Hai semua!
Tabung
Travel
Sambil-sambil tengok calendar kerja
Cik Timm, baru perasan bulan depan ada perayaan Chinese New Year. Paling
penting tengok hari cutinya. Fuiyo! 4 hari cuti bermula dari 15 – 18 Februari
2018. Ini kalau duduk rumah memang mereput dan boring. Rugi kalau tak pergi
bercuti. Nampaknya bulan ni memang kena kerja OT setiap hari untuk kumpul duit
lebih untuk tabung travel.
Nak tengok tak senarai tempat yang
Cik Timm teringin nak pergi? Ada 5 tempat wishlist yang Cik Timm senaraikan,
InSyaAllah one fine day Cik Timm akan
sampai ke sana!
5 Tempat
Menarik Yang Cik Timm Ingin Kunjungi
Penang
Escape Theme Park
Sumber: tempatmenarik.my
Cik Timm suka dengan aktiviti yang
lasak dan mengeluarkan peluh. Pulau Pinang mempunyai tarikan terbaru iaitu
Penang ESCAPE Theme Park. Tempat ini baru dibuka pada November 2012, ESCAPE
dicipta oleh Sim Choo Kheng, yang mempunyai banyak pengalaman membina theme
park di luar Negara dan dalam Malaysia. Tetapi, ESCAPE menggantikan theme park
biasa yang menyediakan permainan yang moden seperti roller coaster. Di sini
kita dapat bermain permainan sukan yang ekstrem di samping beriadah bersama
keluarga atau kawan-kawan. Paling comel, game naik pokok nyoq (pokok kelapa)
pun ada. Mana nak cari permainan zaman kanak-kanak dulu sekarang ni.
Alang-alang badan masih sihat dan mampu untuk melakukan aktiviti fizikal
ekstrem, rugi tak singgah sini.
Desa
Cattle Dairy Farm, Kundasang
Sumber: tempatmenarik.my
Nak ke New Zealand jauh sangat. Jom
kita ke Sabah je. Hehe, asyik ke pulau pulak. Jom kita ke tempat yang sejuk dan
nyaman sikit. Kundasang memang dalam wishlist Cik Timm, one fine day dengan
orang yang tersayang. Eheh.. Desa Cattle Dairy Farm terletak di kaki Gunung
Kinabalu. Ramai kawan-kawan Cik Timm yang dah berkesempatan ke sana. Suka betol
Cik Timm tengok lembu hitam putih bertompok hitam. Teringat gambar di susu
paket jenama Fernleaf. Selain itu, terdapat aktiviti yang pemprosesan susu yang
kita dapat tengok dengan mata sendiri. Asyik minum susu je, prosesnya kita tak
tahu kan? Lepas tu, dapat juga shopping barangan tenusu di sini macam susu
segar, aiskrim dan dadih.
Pulau
Dayang Bunting
Sumber: percutianbudget.com
Mesti semua pelik, Cik Timm dah
pernah ke Pulau Langkawi kan. Banyak kali pulak tu. Tapi kan, sepanjang Cik
Timm bercuti ke sana, tak pernah lagi sampai di Pulau Dayang Bunting. Sedih
tau.. Nak buat macamana, kekangan masa. Pulau ini terkenal dengan lagenda Mat
Teja bertemu jatuh cinta pada Puteri Mambang Sari di tasik tersebut. Mereka
berkahwin dan dikurniakan seorang putera. Namun, putera mereka meninggal dan
dikebumikan di tasik itu. Puteri itu berdoa supaya semua wanita yang susah
untuk mendapat anak menjadi subur setelah mandi di Tasik Dayang Bunting. Bukit
di belakang Tasik Dayang Bunting pula berbentuk seperti wanita yang mengandung.
Cik Timm sebenarnya nak tengok keajaiban tasik ini yang dikelilingi air laut,
walaupun hanya dipisahkan 30meter. Ajaib kan?
Phi Phi
Island (Pulau Phi Phi)
Sumber: phiphi.phuket.com
Cik Timm memang penggemar laut dan
pantai ataupun Thalassophile agaknya. Setiap kali tension, nak pi pantai.
Setiap kali happy pun nak pi pantai. Acaner tu? Agaknya disebabkan oleh kos
study waktu di zaman degree kot. Oklah, mungkin juga kot. Baiklah, Pulau Phi
Phi terletak di Phuket dan Krabi. Pulau ini terkenal dengan kebiruan warna laut
yang kaya dengan hidupan laut, pantai yang putih bersih dan pembentukan batu
yang menarik. Memang geram tengok dalam gambar-gambar dari lensa gambar
pelancong yang ke sana.
Selain itu, Phi Phi terbahagi kepada
6 pulau. Ada antara pulaunya iaitu Maya Bay merupakan salah satu dari set
penggambaran The Beach (pelakon Leonardo Di Caprio) difilemkan. Apa yang Cik
Timm nak buat kalau di sini? Semestinya snorkeling dan island hoping di semua
kawasan pulau yang ada! Biarkan muka terbakar, tapi puas hati dapat berendam
dan tengok hidupan laut di sana.
Namsan
Seoul Tower
Sumber: dreamer.id
Yes, memang Cik Timm dah jatuh hati dengan
Korea Selatan kerana dipengaruhi dengan cerita-cerita Korea yang Cik Timm
tonton. Lagipun Namsan Tower sentiasa ditunjukkan dalam setiap drama dan
program TV diorang. Namsan Seoul Tower atau N Seoul Tower adalah satu daripada
tarikan pelancong ke Seoul. Pada 1969, menara ini diwujudkan sebagai menara
telekomunikasi untuk menghantar isyarat TV dan radio. Selepas diambil alih oleh
CJ Foodville pada 2005, N Seoul Tower dibuka untuk orang ramai dan merupakan
mercu tanda di sini. Menara ini mempunyai ketinggian 480m diatas paras laut,
didirikan diatas Bukit Namsan dan menara itu sendiri berketinggian 236.7m
menjadikan menara paling tertinggi di Seoul. Macam menara Kuala Lumpur kan
sebab dibina di atas bukit.
Traveloka
Fly & Win CNY Contest
Nanti kejap, baru tengah duduk
korek-korek duit tabung travel, tiba-tiba Traveloka ada buat contest lagi!
Pemenang yang bertuah akan memenangi pakej percutian termasuk tiket kapal
terbang dan kemudahan lain. Contest ini akan bermula dari 22 - 28 Januari 2018!
1st : Trip ke Seoul, 6 hari 5 malam
untuk 2 orang.
2nd: Trip ke Phuket, 5
hari 4 malam untuk 2 orang.
3rd: Trip ke Langkawi, 4
hari 3 malam untuk 2 orang.
Hadiah lain untuk direbut adalah dua
RM1000 Traveloka voucher!
Contest ini adalah berkonsepkan
kepada mini game yang sangat-sangat senang. Anda Cuma perlu “Log In” akaun
Facebook anda dah boleh terus “START GAME”. Kemudian boleh share score anda
Facebook. Selain itu, ada beberapa terma dan syarat serta cara permainan turut
disertakan seperti contoh di atas tu.
Nampaknya bolehlah Cik Timm save
budget sikit, tak perlu susah-susah untuk penuhkan tabung travel. Masuk contest
je dengan Traveloka, mana tau ada rezeki jadi salah seorang pemenang hadiah
diatas. Cik Timm suma score 21 je, nampak sangat jarang main game. Selamat
Mencuba!
Jadi apa yang anda tunggu lagi, jom
cuba Traveloka Fly & Win CNY 2018 contest atau layari laman web Traveloka untuk maklumat lanjut!
nak trylaaa join.. tekan2 kot2 dpt rezeki pi korea bestnyaaa..
ReplyDeleteseronoknya kalau boleh p
ReplyDeleteHmmm Zumal pun rasa teringin la nak pi Kundasang tu... Nampak cantik jer. Nak try game traveloka dulu la kot ada rezeki di situ...
ReplyDeletehai Tim..makin berseri2 skrg :-)
ReplyDeletesemoga berjaya Timm...dan dapat pergi tempat menarik yg ingin di kunjungi terutama kat Seoul :-)
ReplyDeleteSemua tempat best !!
ReplyDelete- Cik Kumbang
InsyaAllah 2 tempat di atas kak sue akan pergi tahun ni.... Jommm ima...
ReplyDeleteexcape mahei.. hahaha
ReplyDelete