Monday, January 15, 2018

Guna RZAC Cosmetics je

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!

Cik Timm dah guna produk ni sejak 2016, sejak Cik Timm kerja di Pulau Pinang. Sebelum ni Cik Timm guna bermacam-macam produk. Dari sekolah guna Safi Balqis, lepas tu kulit muka macam dah immune dengan produk ni sampai pakai pun dah tak jadi apa, Cik Timm mula bertukar macam-macam, semuanya beli di Watsons atau Guardian.

Lepas tu, dah mula kerja Cik Timm guna B****s Blink. Peh, memang pakai 2 minggu je, terus hilang segala warna kulit yang tak sekata. Tapi, dari pembacaan Cik Timm, ramai kecoh mengenai krim kilo dan produk-produk local yang tak boleh dipercayai. Lagi satu, produk yang macam ni tak bertahan lama. Punyalah susah Cik Timm nak cari produk dia sebab semuanya dah tak ada stok. Supplier dari produk tu sendiri mula tukar packaginglah, buat formula baru lah, haih. Memang nampak sangat produk ni produk kilo, mula-mula je kababoom, lepas tu hilang~~

Cik Timm baru teringat satu produk ni, RZAC Cosmetics. Dulu selepas SPM, Cik Timm pernah kerja part-time di salun kecantikan. Cik Timm kerja buang resdung & facial, sambil jual barang cosmetik. Kiranya jenama ini dah lama bertapak di Malaysia. Cuma pasaran lebih banyak bertumpu di area utara semenanjung. 

Produk ini pun kakak dan abang Cik Timm dah guna dari dulu sampai sekarang. Alang-alang Cik Timm dulu kerja di Sunway Carnival Mall, sentiasa boleh singgah di premis dia.

Alhamdulillah nak masuk dua tahun Cik Timm guna, memang effect terbaik untuk kulit muka. Jerawat masih naik juga setiap bulan, setiap kali period. Kalau tak naik jerawat di muka, itu namanya kulit tak normal tau. Cik Timm punya rutin harian simple je, 


1. Sabun (Carrot Bar)
2. Toner (RZAC Toner)
3. Sunblock (Sunblock Pink SPF 33)

Itu sahaja rutin setiap hari. Toner Cik Timm pakai selang dua hari. Lepas tu, seminggu sekali Cik Timm akan apply mask

Apabila kulit kita sihat dan kurang bermasalah, diri kita akan lebih confident nak berdepan dengan orang. Disebabkan Cik Timm seorang yang pemalas makeup, barang makeup pun yang ada hanya banyak ini. Cik Timm kekadang pakai sunblock dan lip balm sahaja, terus pergi kerja. Sunblock sangat penting untuk penunggang motosikal tau! Senang burn sebab panas. 

Bagi Cik Timm, tak flawless sangat pun tak apa. Asalkan kulit nampak sihat dan tak kusam. Kadang-kadang dalam gambar memang nampak flawless, cuba tengok depan-depan. Hihihi!

Allright, kalau korang pun berminat dengan produk ini boleh ke sini ya;

RZAC Cosmetic,
Bangunan RZAC,
No. 4A,B,C Jalan Todak 3,
13700 Pusat Bandar Seberang Jaya,
Pulau Pinang.

Waktu operasi:
Isnin-Ahad : 10am-7.30pm
Selasa : Cuti

Website: 
RZAC Cosmetic

6 comments:

  1. betul...produk skrg banyak yang jenis kilo...pilih yang betul...

    siap vip card ya...ada diskaun kalau beli selalu?

    ReplyDelete
  2. patutla xpernah dgr produk ni dkt sbh..hihi..gud sharing cik tim

    ReplyDelete
  3. macam mak akak jugak dulu.. kadang2 curi gak sabun tu sikit hehe..

    ReplyDelete
  4. tgk jauh flawless eh..tgk dekat? ya ampun ihihih

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com