Dalam kedinginan musim sekarang ini, mulut mula menggatal nak makan itu ini. Tiba-tiba perut cakap, dia teringin nak makan kek. Mulalah melilau mencari resipi yang simple asalkan namanya K.E.K..
Abang Cik godek-godek dalam google, jumpa 1 resipi kek dengan menggunakan pemanggang ajaib. Pemanggang ajaib? Apa tu? Ala, yang dalam rancangan RTM Pelik Tapi Sedap bersama Zaibo tu..
Jom tengok kek cincai boncai yang berjaya dihasilkan.
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum*1 cawan=250ml
1 sudu kecil baking powder
1 cawan gula kastor
1 cawan marjerin
4 biji telur
Sedikit esen vanila
Pewarna yang disukai
Cara-caranya:
1. Gula kastor yang dah diayak dipukul bersama marjerin sehingga creamy.
2. Masukkan telur sebiji dan putar sampai sebati, baru masukkan telur..dan telur..dan telur.. + esen vanila.
3. Tepung gandum dan baking powder yang telah diayak dimasukkan sedikit demi sedikit.
4. Dah siap satu adunan kek. Aku sengaja nak kek tu berwarna warni, jadi adunan tadi dibahagikan 3 bahagian dan dimasukkan 3 pewarna iaitu, merah, oren dan merah jambu.
5. Disebabkan aku menggunakan pemanggang ajaib, aku lenserkan sedikit marjerin dikeliling pemanggang. Panaskan sekejap dalam 5 minit. Tuangkan adunan tadi ke dalam pemanggang.
Alertlah dalam masa 15 minit tu, sentiasa check dengan cake tester sebab seriously dengan menggunakan pemanggang ni, masa memasak kek sangat cepat! Jangan hangitss sudah..
*Tips: untuk mengelakkan hasil yang rentung sedikit dibawah kek, aku sarankan lapik dengan kertas minyak.
Kalau nak bakar dengan menggunakan oven pula, macam biasa panaskan oven dalam 15 minit. Masukkan adunan dalam bekas pembakar yang dilapik dengan kertas minyak dan dilenser marjerin. Bakar di suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak*ikut ketuhar masing-masing
Dapat makan sekeping kek pun dah lega, teruk betul mengidam, mengalahkan orang preggy pulak. Selamat mencuba!
p/s: sedapnya makan ais-krim walaupun hujan :)