1. Hapus Hutang
Hutang yang menjadi priority bagi aku adalah hutang PTPTN. Semua orang boleh cakap, 'Kau tak belajar pandai-pandai, sebab tu kena bayar, kalau tak boleh jadi biasiswa je!'
Bro, kalau dah tahap diri sendiri sampai di tahap tu sahaja nak buat macamana. Lagipun, secara logiknya kalau dah semua orang dapat result gaban 4.OO++ kang, parah pulak PTPTN tu kan..
Nyampah gila dengan website dia sebab asyik server problem. Aku nak check penyata yang aku dah bayar asyik tak keluar je. Surat yang sampai kat rumah asyik cakap tak bayar. Memanglah dia tulis, 'Sila abaikan surat ini jika pembayaran telah dibuat'. Benda tu boleh pulak dihantar, kenapa penyata yang membuktikan aku dah bayar tak boleh hantar kat rumah sekali. Penyata tu pulak akan dapat kalau buat pembayaran dikaunter PTPTN. Hurm, kalau setiap daerah ada kaunter tu ok la jugak. Bagi yang tak berkemampuan nak pi kaunter macam aku ni memang secara online bankinglah yang paling senang. *eh, banyak membebel pulak pasal hutang kan..
2. Simpan Dahulu, Belanja Kemudian
Aku ada khaskan satu buku nota kecik yang aku gelar 'Money Book'. Sengaja reka nama sendiri kan. Setiap kali aku dapat gaji, aku sentiasa tulis. Memang kena bertabahlah sebab kekadang mula-mula saja excited. Lepas tu, buku ke mana, perbelanjaan ke mana. Alhamdulillah, masih lagi istiqamah mencatat walaupun baru 2 bulan. Hahaha!
Sekarang memang sedang menyimpan duit untuk beli kenderaan sendiri. Budget macam nak beli kereta, sedangkan moto je. Sebab aku nak beli secara cash atau deposit yang lebih tinggi. Nanti bulan-bulan tak adalah parah sangat nak membayar. Hurmm..
3. Syiling Juga Wang
Kekadang bersepah-sepah duit syiling kan. Janganlah macam tu, busuk-busuk pun kalau kumpul bebanyak boleh jadi banyak tau. Sentiasalah simpan dalam tabung, dah banyak nanti boleh tukar dengan kedai dekat-dekat rumah. Diorang suka tau duit pecah sebab kalau nak pi tukar di bank kena cas..
4. Berhenti Merokok?
Disebabkan aku bukan dari golongan perokok. Kita tukarkan kepada Berhenti Shopping! Dengan dunia sekarang shopping hanya menggunakan alam maya sangat merbahaya kepada kaki-kaki shopping diluar sana oih. Senang, tak payah nak bersiap-siap, nak redah traffic, nak cari parking.. cuma scroll-scroll je, tekan, terus beli. Ya, aku juga pernah terjebak dengan penyakit ini. Nasib baik aku bekerja sekarang ni. Hilang terus penyakit ini. Huahuahua. Bagus kan, sebab kerja di shopping complex, aku tengok ada juga barang yang lebih kurang sama. Tapi harga lebih kurang dan boleh tawar-menawar :)
5. Buka akaun Tabung Haji
Kalau buka sahaja, tapi kalau tak ada menyimpan dalam tu pun tak guna jugak kan. Setelah aku balik ke rumah selepas belajar, baru aku tahu yang aku dah ada pun akaun Tabung Haji. Arwah ayah aku rupanya dah bukakkan akaun untuk aku. Aku tak pasti sama ada aku sendiri yang terlupa atau aku memang tak tahu.
Lepas ni, sedikit duit gaji kena simpan dalam Tabung Haji juga. In Sya Allah ada rezeki dapatlah menunaikan rukun islam yang ke-5. Amin~