Tuesday, February 28, 2012

BLUSHER YANG PALING MAHAL

Blusher? Golongan lelaki akan tertanya-tanya, apa tu?
Pemerah pipilah, bukannya apa. Minggu ni aku berpeluang pakai blusher yang mahal. Bukan senang nak dapat, caranya..hujung minggu pi la berjemuq kulit muka tu kat terik matahari. Mesti punya esok tu dah dapat 'blusher'. Hujung minggu lepas aku ada training palapes..

Hari Sabtu, pagi ada persediaan untuk UKA(ujian kecergasan asas) esok. Pagi ada lari-lari sikit. Minggu ni training ada geng-geng palapes dari Uitm Kota Samarahan join. Ok jugak, rindu depa, lama tak jumpa. Ada kawad senjata, agak blur sebab lama dah tinggai. Pastu pulak belakang lutut kiri aku rasa sengal-sengal sebab kawad dengan kasut drill yang dah tercabut ladam. Memang sakit! Malam, ada gheja sikit. Pi CAIS (library) dengan Kak Hajar, n Kak Husna.

Gilo ramai kat Depo, baru balik dari shopping kot. Hujung minggu kan..
Menarik, nanti nak pinjam buku ni pulak untuk kelas Encik Khairul..
p/s : "Aku nak kau ada buku untuk kelas aku" kata Encik Khairul.


Buku Biologi Ikan warna biru tu sebijik ada dalam lecture note beliau..
Balik dari CAIS dah buat ujian UKA, dengan kaki herot-herot berjaya kejaq bas pukoi 10. Kehkehkeh.

Hari Ahad, UKA, 2.5KM dalam masa kurang 15minit. Yeah! Lepas dalam keadaan kaki yang sakit! Nak dijadikan ceghita, hujan lebat teramat-amat pulak. Budak-budak junior ada kelas dengan Koperal. Kami yang lain bersembang+buat taik mata. Tapi, sejuk sangat sampai tak boleh tidoq. Ku sangkakan dapat la aku rehatkan kaki aku yang sakit ni dari kawad kaki. Lepas lunch, kena jugak kawad. Nasib baik tak ambik senjata. Alhamdulillah, tak terlalu panas. Petang pun hujan lebat waktu sukan. Malam sejuk-sejuk lepaih kemaih-kemaih cafe. Skuad inter semua ada mesyuarat untuk pemilihan ahli jawatankuasa pengambilan junior baru untuk semester depan. Macam tak percaya, aku akan naik senior semester depan. Aduhai..mampukah aku yang serba reput ni nak harungi..

I'allah, paling penting..

Sungguh rajin jugak malam tu aku berjaya membasuh semua baju latihan. Sampai kecut-kecut tangan dengan kaki aku. Letak ja kepala atas bantai, 1 saat...ZZZZZZZZZZZZZ!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com