Friday, January 27, 2017

Pengalaman 60 Hari dengan Braces

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



11.01.2017: 2nd appointment dengan klinik gigi. Doktor cuma tukar getah je. Kali ni Cik Timm pilih warna pink. Tapi dalam gambar macam ungu pulak. Hehehe..

Kalau nak tau getah ni boleh bertukar warna kalau kita tak jaga makan. Hehehe. Dua bulan pemakaian gigi bawah di tengah-tengah mula align. Tapi, tak dapat nak bersusun elok selagi Cik Timm tak cabut gigi sebelah kiri. Kiranya gigi Cik Timm masih berlapis-lapis. 

Doktor Juliana suruh settle cabut gigi next week. Tapi Doktor tak ada sebab pi bercuti, jadi akan ada doktor ganti.....


24.11.2017: Cik Timm offday, memang bersiap awal untuk ke klinik gigi. Sekali encik Njoi nak datang rumah pasang pagi tu. Terlambat Cik Timm pi klinik, memang berjanggut tunggu sementara nak sampai giliran. 


Cik Timm tengok hari tu semua patient datang untuk rawatan cabut gigi. Nasib baik la ruang menunggu ada tv, bolehlah layan dulu sambil layan kecut perut nak cabut gigi. 

Doktor ganti lelaki, alahai, makin takut Cik Timm dibuatnya. Sakit betul ubat bius yang dicucuk di lelangit sampai pembantu tu pegang bahu Cik Timm. Berair mata Cik Timm, malu pulak. Dalam 5 minit baru doktor pulas-pulas gigi ni hah. Gigi bawah senang tercabut, gigi atas mak aih, degil nauzubillah sampai terbang gigi Cik Timm dibuatnya 😖


Kali ni darah memang banyak keluar, otw balik rumah naik motor memang darah tak menyempat-nyempat. Orang ushar pelik je budak sorang ni. Balik rumah Njoi sudah pun settle dipasang. Sakit + nyilu punya pasal dengan gigi, Cik Timm tidur je depan ruang tamu tu sementara tunggu Njoi loading dalam 2 jam, baru dapat siarannya. 

Petang sikit minta tolong Abang Cik belikan aiskrim untuk surutkan bengkak. Baru boleh makan benda-benda lain. Sakit gigi ni bukannya apa, serang kepala sekali tau macam migraine jadinya. Huhu..

Berminat dengan braces jugak? Tapi tak tahu nak sediakan kos? Boleh ke entry kos pemasangan braces yang perlu anda tahu. Ini je yang Cik Timm dapat bantu. Kalau rajin boleh selak-selak entry Cik Timm yang terbaru. Banyak cerita pasal memula Cik Timm pakai benda alah ni sebab ramai tanya benda yang sama. Hahaha!
Read More

Wednesday, January 25, 2017

Kos Pemasangan Braces yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Kos pemasangan braces ni berlainan setiap klinik tau. Cik Timm punya klinik ada sediakan 3 pakej, boleh tengok entry ni Cik Timm & Braces

Cik Timm ambil pakej no 2 iaitu 'Self-Ligating'.

Self-ligating: RM5000


Deposit: RM1000 (16.11.2016)


1st Appointment: RM200 (16.12.2016)

Cabut gigi kanan atas & bawah: RM120 (21.12.2016)
*ramai cakap murah kos cabut gigi di klinik ni

2nd Appointment: RM200 (11.01.2017)

Cabut gigi kiri atas & bawah: RM120 (24.01.2017)

3rd Appointment: RM200 (16.02.2017)

4rd Appointment: RM200+RM100 (13.03.2017)
Seratus tu untuk bayar 2 bracket yang tercabut, satu bracket = RM50

5th Appointment: RM200 (13.04.2017)

6th Appointment: RM200 (11.05.2017)

7th Appointment: RM200 (11.06.2017)
*dah mula tukar power chain, appointment bulan Oktober pula sebab Doc cuti bersalin.

8th Appointment: RM200 (07.10.2017)

9th Appointment: RM200 (04.11.2017)

10th Appointment: RM200 (16.12.2017)

11th Appointment: RM200 (20.01.2018)


12th Appointment: RM200 (24.02.2018)

13th Appointment: RM200 (28.04.2018)

14th Appointment: RM200 (23.06.2018)

15th Appointment: RM200 (11.08.2018)

16th Appointment: RM100 (27.08.2018)

17th Appointment: RM100 (25.09.2018)

Cik Timm akan update setiap kali Cik Timm gi check-up yer 👆

Setahu Cik Timm, kos cabut gigi tak termasuk dalam pakej. Kiranya untuk buat braces anda kena standby sediakan duit extra. Untuk kes sorang kawan Cik Timm, disebabkan ada masalah gigi yang kritikal, berhabis braces dalam 10k 😰
Read More

Wednesday, January 18, 2017

Resipi: Nasi Kuning / Nasi Ayam Simple

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni Cik Timm nak share satu resipi nasi yang marvelous, nak makan saja pun sedap! Tambahlah kalau ada side dish yang best-best, memang makan tak pandang kiri kanan. Resipi ini olahan dari Abang Cik *nak harapkan adik dia sorang ni memang kelaut jadinya..

Bahan-bahan:

3 cawan beras
1 kiub Ayam Knorr
3 ulas bawang putih (cincang)
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar serbuk kunyit
3 helai daun pandan
Sedikit lemak ayam
Sedikit garam
Cara-caranya:
1. Tumis lemak ayam dengan api perlahan sampai bertukar jadi minyak.


2. Masukkan bawang putih + bunga cengkih + buah pelaga dan goreng sampai naik bau.


3. Masukkan beras yang dah dicuci dan toskan terlebih dahulu. Kacau rata dan masukkan serbuk kunyit. 


4. Dah sebati semua pindahkan beras dalam rice cooker dan masukkan sukatan air macam nasi biasa. Tambahkan garam + kiub ayam + daun pandan. Kacau bagi rata.
Satu rumah bau wangi kalau masak nasi ni, Selamat Mencuba!
Read More

Wednesday, January 11, 2017

Wordless Wednesday @24

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Happy Birthday Tok Ti!! 

Cepat pi bukak HotFM, Dato' CT adoo~
Read More

Tuesday, January 10, 2017

Biodata Mohd Faiz Subri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Tahniah diucapkan kepada beliau kerana telah mengharumkan negara Malaysia dengan menerima Puskas Awards di  FIFA Football Awards. Jom kita kenali siapa pemain ini,
Sumber: Twitter @faizsubri131
Nama: Mohd Faiz Subri
Tarikh Lahir: 8 November 1987
Umur: 30 tahun
Tinggi: 167cm
Berat: 62kg
Asal: Ayer Hitam, Kedah
Pemain: Midfielder Penang FA, Malaysia Super League 
Adik-beradik: Anak ke-3 dari 5 orang adik beradik
Pendidikan: 
-Sekolah Kebangsaan Tengku Laksamana
-Sekolah Menengan Kebangsaan Permatang Bonglai
-Sekolah Menengah Teknik Arau
Media sosial;
Twitter: @faizsubri131
Beliau telah menewaskan saingan finalist dari pemain Venezuela, Daniuska Rodriguez dan Brazil, Johnath Marlone. 


Diharapkan dengan kejayaan beliau menjadi sumber inspirasi untuk anak-anak muda di Malaysia! Viral untuk sesuatu yang positif dan membanggakan, bukan viral kerana publisiti murahan, eh~ hehehe.
Tahniah sekali lagi! Tak sia-sia Cik Timm pun vote untuk beliau.
Read More

Sunday, January 08, 2017

Bagaimana Cara Ibu Bapa Menyemak Keputusan Peperiksaan Menggunakan SAPS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
SAPS? Gapo dio tu? Ok, SAPS adalah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. 
Sekarang semua dihujung jari kan, ibu bapa pun senang nak pantau keputusan peperiksaan dengan hujung jari. Kan senang, zaman Cik Timm dulu-dulu, gagah bawak balik buku kaler biru (report card) dekat arwah ayah untuk tandatangan. Dapat keputusan matematik teruk, confirm kena marah dengan arwah. HAHA! Agak-agak macam takut nak bagi parents baca, pulun tipu sign, ngeh-ngeh-ngeh. Tapi Cik Timm tak pernah buat tau! 😀
Seiring dengan zaman teknologi sekarang, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat satu sistem online untuk menyenangkan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan. Sistem ini adalah Sistem SAPS Ibu Bapa khas untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak dari Darjah 1 sehingga Tingkatan 5. 
Sebelum adanya sistem semak keputusan peperiksaan SAPS ibu bapa ini, ibu bapa perlu menghadiri sesi tandatangan report card untuk memeriksa keputusan anak-anak selepas  musim peperiksaan. Dengan ibu bapa yang sibuk dengan kerja masing-masing, hal ini memakan masa dan tenaga.
Sistem SAPS juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), NKRA pulak National Key Result Area. Dengan adanya sistem ini, pihak-pihak berwajib khususnya kerajaan dapat menyimpan data dan menyenangkan proses untuk meningkatkan taraf pendidikan di negara kita!
Untuk check secara online, boleh klik di sini --> SAPS Ibu Bapa
Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak-anak anda menerusi laman web tersebut supaya tidak terjadi masalah website down ataupun Laman tidak dapat diakses. Cuma klik laman di atas dan ikut arahan yang seterusnya. 
Kalau nak guna dari website lain pun boleh, tapi lebih sukar kerana server lain yag menamung pengguna yang lain dalam satu masa. Diharap dengan website diatas lebih memudahkan anda semua untuk menyemak keputusan peperiksaan ank-anak anda. 
Selain itu, Saps Semakan Ibu Bapa boleh juga diakses melalui online. Antara maklumat yang anda dapat check adalah keputusan-keputusan setiap peperiksaan dari murid Darjah 1 sehingga murid Tingkatan 5. Paling menarik, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ini. 
Dengan wujudnya sistem ini, anda sebagai ibu bapa mampu untuk menjadi lebih prihatin dengan tahap pendidikan anak-anak anda. Sekurang-kurangnya anda boleh menjadikan teknologi yang sedia ada dengan sebaiknya. Diharap dengan adanya sistem ini, tiada lagi masalah murid yang tercicir dalam pelajaran atau sorok keputusan peperiksaan. 
Semoga artikel ini akan membantu orang ramai tahu mengenai SAPS Ibu Bapa online ini. 
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com