Saturday, December 29, 2018

Review: Sunblock BIORE UV Perfect Protect Milk SPF50+ PA+

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua, lama tak buat honest review kan? Untuk kali ini Cik Timm nak share satu dari sunblock yang ok dan suitable dengan kulit. Cik Timm mula pakai dari bulan November lepas. Disebabkan seorang penunggang motosikal tegar, hari-hari naik motor untuk kerja atau keluar ke mana-mana. Jadi kulit senang terdedah dengan matahari. 


Apa yang Cik Timm suka dengan produk ni?


- Senang meresap dengan kulit
- Tak rasa berminyak kalau pakai



Botol packaging pun comel, boleh masukkan dalam bag. Senang dibawa ke mana-mana dengan sunblock yang berjumlah 25mL ini. Hujung tiub jenis muncung senang mengeluarkan cecair dan tak messy. 

Cara pemakaian;

Dari pembacaan blog ImanAbdulRahim, sunblock harus dipakai sebanyak 2 jari tangan. Sebelum ni pakai ciput je konon nak jimat. Sedangkan sunblock tu susah nak habis. Tak payah nak kedekut nanti awak calit-calit tu tak berkesan dan sia-sia je awak. Cik Timm pakai di muka dan guna tangan. 




Tekstur dia agak cair dari Banana Boat punya jenama. Cik Timm guna Banana Boat kalau buat aktiviti ekstreme macam bersukan atau bercuti di pantai. Tekstur dia lebih pekat dan ada efek putih kalau pakai. Memang sedikit berbeza dari Biore ni. Much greasy & berminyak sikit.

Harga;

Tak ingat pulak beli berapa yang pastinya under RM20 jer. Oklah sebab pakai 2 bulan masih banyak lagi.

Bahan-bahan terkandung;

Water, Cyclopentasiloxance, Zinc Oxide, Alcohol, Ethylhexyl methoxycinnamate, Lauryl Methacrylate/Sodium Methacrylate Crosspolymer, Dimethicone, Isopropyl Palmitate, Talc, Glycerin, PEG-32, Methicone, PEG-12 Dimethicone, Polysilicone-9, PEG-3 Dimethicone, Fragrance, BHT, Tocopherol, Oryza sativa Germ Oil, Phenoxyethanol, o-Cymen-5-ol

Mungkin bagi kulit yang sensitif dengan alkahol tak sesuai dengan produk ni. Lain orang, lain kulit mukanya. So, kena rajin untuk mencuba. Kulit Cik Timm jenis normal dan sesuai dengan semua produk. Kadang-kadang je break-out sebab period atau tidur tak cuci muka! 




Sunblock ni pun dah nak habis dah jangka hayat dia bulan Februari tahun depan. Nampaknya kena habiskan juga. Sayang sebab jenama ni mahallll...


Korang pulak pakai jenama apa untuk sunblock atau tak pakai langsung? Sunblock ni sangat penting tambahan untuk kita yang tinggal di negara yang menerima cahaya matahari direct. Boleh kena kanser kulit dan juga jeragat di masa tua nanti. Jeragat susah nak hilang tau!

p.s. this is not a sponsored post tau ❤
Read More

Sunday, December 09, 2018

Notis Penutupan Sementara Jambatan Sungai Kulim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!



Hmm, buat masa sebulan ni kena jalan jauh sikitlah kalau nak keluar ke mana-mana. Mana tidaknya jambatan berdekatan dengan kampung Cik Timm ditutup sementara kerana pembaikan jambatan. 

Jambatan ditutup bermula;

6 Disember 2018, Khamis (6pm) - 4 Januari 2019, Jumaat (6pm)

Baru tau sini Jambatan Sungai Kulim, asyik sebut Jambatan Sungai Ulaq je. Jambatan kecik comel ni boleh dikatakan main road untuk semua kenderaan untuk ke Taman Kenari, Taman Tiong, dan juga Pekan Kulim. So, bilah dah jadi macam ni memang memberi kesan terutama sekali kepada penduduk sekitarnya. Ada yang kenal tempat ni dengan tempat jual lemang Sungai Ulaq.



Cik Timmlah salah seorang yang terasa tempiasnya sebab kampung betul-betul sebelah jambatan tu je. Nasib baik sekarang ni musim cuti sekolah. Kalau tak memang lagi sesak jalan. Sebagai pengguna yang selalui melalui kawasan jambatan itu memang rasa macam bonggol jalan atau retak di jambatan tu. Baguslah kalau JKR mula mengambil tindakan sewajarnya sebelum kemalangan jiwa yang mungkin akan berlaku jika terus dibiarkan. Sebagai pengguna, bersabarlah dan rancang perjalanan anda dengan bijak. Hurm, kena keluar kerja awal!

Bertabahlah kena guna jalan yang sedikit jauh dari kebiasaaannya. Nak keluar rumah, nak ke pasar pun jadi malas sebab jauh. Hehe..

Read More

Wednesday, December 05, 2018

Mai-mai Orang Kulim ke Pesta Keramaian Kulim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 
Hai semua! Kepada orang-orang Kulim atau yang berdekatan boleh jalan-jalan di Pesta Keramaian Kulim yang berlangsung dari,

23 November - 9 Disember 2018
10AM - 12PM
Lokasi: Dataran Kulim (depan Happy Home supermarket)

Macam-macam ada, persembahan artis, pertandingan hafazan, jualan pakaian, alat-alat elektronik, kasut dan pastinya MAKANAN pun ada!


Tengok jadual tu pun memang macam-macam aktiviti. Sesuai kalau parents nak bawak anak-anak sempena cuti sekolah ni. Tak payah bawak jejauh kat Pesta Pulau Pinang tu. Kira alternatif lainlah ye.

Cik Timm pun berkesempatan ke sana minggu lepas waktu balik kerja awal. Sempat juga ushar-ushar apa yang ada di sana. Ala-ala pesta Thailand pun ada. Gerai makanan di tengah-tengah, keliling ada jualan barang-barang. 


RM10 je okeh! 



Seronok sebab banyak baju murah-murah. Tercabar iman dan mental, bahaya nafsu membeli membuak-buak nih. Kalau orang yang pandai mix & match cari baju lawa-lawa kalau pakai nampak macam mahal je. Paling menarik sweater tebal-tebal terpakai dari negara luar. Cantik dan harga dia RM10 jer! Semua lawa dan baru lagi. Kalau nak ke luar negara tak payah dah nak cari di kedai yang branded sebab tentunya mahal baju-baju tebal ni. Kasut FILA yang menjadi trend anak-anak muda sekarang pun ada jual. Haha! Lawa kasutnya, gred AA kot? Satu RM70, ambil dua RM130.



Dia bunyi oik-oik eh??


Untuk kanak-kanak seronok sebab ada tempat haiwan yang boleh pegang-pegang dalam sangkar tu. Arnab ada, ayam ada, punya seronok tengok budak-budak dalam tu. Mak budak pun boleh join aih. Cik Timm pun dok syiok layan guinea pig yang dalam Wonderpet tu. Comel betul! Ada juga jualan ikan laga, macam-macam warna ada. Udang lipan, udang biasa dan ketam pun ada. Hidup lagi, fresh dari pembekal. 

Anak-anak pokok durian.

Pokok bonsai yang dijual, baru tahu yang pokok ni dibentuk dengan cara dawai dibalut di batang dia. 


Untuk bapa-bapa yang suka berkebun, ada banyak jenis-jenis pokok yang dijual. Pokok yang dah tumbuh, biji benih, baja pun ada. Geram tengok pokok cabai aka cili yang penjual ni tanam. Gemuk dan montel! 

Apa lagi yang menarik eh?

Ha! Proton pun ada buat booth jugak. Kalau ada sesiapa yang nak membeli kereta proton bolehlah singgah di booth paling belakang sekali, siap ada pameran kereta juga. 

Cik Timm beli apa?


Beli biskut ni untuk bawak bekal makan di Pantai Kerachut, hehe.


Cik Timm beli jajan je, geram tengok biskut-biskut tin yang dijual dalam plastik kilo. Beli biskut bawang dengan biskut coklat bentuk bear yang ada huruf tu. Saja nak mengimbau memori zaman sekolah rendah dulu. Beli sepaket 30SEN. 

Sebelum balik tu ada persembahan di pentas, ada artis Def Gab C, tapi disebabkan esok kerja pagi. Tak boleh nak stay lama. Nak balik lena jer. So, apa tunggu lagi warga Kulim. Meh turun untuk memeriahkan suasana sebab ada cabutan bertuah juga tau. Hadiah gempak kot! Untuk info lanjut boleh tengok Facebook Go Garage Entertainment
Read More

Tuesday, December 04, 2018

Hiking di Taman Negara Pulau Pinang, Pantai Kerachut

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hai semua! Kali ni Cik Timm nak share satu lagi aktiviti yang boleh anda lakukan di musim cuti sekolah ini. Bulan Mei yang lepas Cik Timm ada hiking juga di Taman Negara Pulau Pinang, tapi destinasi agak ekstreme di Teluk Kampi. Kali ini bulan Disember, Cik Timm ke Pantai Kerachut pulak. 

Niat di hati nak ke rumah api, atau Muka Head Light House. Tapi tak kesampaian sebab laluan ke Monkey Beach ditutup! Alternatif lain adalah dengan menaiki bot sama ada dari USM atau Monkey Beach. Bila dengar je harganya untuk kami berdua RM70, rasa macam tak berbaloi langsung. Tukar planning ke Pantai Kerachut je. 

Mendaftar di Pusat Pelawat 



Selepas daftarkan nama di Pusat Pelawat, renjer akan tanya destinasi kita ke mana. Sedihnya bila dapat tahu laluan hiking ke Muka Head Light House ditutup. Dekat sini kita akan diberikan peta laluan ataupun sebenarnya permit untuk memasuki Taman Negara ini. Free je masuk sini tau. 



Laluan yang biasa akan dilalui adalah lalaun berbatu di tepi pantai. Cik Timm memulakan perjalanan dalam pukul 8.20am. Matahari pun baru nak bersinar manja, memang cantik sangat kalau bergambar. Lepas tu akan melalui Jambatan Pasir Pandak. Dekat sini akan ada dua laluan, ke kanan untuk ke Monkey Beach, Muka Head Light House. Laluan ke kiri untuk ke Pantai Kerachut, atau ke Teluk Kampi. Kami ke kiri untuk menjelajah Pantai Kerachut. Hiking pertama kali yang lepas tak sempat nak explore apa yang ada di Pantai Kerachut. 

Hiking selama 1jam 20minit ke Pantai Kerachut



Laluan memng dimulai dengan memanjat ke atas. Penat jugak sementara nak sampai di laluan yang landai. Sempat juga nak bernafas, kalau ikut memang boleh sampai ikut masa yang ditetapkan sebab kami tak stop sangat untuk berehat. Stop untuk bergambar je banyak. Hehe, sebab tak jumpa pengunjung lain pun. Agaknya sebab hari weekdays memang tak ramai orang. 


Sambil hiking boleh dengar bunyi unggas-unggas dan sungai. Tenang je fikiran walaupun peluh mercik macam air terjun. Biasalah, dah lama tak buat aktiviti macam ni. Berbulan-bulan tinggal, so badan jadi lemau je.



Sampai di pondok paling besar, laluan Bukit Kayu Hitam kami stop sekejap untuk breakfast. Baru jumpa dua orang pelancong asing dua orang perempuan. Duduk rilex sekejap, phone pun tak ada line dah. Lagi rasa seronok sebab semua mesej kerja ditinggalkan untuk seketika. Yahoo!!




Dua Laluan untuk ke Pantai Kerachut




Baru Cik Timm tau laluan ke Pantai Kerachut ada dua. Laluan ke kanan anda akan lalui Tasik Meromiktik. Laluan ke kiri anda akan lalui jalan untuk ke Teluk Kampi. Kali ini kami ke kanan sebab sebelah kiri dah pernah lalu dah. Laluan dia curam je bawah sahaja. Lepas tu akan pusing keliling Tasik Meromiktik. Waktu kami ke sana, air surut jadi tasik memang kering kontang tak ada air. Nampak je dari jauh ada jambatan menghala ke laut, dari letih terus dapat kekuatan untuk berlari ke sana. Bayangkan excited sampai boleh lari ke situ. Mak aih..

Jambatan Pantai Kerachut



Sila ambil gambar banyak-banyak di sini. Kami beruntung sebab tak ada orang langsung. Kami dua je, memang bergambar sakan. 


Apa yang menarik tentang Tasik Meromiktik ini?



"Tasik ini hanya wujud satu-satunya di Malaysia, malah hanya ada 12 tempat sahaja di seluruh dunia! Meromiktik bermaksud dua lapisan air iaitu air laut & air sungai yang tidak bercampur antara satu sama lain. 

Tasik ini berkeluasan 2.77km persegi dan kedalaman maksimum mencecah 9kaki. Jika air tasik ini penuh, ia mampu membekalkan air untuk 2, 500 buah rumah selama setahun! 

Pepatah mengatakan, sekali air bah sekali pantai berubah merupakan perumpaan yang sesuai dengan tasik ini."

Disebabkan tasik mengering, dapatlah kami jalan-jalan dibawah tu. Ada ikan belacak, ketam, anak-anak ikan. Bahaya juga jalan bawah tu sebab tanah tasik tu macam tanah pasir jerlus. Bau tanah pun masam-masam macam paya bakau. 



Lama ambil angin di tepi pantai, awan hitam mula berarak. Baru nampak ada pengunjung lain yang ke sini. Pukul 11am hujan! Kami berehat dulu bawah pondok berdekatan dengan jeti sementara menunggu hujan berhenti. Dalam pembacaan ada kawasan santuari penyu dekat sini. Tapi kami tak nampak pulak. Hujan berhenti, kami ke jeti untuk bergambar. Jumpa pak cik bot, dialah yang bagi info tempat penyu tu hujung lagi ke sinun. 


Pusat Konservasi & Penerangan Penyu atau Turtle Conservation Information Centre




Memang ada penyu dekat sini, dalam 3 jenis je ada dekat sini. Semua dah besar, baby penyu tak ada pulak. Dalam telur lagi kot. Hehe, rindu pulak zaman study dulu ada juga pengalaman tengok penyu bertelur dan telur tu kami ambil untuk disimpan di tempat yang disediakan untuk mengeraman. Semuanya merupakan proses untuk memastikan spesies penyu sentiasa terpelihara dari kepupusan. 




Selain itu, di sini juga pernah ada ikan lumba-lumba yang mati terdampar. Tulangnya diawet dan ada disimpan di sini. 

Balik Menaiki Bot



Untuk balik kami menaiki bot je dengan cas RM20 satu kepala. Itu pun kami tumpang-tumpang je. Teringin pulak nak naik bot. Pak cik tu bawa kami pusing-pusing tengok lokasi Monkey Beach, Muka Head Light House dan juga beberapa batu di tepi laut yang menyerupai haiwan. Ada yang berbentuk arnab, penyu dan paling real! Kepala buaya! 




Kami naik bot dalam pukul 12.30pm lebih, sampai jeti pun sekejap je dalam 15 minit. Alhamdulillah perjalanan kami pergi dan balik selamat. Adakah kami akan ke sini lagi? Yes, absolutely! Misi seterusnya untuk menaiki Muka Head Light House. Tapi kena sabar menunggu sementara kerja baik pulih selesai. Tak tahu pulak bila akan siap..

Read More

Friday, November 23, 2018

Cantiknya Batu Kawan Central Park yang Viral ni!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Hai semua!
Hari ni RD (Rest Day), baru ada kesempatan untuk buka blog. Kali ni nak share satu cerita basi iaitu Batu Kawan Central Park yang terletak di Bandar Cassia, Baru Kawan Pulau Pinang. Lokasi dia bersebelahan dengan IKEA yang akan dibuka pada bulan Mac tahun hadapan. 




Dahsyat kan, utara pun dah ada IKEA tau. Tak payah bersusah payah ke KL dah. Batu Kawan Central Park dibangunkan oleh Aspen Vision City berkolaborasi bersama IKEA Asia Tenggara untuk membuka taman fasa pertama Central Island Park berkeluasan 10.12ha.  




Dengan terbinanya projek seperti ini bertepatan dengan visi 2030 kerajaan Pulau Pinang yang ingin menjadikan negeri yang eco-friendly atau negeri hijau. 




Nak cari lokasi agak senang, cuma cari Design Village Mall, pi terus lagi sampai ke hujung highway, sambil lalu tu dah boleh nampak air pancut dari taman tu di sebelah kanan. Jalan sampai hujung, boleh U-turn. Ramai jugak yang call Cik Timm sebab tak jumpa jalan masuk ke sini. Maaflah ada yang tak angkat call sebab iols kerja tak pegang phone sangat. Busy oii kerja F&B nih. Bersyukurlah dengan kerja anda sekarang sebab ada 100 orang lagi yang teringin kerja anda yang sekarang, eh..




Cik Timm ke sini minggu lepas hari Selasa petang. Tak ramai sangat dengan pengunjung sebab hari biasa. Kalau weekend tak taulah suasana macamana kan. Tambah pulak bila dah kena viral, bertambah pengunjung ke sini. 




Taman ini dikelilingi dengan bangunan-bangunan yang masih dalam proses pembinaan. Bangunan yang dibangunkan pun nampak cantik. Nanti kalau dah siap confirm bertambah ramai pengunjung ke sini. IKEA pun masih dalam pembinaan juga, IKEA kalau dah siap memng tak nak pergi awal-awal. Confirm orang beratur panjang, menakutkan..


Apa yang manarik di Batu Kawan Central Park ni?



Taman dia memang cantik dengan rumput dia yang menghijau. Kalau duduk sambil bergambar pun cantik. Ada juga tasik buatan yang menempatkan dua air pancut yang agak tinggi. Sejuk je tempat ni sebab kena sprinkle-sprinkle air pancut tu macam air-cond je. Sebelah tasik ada pulak tunnel yang dipenuhi dengan bunga-bunga mengikut musim. 




Dari tunnel mula masuk ada musim bunga dengan bunga-bunga berjuntai yang berwarna pink! Lepas tu musim panas dengan bunga matahari. Ada gap sikit untuk ke platform tepi tasik. Sambung lagi ke tunnel yang menggambarkan suasana musim luruh dan tunnel terakhir seputih salju macam musim sejuk. 




Kalau nak tengok video boleh klik di instagram Cik Timm. Situ ada video tunnel yang cantik gila ni. Pak guard pun ada tau yang menjaga bunga-bunga ni. Kalau hampa dok gatai tangan tarik-tarik bunga tu dia bunyikan wisel tau. 




Untuk panduan kawan-kawan blog dari utara yang nak berkunjung ke sini, Cik Timm ada sediakan maps untuk anda ya!




Cik Timm ke sini time sunset jer. Lepas tu hujan rintik-rintik pulak. Kami ke Design Village lepak sana sementara tunggu hujan berhenti. Nak dijadikan cerita ada budak perempuan jatuh pengsan depan parking Design Village Mall tu. Jadi Wonder Woman sekejap tolong budak tu sampai ambulans datang. Settle dah bantu semua baru Cik Timm meronda Design Village Mall. Memang tak ada orang malam-malam time weekdays. Seronok tengok barang. Haha! 

Musim kahwin dah dekat ni, nanti mesti ada pasangan pengantin yang berphotoshoot dekat sini. Tahniah untuk kawan-kawan yang dah menimang cahaya mata dan bakal mendirikan rumah tangga hujung tahun ni. Congratulations semua, maaf Cik Timm tak dapat hadir tau. 
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com