p.s. Nampaknya satu lagi azam dah tertunai, BRACES, alhamdulillah. Semoga dipermudahkan 😚
Monday, November 28, 2016
Bagaimana Membersihkan Gigi dengan Braces
Tweet |
Wednesday, November 23, 2016
Pengalaman Seminggu bersama Braces
- Ulser atau mata ikan
Yes, dalam seminggu pakai Cik Timm dah kena ulser 2 kali. Atas satu, bawah satu. Mana tidaknya bracket yang ada hook ni selalu cucuk mulut. Jadi, nak kurangkan geseran tu, sentiasa Cik Timm guna orthodontik wax letak dekat bracket tu.
- Selera makan berkurang
Cik Timm memang kuat makan. Tapi, disebabkan ada braces, Cik Timm dah kurang makan sebab agak sukar untuk mengunyah sebab gigi dah macam hilang fungsi. Garfu dengan pisau memang jadi best friend kalau tengah makan. Makanan semua kena potong kecik-kecik, gigi depan memang dah hilang fungsi. Makanan yang dah dipotong semua kena masukkan dalam gigi belakang, itu je yang mampu nak kunyah. Kunyah pun ala-ala je asalkan dapat telan makanan.
Untuk seminggu ni, kena makan makanan yang lembut macam bubur. Kalau makan nasi pun dengan kuah atau sup. Air kosong memang sentiasa ada. Bagus untuk orang yang nak kurus atau diet 😘
- Nak senyum ke tak nak?
Awkward sangat nak senyum sebab mulut penuh dan macam pelik. Tambah Cik Timm kerja dalam f&b, sentiasa kena bercakap dengan customers. Memang customers akan ushar je mulut tu sebab ada besi. Kekadang nak cakap pun macam tak jelas. Jangan sampai bersembuq aiq liuq sudah. Jadinya kalau nak gelak pun cover je memanjang 😷
- Gosok gigi lama
Haha, dulu tak sampai seminit dah settle. Sekarang 5 minit tak pun 10 minit baru selesai gosok gigi. Kalau pakai braces memang kena jaga gigi extra care. Selepas makan kena berkumur, belek-belek gigi dekat cermin kot-kot ada sayur yang bersidai dekat archwire tu. 😱
- Mulut kering
Mulut Cik Timm sentiasa kering. Jadi Cik Timm sentiasa standby vaseline atau lip balm. Air pun berbotol-botol minum sampai asyik kena berulang alik dari tandas 😝
Tapi, setiap orang lain penerimaannya. Ada yang tak sakit langsung pakai, ada yang sampai berdarah-darah bagai,. Jadi terpulang kepada diri sendiri sama ada berani atau tak. Kalau gigi dah cantik tak perlu nak laburkan duit untuk braces. Bagi Cik Timm sendiri memang dah lama pasang niat untuk pakai. Dari sekolah lagi, tapi simpan dulu niat tu sampai dah ada duit sendiri baru jalankan misi. Hahaha!
Lagi satu, ada satu lagi orang panggil fake braces. Fake braces ni lebih murah, tapi tidak digalakkan sebab dipasang oleh orang yang tak ada pengalaman langsung dengan orthodontic. Dan boleh membawa maut sebab besi yang digunakan tak sesuai untuk mulut. Janganlah mengada-ngada nak berbraces dengan fake braces ya.
p.s. beauty is pain, haih..
Lagi satu, ada satu lagi orang panggil fake braces. Fake braces ni lebih murah, tapi tidak digalakkan sebab dipasang oleh orang yang tak ada pengalaman langsung dengan orthodontic. Dan boleh membawa maut sebab besi yang digunakan tak sesuai untuk mulut. Janganlah mengada-ngada nak berbraces dengan fake braces ya.
p.s. beauty is pain, haih..
Tweet |
Friday, November 18, 2016
Resipi: Pesamah atau Rendang Besar
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan pes A'Needa Pesamah boleh menghubungi, Anieda Othman (Kak Ani) WhatsApp (013-534 5351) atau Rose WhatsApp (011-4038 4640)
Tweet |
Wednesday, November 16, 2016
Cik Timm & Braces?
Di klinik ini ada sediakan 3 rawatan orthodontik yang boleh dipilih, 1. Conventional: RM3500 Deposit: RM800 Setiap bulan: RM150 2. Self-ligating: RM5000 Deposit: RM1000 Setiap bulan: RM200 3. Ceramic: RM7000 Deposit: RM1500 Setiap bulan: RM250
Tweet |
Thursday, November 10, 2016
Resipi: Kek Mentega Marble
Tweet |
Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com