Hari ini semua rakan-rakan akan bersama keluarga. Ada yang pagi-pagi lagi bersiap untuk bertemu keluarga yang akan datang fetch-up. Aku sendiri tak tahu macamana nak bertemu family, segala kereta sewa aku dah called tapi tak bejawab. Tapi, alhamdulillah urusan dipermudahkan, ada kawan yang sudi menghantarkan aku ke airport. Maaf sebab tak sempat nak berpre-convo dengan Natasya sebab datang lewat.
Kira-kira pukul 11.57pm, keluarga aku dah selamat sampai di Kuching International Airport. Sesampainya aku di airport, kereta sewa untuk kami pun baru sampai. Aku menyewa kereta sewa dari Encik Asnawi. Kereta yang disewa adalah Naza Citra auto. Bolehlah muat untuk kami sekeluarga. Harganya adalah RM180 sehari dan kami pinjam untuk tempoh 3 hari 2 malam. Nasib baik aku berjumpa dengan penyewa yang boleh dipercayai ini, lagipun aku booking agak awal supaya tak kalut dan bermasalah. Selalunya dalam masa yang suntuk ini, ramai penyewa kereta yang cekik darah sebab dia tahu kita desperate perlukan kereta. Jika ada sesiapa yang ingin ke Sarawak, bolehlah menyewa kereta dari:
Muhammad Asnawi b Muhamad Ridzuan
Message/Whatsapp: 012-624 9441
Disebabkan jalan yang tak berapa sure, dengan direction dari Encik Asnawi dan google maps, kami terus ke Taman Matang Jaya, homestay yang telah aku tempah. Sambil lalu di Bandaraya Kuching, pot pet info keluar dari aku sebagai tour guide. Setelah berpusing-pusing di round-a-bout yang memang tersangatlah banyak di bumi Sarawak ini, kami sampai juga di taman ini.
Homestay ini pun aku tempah awal, jumpa dari Mudah.my. Stress juga dibuatnya sebab kebanyakan homestay yang dekat dengan kampus dan murah semuanya fully booking. Hanya tinggal di kawasan Matang. Harganya pun boleh tahan mahal, tapi di antara homestay-homestay yang mahal itu aku tergerak hati untuk bersetuju dengan Chesu Homestay. Agaknya kerana tuan rumah mempunyai blog tentang homestaynya.
Tuan rumah dah Whatsapp untuk memastikan kami dah sampai atau belum. Seriously homestay yang dipilih memang bertepatan dengan keperluan. Sangat selesa, ada dapur dan gas untuk memasak, air-cond ada, televisyen dengan Astro, mesin basuh pun ada.
Paling comel, semua barang dan suis ada label untuk memudahkan penyewa.
Ingin menyewa di Chesu Homestay? Bolehlah ke pautan blog dan Whatsapp beliau:
013-804 2003
Chesu Homestay
Dari 5 Bintang, aku boleh bagi 4.9 Bintang untuk homestay ini.

Selepas berehat sebentar, kami ke Waterfront, Kuching. Disebabkan cuaca tidak mengizinkan, kami parking dan mengisi perut di Plaza Merdeka Mall. Sambil-sambil singgah di Pasaraya Everise untuk membeli barang dapur untuk dimasak. Tiba-tiba anak saudara kenit ni kasut putus pula, shopping dulu di Parkson. Suka dia dengan kasut baru Frozen. Bukan anak saudara je minat, mak saudara sendiri pun peminat Frozen juga!
Apabila hujan berhenti, barulah kami berjalan-jalan di Waterfront dan India Street. Boleh dikatakan sentiasa terserempak dengan kawan-kawan sendiri. Masing-masing membawa keluarga makan angin di sini.
Abang ipar tengah study peta. Abang ipar tau juga sikit-sikit jalan di sini kerana urusan kerja. Cuma tak pernah jalan-jalan je. Dialah rupanya orang yang excited nak ke sini. Sepatutnya kalau ikut perancangan, keluarga datang ke sini semata-mata untuk konvokesyen aku saja. Tapi abang ipar mengambil cuti untuk berholiday di sini.
Orang sentiasa salah sangka dengan kami berdua sebab asyik berkepit ke sana sini. Abang sendiri kot. Abang Cik aku pun mengambil cuti juga untuk ke sini. First timelah dia naik kapal terbang ye..
Kakak terjumpa dengan kedai yang menjual perabot kayu custom made yang sangat matching dengan konsep rumahnya. Pandai boss kedai tu pikat akak suruh beli.
India street yang legang kerana masing-masing dah tutup kedai.

Balik ke Homestay, dinner masak sendiri walaupun menggunakan produk-produk segera. Asalkan puas hati dan jimat.
Selepas aku balik, baru kawan-kawan semenanjung mengorder barang cenderahati untuk dibeli. Rasa bersalah pula, sebab aku ke sini pun memang tak ada angin dan ribut, tau-tau dah muncul di Sarawak. Disebabkan aku jarang mengupdate Facebook kot. Memang tak sempatlah untuk berpatah balik ke India Street. Di situ saja menjual barang-barang cenderahati yang murah dan berpatutan.
Sekejap je mata tertutup kerana terlalu letih dan kekenyangan berjalan-jalan.
..bersambung..
alang-alang dah sampai sarawak kan, memang holiday terus la ek..
ReplyDeletetimm pun xsangka kak rupanya abg ipaq ni kaki jln^^kami ni ikut jer..
Deletewah syok nyaaa..
ReplyDeleteole2 utk nadyya xde ke?hahaha
jiran kite belaja kat unimas jugak la :)
rate 0.1 tu kat mana lagi tim? hehe. seronokla noo. ^_^
ReplyDeleteBestnyaa dpt bwk family jalan2 di sana. Kenangann :)
ReplyDeleteJalan-jalan cari makan ya...kita suka gi sabah serawak ni..banyak benda boleh explore..
ReplyDeletebelom sampai lgi sarawak hehe...
ReplyDeleteBestnyer dapat jalan2 yer ^_^
ReplyDeleteseronoknya... Sarawak banyak tempat2 yang menarik juga kan..rugi tak holiday terus kalu dah kesana... bukan selalu boleh ke Negeri orang ni kan... syoknya....
ReplyDeletesalam ukhwah dan salam kenal dari mommylina
w'slm mommylina..
Deletebetul2, alang2 dah ada di sana, berholiday lah sekejap..
Salam jumaat Timm ... :D
ReplyDeletesalam jumaat kak mia^^
Deletesikit2 tu pham la jugak..^^ tpi nk balas balik xreti..hihi..
ReplyDeleteDok homestay lagi puas hati dari dok hotel.
ReplyDeleteSebab mcm bercuti kat rumah2 je kan..
=)
kurang menarik jika berjalan2 cuaca hujan kan..membataskan perjalanan
ReplyDeletehihi alhamdulillah slama CT kat sana mendung saja. tngk forecast kata hujan. syukur tidak hihi.. eeeyh rasa x puaslaaa nak pi srawak lagi. nak mee kolok lagi..
ReplyDeletesmbil tgk ank berkonvo smbil jenjalan ..2 in 1 best wo..huhu
ReplyDeleteSeronoknya dapat jalan-jalan ngan family.
ReplyDelete