Thursday, July 20, 2017

Puasnya Bercuti di Pulau Perhentian!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

pulau perhentian, turtle, terengganu

Hai semua!
Cik Timm baru saja balik dari bercuti. Bercuti di mana? Di negeri pantai timur, Terengganu. Buat pengetahuan semua, Cik Timm tak pernah sampai pun di Terengganu. Kiranya 1st time ke sini.

kampung nelayan, kampung pasir hantu, terengganu

Memang berbaloi ke sini, dan bercuti di Pulau Perhentian. Planning jangan cerita, memang last minute punya kerja. Kak Sue geng CiK Timm bercuti di Pulau Pangkor yang ajak. Memandangkan Cik Timm memang ada planning nak bercuti selepas raya, kiranya bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Memang YESS!!

Pulau Perhentian, terengganu

Semua tiket dan booking adalah dalam 2 minggu sebelum tarikh kami bercuti. Punya kalut kami dua tengok tiket bas dengan pakej yang disediakan. Banyak juga blog yang Cik Timm selongkar untuk memastikan chalet tu ok dan tak ditipu. Terima kasih kepada sayaiday.com sebab berkongsi tips yang sangat berguna!

pulau perhentian, lata air berani, terengganu
 
Dalam masa tu, Cik Timm tanya juga kawan-kawan lain yang nak join. Tapi, bila last minute planning ramai yang susah nak apply cuti. Jadi, kami berdua je honeymoon di sana selama 3 hari 2 malam. Alhamdulillah walaupun 2 orang je happening macam 10 orang tau. 

kincir angin, wind mills, pulau perhentian, terengganu

InSyaAllah Cik Timm akan berkongsi tempat menginap, benda yang best disana, dan tips yang menarik! Pastinya Cik Timm terpegun dan terpesona dengan lautnya yang biru dan jernih. Memang jatuh cinta dengan Pulau Perhentian. Sampai sana, benda pertama dalam fikiran, nak mandi laut! Dari hari pertama hingga kedua berendam je sampai tanned kulit. Biar burned kulit, asal puas hati!

STAY TUNED!

DAY 1: Wind Mills, Kincir Angin
Sealife Inn Pakej Penginapan Lengkap di Pulau Perhentian

4 comments:

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com