Sunday, July 02, 2017

Pengalaman 210 Hari dengan Braces

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

15.06.2017- Appointment ke-7, kiranya Cik Timm dah berbraces selama 7 bulan. Disebabkan terbangun lambat, maka menunggu giliran sampai ketiduran di sofa. 

Kali ini doktor tak tukar ligature biasa, tapi kepada 'power chain'. Perbezaan yang biasa dengan yang ini adalah getah dia tu bersambung antara satu sama lain. Bagi pesakit yang mencabut gigi untuk rawatan braces, power chain digunakan untuk mendekatkan gap gigi. Ya, gap gigi Cik Timm tersangatlah jarak, dia gerak sipi2 je macam siput sedut. 

Lagipun gap masa untuk next appointment bulan Oktober. Lambat lagi tu nak jumpa doktor sebab beliau akan cuti bersalin. Warna untuk power chain yang ada stok hot pink ni hah. Hentam je doktor, saya tak kisah. Dah pakai menonjol la pulak warna pink ni di pagi raya. Hehehe..

Sakit tak? Fuh, memang azab seminggu sebab power chain lagi ketat. Nak teriak makan nasi sebab lapaq tapi tak boleh makan. Tapi, disebabkan dah terlalu biasa dengan sakit ni, dalam 4 hari je azab. Lepas tu, makan macam biasa balik. Segala kacang, tempeyek, Cik Timm sapu tanpa ada rasa bersalah. Tapi, nak berus gigi memang kena bersabar banyak. Lagi senang sisa makanan tersangkut! 

Berdasarkan apa yang Cik Timm baca, power chain ni bagus sebab gigi lebih cepat bergerak. Walaupun kita tak nampak tapi memang dia bergerak agak cepat. Cik Timm punya gigi bawah macam dah nampak rapat, gigi atas je ketegaq! 

Tak zabarnya nak cabut benda ni dari gigi. Gigiku semua, sila beri kerjasama ya. Tuan anda ni tak zabar dah mau cabut pagar-pagar ni hah. 

Alhamdulillah, Cik Timm tengok dah ada 2 orang rakan Cik Timm yang pernah pm berkenaan braces dah selamat pakai pun. Buknnya apa, pakai untuk kesihatan, bukan kerana trend dan suka-suka. Benda mahal, bukannya murah.

Tapi, dah jadi trend sekarang pemakaian fake braces. Cik Timm selalu mengikuti Twitter seorang doktor gigi, @ib_shah . Dia memang perangi habis-habisan fake braces ni;  

Meh kita follow reramai doktor gigi hensem ni, heheh..

1 comment:

  1. Gigi Yana pon x santek terasa nak pakai tapi bila fikirkan yg Yana takut angat ngan doktor gigi Yana tak beranilah nak try hehehe

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com