Wednesday, March 11, 2015

Resipi: Aiskrim McFlurry!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
 Dah lama terperap dalam kepala nak publish resipi ni. Sedangkan ramai yang dah minta nak resipinya. Terima kasih kepada kak Azhafizah sebab share resipi yang super-simple & super-delicious. Mak makan sampai bawak mangkuk aiskrim gedabak tu depan tvlah!

Bahan-bahan:
1 cawan susu segar
1 bungkus biskut Oreo
Beberapa sudu susu pekat manis *depend tahap manis yang anda mahu
1 sd besar ovallete
1 sd kecil esen vanila

Cara-caranya:
1. Asingkan biskut Oreo dengan intinya. Pecah-pecahkan sikit biskut Oreo.
2. Dengan menggunakan mixer, putar susu segar+ovallete+susu pekat manis+esen vanila sampai gebu-gebas.

3. Dah naik gebu bolehlah masukkan pulak biskut Oreo tadi. Lastly masukkan jugak intinya. Jangan masukkan semua pulak. 

4. Dah agak sebati, boleh masukkan dalam mangkuk. Bolehlah masukkan baki biskut Oreo dengan initinya sebagai hiasan topping kat atas. Aku masukkan jugak kacang dengan coklat, barulah umphh..

5. Simpan dalam peti sejuk dan tunggu sehingga keras. Memang sedap macam Mcflurry McD!

Selamat Mencuba!
Read More

Thursday, March 05, 2015

Apabila terlalu busy..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Tersangatlah lama aku meninggalkan blog kesayangan ini. Bukan sengaja, tapi kekangan masa dan badan yang penat membuatkan aku tak mampu nak buka blog. Minta maaf semua..
 
Tersangatlah lama tak menulis sampai jari rasa kekok, meh kita update sekaligus apa aktiviti aku selama menghilang ni..
 Aku berjaya menghasilkan aiskrim homemade berkat dari tunjuk ajar blog akak Azhafizah. Mak punya suka dengan aiskrim ni. Lagipun time aku buat ni, semua bahan-bahan asas macam susu dengan biskut Oreo ada offer. Dapatlah beli dan DIY sendiri. 
Seterusnya adalah percubaan kali kedua untuk membuat swiss roll. Kali ini aku cuba nak buat yang bercorak dan berintikan Nutella. Itu pun sebab Nutella offer. Kalau tak, memang dapat tengok je Nutella dari jauh dekat rak di pasaraya, mahallah. Tapi berbaloi sebab sedap!
 Pastu aku ke Kompleks Mahkamah Kulim untuk selesaikan kes kecurian motosikal Kak Ina aku bulan lepas. Pertama kali aku jejakkan kaki dalam mahkamah dan aku dapat tengok sendiri bagaimana perbicaraan dibuat, kes-kes jenayah yang ada di Kulim, hukuman yang dikenakan untuk setiap kesalahan, cuma untuk kes kakak aku, aku tak tahu apa yang jadi kepada bebudak pencuri tu sebab depa bawah umur. Perbicaraan dibuat tertutup sebab kes juvana, semua orang termasuk parents tak boleh ada dalam tu..
Karnival Raja Sehari! Memang seronok dan berbaloi kalau pengunjung memang ada hasrat untuk berkahwin. Macam-macam promosi ada, butik-butik pengantin masing-masing bukak booth untuk tarik perhatian pengunjung. Ada fashion show, demonstrasi make-up, jualan barang kemas, photographer, candy booth, segala-galanya tentang perkahwinan ada sini. Rugi sesiapa yang duduk dekat tak pi..

Amini si baby koala dah mula membesar. Rasanya baru berusia 2 bulan lebih dah. Mengada tak habis-habis. Lawak pun ada dengan budak kecik ni. Aku pulak memang tak reti dengan budak kecik yang lembik macam Amni ni. Seriau nak pegang, akhirnya terpaksa jaga jugak sebab akak drive, akulah kena dodoi baby koala ni sampai tertidur. Punya lama dia tidur macam baby koala dengan berpaut kat badan aku. Aduyai Amni..

Itu sahajalah update aku setakat sebulan aku meninggalkan blog dan senyap tanpa berita. Diharap rakan-rakan blogger masih lagi sedar aku masih hidup yer..hehe..

Take care semua!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com