Monday, July 03, 2017

3 Tahun dalam F&B, Apa yang Cik Timm Dapat?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Banyak sebenarnya Cik Timm nak berkongsi di sini. Tapi semuanya stuck disaat Cik Timm pegang lappy. Bulan ini Cik Timm banyak masa dengan blog. Nak update semua benda memandangkan sebelum ni sentuh laptop pun tak sempat. Busy memanjang..
Emm, hujung bulan Jun lepas merupakan hari terakhir Cik Timm bekerja dengan Nandos. Terima kasih sebab banyak ajar Cik Timm banyak benda. Semua benda baru disebabkan Cik Timm bukannya student perhotelan pun.
Ramai pulak cari Cik Timm di Aeon Alma sebab sebelum ni Cik Timm bertugas di sana. Cik Timm telah ditukarkan ke outlet lain di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya bulan April lepas. Waktu kena transfer ni pun macam tergesa-gesa. Seminggu je masa diberi untuk transfer ke sana. Cik Timm nak bagitau budak-budak staff ni pun tak sampai hati. Tapi, sempat juga depa ni buat surprise!


Sentiasa rindu budak-budak Alma ni, semuanya baik-baik hasil anak didik Cik Timm. Acewah!
Lepas tu, dalam masa 2 bulan Cik Timm di Sunway Carnival, Cik Timm resign pulak bulan Jun lepas atas sebab-sebab tersendiri. Sepatutnya 29 Jun Cik Timm dah officially resign. Tapi disebabkan kekurangan manager, ada meeting lagi, Cik Timm korbankan sehari lagi untuk bantu apa yang patut. 



Malamnya sempat lagi Cik Timm dapat kek & hadiah. Sedih jugaklah sebenarnya.Cukup 2 tahun Cik Timm berkhidmat dalam company ni. Tapi dah 3 tahun dalam bidang F&B. Tak sangka sangat oii, terjerumus dalam bidang mencabar macam ni. 
Apa yang Cik Timm dapat kerja dalam bidang ni?
- communication skills
- berani untuk berdepan dengan orang ramai
- belajar untuk menguruskan restoran dengan orang, tempat & barang
Banyak lagi benda yang baru bila masuk dalam bidang ni sebab kita kena jadi multi-purpose person!

I'allah Cik Timm nak cuba cari rezeki dalam bidang lain pula. Doakan ya!

4 comments:

  1. moga apa yang cik timm hajati tu tercapai..amin

    ReplyDelete
  2. gudluck tim..ada juga pengalam dlm F&B..keep as memory

    ReplyDelete
  3. Semoga TImm cepat dapat kerja seperti yang Timm idamkan .. Buata masa nie rehat puas2 duku .. =)

    ReplyDelete
  4. insyallah rezeki lebih baik menanti.. mari sama2 kita berdoa =D

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com