Sunday, October 15, 2017

Tombiruo: Penunggu Rimba dapat tengok abang sado!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Cik Timm dah menonton filem Tombiruo, Penunggu Rimba karya novel Ramlee Awang Murshid



Memang dah lama tunggu sampai Cik Timm sanggup beli novel tersebut sebelum menonton. Lagipun abang sado Zul Ariffin berlakon pulak. Lagi tergedik-gedik nak tengok walaupun tau dalam jalan ceritanya memang tak akan tunjuk muka beliau. Kiranya dalam cerita ni, Zul Ariffin hanya tayang body sahaja, bukan muka, hahaha!

Sinopsis dari buku novel:
Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama
kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemuadian dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri. 

Buat pengetahuan semua, filem ini jalan ceritanya lain dari novel yang dibaca, sebab masa Cik Timm menonton thriller memang garu kepala sebab ada scene yang tiada dalam novel. 

Sinopsis dari filem:
Tombiruo yang merupakan lagenda dan mitos ini adalah seorang pemuda yang jiwanya memberontak, lelaki yang tiada berwajah manusia dan seorang yang dibebani kesaktian yang tidak dapat dikawalnya sehingga dia sentiasa memakai topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya. Apabila bapanya terbunuh dalam satu insiden ketika sebuah projek empangan bakal dibangunkan, Tombiruo bersumpah mahu membalas dendam terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap kematian bapanya. 

Genre: Aksi/Drama
Durasi: 1 jam 55 minit
Pengarah: Astro Shaw
Pelakon: Zul Ariffin. Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Dynas Mokhtar, M. Nasir, Faye Khusyairi, Marlia Musa, Farah Ahmad, Atu Zero.

Rujukan: IMDb

Bagi Cik Timm, cerita dia memang agak best dengan aksi-aksi lawan dia. Boleh tahan, tapi kita expect cerita novel sama dengan filem sebab memang lain. Watak dalam novel yang utama memang ada dalam filem cuma jalan ceritanya diubah dan banyak cerita tentang Tombiruo punya kuasa mistik sebagai penjaga hutan. Agak menarik ada cerita melayu yang ala-ala ada kuasa magik ni. Cik Timm kasi 3/5 bintang 👍

Sumber

Dipetik dari MyMetro Online, penulis Ramlee Awang Murshid menyatakan jalan cerita ini tidak sama dengan novel kerana agak mustahil untuk dimuatkan keseluruhan novel di dalam satu filem. 

Sumber

Jadi kalau anda semua nak menonton di pawagam pun dialu-alukan. Cuma mungkin akan buat pembaca novel yang expect penceritaan sama dengan novel agak kecewa. Tapi untuk filem ini penceritaan watak Tombiruo memang menarik!

5 sebab kenapa perlu menonton:

1. Ada abang sado Zul Ariffin, wau! Dapat tengok bodynya yang sasa dan merecik itu..

2.  Tombiruo ada kuasa superhero ala-ala marvel tau!

3. Aksi lawan dia memang best, dan ada slow motion pergerakan yang jarang ada dalam filem melayu.

4. Dengan adanya Atu Zero, cerita yang agak serius ni ada juga babak lawak walaupun tak banyak.

5. Last cerita, jangan keluar wayang lagi tau! Ada surprise!!

Dah tengok ke belum tu? Kongsikan sikit pandangan anda mengenai filem ini 👇
Read More

Saturday, October 07, 2017

Pengalaman 11 Bulan dengan Braces

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua, letih nak kira ikut hari, kita ikut bulan pulak ye. Masuk bulan dah depan setahun dah Cik Timm bergigi besi. 

Selepas lebih kurang 4 bulan tak berjumpa doktor gigi untuk review kerana doktor cuti bersalin, hari ni dapat jumpa. Getah power chain sampai tukar warna oren sebab lama sangat. Cik Timm sepatutnya berjumpa minggu depan, tapi ditukar tarikh kerana Cik Timm dah bekerja office hour. Cuti hanya Sabtu & Ahad sahaja. Nasib baik Klinik ini dibuka hari Sabtu.


Awal pagi Cik Timm dah menunggu kerana dah agak akan ramai pada hari minggu. Memang ramai sangat beratur walaupun jam baru menunjukkan pukul 8.30am. Klinik dibuka 9am. Cik Timm orang pertama tadi tau. Lega dalam 15 minit dah settle. Penat menunggu je, lagipun ramai pelanggan melayu ke klinik ni. Agaknya kerana doktor perempuan, ramai yang selesa. 


Lega selepas tukar, rasa gigi bersih je. Bahagian atas gigi Cik Timm ditukar dengan besi baru dan ditukar getah baru. Cik Timm cari warna hijau, tak ada pulak. Bulan ini Cik Timm masih setia dengan warna hot pink! Gigi arnab pula dibuka bracket dan dipasang balik sebab tak lurus. 

Lebih suka pakai getah yang ni sebab senang dibersihkan berbanding power chain. Bahagian belakang gigi, getah tak dipasang pun, senang nak berus gigi selepas ni!

Moga-moga cepatlah gigi ni beri kerjasama. Dah tak sabar nak buang aih. Nak senyum dengan lebih confident selepas ni. Sekarang ni senyum cover sebab ada gap besar di gigi. Sedih...

Nak tau cerita lain tentang cerita braces, boleh cari dalam entry-entry lain dalam ni tau.

Happy Weekend Guys!
Read More

Wednesday, October 04, 2017

Mencuba Ais Kacang Viral di Bukit Bendera

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua!
Cik Timm berpeluang untuk mencuba ais kacang yang viral di atas puncak Bukit Bendera.
Banyak pilihan kedai ais kacang disana, yang Cik Timm nampak hanya ada dua kedai melayu yang dipercayai. 

Kami mencuba di Kak Nor Cafe, gerai paling hujung sekali di sebelah kiri, B2-20.

Facebook: Kak Nor Cafe


Depan gerai ada semua contoh-contoh ais kacang yang anda boleh pilih. Semuanya beserta dengan harga, senang dan mudah untuk membuat pilihan!

Kami memilih Chocolate Banana Ice yang berharga RM9.00 jer. 


Memang kuantiti sederhana dan boleh kongsi untuk dua orang. Baru sweet kan? Eh!
Ais kacang dia memang sedap, aisnya manis tak plain langsung. Macam ais yang disediakan tu dah dibekukan dengan coklat. Ais kacang yang ni ditopping dengan aiskrim coklat, kacang, biskut dan pisang. Sedap!


Senang cari gerai Kak Nor ni sebab hujung sekali. Kalau turun dari tangga dari tingkat atas memang akan nampak di depan mata. 


Apa yang menarik di Astaka Bukit Bendera atau Cliff cafe beroperasi dengan menempatkan gerai makanan di tingkat atas dan gerai minuman di bawah. Tingkat bawah inilah yang menempatkan gerai-gerai yang menjual ais kacang. Anda boleh pilih gerai mana yang anda suka. 

Satu lagi tips, tawaf dulu puncak Bukit Bendera dari Point A ke D dengan berjalan kaki, baru pekena ais kacang dia. Memang best!

Selamat Mencuba kalau datang ke puncak Bukit Bendera!
Read More

Monday, October 02, 2017

Lirik Lagu Sumpah Cintaku OST Titian Cinta dari Asfan Shah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Amboi Cik Timm, kaki drama TV3 waktu maghrib yang ditayangkan masa tak sesuai tu. YES I AM! Hahaha! Asal Cik Timm tak kacau orang sudah. Cik Timm layan pun sebab abang sado Zul Ariffin berlakon, tak sangka gabungan heroin bersama Farah Nabilah sangat-sangat serasi! Terbuai melayan drama Titian Cinta.

Tajuk: Sumpah Cintaku
Penyanyi & Komposer: Asfan Shah
Lirik: Asfan Shah & Fedtri Yahya

Di saat saling mengenali
Ku tahu cintamu memanggil
Dalam perasaaan yang tak kau dengari

Lambaianmu di dalam mimpi
Bayangan senyum bidadari
Indah segenap rasa tak terbagi

Belahlah jasadku
Tirai kenanganku
Pasti akan kau jumpa
Api cinta menyala

Hingga akhir nafas ini
Sayang sampai akhir pasti
Cintaku tersimpul mati
Di syurga tetap kau ku nanti
Sumpah cintaku hanya padamu

Di saat saling mengenali
Ku tahu cintamu memanggil
Dalam perasaan yang tak kau dengari

Belahlah jasadku
Tirai kenanganku
Pasti akan kau jumpa
Api cinta menyala

Hingga akhir nafas ini
Sayang sampai akhir pasti
Cintaku tak bisa berganti
Sumpahku hanya kau disisi
Genggam tanganmu yang suci

Sampai rambutku memutih
Cintaku tersimpul mati
Di syurga tetap kau ku nanti
Sumpah cintaku hanya padamu

Hingga akhir nafas ini
Sayang sampai akhir pasti
Cinta tak bisa berganti
Sumpahku hanya kau disisi
Genggam tanganmu yang suci

Sampai rambutku memutih
Cintaku tersimpul mati
Di syurga tetap kau ku nanti
Sumpah cintaku hanya padamu

Sumpah cintaku hanya padamu


 
Enjoy guys!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com