Friday, April 29, 2016

Joe Kambing Golek & Kambing Panggang Terbaik!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Cik Timm memang tak makan kambing. Sebab? 
Berbau! Betul, Cik Timm tak makan daging kambing. Tak lalu langsung.

Sewaktu balik kampung jenguk mak sakit, kawan sekolah ajak jumpa sekejap sebab lama tak jumpa. So, ambil kesempatan sekejap,beliau bawaklah kedai makan sini.

Lokasi: Medan Makanan Keladi
fb: Medan Makanan MZ (Ah Lai)

Dekat sini banyak pilihan makanan, nak makan nasi boleh, sizzling ada, dessert, appeteaser pun semua adalah. 

Kawan teringin makan kambing bakar, dia cakap memang sedap!

Gigihlah cubit sikit untuk merasa. Tapi ternyata, memang sedap & tak berbau langsung!
5 Bintang Cik Timm bagi! 
Nasib baik order medium, kalau tak berebut pulak kami berdua.

Jadi, kepada sesiapa di area Kulim yang nak try bolehlah ke sini, harga pun memang berpatutan. 

Joe Kambing Bakar

Small: RM12
Medium: RM20
Large: RM40

No tel: 019-566 9463 Joe

Untuk tempahan kalau ada kenduri kendara pun boleh tau. Jadi,apa lagi warga Kulim. Jom sesama memajukan bisness orang tempatan.

p/s: tetiba teringin pulak, sedapnya..
Read More

Thursday, April 28, 2016

Dugaan Besar seseorang yang bergelar Anak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, setelah kepala berat dengan berita mak Cik Timm sakit, terpaksa full shif dua hari bekerja, hari ini dapatlah ber'offday' sebentar. Itu pun badan masih jugak penat dan lelah.

Mak Cik Timm sakit?
Iya, minggu lepas Cik Timm terpaksa balik kampung dengan tergesa-gesa ke Kedah. Nasib baik kerja shif pagi. Abang Cik pun wassup waktu Cik Timm nak ke bank untuk bank-in duit. Tak pasal-pasal Cik Timm menangis depan kaunter pak cik tukar duit. Memang dah tak malu dah..

Balik dari kerja, terus Cik Timm ke TBS untuk beli tiket bas yang paling cepat ke Kulim, Kedah. Memang tawakal & gamble sahaja bas apa pun. Alhamdulillah, ada bas pukul 7.30pm. Masih sempat walaupun jam menunjukkan pukul 7.15pm. Akibatnya, baru beli tiket 5 minit, nama terus kena panggil sebab bas dah menunggu. 

Dalam bas fikiran melayang fikir bukan-bukan saja. Lepas tu, baru terfikir sebelum ini Cik Timm tak pernah terfikir mak Cik Timm akan tua, akan sakit. Aduhai, Tuhan saja yang tahu apa dalam hati ni..

Tak pernah rasa macam ni seriously.
Lega tengok mak depan mata, dah makan, dah boleh jalan. Cuma kena pakai tongkat. Perasaan lain sangat sebab sebelum ni tengok mak sihat, tak pernah sakit. Bila tengok mak kita dalam keadaan tu, rasa macam ada sesuatu yang aku terpaksa korbankan. 

Korbankan?
Ya, ada sesuatu yang perlu dikorbankan. Sebab perasaan ni buat Cik Timm tak nak berjauhan dengan mak..

Cik Timm dah fikir masak-masak dan dah buat keputusan tersebut. In Sya Allah semoga segalanya dipermudahkan..
Read More

Sunday, April 17, 2016

Rambut Kurang Gugur di Facezone Beauty Centre

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Buka tudung berjela-jela rambut turun macam benang, mandi-mandi sambil shampoo rambut penuh rambut melekat dekat tangan. Belek cermin tengok rambut mula risau. Macam makin nipis je rambut. Takkanlah dalam usia 20-an macam ni rambut makin menipis sebab keguguran rambut. 
Jom ke salon rambut! Tapi, kalau kedai biasa ada bercampur lelaki dan perempuan. Dulu memang suka gunting rambut dengan orang cina sebab style dia memang cantik dan menepati citarasa. Tapi sekarang dah besar dan perlu menepati syariat kan?
Nasib baik ada,
Facezone Beauty Centre
IG: @FACEZONE_BEAUTYCENTRE
28-1 Jln Melati11,
Taman Melati 53100 Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, rambut sekarang kurang gugur dan kepala rasa ringan sangat! Sangat recommend untuk wanita-wanita muslimah ke sini. Bukan senang nak cari salon muslimah yang menyediakan pelbagai pakej seperti facial, gunting rambut dan juga rawatan spa!
Untuk keterangan lebih lanjut boleh ke IG FACEZONE_BEAUTYZONE tau.
Sebarang pertanyaan boleh ke:
03-4147 1718 atau 017-388 1703

Selfie itu penting, Cik Timm ambil rawatan cutting rambut dan treatment Purify Scalp Treatment. Berangin kepala dibuatnya. Tapi segar dan ringan kepala. Alhamdulillah!
Rambut ditrim oleh owner salon ini sendiri. Orang Perak rupanya dan memang mempunyai sijil dan kemahiran dalam hair styling dan cutting!

Susah nak datang sebab tiada kenderaan? Cik Timm ke sana dengan public transport sahaja. Naik LRT Kelana Jaya Line sahaja ke Taman Melati. Dari sana naik teksi ke salon, cuma RM3 sahaja sebab sangatlah dekat sebab blur-blur lagi dekat mana lokasi. So, balik pula berjalan kaki je ke stesyen LRT sebab dah tau jalan.

Jangan lupa kepada muslimah diluar sana, silalah berkunjung ke Facezone Beauty Centre.
p/s: Tips dari owner salon untuk kurangkan keguguran rambut, selalu cuci rambut setiap hari supaya kulit kepala sentiasa bersih dari minyak!
Read More

Saturday, April 09, 2016

Tips Penjagaan Seluar Jeans

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tiba-tiba nak jadi extra caring dengan seluar jeans. Sebelum ni main campak basuh je. Mana tidaknya, seluar jeans dah jadi salah satu dari uniform kerja.

Uniform kerja? Ya, Cik Timm kerja dengan company F&B yang etika kerjanya perlu memakai jeans blue-black.

So, kena extra care dengan seluar jeans supaya tahan lama dan warna tak pudar ala-ala season gitu. Hewhewhew..

Antara cara untuk menjaga seluar jeans anda;
1. Menyimpan di tempat yang betul dari sebarang serangga perosak seperti lipas dan semut.

2. Asingkan jeans dengan baju lain sewaktu mencuci baju. Mak marah betul kalau campur kain yang turun warna dengan baju lain, tambah kalau ada baju warna putih. Mengamuk jadinya -__-"

3. Mencuci jeans menggunakan tangan, bukan mesin basuh! Elakkan mengguna mesin pengering.

4. Membasuh dengan sabun biasa, bukan bahan kimia yang lain. Rosak kainnya nanti.

4. Tidak menjemur jeans di bawah terik matahari. Cukup sekadar anginkan di kawasan redup yang mempunyai pengaliran udara yang baik..

Selamat Mencuba!

p/s: Cuti harini, nak ke spa Taman Melati..asyik demam memanjang, badan letih lanie..
Read More

Tuesday, April 05, 2016

Berpesta Pasta di Capricciosa Pasta & Pizza

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hujung minggu lalu berkesempatan untuk ke Sunway Pyramid dengan menggunakan public transport. Tak tau macamana? Serius senang & simple.

Ambil 1st point di Bukit Bintang bus stop. Tunggu bas GOKL Purple Line (free jer..) untuk ke Pasar Seni. Then, sampai Pasar Seni tunggu bas rapidKL 770 atau 771 (dulu U63 & U67) di platform B2. Bas tu memang akan stop depan Sunway Pyramid, kalau tak confiden pun memang akan Nampak gedabak singa tu dari jauh.
Memang pertama kali ke sini, kebanyakan semuanya kedai berjenama. Tapi banyak SALE! Ada kedai yang buat Closing Shop sale, semua harga jadi 50% dan 70%. Memang ramai gila orang serbu! Forever 21 pun ada SALE jeans yang beratus jadi RM90, RM70. Padini pulak tshirt boleh dapat harga RM39 kalau beli dua..
Bahaya anak-anak kalau keluar waktu gaji dah masyuk. Diulangi, sangat merbahaya ya hakak-hakak sekalian. Huhuhu..

Pusing punya pusing, perut lapar. Singgah di Restaurant Italiano Capricciosa Pasta & Pizza. Ada promotion Buy 1 main course, free 1 main course! Promosi ni sah dari pukul 3-5pm sahaja tau. Bukan setakat pasta, pizza pun ada. Ala-ala restoran Itali kan.
Gelas minuman dia sangat comel dan unik. Makanan dia boleh tahan, portion banyak dan sedap. Cuma makanan agak lambat sampai. Mau berkeriut jugak perut tengok orang sebelah makan. Huhuhu..
Sekali sekala nak makan mahal sikit dari biasa. Bukan selalu, kalau selalu rabak poket anda.

Bertolak balik dalam pukul 8pm, tapi kena naik jambatan untuk seberang jalan. Nak balik kan, tepat-tepat Cik Timm turun jambatan, bas rapidKL dah ada. Lega tak payah nak tunggu lama. Sampai Pasar Seni pun cepat sebab tak ada traffic jam. Dah sampai Pasar Seni, lambat pulak GOKL ni. Saja ambil angina malam berjalan kaki dari Pasar Seni ke Bukit Bintang. Kecik je KL ni sebenarnya -__-"
Read More

Monday, April 04, 2016

Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Blogger Utara adalah satu komuniti yang mengumpulkan blogger yang berada di utara semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ahli Blogger Utara terkini adalah seramai 20 blogger dan sebahagian daripada blogger ini merupakan penaja kepada Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 ini . Blogger tersebut adalah


Bersempena pencapaian 1000 liker di Page Blogger Utara di facebook, beberapa blogger dibawah komuniti ini bersetuju menjadi sponsar sebagai penghargaan kepada sesiapa yang bertuah dengan menyertai Giveaway ini. Hadiah adalah berbentuk wang tunai untuk 20 pemenang bertuah.

Hadiah Utama : RM100 x 1 Pemenang (Top Referral)
Hadiah Kedua : RM 50 x 4 Pemenang (Random)
Hadiah Ketiga : RM 20 x 5 Pemenang (Random)
Hadiah Saguhati : RM 10 x 10 Pemenang (Random)

Marilah memeriahkan giveaway kami yang bermula
1 April sehingga 14 April 2016
dengan klik link di bawah ini

Read More

Sunday, April 03, 2016

39 Sebab Kenapa Anda Tidak Layak Menerima BR1M

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Awal tahun 2016 aku sudah kemaskinikan  BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia)  sebab tahun lepas aku dapat.

Tunggu punya tunggu, status masih dalam proses. Orang lain semua berjoli sakan dengan BR1M. Joli ke? gunakan untuk keperluan yang penting kot. Hehe..
Rupanya, permohonan TAK LULUS!
Disebabkan..

"Semakan rekod agensi/maklumat pada borang mendapati pendapatan melebihi RM2,000"

 Oh, tak dapat eh?? Hurm, tolak pi, tolak mai, gaji bersih still dapat kurang 2k. Tak apalah, tak ada rezeki. Ada orang diluar yang lebih memerlukan.

Di sini Cik Timm nak kongsikan beberapa alasan kenapa BR1M korang tidak lulus;


01 No. kad pengenalan pemohon tidak melepasi tapisan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

02 Nama pemohon berbeza dengan rekod JPN.

03 No. pengenalan pemohon tidak melepasi tapisan UGAT/PDRM.

04 Nama pemohon berbeza dengan rekod UGAT/PDRM.

05 Semakan rekod agensi/maklumat pada boring mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM4,000.

06 Semakan rekod agensi/maklumat pada boring mendapati pendapatan melebihi RM2,000.

07 Pemohon disenaraikan sebagai menerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M).

08 Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan.

09 Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pasangan memiliki kenderaan melebihi melebihi syarat kelayakan.

10 Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan tanggungan memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan.

11 Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan.

12 Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap.

13 Maklumat tanggungan tidak lengkap.

14 Pendapatan bulanan isi rumah yang dilaporkan pada boring melebihi RM4,000.

15 Pendapatan bulanan yang dilaporkan pada boring melebihi RM2,000.

16 Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan had umur memohon.

17 Permohonan lebih daripada 1 kali.

18 Pemohon wujud sebagai pasangan permohonan lain.

19 Pemohon wujud sebagai tanggungan permohonan lain.

20 Pasangan telah membuat permohonan lain.

21 Pasangan wujud sebagai pasangan pemohon lain.

22 Pasangan wujud sebagai tanggungan pemohon lain.

23 Tanggungan telah membuat permohonan lain.

24 Tanggungan wujud sebagai pasangan pemohon lain.

25 Tanggungan wujud sebagai tanggungan pemohon lain.

26 Percubaan memohon sebagai pasangan lebih daripada 4 kali.

27 No. pengenalan pasangan tanggungan tidak melepasi tapisan JPN.

28 Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan rekod JPN.

29 No. pengenalan pasangan/tanggungan tidak melepasi tapisan PDRM.

30 Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan rekod PDRM.

31 No. pengenalan pasangan/tanggungan tidak melepasi tapisan UGAT.

32 Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan rekod UGAT.

33 Maklumat pasangan perlu pengesahan.

34 Maklumat tanggungan perlu pengesahan.

35 Pasangan telah disenarai hitamkan.

36 Pasangan meninggal dunia.

37 Dokumen Pasport pasangan perlu pengesahan.

38 Maklumat pendapatan pemohon perlu pengesahan.

Berpeluh-peluh nak habiskan entry.
Akhirnya siap juga.

Selamat membaca!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com