Tuesday, April 28, 2020

RESIPI | POPIA CARBONARA CHEESY SIMPLE [DAY 42 PKP]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai everything! 


Semalam Cik Timm rajin sikit untuk try resipi dari Instagram Limau Nipis Official. Cuma ada yang diubah sikit mengikut apa yang ada di dapur tu. Gigih semalam pagi-pagi pukul 8 ke Tesco untuk cari barang-barang dapur. Lebih mudah shopping di Tesco dengan menggunakan aplikasi Scan & Shop Malaysia. Kalau nak tahu boleh baca dalam posting Cik Timm di Facebook semalam.
 Seronok semalam masak-masak sebab hujan lebat. Sejuk je bekerja di dapur.


Bahan untuk intinya;

Setengah biji bawang Holland (sebab besar gila saiznya)
1 tin sos Prego Carbonara
1 paket sosej
1 batang lobak merah
Sedikit lada hitam, serbuk oregano dan garam
1 cawan air
Kulit popia
Keju Mozarella
Sebiji telur atau tepung gandum yang dicampurkan dengan air untuk lekatkan kulit popia.

Cara-caranya;

Kulit popia korang boleh letakkan diluar suhu bilik. Bawang Holland korang cincang halus. Sosej dan lobak merah pun dipotong mengikut citarasa sendiri. Kalau nak popia cantik bulat comel bolehlah potong bahan tadi memanjang, cantik sikit susunan dalam popia tu nanti. Untuk buat inti popia carbonara ni tak boleh terlalu basah macam nak makan dalam spaghetti, nanti susah nak balut sebab meleleh. So, kena kering sedikit. 

Mula-mula panaskan minyak dan goreng bawang Holland sehingga layu. Lepas tu boleh masukkan lobak merah dan sosej. Masukkan sos carbonara dan kacau rata. Cik Timm masukkan sedikit air untuk palut semua bahan tu. Jangan lupa masukkan juga serbuk lada hitam, serbuk oregano dan garam. Kalau nampak macam berair korang boleh masak sekejap sampai sedikit kering.
Setelah siap korang biarkan dulu sos carbonara ini sejuk.


Lepas tu korang dah boleh balut dengan menggunakan 2 keping kulit popia. Kalau satu layer nanti popia pecah waktu goreng. Waktu korang balut inti dia, baru korang letakkan keju mozzarella di atas. Balut popia macam biasa dan sapukan telur dekat hujung supaya popia kemas dan terbuka.

Apa yang Cik Timm ubah dari resipi asal? Dalam resipi asal ada letak isi ayam dengan capsicum. Cik Timm nak jimat ayam, sebab tu tak letak. Capsicum pulak tak ada offer dekat Tesco. Harga betul memang mahal pun, jimat sikit zaman PKP ni.



Cara penyimpanan, korang kena lapik dengan plastik disekeliling bekas dan juga setiap popia tu. Kalau tak nanti dia melekat dekat bekas atau pun melekat sesama sendiri. Plastik lapik tu Cik Timm guna plastik nipis yang orang balut nasi lemak tu, potong 3 bahagian memang cun-cun dia ikut saiz popia. Ikut resipi ni korang boleh dapat dalam 25-28 biji depend on berapa banyak inti korang letak. Cik Timm punya popia gemuk-gemuk. Makan satu pun dah rasa kenyang. Waktu berbuka puasa goreng dalam 4 biji je. So, popia ni bolehlah bertahan dalam 2-3 hari. Nanti dah habis boleh buat kuih lain pulak. Selamat Mencuba!

Time berpuasa ni baru rasa seronok nak memasak kenapa ye? Hahaha! Disebabkan bulan Ramadan kot. Btw, Selamat Berpuasa kepada rakan-rakan blogger. Korang lagilah macam-macam masak dekat rumah tu. Seronok tengok semua share menu menjelang berbuka puasa. Tahun ni pertama kali kita berpuasa dalam PKP. Bazar Ramadan, solat terawih semuanya tiada. Lepas ni boleh cerita dekat anak cucu, bangga jap. Hehehe. Korang berbuka semalam makan apa tu??
Read More

Monday, April 20, 2020

DAY 34 PKP: Permohonan i-Lestari KWSP LULUS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!


Minggu lepas Cik Timm apply i-Lestari KWSP. Sebenarnya fikir dalam seminggu juga sama ada nak apply atau tak. Fikir punya fikir, Cik Timm ambil keputusan untuk memohon je. Cik Timm nak check dulu baki akaun 2 KWSP tu. Tapi disebabkan i akaun KWSP Cik Timm tak dapat nak buka sebab ada masalah. Nak reset pun kena ada no. TAC ke telefon bimbit. Masalahnya nombor telefon tu nombor Cik Timm yang lama. Memang tak guna dah.

Call banyak kali KWSP memang tak dapat sebab confirm semua orang call untuk permohonan i-Lestari ni. Mesti talian busy..

Disebabkan keadaan Cik Timm sekarang yang dah tak bekerja, Cik Timm ambil keputusan untuk mohon je. At least ada juga cash dalam tangan kalau ada kecemasan.

Hari ni baru check keputusannya dan alhamdulillah lulus. Bayaran pengeluaran pertama akan dikreditkan ke akaun bermula 4 Mei ini. 

Permohonan i-Lestari Menerusi Online

Kalau ada sesiapa yang nak mohon juga boleh ke link dibawah. Mudah je nak isi. Selepas isi bolehlah check permohonan selepas 2 atau 3 hari. Nak isi i-Lestari tak perlu ada i akaun KWSP pun. Lebih mudah dan cepat! Permohonan menerusi i-Lestari ni bermula dari 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.

https://ilestari.kwsp.gov.my/


Read More

Saturday, April 18, 2020

DAY 32 PKP: Ironi Kasih OST Sembah dari Naim Daniel ft. Man Kidal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!



Cik Timm dok layan pulak Akasia terbaru dari TV3 ni, Ironi Kasih. Cerita dia agak menarik dan tak cliché sebab kita tak dapat nak jangka pengakhiran dia macamana. Kalau tertengok permulaan Episod 1 confirm akan melekat terus. Itu yang malas nak mula tengok TV tu. Mak pun kalau Cik Timm bukak drama pukul 7 dia pun melekat sama.

Sekarang ni selalu teman mak kalau nak berpuasa sunat. Khamis lepas waktu nak berbuka boleh pulak period. Aduhai, sedihnya! Kenapa tak boleh tunggu sampai berbuka. Lagi 5 minit je nak berbuka. Siapa pernah kena macam Cik Timm ni? Hehe. Tapi kali ni punya period melampau sangat sampai demam, selsema dan pening nak muntah. Nasib baik waktu kerja dulu tak pernah jadi macam ni, kalau tak macamana nak kerja.

Layan punya layan Akasia ni macam sedap pulak OST dia. Nah Cik Timm kongsi lirik lagu Sembah. Nyanyian oleh Naim Daniel feat Man Kidal.  

Lirik

Luka kerna dusta yang kau berikan
Cinta yang dah tak lagi seindah kisah kita
Luka kerna dusta yang kau sembahkan
Aku kini jatuh dalam kehampaan

Mengapa ku setia pada kasih tak ku punya
Tak ku punya

Kata-kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Kata-kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Luka kerna dusta yang kau berikan
Cinta yang dah tak seindah kisah kita

Mengapa ku setia pada kasih tak ku punya
Tak ku punya

Kata-kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Kata-kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Kau racun jiwaku yang tak ku mahu
Cukup nyawaku merayu

Kata-kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Kata-kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga


Disebabkan PKP ni, melekat tengok TV jer. Sebab dah bosan tengok phone lama-lama. Sakit mata sebab tenung screen kecil. Tengok TV puas sikit, rasa macam nak beli cable yang boleh sambung phone ke TV. Korang pernah buat tak? Cer share sikit??
Read More

Tuesday, April 14, 2020

DAY 28 PKP: Cik Timm Pernah Break-out Muka

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hi semua!

YES! Muka Cik Timm break-out waktu kerja di Penang. Macamana Cik Timm tau muka bermasalah? Cik Timm Cuma naik jerawat kalau nak sampai cycle period jer. Kalau naik suka hati without time maksudnya memang ada masalah. Sedih jugak sebab muka Cik Timm jenis yang tak ada masalah. Dah jadi gini memang down jugak. Nak jumpa orang pun malas. Kerja pulak asyik mengadap customer, lagi rasa down..

Punca Muka Bermasalah

Punca utama muka Cik Timm break-out ialah environment atau persekitaran. Cik Timm tinggal di tengah-tengah Bandar Georgetown. Lepas tu, seminggu sekali akan balik kampung. Ulang-alik Kulim-Penang naik motosikal, pergi kerja pun naik motosikal. Mungkin faktor habuk dan pencemaran udara. Itupun Cik Timm sentiasa pakai face mask dengan handglove kalau balik Kulim sebab dekat jambatan Pulau Pinang tu muka tak tahan dengan habuk dan angin.

Satu lagi punca, kulit terlalu kering dan tak proper basuh muka selepas balik kerja. Waktu kerja Cik Timm dah mula masuk tempat ‘kitchen’. Kalau korang yang pernah kerja f&b tahu kan keadaan kalau dalam dapur macamana, dengan panas dan berminyak. Masuk seksyen dapur bukan sekejap je, tapi untuk satu shif duduk je dalam tu tau! And then, Cik Timm tak pakai any moisturiser. Itu salah satu kesilapan besar yang Cik Timm buat. Bak kata Maisarah Mahmud, ‘hydration is the key’. Bukannya apa, sebab tak rasa penting pun. Bila dah dekat sebotol guna moisturiser baru tau kesan dia sangat-sangat bagus untuk kulit muka!

Produk Penyelamat Break-out



Slowly waktu Cik Timm training dekat KL Cik Timm start cari skincare atau produk yang sesuai dengan muka untuk kurangkan break-out. Ada 3 produk yang sangat membantu memulihkan balik kulit. Kalau ada sesiapa nak cuba pun boleh, tapi semuanya depend on kulit masing-masing yer. Lagi satu, kulit Cik Timm suka dengan produk yang ada Tea Tree extract. Tea Tree ni memang sesuai untuk kulit yang berjerawat dan berminyak dan kulit Cik Timm sangat tolerant dengan produk ni.

Rosa Glow Treatment Essence



Produk pertama, Rosa Glow Treatment Essence dari Kayman Beauty. Produk ni Cik Timm guna dari bulan Mac 2019, maksudnya dah setahun guna. Pakai pun senang, cuma dap-dap dekat muka selepas mandi. Mula-mula pakai rasa macam air apalah yang aku pakai ni, macam tak ada kesan. Tekstur dia cair je macam air, tapi dekat 6 bulan pakai rasa bekas jerawat di muka slowly fade. Cik Timm kalau malas memang pakai ni je dekat muka. Kenapa dia mengurangkan parut? Sebab dalam produk ni ada Alpha Arbutin. Tapi harga sebotol 120ml ni agak mahal, tak silap dalam RM80+. Dah lupa sebab dah lama beli. Beli pun dengan cara agent tu COD dekat rumah sewa waktu tinggal di Subang Jaya.

Tea Tree Oil Facial Cleanser + Make-up Remover



Produk kedua, Aiken Tea Tree Oil Facial Cleanser + Make-up Remover. Ini antara produk pembersih berasaskan Tea Tree dan jenis gel-based cleanser. Cleanser ni tak sepenuhnya dapat cuci makeup yang berat, masih kena cuci dulu guna micellar water. Tapi, Cik Timm suka pakai sebab lepas guna rasa kulit fresh dan tak mengeringkan. Dalam cleanser ni ada macam butir biji-biji kecil warna kuning. 

Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser



Produk ketiga, Day & Night Moisturiser Tea Tree Oil dari Cosmoderm. Produk ni Cik Timm guna dah 10 bulan lebih. Sekarang ni nak habis pakai dah, tinggal sikit je lagi jenuh korek dari botol dia. Krim dia agak likat dan nampak putih kalau pakai di muka, tapi sapu je seluruh muka jadi glowing jer. Alhamdulillah selama Cik Timm pakai memang selesa sebab muka lembab je. Paling bagus pelembab ni ada SPF15 & PA++, walaupun sikit tapi cukup je untuk kerja dalam aircond. Cik Timm beli mula-mula sebab dia tulis sesuai untuk kulit berminyak & bermasalah. Satu lagi pelembab ni tak ada Paraben, SLS dan SLES.

Jadi kalau korang nak try produk diatas tu pun boleh. Asalkan testing dulu dalam seminggu dua. Kalau kulit korang boleh terima, tak break-out produk tu sesuailah dipakai. Kulit setiap orang tak sama. Dalam tempoh PKP ni boleh sangat kalau korang nak patch test produk yang ada di pasaran. Tapi kan, disebabkan PKP ni semua barang macam pncuci muka, pelembab, shampoo semua tinggal sikit je. Boleh je nak beli online, tapi siapa yang tak rindu nak lepak Watsons, Guardian atau pun Aeon Wellness lama-lama kan….

#staysafe #stayhome

Read More

Thursday, April 09, 2020

DAY 23 PKP: Cara-Cara Untuk Mengetahui Jenis Kulit Muka

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!

Menjelang PKP ni macam-macam boleh kita buat aktiviti untuk mengisi masa lapang. Salah satunya kita boleh check kulit wajah kita atau recheck balik semua produk kosmetik yang kita guna. Ada yang dah expired boleh dibuang, atau ada produk yang kita beli tak sesuai tapi masih simpan, bolehlah kita kemas balik apa yang ada. Cik Timm dok kemas-kemas rupanya banyak juga barang. Mana tidaknya, dulu kan kerja di Penang. So, ada barang yang Cik Timm beli duplicate supaya senang kalau balik kampung. Tak payah nak bawa banyak barang. Dah la Cik Timm ni penunggang motosikal. Dah jadi rutin KULIM-PENANG. Rasa dekat je sebab dah biasa walaupun hanya menunggang motosikal.

Cara Untuk Mengenalpasti Kulit Wajah

Selepas korang cuci muka bersih-bersih, tunggu dalam 30 minit, atau 3-4 jam. Jangan pakai apa-apa produk pun tau.

Menggunakan Tisu Biasa atau Blotting Paper

Ambil tisu koyakkan kepada 4 bahagian, tepek je dekat dahi, kiri kanan pipi dan dagu.



Kulit Normal
Tisu tadi melekat sekejap sahaja, dan jatuh. Ataupun tengok dengan mata kasar, kulit biasa, tak nampak bersinar tidak menggelupas. Itu tandanya anda berkulit normal.

Kulit Kering
Tisu tak melekat langsung, letak je terus jatuh. Kulit Nampak menggelupas, kasar dan kusam.

Kulit Berminyak
Tisu semua melekat di muka. Kulit muka nampak berkilat dan berminyak. Kalau sentuh kulit muka boleh rasa oily.

Kulit Kombinasi
Kalau kulit kombinasi selalunya di bahagian T-zone iaitu dahi dan hidung berminyak, manakala di bahagian pipi kering. So, tisu akan melekat dekat dahi, dekat pipi tisu tak melekat pun dan nampak pipi kering dan pori-pori jelas kelihatan.

Kulit Cik Timm?

  Kulit Cik Timm jenis kombinasi ke normal. Bahagian hidung dan dahi ni berminyak je. Tapi dekat pipi normal tak kering pun. Bila kita dah tahu jenis kulit kita, senang untuk cari produk yang bersesuaian.

Dulu waktu Cik Timm study dari zaman sekolah menengah sampai ke matrikulasi memang pengguna tegar Safi Balqis. Dulu produk ni paling senang dapat dekat kedai mana-mana pun termasuk kedai runcit. Harga pun berpatutan tak terlalu mahal, sesuailah student lagi kan. Waktu tu tak tahu lagi skincare tu benda apa. Asalkan ada pencuci muka, toner, serum, daycream, night cream. Rangkaian safi pun dah ada semua sekali. Kalau malas sangat guna pencuci muka je.

Waktu universiti dah mula ada duit sendiri, cuba guna produk lain. Tapi tak jalan sangat sebab tak sesuai dengan kulit muka. Jadi back to Safi jugak. Waktu bekerja Cik Timm try satu produk dari produk kosmetik tempatan. Seriously memang sangat berkesan, hilang semua kulit macam topeng zaman universiti dulu. Tapi waktu tu viral tentang produk tempatan ada yang timbang kilo ataupun ada bahan mercury. So, Cik Timm terus stop dan guna drugstore produk jer. Nanti Cik Timm share produk yang memang best dan murah jer boleh cari di drugstore.
Read More

Saturday, April 04, 2020

DAY 18 PKP: HARI MAKAN SEDUNIA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!



Hari ni rasa macam hari makan sedunia. Eh, bukan hari-hari sepanjang PKP ni memang makan je ke? Dah la banyak betul makanan yang viral di FB, Twitter, etc. Antaranya, welcome-welcome, dalgona coffee, kek milo 3 bahan, apa lagi ye? Baguslah gitu, asalkan #StayAtHome kan.


Cik Timm buat Welcome-welcome



Ini semua Jep punya pasal. Tapi memang suka buat pun sebab mak memang suka. Cik Timm buat satu bekas adunan, goreng separuh, separuh lagi simpan dalam peti sejuk. Tak best kalau goreng banyak lepas tu sejuk. Best makan panas-panas dengan kopi o atau teh o. Dengan cuaca mendung sejuk dekat rumah memang best makan cucuq panas. Dekat utara ni tak panggil jemput-jemput tapi cucur. Semua kami sebut cucuq, cucur yang orang jual macam cucur udang ke, apa ke semua kami balun nama cucuq. Haha! Kalau nak resipi boleh ke entry Resipi Cucur Jagung Mudah. Cuma hari ni tak letak jagung pun, sebab tak ada! Resipi yang ada ni boleh guna untuk semua jemput-jemput yang korang nak, olah je sikit-sikit ikut selera sendiri.

Pembuli Kucing



Cik Timm rasa kucing dekat rumah ni dah pelik kenapalah setiap masa asyik tengok tuan dia ni ada dekat rumah je. Selalu dua minggu sekali baru balik Kulim. Kali ni Cik Timm selalu buli je bebudak ni. Diorang pun redha je kena usik. Biasalah tak ada adik kecik, memang buli diorang je. Dekat rumah ni ada pertambahan ahli bulus sebanyak 3 ekor.

Actually ni kucing kakak punya. Diorang balik Melaka sebelum arahan PKP dikeluarkan. Kucing memang akan tinggal sini. Disebabkan diorang stuck dekat Melaka tak boleh balik sini, maka lama lagilah rakyat anak-anak angkat ni ada dekat rumah. Kitorang panggil Jebat & the gangs. Ibu kucing dengan 2 ekor anak dia.

Makan Banyak

Hari ni pagi-pagi sarapan roti Gardenia cicah lebihan gulai ikan semalam sambil tengok YouTube Hazeman Huzir. Lepas tu tolong Abang Cik siang ikan untuk buat ikan kering. Yup, kitorang buat ikan kering sendiri. Senang je nanti Cik Timm share ok.

Lepas siang ikan, makan lunch berlaukkan ikan goreng fresh-fresh dengan sambal kicap. Lepak kejap sambil layan cerita melayu klasik dekat Astro Prima, Batu Belah Batu Bertangkup.
Petang pulak, Abang Cik buat mee goreng sambil Cik Timm buat adunan cucuq kucai. Kali ni letak sayur kucai bebanyak, sedap jugak. Hehehe. Petang tadi sambil buat kerja kat dapur sambil layan cerita Hindustan dekat phone. Mentang-mentang dapat free 1GB kan, seronok guna internet ye. Untuk Cik Timm, tak terkesan sangat dengan pemberian free data ni sebab dah guna prabayar unlimited data.
Read More

Wednesday, April 01, 2020

DAY 15 PKP: MENDUNG SEHARIAN DI KULIM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hi semua, kalau diikutkan kita semua dah FREE! bebas untuk melakukan semua aktiviti. Tapi, disebabkan segelintir manusia yang suka pentingkan diri sendiri dan ketegaq sangat, kita semua stuck lagi dalam PKP sehingga 14 April 2020. So, kita punya tempoh akan dilanjutkan selama 2 minggu lagi. Bertabahlah semua.



CUACA MENDUNG DAN HUJAN



Sepanjang tempoh PKP ni, Cik Timm rasa Kulim ni terlalu panas sampai kena mandi banyak kali. Bayangkan selepas mandi pun boleh cepat berpeluh macam belum mandi. Pasang kipas pun tak cukup untuk sejukkan badan. Jadi Cik Timm standby satu tumbler 2L. Sehari memang habis sebotol, rasa dehydrate sangat. Alhamdulillah, dalam seminggu ni mesti hujan dua hari sekali. Sejuk sikit rumah, nama pun rumah kampong. Kalau duduk bilik dekat tingkat atas, macam duduk dalam oven sebab atap zink. Tapi kalau malam ke subuh, sejuk pulak sampai ke tulang sampai merekot je tidur.

ASTRO NJOI Menyediakan 4 Siaran Percuma

njoi logo

Yes, Cik Timm guna ASTRO NJOI je sebab rumah ni jarang tengok tv. Kalau mak memang buka RTM, TV3 dengan TV Al-Hijrah je. Memang jimat sikit guna ASTRO NJOI ni. Waktu raya or kalau semua berkumpul ramai-ramai baru Cik Timm beli siaran movie macam HBO or ASTRO RIA.
Bersempena dengan kempen #StayAtHome ni pihak ASTRO turut menyediakan beberapa channel free termasuk kepada pengguna ASTRO NJOI. Antara siaran percuma tersebut adalah;

Celestial Movies
309 (HD) / 349 (SD)
Nat Geo Wild
550 (HD) / 570 (SD)
Cartoon Network
615 (HD) / 635 (SD)
KIX
705 (HD)

Oklah, tak bosan sangat. Cik Timm selalu buka KIX sebab ada movies macam-macam dari Korea, Indonesia, Malaysia, Thailand pun ada. Btw, ASTRO punya channel dah berubah tau bermula 1 April 2020. Pandai-pandailah korang check, haha! Nanti Cik Timm buat satu lagi entry macamana korang nak topop Astro Njoi untuk beli channel. Banyak betul dalam komen orang tanya benda yang sama tapi dah ada Cik Timm cerita dalam entry ini Cara Topop ASTRO NJOI, mungkin kurang jelas kot.

Shopping Keyboard di Shopee



Beli minggu lepas, minggu ni baru sampai. Faham sebab kes PKP yang menyebabkan postage jadi lambat. Akhirnya tengahari tadi orang POSLAJU call cari rumah. Jalanlah terkedek-kedek tunggu depan rumah, sebab memang jauh sikit lorong nak masuk rumah.

Bukak je bungkusan tengok kotak, sepatutnya ada disertakan USB kecil untuk connect keyboard dengan mouse ni dengan laptop or pc. Baru nak contact penjual konon nak marah sebab tak kasi barang lengkap, Cik Timm cari juga kalau-kalau tak nampak sebab kecik je benda tu. Korek punya korek rupanya benda tu dalam mouse! Aduhai, nasib baik tak sembur penjual lagi, kalau tak malu sayeee..

Cik Timm beli wireless keyboard ni memang combo dengan mouse. Dapat free mouse pad dengan 3 bateri AAA. Keyboard ni pakai satu bateri, mouse dia pakai lagi 2 bateri. Dekat 3 hari juga usharr keyboard dekat Shopee dengan Lazada. Nak pastikan dapat harga yang murah dan kedai yang authentic. Jangan lupa check review diorang juga. Cik Timm beli dari kedai ECT Online, plus diorang punya kedai dekat Georgetown, Penang jer. So, memang trusted seller sebab kedai ni dalam Lazada pun ada.

Kenapa Cik Timm beli keyboard sedangkan guna laptop? Keyboard Cik Timm dah rosak. Tak boleh tekan SPACE. Jenuh nak menaip, sebab tu mood berblogging ke laut sebab hilang mood. Nasib baik Kaspersky ada ON-SCREEN-KEYBOARD, berguna juga untuk buat entry sebelum ni. Sebelum ni waktu kerja dekat Penang dah pernah hantar kedai computer dekat Prangin Mall untuk repair kes yang sama. Tapi nampaknya jadi balik, agaknya dah mula minta nak yang baru kottttt..eh, jangan hoi waktu PKP ni nak jimat. Dahlah sekarang ni Cik Timm dah officially penanam anggur.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com