Sunday, December 31, 2017

Pengalaman Setahun 30 Hari dengan Braces

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


16.12.2017. Cik Timm bertukar getah warna hitam pula. Gigi dah mula nak rapat, tapi dok malu-malu kucing lagi. Bahagian bawah memang cepat rapat, bahagian atas memang liat sangat-sangat. Sekarang semua gigi dah banyak gap, jadi semakin banyak sisa makanan suka sangkut. Cik Timm memang limitkan dan mengurangkan makan makanan berdaging. 


Semoga Cik Timm punya masalah gigi akan settle pada tahun depan! Tak zabar nak buka. Rindu nak main-main gigi dengan lidah 👅

Lagipun ramai kawan-kawan Cik Timm yang tak tau & tak perasan pun Cik Timm pakai braces ni. Hehehe, surprise! 

Diam tak diam kita dah sampai penghujung tahun 2017. Tahun depan dah masuk tahun baru 2018! Umur pun dah bertambah 1 angka. Well, age is just a number. Asalkan maintain muda, hihi. Kalau fikir pasal nombor memang akan tension dan stress! Diikutkan lagi beberapa tahun lagi Cik Timm nak melangkah 30 series, homaigoddddddd! Dah la pencapaian diri sendiri dalam masa 5 tahun ni agak teruk dan down sikit sebab Cik Timm bertukar kerja baru yang tak setimpal langsung dengan pengalaman kerja dan gaji. 

InsyaAllah, Cik Timm rasa macam dah cukup rehat kot dari bulan Julai sampai Disember ni. 6 bulan dah cukup masa untuk Cik Timm berbulan madu. Masa untuk mencari kerja yang betul-betul kena dan sesuai dengan pengalaman sekarang.

Chayok!
Read More

Thursday, December 28, 2017

Lost World of Tambun Destinasi Percutian yang Berbaloi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sunway Lost World of Tambun

Sekarang musim cuti sekolah kan? Kalau rasa kering idea, tak tau nak bawa anak-anak bercuti di mana, Cik Timm suggest anda ke Lost World of Tambun di Ipoh, Perak. 
Tiket untuk dewasa adalah RM65. Cik Timm cadangkan anda membeli secara online sebab lebih murah, RM58.50 sahaja. Jadilah pengguna yang bijak. Untuk kanak-kanak. RM58.
Makanan atau minuman luar memang tak dapat dibawa masuk. Semua beg kena geledah tau. Kalau nak bawa juga pepandailah ok! Cik Timm ada air 100+ dengan roti seketul pun dah kena tahan. Perlu bayar RM1 untuk menyimpan makanan. Selain itu, kami sewa loker juga untuk menyimpan barang. Kami ambil loker yang paling besar untuk sumbat 3 beg, RM40. Nak buka loker pun guna barcode di tag yang akan diberi. 

Cik Timm sampai di sana, terus tukar baju di tempat persalinan yang disediakan. Memang open concept sangat-sangat. Tambah-tambah yang bilik paling tepi. Memang terbuka, rasa segan pula nak membuang or salin baju. 

Kami bermandi manda dulu bagi sejuk badan. Dah sejuk baru kami jalan-jalan sekitar kawasan ini. Banyak rupanya benda boleh diteroka. Nasib baik kami sampai awal, itu pun rasa tak puas sebab ada banyak benda menarik tak sempat cuba. 

Sunway Lost World of Tambun
Mereka menyediakan banyak bahagian-bahagian yang boleh kita explore menggunakan kereta api comel yang akan membawa kita sekeliling kawasan ini. Tapi kami berjalan kaki jer, lagi puas. 

Antaranya:

Tiger Valley

Sunway Lost World of Tambun

Nama pun "tiger", ada sepasang harimau dalam ni. Kalau rajin boleh tengok show, tapi kami tak rajin & tak sempat pun nak tengok. Masa dihabiskan dengan berjalan-jalan si sekeliling LWOT nih. Betoi kata pekerja kat sini, kalau sehari memang tak habis berjalan!
Tin Valley

Sunway Lost World of Tambun

Perak kan terkenal dengan sumber bijih timah. Nak belajar cara mendulang bijih timah pun boleh. Mendulang kami dengan 2 mak cik patung di situ. Dekat sini ada patung gajah, bolehlah bergambar untuk kenangan. Dengar kata port wajib untuk ambil gambar kalau ke sini. Tapi disebabkan kami datang waktu panas terik, memang panas gila tangga besi untuk naik tu. Aduhai..
Sunway Lost World of Tambun
Sunway Lost World of Tambun
Kalau lapar, ada Dulang Tea House, tempat makan yang agak cantik dan eksotik sangat. Dalam gua tau!
Adventure Park

Sunway Lost World of Tambun

Dalam ni ada game yang boleh kita try kalau datang berkumpulan. Waktu kami sampai di sini ada orang yang tengah abselling. Kawasan ini ada juga khemah-khemah yang dipasang untuk aktiviti "glamping". Nampak tenang dan cantik je pemandangan dengan adanya Tasik Boga. 
Sunway Lost World of Tambun
Hippo Kingdom

Sunway Lost World of Tambun

Tak ramai ke sini sebab terlalu jauh tersorok ke dalam. Memang best sebab dapat tengok rusa dari dekat. Rusa dekat sini memang dibiarkan bebas berkeliaran. Kami membeli makanan rusa (lobak) berharga RM2 untuk bergambar dengan rusa ni. Nampak makanan, tak malu teruih dengan kami. Dapat pegang rusa untuk pertama kalinya, manja betoi! 

Sunway Lost World of Tambun
Dekat sini ada juga haiwan lain, buaya, flamingo, dubuk dan badak air. Badak air ni kita boleh tengok dari dalam air. Kerja dia tidur je dalam air, keras kejung tak bergerak. Ku sangkakan patung, lama sikit baru dia bergerak. Kita dipisahkan dengan cermin kaca je. Dah la diluar panas, dapat pula kami lepak dalam bilik berhawa dingin ni. Lega sikit, hehehe..

Swan Lake

Sunway Lost World of Tambun

Kami cuma lalu je, ada banyak ekor swan kalau hampa nak kayuh. Amboi, macam romantik jer, kihkihkih.

Petting Zoo

Sunway Lost World of Tambun

Kami dah masuk kawasan yang lagi banyak binatang! Rumah kucing pun ada, tapi dekat rumah pun ada kucing. Kita nak mencari haiwan yang rare sikit. Zirafah, kuda belang dengan burung unta ni duduk sekali. 
Sunway Lost World of Tambun
Dekat sini ada macam pusat kuarantin, untuk haiwan yang sakit kot. Ada juga sampel-sampel binatang yang dah diawet. 

Sunway Lost World of Tambun
Seterusnya dapat tengok binatang yang cute miut macam racoon, burung, hamster, macam-macam lagi ada! Kami masuk sangkar besaq yang menempatkan burung, burung merak, ayam. Semuanya bebas bergerak dalam tu. Risau juga kena tahi free, tapi nak jalan tu memang jenuh cover sebab kami semua berkaki ayam. 

Sunway Lost World of Tambun
Binatang yang eksotik dan ganas pun ada jugak. Ular sawa ada dok berlingkaq atas kepala! Ikan pirahna gemuk-gemuk pun ada dalam akuarium. 

Tarantula Alley



Bukan main ada tarantula gergasi atas kepala. Jaga-jaga! Tarantula kecik-kecik semua ada dalam balang kaca masing-masing. Kalau nak tengok kena picit lampu sebelah balang dia, baru boleh ushar. Mak aih, sebesaq tapak tangan kot. Ni kalau Cik Timm jumpa depan mata, mau lari tak cukup tanah.

Dari tempat ni, kami turun ke kawasan paya yang agak tersorok tapi pemandangan dia memang tenang. Seolah-olah kita duduk dalam gua yang tengahnya ada tasik. Kita jalan lagi sampai hujung kita akan masuk ke tempat Petting Zoo balik. No worries, tak akan sesat! Dekat sini gift shop pun ada kalau nak beli, comei-comei keychain dia!

Kalau dah banyak berjalan, main air mesti lapar gila kan. Disebabkan makanan luar tidak dibenarkan dibawa masuk, di dalam taman tema ada menyediakan gerai makanan. 

Kukuntalu Hawkers

Sunway Lost World of Tambun

Sunway Lost World of Tambun

Sunway Lost World of Tambun

Dekat sini, anda perlu bayar di kaunter yang disediakan. Lepas bayar tunjuk resit di kedai yang kita dah pilih makanan. Cik Timm makan Nasi Ayam Penyet. Harganya Cik Timm dah lupa. Hehe.. Dekat sini ada la dalam 10 gerai, nak nasi ayam ada, western ada. Tapi semua makanan dah dipacked. Memang tak ada pinggan mangkuk. Agaknya untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan kot. 

Ipoh Curry Mee

Sunway Lost World of Tambun

Sunway Lost World of Tambun

Cik Timm memang hantu mee kari. Selalu orang review mee kari sini terbaik. Sekali rasa, Ya Allah, sampai sekarang dok rasa lagi di tekak. Kuah dia pekat mengancam Aumm! Kami siap minta kuah extra, dia bagi jer. Free pulak tu. Kalau nak cari senang je, gerai tepi sekali sebelah kanan. Kalau dari pintu masuk di sebelah kiri. Lagi satu gerai ni bukannya dalam food court yang di atas tu. Gerai ni luar dari medan selera. Pastikan cuba kalau tak memang rugi.

Sunway Lost World of Tambun

Boring berendam kami try juga beberapa game yang ada macam kapal yang hayun ke kiri kanan tu, yang pusing-pusing. Mak aih, kawan Cik Timm sampai pening naik yang pusing-pusing tu. Cik Timm steady jer. Petang-petang sikit ada persembahan ataupun show menari dekat pool yang mandi-manda tu. Layan la sekejap sebelum berspa di kolam air panas. 

Sunway Lost World of Tambun

Sunway Lost World of Tambun

Sangat-sangat best air panas dia. Macam panas, tapi bila dah merendam memang tak nak keluar. Kalau nak rasa paling panas kena naik atas gua air pancut tu. Fuh, memang rasa nak lena sebab sedap je badan. Suhu dalam gua tu lagi panas, amaran duduk dalam tu 5 minit jer. 

Dalam pukul 6pm kami pun beransur balik. Memang puas hati bercuti di sini walaupun untuk sehari. Masa rasa lama sebab sentiasa ada aktiviti untuk dicuba. Jika ada kesempatan Cik Timm nak datang sini lagi tapi nak bermalam pula. Mesti lagi best sebab untuk malam hari ada aktiviti Hot Spring. 

Cuti sekolah pun dah nak habis kan?
Baru Cik Timm nak up entry, sabar jelah..huhu..

Read More

Thursday, December 14, 2017

XIAOMI REDMI NOTE 3 SMARTPHONE BUDGET PILIHAN TERKINI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua! Smartphone atau telefon pintar merupakan salah satu dari keperluan di masa kini, bukan kehendak lagi seperti dulu. Cik Timm nak share satu telefon pintar yang boleh anda pertimbangkan untuk dijadikan pilihan dalam memilih telefon pintar. Cik Timm pun nak mencari telefon pintar baru, mana tau satu hari nanti telefon yang sedia ada ni mula buat perangai sebab dah 1 tahun LEBIH Cik Timm GUNA!
Xiaomi Redmi Note 3
MEMORI PENYIMPANAN YANG BESAR
Xiaomi Redmi Note 3 telah dikeluarkan pada tahun lepas, 2016.  Telefon pintar ini didatangkan dengan dua versi iaitu, 2GB RAM dengan 16GB storage dan 3GB RAM dengan 32GB storage. Paling menarik, telefon ini merupakan Dual SIM iaitu mampu menggunakan 2 sim card sekaligus. Tak perlu susah-susah untuk membeli 2 telefon untuk menggunakan kedua-dua nombor. Paling syok dua-dua nombor boleh digunakan sebagai sim card yang utama untuk mobile data. Telefon Cik Timm yang sekarang tak boleh buat mode macam tu, kena tukar sim card slot. Menarik bukan?
SAIZ YANG BERSESUAIAN
Saiznya juga tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil, kiranya sesuai untuk saiz tangan kita. 150 x 76 x 8.7mm (5.91 x 2.99 x 0.34 inci), comel jer. Bentuknya yang nipis dan melengkung di tepi memudahkan penyimpanan. Maklumlah seluar wanita ni ketat sikit dibahagian pinggul. Kalau handphone besar memang susah nak sumbat di dalam poket. Tangan kita yang kecil ni pun senang nak genggam untuk selfie atau welfie. Tak perlu aksesori macam ring tu untuk dilekatkan di belakang telefon.
KAMERA YANG CANTIK DAN JELAS
Selalunya untuk perempuan dan blogger macam Cik Timm aplikasi paling penting adalah kamera! 16MP untuk kemera depan siap dengan 5-elemen lens, dual-LED (dual tone) flash. Selain itu, aplikasi lain yang ada seperti Panorama, Straigten, Manual mode, Scene, mode Timer dan HDR. Untuk penggemar selfie, telefon ini dilengkapi dengan 5MP untuk kamera belakang dan juga ada 36 smart beauty profiles. Senang boleh upload gambar selfie cantik-cantik dalam media sosial tanpa aplikasi lain, haha!
SISTEM UNLOCK YANG CEPAT & MUDAH
Edisi Redmi Note 3 ini dilengkapi ciri keselamatan baru yang menarik iaitu UNLOCK telefon dengan hanya menggunakan sentuhan. Sistem ini telah dicipta dari Qualcomm Secure Execution Environment. Tak perlu lagi susah-susah buat password guna pattern atau mengingat nombor. Telefon pintar anda lebih selamat! Orang luar nak curi pun pening nak buka phone anda.
SESUAI UNTUK KAKI GAMERS
Telefon pintar ini juga sesuai untuk golongan pria-pria yang kaki games! Ini kerana telefon ini dilengkapi dengan dua teras A72 dan 4 teras A53 untuk memastikan anda boleh melaksanakan pelbagai tugas dalam satu masa. Di samping itu, dengan CPU Snapdragon 650 64-bit dapat menjimatkan hayat bateri walaupun anda sentiasa bermain game! Selain itu, telefon ini dilengkapi dengan grafik prestasi tinggi. Mesti puas hati nak main dengan games yang nampak jelas dan tak hang. Selalu Cik Timm kalau keluar dengan kawan-kawan lelaki, 80% semua main Mobile Legend! Lepas tu asyik curi Powerbank kita tau. Lagi satu, diorang selalu tak dapat nak install game banyak-banyak dalam satu telefon. Rugi kan?
HARGA MAMPU MILIK
Mencari telefon pintar yang berharga bawah dari RM1000? Xiaomi Redmi Note 3 adalah jawapannya! Anda boleh dapat harga Xiaomi di Malaysia dalam range RM749 - RM849. Xiaomi di Malaysia adalah salah satu pengeluar telefon pintar yang mengeluarkan produk  dengan pilihan telefon pintar yang berpatutan.
Masih mencari telefon pintar yang sesuai? Cik Timm dah pun jumpa bermacam-macam portal laman web untuk kita cari. Tak perlu susah-susah keluar ke setiap kedai telefon bimbit di mall. Hanya dengan satu klik anda boleh dapat telefon bimbit terus di depan pintu rumah anda.
Read More

Sunday, December 10, 2017

Chicken Cheesy Bites Pilihan Piza Terbaru Pizza Hut

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Cik Timm dah try menu baru dari Pizza Hut, Chicken Cheesy Bites. Lama gila tak makan di Pizza Hut. Macam berkurun je? Aah, memang dah lama. Tengok iklan kat TV rasa teringin pulak.


Akhirnya dapat jugak di Pizza Hut Sunway Carnival. Penggemar cheese memang akan suka la dengan pizza baru ni. Topping dia pun biasa je, yang membezakan ada crust yang diisi dengan cheese. Ditambah lagi pulak boleh dicicah dengan cheese dip. Aumm, sangat-sangat berkrim.

pizza hut

Bagi Cik Timm, kalau penggemar piza lebih suka piza yang biasa sebab topping lagi banyak dan banyak variasi. Cik Timm pulak layan je macam mana pun. Asalkan dapat piza!

chicken cheesy bites, pizza hut

Kami ambil set untuk 2 orang. Dapat 2 Mushroom Soup, 1 appetizer Chicken Gai-Jor Rolls, 1 Regular Chicken Cheesy Bites, 2 air & 2 ais-krim.

appetizer, pizza hut

Pertama kali try appetizer ni, sebelum ni dulu-dulu tak ada pun menu ni. Sedap juga ala-ala hot dog tapi dalam tu macam ada isi. Sedap dicicah dengan sos yang disediakan. Memang puas makan, konon waktu order macam tak cukup. Nasib baik tak tamak. Hehehe. 

Ada yang dah cuba ke? Any comments?
Read More

Tuesday, December 05, 2017

Pinjamkan Hatiku: Shaheizy Sam Mampu menjadi Kurus Keding!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hai semua!
Cik Timm sempat menonton filem Pinjamkan Hatiku karya Osman Ali. Filem ini dilakonkan oleh Shaheizy Sam dan Ayda Jebat.
pinjamkan hatiku, shaheizy sam, ayda jebat
Sumber: cinema.com
Genre: Drama/ Romantik
Durasi: 2 jam
Pengarah: Osman Ali
Pelakon: Shaheizy Sam, Ayda Jebat, Farid Kamil, Lia Natalia, Normah Damanhuri.

Sinopsis:
Cinta tiga segi antara Laila, Naufal dan Hasnan. Laila yang dilema untuk memilih antara rakan lamanya, Naufal (Mat Kerenggan) atau Hasnan seorang doktor yang merawatnya ketika sakit. 

Cerita dia memang ringan, dan penceritaannya memang kita sangkakan cliche cerita percintaan drama melayu. Tetapi rupanya ada babak twist yang sangat sedih. Cik Timm teriak a.k.a menangis tau tengok filem ni. Lagi satu, OST pulak memang kena dengan jalan cerita. Berambu-rambu air mata ni keluar tau.

Tapi memang jelas dengan perubahan bentuk badan Shaheizy Sam di awal penceritaan dan di akhir cerita. Kiranya memang nampa real, bukan dibuat-buat. Lepas tu, babak-babak dalam filem ni semuanya cantik-cantik! Air terjun dia cantik, tasik cantik, rumah kampung cantik, scene luar negara lagi cantik! Rasa macam bukan dalam Malaysia cerita penggambaran filemnya. Walaupun cerita ni sedih, ada je terselit babak-babak kelakar dari pelakon tambahan yang ada. Tak ada la asyik serius memanjang tengok filem ni. 


Memandangkan di awal cerita lagi dah tunjuk Aurawhite ni sponsor diorang, memang sepanjang cerita hampa akan jumpa produk dia je. Dari minuman shake-shake dia sampailah ke losyen dia. Kahkahkah!
Cik Timm kasi ⭐⭐ dari 5 bintang. 
Read More

Monday, December 04, 2017

Memburu Buku Time Riders Karya Alex Scarrow

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua! 
Anda yang ada hobi membaca mesti ada buku favourite kan? Cik Timm pun ikut mood kalau nak membaca. Tapi sejak dari Cik Timm tukar kerja ini baru betul-betul rajin membaca sebab lebih banyak masa terluang. 

Bahan bacaan yang Cik Timm tengah gila sekarang ini adalah Time Riders dari seorang penulis, Alex Scarrow. Ya, Cik Timm sangat suka dengan cerita sains fiksyen! Biarlah orang nak cakap budak-budak ke apa ke. Sebab memang dah suka dari sekolah lagi. 

Tapi zaman sekolah tak mampu nak membeli. Mampu pinjam dari perpustakaan sekolah je. Tu pun tak banyak pilihan. Sebab tu jadi pengawas perpustakaan sebab boleh jadi orang yang pertama dapat unboxing buku baru. Hehehe..

Sekarang ni tengah memburu siri buku di bawah tu sampai cukup semua siri. 

1. Time Riders
3. The Doomsday Code
4. The Eternal War
6. City of Shadows
9. The Infinity Cage

Jadi, kalau anda-anda semua ke kedai buku mana-mana dan terjumpa buku ni boleh inform Cik Timm tau. Tambah-tambah kalau dijual di kawasan Penang atau Kedah atau sekitarnya! Nanti Cik Timm terjah!

Nak tau serba sedikit sinopsis tentang buku ini?

Time Riders mengisahkan tentang 3 remaja, Liam O'Connor, Maddy Carter dan Sal Vikram yang sepatutnya mati dalam pelbagai kemalangan. Tetapi mereka telah direkrut oleh satu agensi rahsia untuk menyelamatkan dunia dari bencana disebabkan mesin masa. Jadi, setiap satu buku adalah satu perjalanan mesin masa, ada yang kembali ke zaman dinasour, ada yang ke zaman pengembaraan kapal lanun. Memang best!

Kenapa novel inggeris?

Cik Timm rasa bahasa dalam novel ni tak terlalu kompleks dan senang difahami. Tipu kalau Cik Timm faham semua perkataan. Tapi kamus kan ada, lebih senang install aplikasi translation Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu dalam handphone. Lagi senang, betul tak?

Lagi satu, boleh perbaiki bahasa apabila kita membaca dalam bahasa inggeris. Almaklumlah, kalau kita jarang guna, makin lama makin lupa dan berkarat otak ni.

p.s. Done updating my blog! 
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com