Monday, September 26, 2016

Abang Bomba, I Love You!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Image result for abang bomba i love you

Wee~ Cik Timm  layan cerita drama Abang Bomba pulak. Walaupun rumah tak ada astro, nasib baik ada Movieinfobsyok

So, kepada peminat-peminat cerita drama atau filem melayu nak tengok cerita berulang-ulang boleh pi situ. 

p/s: tak boleh bayang kalau novel dekat bawah ni jadi drama T____T

Read More

Thursday, September 22, 2016

Penang Food Mega Festival

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

penang food mega festival

Excited tengok kawan-kawan share di media sosial, buat Cik Timm dengan Abang Cik gagahkan diri ke Penang Food Mega Festival di Tapak Pesta Seberang Jaya. Festival ni dah start dari 14 - 18 September 2016. Walaupun pagi tu kehujanan, abang cakap boleh je, sebab hujan dah tak lebat. Biasalah, kami punya kenderaan ni motosikal semata-mata. Mana ada kereta yang berbumbung. 

Awai pukul 11am kami dah sampai, disebabkan hujan pagi tu, banyak kedai makan yang tak siap set-up dan buka. So, kami jalan-jalan dulu. Nasib baik festival tu ada sekali Agro Festival dari Jabatan Pertanian ada, Jabatan Veterinar ada, Jabatan Perikanan ada. Dapatlah pusing-pusing buang masa sambil selfie sementara nak menjamu selera. 

Seronok tengok booth Jabatan Pertanian, cantik!
Pertandingan hasil pertanian yang subur pun ada juga. Macam-macam, dari buah sampai ke sayur-sayuran semua ada..


Gerai-gerai menjual benih pokok buah, bunga orkid cecantik, baja, semua ada dijual. Kalau peminat pokok-pokok bunga rasanya akan memborong segala anak pokok dekat sini!


Puas pusing, kami ke Jabatan Veterinar, teringat pulak Cik En. Hahaha! Sini lagi syiok, ada kucing, ayam import, paling menarik jumpa encik 'janggut sejemput' yang manja macam kucing. Encik-encik kambing ni semuanya masuk pertandingan kambing jantan paling sado00..

Manja sangat encik kambing ni, macam kucing.
Dah puas meronda, perut pun bagi tanda minta diisi.


Kami try makanan yang rare dan lain je,

1. Mangga Susu - sangat sedap, lagipun awal pagi, kedai ni je yang dah buka. Memang peh sebab mangga tu dia blend sekali, dah siap tabur pulak, memang yummeh!


2. Kerabu maggi - 1st time makan, ala-ala somtam cuma menggunakan maggi thai, tekstur kecik sikit dari maggi biasa.

3. Laksa sarang - pernah famous kan laksa ni, tapi baru berkesempatan cuba!

4. BBQ Fajitas with Nachos - saja gedik-gedik nak rasa, nachos dia memang gedabak besaw

5. Air Jagung Mercik - Ya Allah, memang tak terkata aiq dia memang manis sungguh. Lemak berkrim, sekarang ni asik mencari je air tu tiap kali gi pasar malam.

6. Pau Cendawan Putrajaya - Viral sangat bulan puasa lepas kan sampai orang sanggup beratur. Hari tu beli tak beratur pun, haha!

Wee~ best sebab konsep dia ala-ala hipster. Tapi, kami dua je yang sanggup makan tengah-tengah panas rembang ni hah. Sabau jelah, haha! 

Nutella wrap yang famous amous & dragons breath tak sempat nak rasa da haih sebab beratur panjang berjela. Lagipun, Cik Timm kerja pukul 6pm. Nak balik tukar baju lagi. Sempat beli apam balik dengan pau cendawan bawak balik untuk mak rasa. 

Hopefully #foodmegafestival akan datang lagi ke Pulau Pinang, plesssss!!!
Read More

Tuesday, September 13, 2016

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan-rakan blogger. Maaf sebab lama menyepi, komitmen kerja buat Cik Timm terlalu busy. 



Tarikh hari raya haji pun CT tak ingat langsung. Tau-tau rupanya dalam jadual CT cuti di hari raya. Alhamdulillah, kekadang perancangan Allah memang terbaik.



CT busy pun sebab staff ramai dah resign sebab nak sambung study. Terkontang kanting nak jaga restoran, cari staff baru, pening sangat. Lepas tu, direct 3 hari CT kena kerja 9am-11pm bermula Jumaat lepas. Mata memang rabak, badan letih Allah saja yang tau. 



Malam raya CT sampai rumah 11pm lebih, sempat tolong mak balut ketupat. Kesian mak raya tahun ni, CT tak sempat nak buat apa pun. Nasib baik rendang Abang Cik dah settle masak. Untung ada abang pandai masak, adik dia je FAILED!



Inilah cerita hari raya Qurban Cik Timm tahun 2016. Tahun-tahun yang mendatang tak tahulah macamana kan. Masih solo jugak ke, dah ada orang kat sebelah ke, mana tau kan, hehehe..


Baju pun recycle, jubah bridesmaid kenduri kawan dari Norhir Collecton. Kalau berkenan jubah kosong yang selesa, tak melekap di badan, dan kain boleh terbang ala-ala cinderella boleh tengok situ ye.


Cerita raya anda??
Jom kongsi :)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com