Hi semua, kalau diikutkan kita semua
dah FREE! bebas untuk melakukan semua aktiviti. Tapi, disebabkan segelintir
manusia yang suka pentingkan diri sendiri dan ketegaq sangat, kita semua stuck
lagi dalam PKP sehingga 14 April 2020. So, kita punya tempoh akan dilanjutkan
selama 2 minggu lagi. Bertabahlah semua.
CUACA MENDUNG DAN HUJAN
Sepanjang tempoh PKP ni, Cik Timm
rasa Kulim ni terlalu panas sampai kena mandi banyak kali. Bayangkan selepas
mandi pun boleh cepat berpeluh macam belum mandi. Pasang kipas pun tak cukup
untuk sejukkan badan. Jadi Cik Timm standby satu tumbler 2L. Sehari memang
habis sebotol, rasa dehydrate sangat. Alhamdulillah, dalam seminggu ni mesti
hujan dua hari sekali. Sejuk sikit rumah, nama pun rumah kampong. Kalau duduk
bilik dekat tingkat atas, macam duduk dalam oven sebab atap zink. Tapi kalau
malam ke subuh, sejuk pulak sampai ke tulang sampai merekot je tidur.
ASTRO NJOI Menyediakan
4 Siaran Percuma

Yes, Cik Timm guna ASTRO NJOI je
sebab rumah ni jarang tengok tv. Kalau mak memang buka RTM, TV3 dengan TV
Al-Hijrah je. Memang jimat sikit guna ASTRO NJOI ni. Waktu raya or kalau semua
berkumpul ramai-ramai baru Cik Timm beli siaran movie macam HBO or ASTRO RIA.
Bersempena dengan kempen #StayAtHome
ni pihak ASTRO turut menyediakan beberapa channel free termasuk kepada pengguna
ASTRO
NJOI. Antara siaran percuma tersebut adalah;
Celestial
Movies
|
309 (HD)
/ 349 (SD)
|
Nat Geo
Wild
|
550 (HD)
/ 570 (SD)
|
Cartoon
Network
|
615 (HD)
/ 635 (SD)
|
KIX
|
705 (HD)
|
Oklah, tak bosan sangat. Cik Timm
selalu buka KIX sebab ada movies macam-macam dari Korea, Indonesia, Malaysia,
Thailand pun ada. Btw, ASTRO punya channel dah berubah tau bermula 1 April
2020. Pandai-pandailah korang check, haha! Nanti Cik Timm buat satu lagi entry
macamana korang nak topop Astro Njoi untuk beli channel. Banyak betul dalam
komen orang tanya benda yang sama tapi dah ada Cik Timm cerita dalam entry ini Cara Topop ASTRO NJOI, mungkin kurang jelas kot.
Shopping Keyboard di
Shopee
Beli minggu lepas, minggu ni baru
sampai. Faham sebab kes PKP yang menyebabkan postage jadi lambat. Akhirnya
tengahari tadi orang POSLAJU call cari rumah. Jalanlah terkedek-kedek
tunggu depan rumah, sebab memang jauh sikit lorong nak masuk rumah.
Bukak je bungkusan tengok kotak,
sepatutnya ada disertakan USB kecil untuk connect keyboard dengan mouse ni
dengan laptop or pc. Baru nak contact penjual konon nak marah sebab tak kasi
barang lengkap, Cik Timm cari juga kalau-kalau tak nampak sebab kecik je benda
tu. Korek punya korek rupanya benda tu dalam mouse! Aduhai, nasib baik tak
sembur penjual lagi, kalau tak malu sayeee..
Cik Timm beli wireless keyboard ni
memang combo dengan mouse. Dapat free mouse pad dengan 3 bateri AAA. Keyboard
ni pakai satu bateri, mouse dia pakai lagi 2 bateri. Dekat 3 hari juga usharr
keyboard dekat Shopee dengan Lazada. Nak pastikan dapat harga yang murah dan
kedai yang authentic. Jangan lupa check review diorang juga. Cik Timm beli dari
kedai ECT Online, plus diorang punya kedai dekat Georgetown, Penang
jer. So, memang trusted seller sebab kedai ni dalam Lazada pun ada.
Kenapa Cik Timm beli keyboard
sedangkan guna laptop? Keyboard Cik Timm dah rosak. Tak boleh tekan SPACE. Jenuh
nak menaip, sebab tu mood berblogging ke laut sebab hilang mood. Nasib baik
Kaspersky ada ON-SCREEN-KEYBOARD, berguna juga untuk buat entry sebelum ni. Sebelum
ni waktu kerja dekat Penang dah pernah hantar kedai computer dekat Prangin Mall
untuk repair kes yang sama. Tapi nampaknya jadi balik, agaknya dah mula minta
nak yang baru kottttt..eh, jangan hoi waktu PKP ni nak jimat. Dahlah sekarang
ni Cik Timm dah officially penanam anggur.
Sama lah rumah mak kat kampung pun guna NJOI.
ReplyDeleteSusah nk tgk tv.. Budak² ni ada kt kg so dpt kt depalah tv tu.. Kartun memanjang...
ReplyDelete