Hai semua! Khas untuk ibu-ibu yang pertama kali mengandung dan nak buat buku pink mesti tak tahu prosedur macamana kan? Jom Cik Timm kongsi bagaimana Cik Timm buat buku pink.
05.01.2021
Kebetulan hari tu Cik Timm ambik MC sebab muntah-muntah. Cik Timm ke Klinik Kesihatan Kulim dulu untuk tanya prosedur buat buku pink. Jadi Cik Timm jumpa dulu nurse dekat dalam Klinik Kesihatan yang bahagian ibu & anak. Dekat situ nurse senaraikan benda-benda yang penting untuk dibawa pada 1st appointment.
1. Copy IC kita dan husband
2. Copy bil elektrik/air (yang penting ada alamat kita tinggal)
3. Sijil nikah
Waktu ni nurse tanya bila last kita period sebab dia nak kira masa untuk kita buat 1st appointment. Senang guna apps sebab kita boleh track balik bila last tarikh kita period. Appointment pertama Cik Timm pada 27 Januari 2021.
Balik dari KK, Cik Timm ke klinik swasta untuk ambil mc. Alang-alang doktor tanya kalau nak buat scan pun boleh. Apa lagi memang buat terus nak tengok confirmation. Disebabkan kandungan masih baru waktu tu, scan nampak kantung jer. Waktu ni memang tak excited sangat, sebab tak nampak apa lagi.
Rasa macam tak percaya ada insan lain dalam perut ni tengah nak membesar menjadi baby. Minggu ni memang Cik Timm suka sangat makan benda masam. Sebab makanan tu ja buat Cik Timm hilang rasa loya nak muntah. Nasi memang Cik Timm tak sentuh, banyak makan macam bihun sup, mee dan roti. Itu je boleh masuk tekak.
Apa saja benda masam sentiasa stand-by dalam bag. Rasa loya je kunyahlah asam atau gula-gula. Bag plastik pun ada, takut termuntah dalam kenderaan. Plus dah memang jadi, nasib baik ada bag plastik dalam bag.
Nanti Cik Timm share lagi pertama kali buat check up untuk buku pink. Tempat dalam klinik pun banyak tempat, kita pun jadi confuse sebab sat kena ambik darah, hantar sampel ke tempat lain, masuk bilik nurse untuk pemeriksaan, lepastu kena jumpa doktor pulak..
Tambah pulak kita pertama kali, peninglah sikit nak cari tempat..
Dulu Cik Timm share tentang braces, kali ni nak share pulak momen-momen kehamilan dalam ni. Setelah kandungan Cik Timm mencecah 5 bulan baru Cik Timm rasa nak share berita gembira ni dengan semua pembaca blog! Dengan kawan-kawan dari media sosial lain pun tak tahu termasuk kawan-kawan sendiri, kecuali kenalan rapat dan keluarga terdekat sahaja.
Jadi siapa yang baca blog Cik Timm sahaja yang tau Cik Timm dah pregnant! Alhamdulillah, rezeki awal sampai Cik Timm pun tak expect sampai tak percaya. Macamana Cik Timm tahu dah pregnant?
Period Cik Timm tak datang selepas 2 minggu dari tarikh yang sepatutnya. Nasib baik Cik Timm memang install apps untuk catat tarikh period dan selalunya tarikh agak tepat. Dah mula rasa pelik, bagitau husband. Dia suruh check je guna pregnancy test.
20 December 2020
Mula google tentang pregnancy test. Tengok jenis dan jenama yang efektif untuk check air kencing. End up terus termenung depan Watsons, macam-macam ada. Beli yang jenama Watsons je sebab murah sikit. At least tak rugi pun sebab nak 1st try jer.
Cik Timm punya selera makin bertambah, makan je non-stop. Semua adik-adik kilang tempat kerja pun mula tanya kenapa sekarang ni nafsu makan agak dahsyat! Ya, Cik Timm punya selera makan tu tuhan sahaja yang tahu.
25 December 2020
Baru Cik Timm check air kencing guna pregnancy test. Diorang cakap kena ambil test dengan air kencing pertama selepas bangun tidur. Selepas check Cik Timm kasi husband yang tengok. Sengehhhh je dia sampai telinga! Dua garis dekat situ! Kami rahsiakan dulu berita ni dari semua orang termasuk keluarga sendiri. Sebab rasa macam terlalu awal. Dan Cik Timm memang tak percaya lagi tau.
Esoknya Cik Timm selamba je hiking di Bukit To'kun sampai ke pencawang nuh. Sebelum ni tak pernah sampai situ pun, selalu sampai pelantar yang ada pemandangan cantik tu jer. Tak tahulah nak membuktikan dekat diri sendiri ni walaupun pregnant masih kuat ataupun dalam hati ni tak percaya lagi dah pregnant. Ya, Cik Timm tak percaya lagi sebenarnya. Sorry baby..
Disebabkan kedegilan diri sendiri, Cik Timm punya badan jadi gatal-gatal. Selalunya hiking tak jadi macam ni pun. Terlalu gatal sampai Cik Timm ke klinik dan kena suntikan. Badan naik bintik-bintik macam demam campak. Doktor cakap mungkin kena gigit serangga atau terpegang pokok yang menyebabkan gatal. Orang lain yang join hiking ok je tak ada masalah gatal pun..
1 Januari 2021
Cik Timm beli lagi satu pregnancy test jenama ClearBlue. Jenama ni memang terkenal dan accurate sebab boleh tengok tarikh pregnant tu. Ya, resultnya Pregnant 3+. ALLAHUUUU, Cik Timm memang betul-betul pregnant. Hanya kami berdua je yang tahu, memang rahsiakan dulu dari famili. Konon nak buat surprise waktu sambutan birthday mama (mak mertua). Tapi disebabkan hari tu Cik Timm morning sickness teruk dekat tempat kerja. Cik Timm minta husband ambik, kebetulan famili mertua pun ada.
Memang kantoi sangat sebab sepanjang perjalanan Cik Timm asyik suruh berhenti tepi jalan sebab loya dan nak muntah. Balik tu kena bagitau jugaklah yang Cik Timm dah pregnant. Dekat famili sendiri pun baru Cik Timm inform. Seronok betoi semua..
Bermulalah new journey untuk Cik Timm sebagai seorang ibu mengandung. Mama memang minta husband order susu kambing untuk Cik Timm minum setiap hari. Ya, alahan dan loya memang tak dapat dipisahkan. Hidung ni sensitif sangat dengan bau peluh orang, bau masak-masak tumis, bau nasi yang baru lepas masak, semuanya buat Cik Timm loya. Muntah tak banyak, tapi loya tu yang buat Cik Timm lembik je terbaring.
Hati ni sentiasa sensitif, banyak kali juga Cik Timm asyik menangis je. Husband cakap kasar sikit dah menangis, silap sikit menangis. Lagipun kami pun baru je kahwin, proses nak kenal tu jauhh lagi. Allahu, betul-betul mencabar tau.
Bermula check-up di Klinik Kesihatan Kulim untuk buat buku pink. Cik Timm struggle untuk naikkan HB sebab low. Cik Timm ada masalah dengan low blood pressure. Memang dari dulu lagi ada masalah ni, tapi disebabkan dah mengandung masalah ni takut effect baby. Menangis jugaklah sebab risau dengan baby. Sampai Cik Timm dah masuk bulan ke-4 baru Cik Timm punya kesihatan dah makin stabil. Alhamdulillah, check-up di KK dari dua minggu sekali dah jadi sebulan sekali je.
Doakan Cik Timm dengan baby sihat ya. Cik Timm juga mendoakan rakan-rakan lain yang masih menunggu cahaya mata semoga di bulan Ramadan ini dimakbulkan doa anda sekalian, aminnnn..