Tuesday, July 31, 2012

Teknik Fokus Ketika Belajar

Menurut Harian Metro online hari ini, terdapat 6 cara untuk FOKUS ketika belajar. 
Antaranya ;

1. Mengaplikasikan pancaindera
Memori yang kuat terhasil daripada gabungan pelbagai deria seperti pendengaran, pergerakan, bau dan rasa. Ini kerana, amat susah untuk mengingati jika tidak memberi perhatian!

Cantik mata, tapi kantoi ..contact lens ja tu..
2. Membuat petunjuk
Buat petunjuk melalui objek yang mudah diingati menerusi imaginasi. Contohnya :

Comel kan, budak-budak pun dah pandai..
3. Menggunakan emosi
Mainkan emosi dengan mengaitkannya dengan perkara yang indah dan menggembirakan. Tak pernah pulak aku buat teknik macam ni?



4. Imaginasi
Macam spongebob pulak. Menggunakan imaginasi peribadi seperti anggota keluarga, rakan-rakan, rumah, pejabat, suatu peristiwa menarik dan hal-hal istimewa untuk membantu lebih fokus namun pelajar perlu bijak mengawalnya kerana dikuatiri menjadi angan-angan.

Hahaha!!! Sampai sekarang aku tak percaya Teori Evolution.....
5. Melakukan pengulangan
Sentiasa mengulangi perkara yang perlu dipelajari atau diingati dengan pelbagai cara berbeza dan kreatif seperti membuat peta minda, bercakap dengan nada yang kuat atau membuat lagu.

Cantik!


6. Membuat kata kunci
Cuba ingat bahagian pertama dan terakhir sesuatu perkataan. Kemudian bina kata kunci yang mudah diingati bahagian berkenaan.

Jangan cari dalam keyboard tu, takdak pun..

Read More

Friday, July 27, 2012

Motor Skuter Sakit??

Pejam celik-pejam celik, hari ni sudah 7 Ramadan. Kita sudah berpuasa 7 hari sudah. Dalam bulan puasa ni jugaklah motor skuter hitam rosak. Alhamdulillah rosak waktu aku nak pi kerja. Katalah dia tiba-tiba berhenti depan lampu trafik ka, atas jambatan Pulau Pinang ka! Tak ka naya! Dah la hari ni aku nak balik Kulim. Nasib baik jugak Bang Cik aku ada, penat dia mai dari rumah tolak motor dari hostel sampai bengkel Sungai Dua. Terima kasih abangku! Jadi, semalam aku guna balik motor kriss biru. Lama aku tak guna. Kelakar pulak sebab dah lama tak naik motor bergear. 

Semalam-Semalam sambil bershopping di Tesco Extra Sungai Dua, berbuka sekali jugak dekat food court dia. Sedap jugak, dua hari aku tak makan nasi. Asyik nestum saja.

Konon ramai la orang, kami la orang pertama sampai..
Claypot Nasi + Ayam + Cendawan!
Sampai hari ni, aku tak sentuh lagi barang-barang shopping tu. Asyik makan luar saja kan, pak cik "ikan kering" ni la..

Shopping barang-barang sahur..
Semalam pulak berbuka dengan ..
Nasi Kandaq Pelita
Bagusnya!
Tiba-tiba syok "stalker" pekerja dia. Muka macam tuan aku, he-he-he.

Macam Tuan Fendi daaaa...wot-wot!
Menu untuk bersahur, idea pak cik jugak. Mentang-mentang esok nak balik. Makin tembam la aku lepas ni. I like!

Fish-O-Fillet 1!
Misi hari ni, masuk makmal! Banyak kerja kena buat..
Read More

Tuesday, July 24, 2012

Hari Kedua Berpuasa di Penang

Hari puasa pun aku rasa penat, tapi tak sepenat macam semalam sebab waktu berbuka dapat "KEpChi" atau dalam bahasa sebenar "KFC". Syok sebab dapat rasa ayam perisa terbaru, Flaming Crunch! Sedap, ni baru la betul-betul pedas. Bagi pendapat aku, yang sebelum ni perisa spicy tak se"spicy" mana pun..

Woot..Woot..(selalu aku jumpa perkataan ni dalam fb, maksud?)
Malam pulak, baru aku bukak laptop, mata terus terlelap. Tak sangka pulak penat jugak jadi penunggang motosikal dari Kedah-Penang. Sebelum ni penat pun, tengahari boleh "soru" = "makan". Pagi-pagi lagi sudah terjaga untuk bersahur. Menu : nestum + biskut. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Orang lain lagi susah dari aku. Betul tak?




Pagi ke makmal nasib baik tak hujan. Cuma gelap saja, bernasib baik nampaknya. Hari ini akhirnya ada kerja untuk aku. Takda lah terperuk dalam makmal yang sama ja setiap hari. Hari-hari on9 saja. >
Hari ni tolong kak Muza (student master) filter (tapis) sampel air Tasik Temenggor field trip bulan lepas. Bahan yang diperlukan untuk filter air adalah :

1. Filter paper :
Bersaiz 0.45 micrometer = 0.00045millimeter(mm), kecik sangat kan!
2. Water filtration yang menggunakan "electric pump" : 

Comel sebab kecik, UNIMAS punya besaq sikit..
3. Magnesium Carbonate :

Dekat UNIMAS, tak dak pulak aku letak menatang ni?
Balut filter  paper dengan aluminium foil dan label!
Water sample yang telah di"filter" simpan untuk nutrient analysis.
Amek kau! Dengan baldi-baldi nya..he-he-he..
Selepas solat Zohor, kita "proceed" dengan filter paper yang akan dicampurkan dengan acetone dalam "test tube". Sila pakai "glove" dengan "mask" yer..
"Filter paper + acetone"
Simpan dalam "freeze".
Jangan lupa, water sample tadi pun kena masukkan dalam freeze jugak! Habis sudah sesi makmal untuk hari ini. Esok kita sambung lagi.
Hari ini, aku berbuka pun sama menunya macam bersahur. Gara-gara OVERSLEEP! Konon nak pi bazar, tergolek-golek atas katil. Berbuka lambat pulak tu. Astaga..aku rasa nak demam kot sebab kena hujan tadi. ACHOO!! Tengok, dah bersin sudah..
Read More

Sunday, July 22, 2012

10 Fakta Nombor Yang Anda Tidak Tahu


1. Di AS, tahun 2001 sahaja, Pusat Maklumat Jenayah FBI (Federal Bureau of Investigation) menerima 840, 279 laporan kes penculikan melibatkan individu dewasa dan kanak-kanak.

2. 74% daripada mangsa penculikan kanak-kanak adalah perempuan dan 74% juga daripada mangsa kanak-kanak itu disahkan mati dalam tempoh 3 jam selepas diculik.

3. Sekitar tahun 2000-2001, mangsa penculikan di perairan Filipina adalah warga asing. Filipian digelar ibu negara penculikan dunia berikutan gejala negatif.

4. Seramai 10 000 wanita dijual beli di negara China setiap tahun. Pada tahun 1999, dilaporkan seramai 7660 wanita diculik untuk sindiket kahwin paksa untuk tujuan pelacuran.

5. UNICEF (United Nations International Childrens Emergency Fund @ Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu) menganggarkan seramai 300 000 orang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun diperdagangkan buruh ketenteraan di negara-negara yang terlibat dalam konflik perang.

6. 75-80% pemerdagangan manusia adalah untuk hamba seks, hasil kajian menunjukkan jenayah ini merupakan penyumbang utama dalam penyebaran virus HIV.

7. 30 000 orang mangsa pemerdagangan seks mati akibat penderaan, penyeksaaan, tidak diberi makanan dan minuman serta dijangkiti penyakit setiap tahun.

8. 8% daripada jumlah tersebut adalah mereka di antara umur 6-24 tahun yang dijual sebagai hamba seks.

9. 80% penduduk Korea Utara yang memasuki China adalah wanita dan 9 daripada 10 mereka adalah mangsa pemerdagangan manusia.

10. Pakar psikologi mendapati bahawa mangsa biasanya hanya berdiam diri dan enggan tampil membuat laporan atau cuba mendapatkan bantuan kerana takut keluarga atau orang tersayang diganggu dan dianiaya
oleh si penjenayah.

Sumber : majalah astroview..
Read More

Friday, July 20, 2012

Tahniah UNIMAS!

Disebabkan aku mengantuk sangat-sangat, lepas asar..kroih-kroih-kroih sampai Isyak. Teruk-Teruk! Apa yang penat sangat pun aku tak tau. Agaknya sebab dua hari ni aku rajin bersenam kot. Berjalan dari hostel ke Dewan Utama Pelajar, USM untuk menghadiri NRIC (Novel Research & Innovation Competition) 2012.

Tahniah UNIMAS kerana membawa pulang 1 pingat emas dan 1 pingat gangsa. Pingat emas ni untuk FYP (Final Year Project) pasal rekabentuk produk umai, pastu pingat gangsa untuk rekabentuk beg laptop. Kelmarin lagi aku dah ushar-ushar booth UNIMAS ni. Seriusly, ingatkan UNIMAS takdak. Ghupanya ada jugak. Baguih-Baguih! Depa ni aku rasa dari fakulti FSGK ni. Tahniah!

UNIMAS team!
UNIMAS booth

Cak!
Sedih pulak terlepas dengaq pengumuman puasa. Nasib baik ada fesbuk. Kulim! Tunggu tau, Jumaat petang ni, esok lepas abis kerja..BALIK!!



Read More

Monday, July 16, 2012

Ajaran Sesat di Kulim!

Ermm, amat sensasi tajuk kita pada entry kali ini. Bukan ajaran sesat, tapi aku yang tersesat. Nasib baiklah aku bertolak awal dari rumah. Aku tersilap jalan untuk ke Pulau Pinang. Aku pi sampai Butterworth nuh! Sampai masuk dalam kawasan kontena. Astaga! Terok sungguh. Kelakar pun ada. Confident saja aku menonong masuk dalam kawasan tu. Aku pun mula rasa semacam tanya la seorang pak cik pekerja dekat situ. Dengan murah hatinya dia tunjuk jalan dekat aku. Dia tanya aku orang mana,

 "Orang Kulim". 
"Pak cik pun orang Kulim".

Haha! Sekampung la. Nasib baik ada pak cik yang baik ni. Dia pelik jugak, kenapa aku boleh lepas masuk dalam kawasan tu. HAAA!! KANTOI GUARD CURIK TULANG!! Hehehe..

Aku nak ikut jambatan jugak, tapi semua jalan menghala ke Terminal Feri. Alang-alang, tak laratlah aku nak patah balik sebab jauh. Motor skuter aku mluncur laju terus ke Terminal Feri. Bayar tol RM2. Mahal dari naik jambatan. LOL. Jambatan RM1.40 sen je. 

Lama jugak nak tunggu turn naik feri ni eh. Baru aku tau! Feri yang kedua baru aku dapat naik. Cepat-cepat hantar mesej kat Kak Yu aku. Dia gelak! Aku sendiri ketaq lutut taw! Tapi baguih jugak. Lama aku tak naik feri ni. 

Penunggang motosikal yang sangat ramai!
Kak Yu aku pesan, lepas keluar saja dari feri, ikut kiri saja untuk ke Bayan Lepas. Lepas tu, tengok signboard saja. Ake kena melalui Shell..Tesco..Yeah! Signboard ke USM sudah muncul. Alhamdulillah! Menu sarapan aku pagi ini ialah "angin". Akhirnya sampai sudah di bawah hujung jambatan Pulau Pinang. USM kan berada betul-betul di depan jambatan Pulau Pinang. Alhamdulillah sekali lagi. Syukur!

Sesampai saja USM, terus ke Lab sebab sudah pukul 9. Fuh! Se"slow-slow" aku bawak pun dapat sampai tepat masa jugak eh. Masuk lab, on laptop! Google Map! Pastu baru sedar dekat mana aku silap jalan..


Ok, dah nampak sudah aku silap jalan dekat mana. Sepatutnya belok kiri, menonong ja aku terus. Sesuka hati aku ja ya! Iah-Ish-Ish..

Jalan-jalan cari pasal..

Nampak gayanya jalan sebelah sini aku sudah tau. Pulau Pinang! Kau tunggu ya, aku pusing 1 pulau nanti noo! Hehehe. Aduh! Kelakar bila ingat balik, malu+segan+lawak semua ada. Aduhai..

Duduk diam-diam ye awak! Cantik betul view dari tingkap,
nampak motor skuter aku.




Cantik pulak pemandangan dari Desasiswa Saujana ni. Biasalah, tingkat 7, sudahlah atas bukit. Nampak semua! Tak la semua pun..

Mood hari ni, "Bersyukur!!"
Read More

Sunday, July 15, 2012

Mari Mengenali Sains Akuatik!

Sibuk sungguh traffic dalam blog ni, gara-gara pengambilan pelajar untuk ijazah sudah keluar. Lama pulak aku tak update blog. Malas pulak, demi adik ~remedy~ yang nak tau mengenal kos yang aku tengah belajar ni.

Kepada adik-adik yang baru nak masuk tak payah risau. Tahun pertama subjek-subjek semua tak berat lagi. Ala, benda yang mengulang waktu di matrikulasi/asasi/stpm saja. Nanti adik-adik akan menjalani Orentasi atau MAP (Minggu Aluan Pelajar). Jangan risau, buli-bulian tak wujud di UNIMAS okey. Dalam orentasi nanti, adik akan ada slot untuk fakulti dan kos. Adik-adik akan dibawa pusing-pusing mengenali FSTS, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (Resource n Science Technology). Fakulti kita pun ada laman web sendiri. Cer tekan [http://www.frst.unimas.my/]. Nanti adik-adik akan dapat jugak buku yang akan menceritakan kos adik, subjek, kredit..etc.. Bacalah sampai tembus buku tu, he3..

Secara ringkasnya, semester pertama dulu semua junior akan belajar asas yang sama. Contohnya :

1. Cell Biology
2. General Genetics
3. Biodiversity
4. Statistics
5. General Chemistry

Emm, untuk semester pertama Akuatik tahun aku subjek ni la sebagai asas. Lepas tu, untuk subjek kos, subjek Biological Oceanography. Tapi, setahu aku subjek ni sentiasa berubah-ubah mengikut Department sendiri.

Nak cerita pasal apa ya tentang kos ni?

Okey2, kos sains akuatik ni sama jugak macam kos sains marin dekat universiti lain. Perbezaannya, akuatik ni meluas sebab kita akan didedahkan dengan pembelajaran mengenai air tawar dan air masin. Antaranya;
  • Aquaculture Management
Field trip ke FRI Santubong
  • Aquatic Instrumentation n Methodology
  • Aquatic Botany
References..
  •  Aquatic Vertebrates
  • Biological Oceanography
  • Coastal Fisheries Management
  • Coral Reef Ecology
  • Current Issues on Coastal Biomonitoring
  • Ecotoxicology
  • Limnology
  • Mangrove n Estuarine Ecology
Field trip ke paya bakau..
  •  Marine n Freshwater Invertebrates
Field trip ke Pantai Sia
  • Physical Oceanography
  • Remote Sensing n GIS
Amacam, juling mata dak baca benda-benda ni. Jangan risau. semua ni tak belajaq 1 semester aihh..Subjek ni akan kita explore satu-satu setiap semester selama 3 tahun. Lepas tu, silalah ke laman web Department Aquatic Sciences ni [http://www.frst.unimas.my/aquatic-sciences-othermenu-229.html].

Still ada info tak cukup? Tanya la ok! I will help n share with u..
Read More

Tuesday, July 10, 2012

Budak "METROSEKSUAL"

Kenapalah tajuknya agak pelik, adakah aku mendefinisikan tajuk itu untuk aku? Tidak sama sekali. Hari ini praktikal dimulakan dengan bersarapan bersama 'practical partner' aku.

Yea! Dapat tengok muka serabai Is!
Acece, malu-malu pulak. Besa lar, naik motor kena pakai helmet. So, tips dia jangan pakai minyak rambut Gatsby kalau nak memakai helmet! Rutin harian setiap pagi sebelum masuk Lab, silalah ke tandas 'make up' dulu. Pembetulan, 'make up' = styling rambut ya..

Webcam? Sengal betul..
Memang aku tergelak besaq hari ni. Rajin sungguh, biasalah..baju sweater baru dari Sungai Petani. Is-Is-Is, tak larat aku nak gelak dengan gelagat hang ni oi. Inilah kisah 'practical partner' yang METROSEKSUAL.

Hari ini lunch pertama kali dalam USM. Sebelum ni, makan luar saja. Menu hari ini di Cafe Desasiswa Harapan.

Murah sahaja..
Kak Aten pun ada, coursemate UNIMAS nie..
Minum, minum..dahaga, cuaca panas..
 Tak sangka aku dapat berjimat sangat-SANGAT sebab, makan = rm1.50 + air = rm0.90. Makan pun kurang berselera sangat sebab pagi sudah bersarapan. Jimat-jimat, elaun belum muncul-muncul lagi.

Selesai lunch, jalan-jalan ambil angin ke masjid untuk solat Zohor. Terserempak dengan Abang Fikri (Student Master supervisorku), kejap lagi ikut dia ke USM Engineering Campus untuk pulangkan alat yang dipinjam.



Sebelum balik, singgah di farmasi. Beli ankle guard, nak perbetulkan balik kaki aku yang agak senget benget ni. Nasib baik dapat diskaun pula..



Cepatlah sembuh wahai kaki-ku..
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com