Saturday, July 22, 2017

Sealife Inn Pakej Penginapan Lengkap di Pulau Perhentian

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

sealife inn, pulau perhentian, terengganu, kampung pasir hantu
Bagi yang mencari penginapan yang sesuai untuk bercuti di Pulau Perhentian, boleh menginap di Sealife Inn. Cik Timm ambil pakej RM340 PER PAX. Kalau ramai-ramai boleh duduk dalam bilik macam dorm. Kami stay bilik untuk 2PAX, bilik pun biasa tak ada peti ais dan tv, tapi ada air-cond.
pulau perhentian, terengganu, sealife inn
Pakej kami termasuk makanan, breakfast, lunch & dinner. Termasuk juga dengan snorkeling di hari kedua tu. Dan juga tambang bot pergi dan balik. Kiranya kalau hampa betul-betul jimat. Duit yang keluar cuma RM340+RM20 (kincir angin)+RM5 (taman laut fee). 
sealife inn, pulau perhentian, terengganu
Bilik kami best sebab buka tingkap je nampak laut. Cuma selimut yang provided nipis je, air-cond punya sejuk. Hehe. Kemudahan lain yang ada macam tempat seterika, toilet disetiap level, tingkat bawah sekali pula ada kedai serbaneka yang ada kemudahan topup air masak. Tak payah nak beli air mineral banyak-banyak kan. Tuala dan sejadah ada cuma sabun dan shampoo beli sendiri tau.
kampung nelayan, pulau perhentian, terengganu
Seterusnya, lokasi Sealife Inn terletak di Kampung Nelayan atau lebih tepat di Kampung Pasir Hantu, Pulau Perhentian Kecil. Kawasan sini paling strategik sebab semua kemudahan ada, kedai makan murah, balai polis, sekolah rendah, kedai runcit, masjid pun ada! Lagipun sini kawasan kampung, siap ada signboard dilarang memakai pakaian seksi! 
sealife inn, pulau perhentian kecil, pulau perhentian
Memang Cik Timm recommend korang stay sini kalau bercuti di Pulau Perhentian. Aktiviti snorkeling pula memang akan stop lunch di sini. Kami senanglah, naik makan, lepas tu balik bilik untuk solat dan rehat sementara nak sambung snorkeling. 
Untuk keterangan lanjut:
WhatsApp: +6014 212 8764
IG: sealifeinn
Website: www.perhentiansealifeinn.com

DAY 2: Pengalaman Berenang Bersama Penyu & Jerung
DAY 3: Melawat Masjid Putih di Pulau Perhentian

11 comments:

  1. Rm340 semalam ke? Bagus Ada pakej no semua dah ditanggung

    ReplyDelete
  2. wow bestnya tak sabar nak gie bercuti juga

    ReplyDelete
  3. antara tempat yang akak dan family nak pergi bercuti ni...cuma masanya belum tahu lagi..hehe

    ReplyDelete
  4. toilet setiap level maksudnya toilet bukan setiap bilik ka tim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Toilet utk kat lua kak, toilet dlm bilik mmg dh sedia, hihi

      Delete
  5. wahhhh best ni... tp bla sy nk terjah pulau perhentian ni? ;-)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com