Hi semua!
YES! Muka Cik Timm break-out waktu
kerja di Penang. Macamana Cik Timm tau muka bermasalah? Cik Timm Cuma naik
jerawat kalau nak sampai cycle period jer. Kalau naik suka hati without time
maksudnya memang ada masalah. Sedih jugak sebab muka Cik Timm jenis yang tak
ada masalah. Dah jadi gini memang down jugak. Nak jumpa orang pun malas. Kerja
pulak asyik mengadap customer, lagi rasa down..
Punca Muka Bermasalah
Punca utama muka Cik Timm break-out
ialah environment atau persekitaran. Cik Timm tinggal di tengah-tengah Bandar
Georgetown. Lepas tu, seminggu sekali akan balik kampung. Ulang-alik
Kulim-Penang naik motosikal, pergi kerja pun naik motosikal. Mungkin faktor
habuk dan pencemaran udara. Itupun Cik Timm sentiasa pakai face mask dengan
handglove kalau balik Kulim sebab dekat jambatan Pulau Pinang tu muka tak tahan
dengan habuk dan angin.
Satu lagi punca, kulit terlalu kering
dan tak proper basuh muka selepas balik kerja. Waktu kerja Cik Timm dah mula
masuk tempat ‘kitchen’. Kalau korang yang pernah kerja f&b tahu kan keadaan
kalau dalam dapur macamana, dengan panas dan berminyak. Masuk seksyen dapur
bukan sekejap je, tapi untuk satu shif duduk je dalam tu tau! And then, Cik
Timm tak pakai any moisturiser. Itu salah satu kesilapan besar yang Cik Timm
buat. Bak kata Maisarah Mahmud, ‘hydration is the key’. Bukannya apa, sebab tak
rasa penting pun. Bila dah dekat sebotol guna moisturiser baru tau kesan dia
sangat-sangat bagus untuk kulit muka!
Produk Penyelamat Break-out
Slowly waktu Cik Timm training dekat
KL Cik Timm start cari skincare atau produk yang sesuai dengan muka untuk
kurangkan break-out. Ada 3 produk yang sangat membantu memulihkan balik kulit.
Kalau ada sesiapa nak cuba pun boleh, tapi semuanya depend on kulit
masing-masing yer. Lagi satu, kulit Cik Timm suka dengan produk yang ada Tea
Tree extract. Tea Tree ni memang sesuai untuk kulit yang berjerawat dan
berminyak dan kulit Cik Timm sangat tolerant dengan produk ni.
Rosa Glow Treatment
Essence
Produk pertama, Rosa Glow Treatment
Essence dari Kayman Beauty. Produk ni Cik Timm guna dari bulan Mac 2019,
maksudnya dah setahun guna. Pakai pun senang, cuma dap-dap dekat muka selepas
mandi. Mula-mula pakai rasa macam air apalah yang aku pakai ni, macam tak ada
kesan. Tekstur dia cair je macam air, tapi dekat 6 bulan pakai rasa bekas
jerawat di muka slowly fade. Cik Timm kalau malas memang pakai ni je dekat
muka. Kenapa dia mengurangkan parut? Sebab dalam produk ni ada Alpha Arbutin.
Tapi harga sebotol 120ml ni agak mahal, tak silap dalam RM80+. Dah lupa sebab
dah lama beli. Beli pun dengan cara agent tu COD dekat rumah sewa waktu tinggal
di Subang Jaya.
Tea Tree Oil Facial
Cleanser + Make-up Remover
Produk kedua, Aiken Tea Tree Oil
Facial Cleanser + Make-up Remover. Ini antara produk pembersih berasaskan Tea
Tree dan jenis gel-based cleanser. Cleanser ni tak sepenuhnya dapat cuci makeup
yang berat, masih kena cuci dulu guna micellar water. Tapi, Cik Timm suka pakai
sebab lepas guna rasa kulit fresh dan tak mengeringkan. Dalam cleanser ni ada
macam butir biji-biji kecil warna kuning.
Tea Tree Oil Day
& Night Moisturiser
Produk ketiga, Day & Night
Moisturiser Tea Tree Oil dari Cosmoderm. Produk ni Cik Timm guna dah 10 bulan
lebih. Sekarang ni nak habis pakai dah, tinggal sikit je lagi jenuh korek dari
botol dia. Krim dia agak likat dan nampak putih kalau pakai di muka, tapi sapu
je seluruh muka jadi glowing jer. Alhamdulillah selama Cik Timm pakai memang
selesa sebab muka lembab je. Paling bagus pelembab ni ada SPF15 & PA++,
walaupun sikit tapi cukup je untuk kerja dalam aircond. Cik Timm beli mula-mula
sebab dia tulis sesuai untuk kulit berminyak & bermasalah. Satu lagi
pelembab ni tak ada Paraben, SLS dan SLES.
Jadi kalau korang nak try produk
diatas tu pun boleh. Asalkan testing dulu dalam seminggu dua. Kalau kulit
korang boleh terima, tak break-out produk tu sesuailah dipakai. Kulit setiap
orang tak sama. Dalam tempoh PKP ni boleh sangat kalau korang nak patch test
produk yang ada di pasaran. Tapi kan, disebabkan PKP ni semua barang macam
pncuci muka, pelembab, shampoo semua tinggal sikit je. Boleh je nak beli
online, tapi siapa yang tak rindu nak lepak Watsons, Guardian atau pun Aeon
Wellness lama-lama kan….
#staysafe #stayhome
haha betullah tu. kita punya pencuci muka pun dah nak habis dah. :(
ReplyDeletetime darurat pkp nilah semua benda nak habis tau, haha!
DeleteAiken Tea Tree Oil Facial Cleanser + Make-up Remover paling nuna suka sebab jerawat mudah kecut bila pakai :)
ReplyDeletekan, betul2..
DeleteNk try cosmoderm pulak lah lepas pkp nnt.. Tgk mcm elok ja org guna
ReplyDeletesenang jumpa pastu harga berpatutan, dan juga produk malaysia punya
DeleteNak cuba cosmoderm tu.. muka macam tak berapa ok pula skrg nie..
ReplyDeletepatch test dulu, kalau xda apa2 masalah boleh je terus pakai..
DeleteRindu masa boleh round Watsons & Guardian cari the best deals.
ReplyDeleteaah, pastu duduk pilih brg lama-lama dalam tu sambil belek satu-satu, syiok owh!
Delete