aku cuma print balik saja. Alang-alang nak mintak sekali lagi, aku kena mintak dekat kawasan pulau pinang sahajalah. Kak aku dok hingaq suwoh mintak dekat sana, ada owang boleh tengok-tengokkan. Yo la, bakal tunangnya kat situ.

Alang-alang dok online, tangan ligat mencari tempat praktikal dekat kawasan pulau pinang ni. Korek punya korek, jumpa Akuarium Institut Penyelidikan Perikanan dekat Batu Maung dengan Jabatan Taman Laut dekat Kedah. Pikiaq punya pikiaq, aku rasa elok lagi aku mintak dekat akuarium ni. Sambil-sambil tangan dok syok tengok website dia, HAHHH!! Terang benderang dia tulih :

Bukak mata luaih-luaih (0__o)

Emm, i'allah esok aku cuba telefon pejabat dia. Ada rezeki Allah untuk aku, adalah. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Ada sebab kenapa aku tak dapat berpraktikal kat Langkawi tu. Betoi dak? Agaknya ada benda yang tak elok kalau aku pi kot. Takpa, tu bukan kerja kita. Yang penting kita kena berdoa supaya dijauhkan dari malapetaka. Ameennn...

Tadi ada kelas Scientific Communication, Dr. Lim Poo Ten. Daddy aku tuh (maksudnya mentor derr..). Aduhai, rasa terketaq lutut pulak sebab Dr. kata ni heavy klass. Aku dah start mental nie..
Sekarang ni sudah kena pikiaq nak buat apa untuk FYP, dalam bahasa panjangnya..


Okeylah, cukup sampai sini saja celoteh. Sekadar nak meluahkan rasa yang terbuku sejak dari tadi. Jumpa lagi. Paling penting !!

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com