Friday, November 23, 2018

Cantiknya Batu Kawan Central Park yang Viral ni!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Hai semua!
Hari ni RD (Rest Day), baru ada kesempatan untuk buka blog. Kali ni nak share satu cerita basi iaitu Batu Kawan Central Park yang terletak di Bandar Cassia, Baru Kawan Pulau Pinang. Lokasi dia bersebelahan dengan IKEA yang akan dibuka pada bulan Mac tahun hadapan. 




Dahsyat kan, utara pun dah ada IKEA tau. Tak payah bersusah payah ke KL dah. Batu Kawan Central Park dibangunkan oleh Aspen Vision City berkolaborasi bersama IKEA Asia Tenggara untuk membuka taman fasa pertama Central Island Park berkeluasan 10.12ha.  




Dengan terbinanya projek seperti ini bertepatan dengan visi 2030 kerajaan Pulau Pinang yang ingin menjadikan negeri yang eco-friendly atau negeri hijau. 




Nak cari lokasi agak senang, cuma cari Design Village Mall, pi terus lagi sampai ke hujung highway, sambil lalu tu dah boleh nampak air pancut dari taman tu di sebelah kanan. Jalan sampai hujung, boleh U-turn. Ramai jugak yang call Cik Timm sebab tak jumpa jalan masuk ke sini. Maaflah ada yang tak angkat call sebab iols kerja tak pegang phone sangat. Busy oii kerja F&B nih. Bersyukurlah dengan kerja anda sekarang sebab ada 100 orang lagi yang teringin kerja anda yang sekarang, eh..




Cik Timm ke sini minggu lepas hari Selasa petang. Tak ramai sangat dengan pengunjung sebab hari biasa. Kalau weekend tak taulah suasana macamana kan. Tambah pulak bila dah kena viral, bertambah pengunjung ke sini. 




Taman ini dikelilingi dengan bangunan-bangunan yang masih dalam proses pembinaan. Bangunan yang dibangunkan pun nampak cantik. Nanti kalau dah siap confirm bertambah ramai pengunjung ke sini. IKEA pun masih dalam pembinaan juga, IKEA kalau dah siap memng tak nak pergi awal-awal. Confirm orang beratur panjang, menakutkan..


Apa yang manarik di Batu Kawan Central Park ni?



Taman dia memang cantik dengan rumput dia yang menghijau. Kalau duduk sambil bergambar pun cantik. Ada juga tasik buatan yang menempatkan dua air pancut yang agak tinggi. Sejuk je tempat ni sebab kena sprinkle-sprinkle air pancut tu macam air-cond je. Sebelah tasik ada pulak tunnel yang dipenuhi dengan bunga-bunga mengikut musim. 




Dari tunnel mula masuk ada musim bunga dengan bunga-bunga berjuntai yang berwarna pink! Lepas tu musim panas dengan bunga matahari. Ada gap sikit untuk ke platform tepi tasik. Sambung lagi ke tunnel yang menggambarkan suasana musim luruh dan tunnel terakhir seputih salju macam musim sejuk. 




Kalau nak tengok video boleh klik di instagram Cik Timm. Situ ada video tunnel yang cantik gila ni. Pak guard pun ada tau yang menjaga bunga-bunga ni. Kalau hampa dok gatai tangan tarik-tarik bunga tu dia bunyikan wisel tau. 




Untuk panduan kawan-kawan blog dari utara yang nak berkunjung ke sini, Cik Timm ada sediakan maps untuk anda ya!




Cik Timm ke sini time sunset jer. Lepas tu hujan rintik-rintik pulak. Kami ke Design Village lepak sana sementara tunggu hujan berhenti. Nak dijadikan cerita ada budak perempuan jatuh pengsan depan parking Design Village Mall tu. Jadi Wonder Woman sekejap tolong budak tu sampai ambulans datang. Settle dah bantu semua baru Cik Timm meronda Design Village Mall. Memang tak ada orang malam-malam time weekdays. Seronok tengok barang. Haha! 

Musim kahwin dah dekat ni, nanti mesti ada pasangan pengantin yang berphotoshoot dekat sini. Tahniah untuk kawan-kawan yang dah menimang cahaya mata dan bakal mendirikan rumah tangga hujung tahun ni. Congratulations semua, maaf Cik Timm tak dapat hadir tau. 

12 comments:

  1. alaaa hari tu ada g penang kalau tau boleh sggh sini

    ReplyDelete
  2. wah cantikkk... boleh la jalan2 sana nanti...

    ReplyDelete
  3. Wah, nanti boleh la jalan-jalan di Batu Kawan

    ReplyDelete
  4. Tq tim.. . Skrg kt perak. .otw balik kedah ingat nk singgaj. .. Esok dh weekend. . Mesti ramai ni.

    ReplyDelete
  5. nak tanye, bunga kat tunnel tu real ke fake? sbb bunga yg real patut tak boleh tumbuh kat cuaca panas kita ni??

    ReplyDelete
  6. patutnya wife ajak pui, tapi x sampai2 lagi, tambah plak skrg dah x larat jalan jauh..

    ReplyDelete
  7. bestnya! ish geram la tengok gambar cantik cantik T.T nakpi jugak laaa

    ReplyDelete
  8. tak pernah pergi lagi yang ni. design village tu selalu pergi dah. hehehe...

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com