Sunday, April 29, 2018

DAY 1: Trip Solo ke Hatyai, Thailand

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hi semua. Jom Cik Timm nak share trip percutian di Krabi, Thailand selama 5 hari 4 malam. 


Krabi Trip
7 Mac - 11 Mac 2018
Anggota: Kak Sue (geng travel pulau pangkor & pulau perhentian), Kak Azma (geng travel pulau pangkor) dan Kak Sarah (kawan baru!)


Ramai yang macam blur dan tertanya-tanya macamana tiba-tiba boleh sampai Thailand. Ada juga yang macam terasa hati dengan keputusan Cik Timm yang bercuti sini tanpa inform kawan-kawan. Pertama kali Cik Timm nak minta maaf kepada semua kawan-kawan. I am so sorry. Bukannya apa, Cik Timm sebenarnya ke sana bersendirian. Cik Timm berjumpa dengan geng-geng lain di Hatyai. Yes, Cik Timm solo dari Penang-Hatyai. Berserah kepada Allah je semoga selamat sampai. Alhamdulillah masih selamat lagi kembali ke Malaysia.


Sudah-sudahlah bermadah, mai kita start trip dari 7 Mac 2018 (Rabu). Sebelum tu nak inform dulu akan ada a lot of pictures dalam ni, memang nak letak banyak-banyak untuk tatapan di masa hadapan. 
Hihihi..


Trip Solo ke Penang-Hatyai


Tahu tak dekat sebulan juga mencari tiket bas dari Penang-Hatyai. Rupanya sekarang ni bas ekspress dah tak boleh masuk Thailand. Jadi, semua kenderaan hanyalah sebuah minivan biasa. Anda ada 2 pilihan, sama ada kereta api atau van. 
Cik Timm beli tiket dengan syarikat Ekspress Haider, Kaunter 13 di Stesyen Bas Butterworth. 


6.05am: Bertolak dari Stesyen Bas Butterworth. Actually pukul 6am, tapi Cik Timm yang lambat. Nasib baik tak kena tinggal. Dalam van tu Cik Timm sorang je Melayu. Lain semua Chinese, tua-tua pulak tu. Pi bercuti agaknya beramai-ramai. Be positive hokeh. 
6.55am: Dah sampai Gurun. Cik Timm masih 'ABC' so tak payah solat Subuh. Berhenti sekejap 
sempat beli roti dengan 100plus.

8.00am: Sampai di Changlun Mini Tour untuk mengisi borang putih. Borang putih ni borang TM6 Arrival & Departure Card. Nak tengok contoh boleh ke entry 5 Tips Persediaan Sebelum Bercuti di Krabi. Dekat sini borang tu dah disiap taip tapi kena bayar upah. Sambil menunggu urusan selesai, Cik Timm beli terus Sim Card Thailand iaitu dari DTAC. Ada dua jenis sim card yang dijual, telco yang untuk call dan internet. Ataupun internet sahaja. Sim card ni sangat-sangat diperlukan sebab nak berhubung kawan-kawan yang dah sampai di Hatyai. 


8.30am: Urusan borang putih dah settle, jadi jom ke Thailand!
Urusan imigresen dari Malaysia ke Thailand, berdebar nak check passport!
8.40am: Van dah sampai di kawasan Imigresen. Ada dua tempat kita kena lalu, di sempadan Malaysia dan sempadan Thailand. Berdebar tau bila sampai imigresen sebab dulu kan blacklist passport. Bila dah lepas tu, fuh! Im FREE! Kah-kah-kah! Di tempat imigresen Malaysia, kita turun dari van dan lalu di kaunter dia dekat luar. Berlainan apabila sampai di Imigresen Thailand. Ada banyak kaunter dekat situ. Pastikan anda cop di barisan Foreigner, bukan di barisan untuk orang Local/Thailand. Cik Timm dah tersilap baris tau, malu sekejap! 


9.00am: Bye Malaysia, Hi Thailand! Dekat sini masa lambat sejam. Kiranya, jam menunjukkan pukul 9 pagi, tapi masa Thailand adalah 8 pagi. Nasib baik dah beli simcard awal, terus Cik Timm tukar simcard baru. Memang senang, cuma insert dan terus boleh guna. Semuanya dah di'register' tadi. Rasa bangga pulak boleh sampai dekat sini sorang-sorang. 


Excited, tengok signboard pun sengih sorang-sorang!
Cewi tengok signboard semua dah ada tulisan pusing-pusing. Geng travel semua dah sampai pun. Cik Timm diturunkan di tengah pekan Hatyai tu. Dengan ada google maps Cik Timm berjalan kaki sikit untuk bersarapan di Salma Restaurant. Lega bila dah jumpa depa ni. Alhamdulillah! 


Bersarapan & meet geng travel di Restoran Salma 

Boleh tahan nasi lemak dia, sedap juga!
Ramai yang memburu kopi Arabus kalau bercuti di Hatyai, memang sedap, patut ramai suka borong.

Pagi ni bersarapan dengan nasi lemak dan teh o epal panas. Perut lapar, semuanya disental dengan penuh nikmat. Sembang-sembang sekejap, kami nak mencari van untuk ke Krabi. Singgah terus 7Eleven dia, tengok apa yang ada. Tapi kan, yang tak bestnya pakcik-pakcik van tuktuk dok follow rapat je dari restoran tu. Dok offer je naik tuktuk dia. Penat tolak, tapi waktu aku jalan sorang-sorang tak ada pulak diorang ni berani ikut. Nampak je kami berempat terus mengekor je sampai kami semua naik je tuttut (25THB 1 pax) dia.



Sesi bergaduh tawar-menawar dengan agensi tu.
Dia bawak kami ke Lipe Tour. Depa ni macam travel agentlah untuk bawak van ni. Dia punya paksa kau ambil pakej dia. Mula-mula dia nak kasi dalam 800THB seorang perjalanan dari Hatyai-Krabi. Kami taknak sebab mahal, offer punya offer dia ambil 1100THB seorang untuk Hatyai-Krabi, Krabi-Hatyai. Kira tiket pergi dan balik. Lepas tu, kami tunggu punya lama, pukul 12.40pm baru kami bertolak ke Krabi. Pesan Cik Timm, korang carilah travel agen lain tau. Sebab rasanya boleh dapat murah lagi. Cuma kena bertegas say NO kalau korang rasa harga ditawarkan tak masuk akal. 


Penat menunggu, panas membahang pulak tu.
Wajib beli tau! Ada jenama Teapot flavour original dengan coklat. Satu lagi jenama Carnation.

Lepas ni kalau ke Hatyai nek beli shampoo Chupa Chups ni!

Baby punya body wash pun ada!

Dekat Thailand memang semua jenama sabun dia flavour buah-buahan, rugi pulak tak borong hari tu.

Semua aiskrim dia RARE! Tapi ada yang tak ada cop Halal. Jadi boleh tengok je.

Ni pun sedap, dah la 10THB je, dalam ada jelly-jelly macam Twister tu.
Tapi sebelum ke Krabi tu, disebabkan lama menunggu Cik Timm dengan Kak Sue berjalan-jalan area The Train Hotel (Haadyai Station). Jumpa supermarket nama Tops Supermarket, kami terjah tengok apa yang ada. Menarik gila tengok ada barang yang tak ada di Malaysia macam Chupa Chups yang terkenal dengan lalipop kat Malaysia. Tapi dekat sana ada sabun dan shampoo! Lepas tu, susu jenama Teapot dalam botol pencuci muka. Terus Cik Timm sambaq beli serba satu. Lepas tu barang-barang makanan yang ada perisa 'babi' memang banyak. Pandai-pandai tengok, jangan dok gedik euw sana, euw sini. Benda tu masih benda makanan, kena hormat tau. 


Mister Donut!
Dah puas pusing dan beli barang sikit, kami singgah pulak dekat kedai Mister Donut ala-ala Big Apple. Memang comel donut dia, nampak pun geram dan menyelerakan. Halal pun halal. Berehat kami menunggu dekat tempat agen tu sampai van sampai. 
12.40pm: Van dia agak sedih dan memang panas. Nasib baik Cik Timm duduk depan, dekat sikit dengan air-cond. 
Keadaan highway di Thailand
Tandas memang bersih, tapi sinki dia konsep terbuka, aduhai..
3.00pm: Kami berhenti rehat di Trang Phatthalung. Macam R&R tu, berehat dalam 15 minit. Dekat situ ada tandas, surau dan gerai makan kecik-kecik. Beli kudap-kudap buah dengan air mineral. Kalau bercuti rajin-rajin minum air masak sebab dah mula rasa membahang. Dengan keadaan van yang macam tu pulak. 


Tempat ni dekat dengan stesyen bas pekan Krabi.
5.30pm: Kami diturunkan dekat Tour Agen dekat pekan Krabi. Kena tukar van pulak, dah satu hal kena menunggu. Waktu ni kami memang putus asa dah sebab badan penat. Agen sana dah janji nak hantar kami sampai ke hotel. Driver van yang sorang lagi sampai, dia cakap kena bayar dulu. Sedangkan semua payment dah buat dengan agen dekat Hat yai. Lepas dia call agen sana, dah confirm baru kami boleh naik van tu ke hotel. Adus, stressnya, dah la van ni berhenti mana tah ambil barang dekat area pekan tu. 


Akhirnya sampai di Krabi!


7.00pm: Baru kami sampai Hotel Goodwill. Allahu, leganya dah sampai. Hilang segala penat bila nampak nama hotel ni depan mata. Sambil tu kami tengok sekali pakej-pakej yang boleh diambil untuk aktiviti esok. Settle untuk beli pakej esok iaitu Pakej Phi Phi Island (1050THB 1pax). Naik ke bilik, bilik kami sebelah menyebelah. Satu bilik dua orang, punyalah besar bilik tu! Memang antara hotel yang paling BEST! Nanti Cik Timm cerita detail dalam entry yang lain. Tapi memang best sebab sangat selesa. Ada bath tub, katil besar, ada safety box, ada fridge comel, balkoni pun ada. 


Green tea memang sinonim dekat sini.

Pancake merata-rata ada jual dekat sini.


Sedap pulak cucuk-cucuk ni!

9.00pm: Kami dah turun untuk mengisi perut dan pusing-pusing area sini. Kami ke Aonang Muslim Street depan dengan Masjid Aonang. Sini ada macam-macam makanan dijual macam pancake, green tea, cucuk-cucuk macam BBQ tu, dan macam-macam lagi makanan halal dekat sini ada. Lagi satu hotel kami memang bersebelahan dengan masjid jadi banyak makanan halal yang ada di sini. Dinner pertama kami di sini adalah di Restoran Arnijj (230THB 1pax). Harga boleh tahan, nasiblah kongsi 4 orang. 


Sambil-sambil mengambil angin tu, lintas jalan seberang Aonang Muslim Street ni ada jual cenderahati. Tak rugi kalau nak membeli, pandai tawar-menawar dapat harga murah. Cik Timm dapat tshirt I ❤ Krabi dengan harga 130THB jer. Seronok tawar-menawar dengan penjual sini sebab semuanya fasih berbahasa melayu. Buat masa ni kami banyak berjumpa dengan orang yang fasih berbahasa melayu. Tak rasa macam duduk luar negara pun! 

Masjid Aonang, Aonang Muslim Street depan tu jer.

Keychain semua beli dekat sini, tapi malam ni tengok-tengok dulu nak survey.

Fridge magnet semua cantik!

Tututututuuuttt
Puas pusing area sini, kami jalan-jalan area Pantai Aonang pulak. Memang sepanjang jalan ni banyak gila restoran, bar, 7Eleven, Family Mart, mesin ATM, money changer, hotel-hotel dan travel agen. Sambil tu kami cari pakej aktiviti untuk hari kedua. Pakej untuk ke kolam air panas, Emerald Pool, naik gajah, & tiger temple (850THB 1pax). Ramai juga pengunjung di Krabi ni, tapi ke mana pun kita, senang untuk detect pelancong dari Malaysia. Tengok gaya pun dah tau, mesti dari Malaysia. Hihihi..
Yang ni jalan-jalan di kedai cenderahati lagi.

Lagi banyak pilihan, famous dengan gajah, semua barang ada gambar gajah.

Those earrings! Nasib baik bertudung, kalau tak rembat sepasang dua.

Memang sangat cantik, nasib baik Cik Timm jenis tak berminat aksesori ni.

"Angin bayu membawa diriku~~~~"
Hakak-hakak ni pantang nampak pantai, dok nyanyi lagi tu dari Pulau Pangkor hari tu,

Menikmati pancake, ala-ala roti canai, tapi lagi nipis dan crunchy. Lepas tu ada topping depend korang beli pancake flavour apa.
Sambil ambil angin di pantai, sambil tengok gelagat pelancong dekat sini. Jarak berjalan kaki dari Hotel Goodwill ke Pantai Aonang bukannya jauh pun, dalam 10 minit je. Sebelum balik, kami singgah dulu Family Mart dan 7Eleven tengok apa yang ada. Tertarik betul dengan aiskrim dia yang menarik dan tak ada kat Malaysia. Memang wajib beli sebab rare!
Ice Lemon Tea ice-cream dari Walls. Wajib cuba!
Balik hotel, rasa macam 24hour nak mandi sebab bilik air dia best! Boleh camtu? Hihi..
Bersambung di Hari Kedua..
Read More

Sunday, April 22, 2018

Jom Daftar Sebagai Penderma Organ

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

penderma organ


Hai semua!
Cik Timm dah mendaftar sebagai penderma organ waktu membuat pemeriksaan kesihatan di Gogegaria Fest di Sungai Petani, minggu lepas. Awalnya cuma buat pemeriksaan kesihatan macam check BMI, tekanan darah dan kandungan gula dalam badan. Berdasarkan keputusan tu, depa akan consult dengan kita. Disebabkan Cik Timm sehat walafiat, cuma BMI je yang bermasalah, depa suggest untuk daftar sebagai penderma organ.

Maksud Pendermaan Organ
Proses mendermakan bahagian tubuh seseorang selepas meninggal dunia  untuk pemindahan organ kepada penerima yang memerlukan. 

Siapakan yang boleh menjadi Penderma Organ?
Sesiapa sahaja, tidak mengira tua atau muda. 

Bilakah Organ dan Tisu Penderma Diperoleh?
Proses pengambilan organ hanya akan dilakukan setelah kematian penderma disahkan oleh 2 orang doktor bertauliah. Mereka yang terlibat dengan pengesahan kematian penderma adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ. 

Apakah bahagian Organ dan Tisu yang boleh Didermakan?

Sumber: mynewshub


1. Jantung

2. Paru-paru

3. Hati

4. Buah pinggang

5. Pankreas

6. Kornea mata

7. Kulit
Kulit boleh digunakan untuk pesakit yang mengalami luka kebakaran atau kelecuran. Dengan prosedur ini, dapat mempercepatkan penyembuhan luka, mengurangkan kesakitan dan tiada parut. 

8. Injap Jantung
Transplan injap jantung adalah untuk bayi yang dilahirkan dengan masalah injap jantung atau pesakit dewasa yang mengalami kerosakan injap jantung. 

9. Tulang
Transplan tulang diperlukan untuk menggantikan tulang yang rosak akibat barah atau pun trauma akibat kemalangan. 

Menarik 3 organ dari bawah tu. Baru Cik Timm tau rupanya kita boleh derma juga organ dan tisu tersebut. Dekat borang ikrar yang telah diisi, kita boleh pilih untuk menderma bahagian mana yang kita mahu ataupun semua. 

Pendermaan Organ dari Sudut Agama?
Dari sudut agam islam, mengharuskan pendermaan organ selepas meninggal dunia. Malahan, agama lain juga menyokong pendermaan organ. No worries!

Bagaimana Proses Pemindahan Organ dilakukan?
Proses pemindahan organ dan tisu melibatkan pembedahan yang bersih dan dijalankan di dewan bedah hospitl oleh pakar bedah yang berpengalaman. Bentuk tubuh badan seseorang penderma organ tidak akan terjejas. Luka pembedahan akan dijahit sempurna dan tiada kecacatan fizikal yang lain. 

Urusan Pengkebumian Lambat ke?
Urusan pengkebumian dijalankan seperti biasa. Selepas organ dan tisu diperoleh, jenazah akan dibersihkan, dikafan dan diserahkan kepada waris penerima secepat mungkin. 

Bagaimana saya nak menjadi Penderma Organ?
Anda boleh ke Klinik Kesihatan yang berdekatan untuk mengisi ikrar sebagai penderma organ.

Sumber: risalah Unit Promosi Kesihatan, JKN Kedah

penderma organ



Banyak manfaat yang kita dapat sebagai penderma organ ni sebab dapat bantu orang lain. Tetapi, seandainya waris atau keluarga kita tak beri izin atau kebenaran, pihak mereka tak boleh ambil organ atau tisu kita sesuka hati. Jadi, semua bergantung kepada waris kita.

Tepuk dada, tanyalah dada. Nak derma wang ringgit berjuta-juta tak mampu, insyaAllah tubuh badan yang sihat pinjaman ni sahaja yang ada untuk membantu orang lain yang mempunyai masalah kesihatan. 

Untuk keterangan lanjut, boleh ke;

www.dermaorgan.gov.my

Till then~~
Read More

Tuesday, April 17, 2018

5 Tips Persediaan Sebelum Anda Melangkah Bercuti di Krabi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua, cerita percutian ke Krabi masih lagi belum dibuat, keh3, malas benar kau kan. Takpa Cik Timm start sikit-sikit dulu cerita ye.



Kenapa destinasi pilihan Cik Timm dan kawan-kawan adalah Krabi?

Sebab Krabi ni ada sebelah negara kita je. Nak bercuti ke luar negara, Cik Timm nak try yang dekat-dekat dulu. In case ada emergency atau masalah tak gelabah sangat. Lagipun kebanyakan orang dekat sini masih gunakan dialek atau bahasa Malaysia. Senang nak berkomunikasi sangat. Kebanyakan depa ni parents dari Malaysia, tapi tinggal di Thailand. Lagi satu, memang dah ada dalam wishlist Cik Timm di entry ini

Baiklah, setiap kali bercuti kita mesti buat persiapan betul tak? Cik Timm nak share sikit beberapa tips atau persediaan jika anda semua nak bercuti di Krabi, Thailand;


1. Pasport
Borang untuk diisi sebelum masuk Thailand, kena bayar upah 20THB kau, ces, dari pembacaan sehinggit je kena bayar. Agaknya sebab dia siap taipkan kottt..
Pastikan anda buat pasport atau buku merah ye. Kalau tak tau prosedur untuk buat pasport boleh ke entry ini tau. Lepas tu, pastikan peminjam PTPTN ni tak ada sekatan atau halangan. Jangan risau, Cik Timm pun salah seorang peminjam yang ada halangan 2 tahun lepas sebab ada bayaran TERTUNGGAK. Tapi tahun lepas after dapat bonus, terus settlekan cepat-cepat sebab tunggakan tak banyak sangat pun, 1k lebih je. Bayangkan Cik Timm yang selalu bayar pun ada tunggakan. Rupanya sebab Cik Timm extend 1 tahun study tu. Cess..

Untuk keselamatan sendiri, silalah check dengan pegawai PTPTN. Senang sekarang ni, kiosk PTPTN sentiasa ada di mana-mana. 


2. Travel charger
Beli dekat DIY jer..
Setiap negara plug dia lain-lain tau. Cik Timm dapatkan travel charger ni dekat DIY je berharga RM7.50. Pastikan beli yang betul tau!  Bontot plug ni ada pelbagai guna untuk negara Eropah, USA, Japan, Australia dan Thailand. Online tengok mahal je, so better g beli kat DIY jer. Kalau boleh dapat lagi murah lagi bagus & jimat. Beli plug yang multi-purpose, senang nak travel ke negara lain pulak. Nampak tu, berangan nak ke tempat lain pulak hah..


3. Tukar Matawang 
Tukar duit siap ada resit, boleh check balik currency & cas yang money changer tu kenakan untuk kita. 

Rajin-rajinkan diri untuk rujuk matawang Ringgit Malaysia sebab sentiasa ada naik dan turun. Kalau tukar duit waktu RM tinggi, untunglah sikit sebab banyak dapat THB. Lepas tu sentiasa juga survey Money Changer yang tak mengenakan cas yang tinggi. Contohnya, hari tu tukar duit dekat Krabi merugikan sebab tak dapat banyak pun THB. Kalau tukar dekat Hatyai ok sikit. Sama juga kalau dalam Malaysia ni. Disebabkan Cik Timm malas nak survey, tukar je duit dekat HASANI Money Changer dekat Kulim Central tu. Dekat pun dekat, tak payah nak pi jejauh. 


4. Install Currency Converter
Senang ada benda ni, senang check harga waktu di sana.
Cik Timm install Fast Currency Converter di Playstore. Memang sangat membantu setiap kali nak beli barang dekat sana. Baru kita dapat membezakan barang yang murah atau barang yang mahal. Contohnya T-SHIRT sebagai cenderahati dapat dengan harga RM13 sahaja. Actually duit kita dengan THB tak jauh beza sangat pun, harga makanan pun lebih kurang harga kita je. Aplikasi ni bukan setakat nak tukar duit THB je, semua matawang negara lain pun boleh. Mudah kan?

5. Mengaktifkan Kad ATM di Luar Negara
Silalah buat benda ini sebelum korang bercuti sebab sangatlah rugi dan menyusahkan bila duit yang dibawa tak cukup. Dekat sini ada cara untuk mengaktifkan kad ATM anda di luar negara tapi contoh yang diberi adalah bank Maybank. Bank lain cuba anda call hotline atau google je untuk tengok caranya. Walaupun ada cas tapi tetap membantu jika ada kecemasan. Kalau nak tau sepanjang Pantai Krabi tu penuh mesin ATM je. Betapa senangnya hidup kalau kad bank tu aktif dan berduit. Kalau tak ada duit dalam tu pun hampeh juga tak berguna! 

Jangan jadi macam Cik Timm yang bawa cash cukup-cukup je. Tapi pandai-pandai la manage supaya survive those 3 hari. Alhamdulillah sampai juga Malaysia. Paling kelakar disebabkan ada duit lebihan THB, Cik Timm guna untuk membeli barang dekat Padang Besar dan bersarapan di KTM Padang Besar. Jangan main-main, THB boleh digunakan dekat sana tau!

Itu sahaja antara tips yang Cik Timm nak share seandainya hampa semua nak bercuti di Krabi, Thailand. Pengalaman bercuti disana memang tak dapat nak lupa sebab 1st time bercuti di luar negara Malaysia. Menggigil-gigil nak guna duit sebab tak reti. Sememangnya jauh perjalanan, luas pengalaman. 

Till then~
Read More

Saturday, April 14, 2018

Hiking di Bukit Bendera dari Taman Botani Pulau Pinang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua!
Sangat rindu dengan encik blog. Lama nak bercerita dalam ni, tapi semua tinggal draft tajuk je. Isi semua tak ada.

bukit bendera, pulau pinang, hiking bukit bendera

hiking bukit bendera


Kali ni Cik Timm nak share pengalaman Cik Timm hiking di Bukit Bendera. Asyik turun naik Bukit To'kun je. Nak juga try panjat bukit lain. Kali ni kita cuba ghabat Bukit Bendera, Pulau Pinang. Tengok dari pembacaan blog blogger yang pernah hiking di sana, ada banyak trail yang boleh dicuba. 

hiking bukit bendera, taman botani
Bismillahirrahmanirrohim

hiking bukit bendera


Cik Timm hiking menggunakan trail Taman Botani. Seriusly, mental Cik Timm terus down sebab trail dia adalah jalan tar. Ya, Cik Timm memang tak suka trail jalan tar kecuali untuk turun. Sebab fikiran kita asyik nampak puncak tu terlalu jauh perjalanan nak sampai. Pemandangan pun agak bosan, asyik berselisih dengan kenderaan yang lalu-lalang untuk naik ke Bukit Bendera. Rupanya ini laluan untuk orang naik Bukit Bendera menggunakan kenderaan selain dari kereta cable tu.

hiking bukit bendera
Jalan yang sangat curam, jangan pelik kalau setiap kali sampai corner, kenderaan akan membunyikan hon.

hiking bukit bendera
Semua laluan tar dikelilingi pokok-pokok merimbun


Tapi sangat berbaloi bila hampa hiking dengan orang yang sentiasa support. Tension juga tengok abam nek kereta dok turun naik-turun naik. Kami tak sampai-sampai lagi oih! Nasib baik kali jumpa dengan satu brother ni. Dia selalu hiking sini, dia cerita serba sikit laluan yang ada. Jadi kami tak kontang kanting sangat. Ramai juga sebenarnya yang hiking dekat sini. Mostly orang Cina yang tua-tua kerepot tu. Kuatnya depa! Malu sikit kat depa ni tau. 

hiking bukit bendera


Selain itu, dekat sini ada juga disediakan tempat rehat di Station 46. Pondok kecil untuk hilangkan lenguh-lenguh kaki. Tepi-tepi jalan pun ada je kerusi dan meja comel dari batu untuk chill hilangkan penat. Cik Timm banyak kali nak surrender hiking dekat sini. Tapi bila teringat ais kacang dekat atas Bukit Bendera tu..auch! Digagahkan jua!

hiking bukit bendera

hiking bukit bendera
Nampak spooky jer

hiking bukit bendera


Trekking sambil ditemani dengan monyet-monyet yang ada dekat sini. Lepas tu, banyak construction di lereng-lereng bukit ni. Kiranya tak rasa sunyi sangat nak hiking. Ada je jumpa pekerja-pekerja luar yang tengah bz. Selepas tu dalam sejam kami sampai di tengah-tengah laluan yang ada tandas awam Bukit Bendera yang usang dan tak boleh digunakan lagi. Brother tu bagitau if nak hiking biasa-biasa, selalu sampai dekat tandas awam tu je, pastu turun balik. Kami nak ke Bukit Bendera, jadi perjalanan ada setengah perjalanan lagi. Tapi laluan jadi lebih ekstrem sebab akan ada laluan rata dan curam. Bertabahlah kau nak...

hiking bukit bendera
Kesian depa, kereta rosak tengah-tengah bukit tu!

hiking bukit bendera
Hai encik ular!


Dalam sibuk dok tengok orang dok construction jumpa encik ulaq pulak. Baguih dok rehat tepi jalan, kalaulah dia pi terbang dekat orang yang lalu. Memang kena sakit jantung! Memang banyak gila construction. Banyak lereng bukit yang dah rosak. Rasanya macam kes Bukit To'kun tu sebab hujan sangat. Lereng bukit semua runtuh. 

hiking bukit bendera
Dah jumpa signboard baru happy!

hiking bukit bendera
Cantiknya banglo-banglo dekat sini!


Lepas tu ada jumpa jumpa satu kumpulan ramai-ramai dalam 6 orang. Maybe student kot. Depa pun dah macam Cik Timm, mulut tak berhenti merungut. Hihikss. Dah kena tolak tarik dengan partner jumpa banglo besar. Maksudnya memang dah nak sampai puncak! Badan letih tu terus semangat pulak aih. Tiba-tiba, mental sangat awak ni Cik Timm oii. Excited nak sampai, tapi lagi cerun bukit tu. Huwa!!

hiking bukit bendera
Penang Hill, aum2

hiking bukit bendera
Ni persimpangan antara hidup atau mati ni, ambil yang kiri yer, tok sah amik yang kiri sekali sebab kena panjat lagi jauh!

hiking bukit bendera
Laluan ke hati awakkk
hiking bukit bendera
Tu bangunan Earthquake & Thypoon Pavilion


Lepas berpenat lelah, dah jumpa persimpangan untuk ke puncak. Bunyi macam-macam dah boleh dengar, confirm muzik dari Bukit Bendera. Akhirnya! Dekat sini ada laluan shortcut tau. Gambar atas tu tunjuk 2 simpang, actually ada satu lagi simpang kiri tu untuk naik atas lagi. Tak payah susah-susah, ikut je laluan tengah tu. Hampa akan tembus dekat Earthquake & Thypoon Pavilion. Terkejut bila Cik Timm lalu bangunan ni sebab dengar orang jerit-jerit. Rupanya macam wayang ala-ala simulator tu. 

hiking bukit bendera

hiking bukit bendera, ais kacang bukit bendera
Ambil yang Mix Fruit ABC, harga RM12. Puas hati!


Elok-elok kami sampai hujan pulak tengahari tu. Ha, kami mendaki dalam 2 jam lebih juga. Naik pukul 1030am, sampai dalam 12pm gitu. Dah sampai tengahari, tekak punya haus namatey, cari ais kacang yang famous tu. Hari tu datang try gerai yang kiri sekali, kali ni try yang kanan pulak. Paling tak best nak duduk untuk makan pun tempat tak ada. Semua full, kami makan sambil berdiri je sementara nak tunggu tempat duduk. Faham dengan keadaan lunch hour & weekend. Cuma pelanggan tu sendiri dah tau ramai orang, be consider untuk orang lain yang nak makan juga. Betul tak? 

hiking bukit bendera

hiking bukit bendera


Rehat sekejap dekat atas tu. Kalau nak solat Zohor, surau memang dah disediakan dekat atas tu. Semua kemudahan ada kiranya. Sekejap je duduk rehat dekat atas tu, sementara menunggu hujan berhenti dan panas sikit baru kami mulakan perjalanan turun. Nak turun Cik Timm memang laju. Energy dah restored baru boleh ambil gambar dengan senang hati. Tadi waktu nak naik mental breakdown, takda mood langsung nak bergambar. Lunch pun makan buah je, tak selera nak makan benda berat macam nasi atau mee. 

hiking bukit bendera

hiking bukit bendera
Senyum sebab dah turun..

hiking bukit bendera
Yeah!


Kami turun dalam pukul 1.45pm, sampai dalam pukul 3pm gitu. Turun memang laju sebab tak banyak rehat pun, jalan je. Lagi satu, kalau ambil laluan taman botani, nak turun memang kena lalu jalan yang sama. Kalau laluan hiking dari pintu depan Bukit Bendera boleh turun ikut kereta kabel. Option lain kalau penat sangat, boleh tahan je lori atau kereta yang lalu lalang, depa ni memang baik hati akan tumpangkan sebab memang satu jalan pun. 

Alhamdulillah, Bukit Bendera berjaya ku tawan! Lepas ni kalau ada sesiapa nak try, boleh cuba. Tak rugi pun. Tapi tak payahlah nak condem orang lain kalau rasa awak tu jenis tak berminat aktiviti sukan macam ni. Cik Timm pun bukan minat sangat pun, sekadar ingin mencuba dan keluarkan peluh. Badan sihat penyakit pun kurang. 

Till then~
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com