Wednesday, October 04, 2017

Mencuba Ais Kacang Viral di Bukit Bendera

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua!
Cik Timm berpeluang untuk mencuba ais kacang yang viral di atas puncak Bukit Bendera.
Banyak pilihan kedai ais kacang disana, yang Cik Timm nampak hanya ada dua kedai melayu yang dipercayai. 

Kami mencuba di Kak Nor Cafe, gerai paling hujung sekali di sebelah kiri, B2-20.

Facebook: Kak Nor Cafe


Depan gerai ada semua contoh-contoh ais kacang yang anda boleh pilih. Semuanya beserta dengan harga, senang dan mudah untuk membuat pilihan!

Kami memilih Chocolate Banana Ice yang berharga RM9.00 jer. 


Memang kuantiti sederhana dan boleh kongsi untuk dua orang. Baru sweet kan? Eh!
Ais kacang dia memang sedap, aisnya manis tak plain langsung. Macam ais yang disediakan tu dah dibekukan dengan coklat. Ais kacang yang ni ditopping dengan aiskrim coklat, kacang, biskut dan pisang. Sedap!


Senang cari gerai Kak Nor ni sebab hujung sekali. Kalau turun dari tangga dari tingkat atas memang akan nampak di depan mata. 


Apa yang menarik di Astaka Bukit Bendera atau Cliff cafe beroperasi dengan menempatkan gerai makanan di tingkat atas dan gerai minuman di bawah. Tingkat bawah inilah yang menempatkan gerai-gerai yang menjual ais kacang. Anda boleh pilih gerai mana yang anda suka. 

Satu lagi tips, tawaf dulu puncak Bukit Bendera dari Point A ke D dengan berjalan kaki, baru pekena ais kacang dia. Memang best!

Selamat Mencuba kalau datang ke puncak Bukit Bendera!

11 comments:

  1. eh..kdai cik nor tu..haha..sdpnya cik tim..:)

    ReplyDelete
  2. sLm kak halooo. Minta maaf sbb mgkn ini tiba2 dan kkak pun dah lama tgglkan unimas. Sy sbnrnya nak tanya jubah konvo tu, dia ada size ka? Dan kalau ada, dia ikut siapa cepat? Sbb sy ni kecik, confirm kena berebut size kecik punya. Lpas tu, x apa ka sy x dtg raptai? Sbb sy mlm flight sehari sblum sesi sy sbb ada hal family. Sy hrp kkak dpt jwb soalan sy ni. Trima kasih byk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm dik..
      saiz sapa cepat dia dapat..
      cik timm ritu pun dpt besaq, terpaksa pakai juga..better g awai beratur k..

      Delete
  3. Sedaap kan. Nani pun haritu naik Bukit Bendera merasa jugak.

    ReplyDelete
  4. salam singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/masuk-sem-2.html

    ReplyDelete
  5. aida x gi masa naik b.bendera.
    tak masok food court pun.
    rugi nyer!
    berjalan sakan, pastu nak hujan.
    kelam-kabut la tarik anak2 cecepat nak turun bukit. hujan lebat pastu.

    ReplyDelete
  6. hari tu rasa sikit ja sebab tengah demam.. nak kena pi mengulang lah jawab dia

    ReplyDelete
  7. banyak kali dah try..mmg recomended..

    ReplyDelete
  8. hehehe pi naik atas tu banyak kali tapi tak pernah try. ended up beli air minerel hahaha.. okla okla next time try. eh Timm jom jalan jalan =D

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com