Saturday, January 06, 2018

Kehilangan Abang Ipar yang sangat Dirasai Keluarga

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

6 Januari 2018
.
.
Cik Timm kerja pada hari Sabtu tersebut. Pada waktu rehat, Cik Timm pelik tengok banyak misscall & message dari Abang Cik. Pelik? Tak pernah-pernah call.
Baca message dari Kak ina,
" Mksu, abg rasid dh xda.st g k ina dgn mak p dgn k ayu".
.
Masih blur-blur dengan message tu, Cik Timm cuba call Abang Cik berkali-kali. Tak berangkat, kali ke 5 call baru diangkat..
.
Terduduk Cik Timm dengar apa yang Abang Cik beritahu..
.
Ada seorang kawan dalam toilet menyaksikan apa yang berlaku. Dia cuba tenangkan Cik Timm yang betul-betul pucat dan tak mampu berdiri. Cik Timm terus bergegas balik ke rumah.
.
.

Kak Yu dengan suaminya, dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kulim untuk ambil mak & Kak Ina. Abang Cik pulak ke stesten keretapi KTM Bukit Mertajam untuk membeli tiket ETS ke Tanjung Malim. Namun hanya tinggal tiket ke Kuala Lumpur Sentral sahaja yang ada pada pukul 6pm. Tidak ada pilihan lain, kami terus membeli tiket ETS Platinum tersebut. Untuk menyenangkan kerja, Cik Timm & Abang Cik ke stesyen KTM Bukit Mertajam dengan menaiki motosikal dan ditinggalkan di sana. InSyaAllah selamat..


Sambil menunggu ke destinasi yang dituju, fikiran Cik Timm melayang-layang..

Aku mula kenal dengan perkataan "Abang Ipar" sejak aku diusia 5 tahun lagi. Mula-mula aku langsung tak suka dengan abang ipar yang aku rasakan perampas kakak sulung aku. Biasalah, aku yang paling bongsu, Kak Pah sentiasa manjakan aku. Sekarang dia dah kahwin, dengan siapa lagi aku nak merengek. Dengan mak, memang tak berani sebab garang!

Menginjak pada umur 6 tahun, aku dah mendapat title "Maksu". Seronok tak terkata sebab aku sunyi tak ada kawan. Tiap kami Kak Pah balik kampung bawa anak dia, memang aku insan paling happy! Arwah ayah aku pun seronok, mentang-mentang cucu sulung pulak tu. Seronok sebab setiap kali anak saudara aku dapat, aku pun akan dapat. Jarak kami yang tak jauh menjadikan kami macam dua beradik. Abang ipar pun selalu bawa aku jalan-jalan ke KFC, McD. Seronok sangat dah waktu tu..

Teringat sewaktu aku melanjutkan pelajaran di Sarawak. Kadang-kadang aku balik kampung, selalu aku turun flight di KLIA. Abang ipar aku juga yang selalu ambil aku di lapangan terbang. Lepak dalam 2 3 hari di rumah Kak Pah di Lembah Beringin, baru aku balik ke Kedah. 

Konvokesyen di Sarawak, abang ipar aku adalah orang yang paling excited untuk ke Sarawak. Masih segar dalam ingatan apabila aku ke entry ini. Sebelum ni ke sana hanya untuk urusan kerja. Kali ini untuk holiday. Terkilan sebab abang ipar tak sempat untuk tengok anak sulung dia konvokesyen bulan April ini. Hati aku rasa macam direnggut..


Sewaktu aku kerja di Kuala Lumpur dan mula nak berpindah ke Pulau Pinang, abang ipar aku tolong pindahkan semua barang aku. Masih terngiang-ngiang lagi, 
"Kau kena buli eh keja sini?"
.
.
Kami sampai di KL Sentral agak lewat, 10.15pm. Kami membeli tiket komuter untuk berpatah balik ke Tanjung Malim. Malang kami pada malam tersebut kerana salah baik Koc! Kami naik untuk ke Batu Caves! Kami turun di Sentul dan anak saudara dah otw untuk ambil kami di sana. 

Abang ipar aku telah selamat dikebumikan tengahari tadi di Tanah Perkuburan Kerling. Rupanya abang ipar meninggal disebabkan sesak nafas semasa bersukan berbasikal pagi tadi. Senang cerita, Allah sangat sayang dengan HambaNya yang sentiasa ingatkan Dia..



Baru minggu lepas Cik Timm sempat jumpa abang ipar, balik untuk makan kenduri di kampung. Rasa tak ralat, pemergian dia sangat senang dan tenang. Doktor pun dah sahkan abang ipar seperti redha sewaktu di akhir nafasnya. Alhamdulillah, selepas mengucap, Abang Rashid pergi mengadap Ilahi. 

4 comments:

  1. Sedihnya. Takziah timm n family. Ya...akak ada baca entry konvo tu. Memang dia beria uruskan semua. Alfatihah untuk arwah

    ReplyDelete
  2. Salam takziah Cik Timm... Moga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com