Final year project dah hantar. Semua dah selesai, misi untuk pindah barang ke rumah sewa baru. Selesaikan packing & bawak turun semua barang. Banyak jugak barang aku ni. Aduhai..
Location rumah sewa aku yang baru adalah di rumah flat sebelah Everise. TINGKAT 4! Peh, memang pecah peluh mengangkat barang dari kereta ke tingkat paling atas sekali tu! Kalau macam ni kalah PT perang. Gagahkan jugak tulang 4 kerat ni.
Selesai, meneman Bihah & Kak Maz menghantar hamster diorang ke pusat jagaan. Semester depan lepas cuti bawu depa ambik balik.
Sebelum balik kampung mesti shopping kek lapis + ikan terubuk. Ini adalah satu kemestian untuk bebudak yang study di UNIMAS ni. Malas nak pi jauh-jauh dengan badan penat mengangkut barang, shopping dekat saja pun di Desa Ilmu.
![]() |
Pilih-pilih, fresh saja. Dekat belakang pekerja dia tengah buat kek. Memang bau harum semerbak! |
![]() |
Tunggu sat eh, banyak shopping ni.. |
![]() |
Sila-sila! |
Habis melayang RM153, bukan duit aku pun. Kak aku awai-awai lagi dah bank-in duit. Katanya nak bagi kek lapis kat bakal mertuanya. Boleh-boleh, no hal. Tak dak masalah asalkan kirim fulus.
Dekat Asma Cake House ni harga standard la. RM10-15 satu kek. Macam-macam perisa ada. Ikan terubuk pun ada jual. Seplastik ada 3 ekoq. 1 plastik RM12. Aku beli barang-barang ni agak awai jugak. Hopefully tak rosak sebelum hari Isnin..
Ini la padahnya gatai jugak nak balik dengan Malaysia Airlines. Dah la kena transit di KLIA 8 JAM! So, kena pastikan laptop, phone, broadband 100% charged.
Bye Borneo!
Welcome Malaysia! *budget duduk luaq negara..