Sunday, December 31, 2017

Pengalaman Setahun 30 Hari dengan Braces

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


16.12.2017. Cik Timm bertukar getah warna hitam pula. Gigi dah mula nak rapat, tapi dok malu-malu kucing lagi. Bahagian bawah memang cepat rapat, bahagian atas memang liat sangat-sangat. Sekarang semua gigi dah banyak gap, jadi semakin banyak sisa makanan suka sangkut. Cik Timm memang limitkan dan mengurangkan makan makanan berdaging. 


Semoga Cik Timm punya masalah gigi akan settle pada tahun depan! Tak zabar nak buka. Rindu nak main-main gigi dengan lidah 👅

Lagipun ramai kawan-kawan Cik Timm yang tak tau & tak perasan pun Cik Timm pakai braces ni. Hehehe, surprise! 

Diam tak diam kita dah sampai penghujung tahun 2017. Tahun depan dah masuk tahun baru 2018! Umur pun dah bertambah 1 angka. Well, age is just a number. Asalkan maintain muda, hihi. Kalau fikir pasal nombor memang akan tension dan stress! Diikutkan lagi beberapa tahun lagi Cik Timm nak melangkah 30 series, homaigoddddddd! Dah la pencapaian diri sendiri dalam masa 5 tahun ni agak teruk dan down sikit sebab Cik Timm bertukar kerja baru yang tak setimpal langsung dengan pengalaman kerja dan gaji. 

InsyaAllah, Cik Timm rasa macam dah cukup rehat kot dari bulan Julai sampai Disember ni. 6 bulan dah cukup masa untuk Cik Timm berbulan madu. Masa untuk mencari kerja yang betul-betul kena dan sesuai dengan pengalaman sekarang.

Chayok!

6 comments:

  1. mkin cantikla cik tim nnt..:)

    ReplyDelete
  2. happy one year !! and happy new year.. sikit lagi Timm sikit lagi !!

    ReplyDelete
  3. sakit tak pakai braces ni , teringin nak pakai tapi umur pun dah makin meningkat

    ReplyDelete
  4. Zumal ada masalah lain kat gigi yang tak boleh diselesaikan dengan braces, kadang rasa malu kalau orang nampak gigi zumal...

    ReplyDelete
  5. Sabar Cik Timm, tak lama je lagi tu. Lepas ni boleh senyum meriah :)

    ReplyDelete
  6. pakai getah dark blue akan jadi pudar tak?

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com