Wednesday, October 16, 2019

Cik Timm Merdeka dari Braces

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Actually dah lama dan excited gila nak share berita gembira ni dengan korang semua tapi kekangan masa. Nak buka laptop pun memang tak sempat. 

Akhirnya Cik Timm dah buka braces bulan Ogos lepas. Cik Timm pun dah lama gila tak update cerita pasal braces ni. InSyaAllah Cik Timm cuba recap balik sepanjang 'dating' dengan dentist tahun ni.
Tak silap dalam bulan Jun lepas waktu sesi check-up dengan doktor, Cik Timm tanya, lama lagi ke gigi kena pakai braces. So, doktor tengok semua, doktor cakap bulan Ogos ni datang balik klinik dan boleh bukak dah! Cik Timm pun seronok bukan main. So, bulan Jun adalah last check-up gigi dan bulan Julai dah tak jumpa doktor terus skip bulan Ogos untuk prosedur membuang braces. 

21 OGOS 2019 (RABU)

Hari Selasa petang tu klinik call untuk confirm balik esok appointment cabut braces. Cik Timm memang dah minta cuti awal-awal lagi untuk esok. Petang dalam pukul 3.30pm Cik Timm dah terpacak dekat klinik. Appointment pukul 4pm.

Masuk bilik, doktor check balik gigi. Lepas tu dah mula cabut segala dawai dan besi di gigi. Doktor cakap kalau sakit bagitau. Tapi tak sakit pun cuma rasa pressure je. Satu je dalam fikiran Cik Timm, macamana rupa gigi bila dah bukak braces sebab Cik Timm ada tengok kawan-kawan yang pakai, selepas buka boleh nampak macam kesan besi braces dekat gigi. Adoi, memang rasa macam down jugak sebab takut. 

Selepas besi semua dah dicabut, doktor mula membersihkan semua sisa-sisa gam yang bekas besi tu. Doktor buat scaling gigi juga, nyilunya! Agak lama proses sebab nak bersihkan sisa gam, sisa karang gigi lagi sebab bila kita berbraces agak susah nak cuci gigi betul-betul.  

Selesai semua scaling, doktor ambil gambar pula untuk rujukan. Sebab dulu waktu mula-mula nak pakai braces pun doktor ambil gambar juga. Selepas tu, prosedur moulding retainer. Walaupun selepas ni dah tak berbraces, Cik Timm kena pakai retainer pulak untuk pastikan gigi tu tak kembali ke bentuk asal. Dari pembacaan Cik Timm ramai tak selesa dengan prosedur moulding sebab kita letak macam simen lembik dalam mulut. Tapi moulding klinik ni ada flavour OREN! Macam sedap pulak, haha! Sekejap je doktor letak dekat gigi bawah dan juga gigi atas. Gigi bawah tu doktor buat dua kali mungkin mula-mula tak dapat bentuk tu.

Dah settle semua sekejap je! Untuk last payment ni Cik Timm perlu bayar RM400. Settle dah semua pembayaran braces Cik Timm selama menerima rawatan braces ni. Alhamdulillah! Selepas seminggu klinik akan call untuk ambil retainer yang dah siap.

Dah siap je gigi, terus ajak Abg Cik ke Kulim Central, sebelah klinik jer. Ronda-ronda situ, dalam fikiran memang nak makan semua benda yang sebelum ni sangat susah nak makan. So, Cik Timm ke Texas Chicken try wrap dia. Abg Cik pun sampai bagi dia punya kulit ayam konon nak testing gigi. Allahu, nikmatnya bila dapat makan tanpa perlu risau makanan melekat celah besi. Dapat makan pun nikmatnya tak terkata. Rasa nak sujud syukur pun ada, over tak? 

Abg Cik gelak je tengok adik sorang ni senyum je nampak gigi. Balik rumah seronok tengok mak punya reaksi. Punya lama dia tak tengok gigi anak dia yang macam arnab ni. 
26 OGOS 2019
Hello Retainer!
Cik Timm dapat panggilan retainer sudah pun siap dan boleh collect dah di klinik. Actually agak tak selesa bila gigi dah bebas sebab rasa macam kebas. Untuk retainer, Cik Timm perlu pakai selalu. Hanya buang waktu nak makan & gosok gigi jer. Ya, mula-mula Cik Timm istiqamah pakai, selepas tu selalu skip. Kenapa retainer penting? Untuk pastikan gigi yang tersusun ni kekal tak bergerak ke tempat asal ya. 
Tapi bagi Cik Timm, retainer memang agak melecehkan kalau nak dibandingkan dengan braces. Sebab retainer kena pakai dan buka. Kadang-kadang kerja letih nak kena pakai buang retainer malas betul. Akhirnya pakai waktu malam jer. Tau dek doktor ni kena marah pa sebab nanti gigi balik ke tempat asal sama ada jadi jongang atau gigi jadi gap. 
Selepas 3 bulan Cik Timm dah bukak braces sepatutnya kena berjumpa balik dengan doktor untuk check balik gigi. But disebabkan kekangan masa, Cik Timm belum lagi berjumpa dengan doktor. Nanti kalau dah jumpa Cik Timm update lagi perkembangan yer. 

Gambar selepas braces? Segan pulak nak tunjuk tapi memang boleh dikatakan selepas Cik Timm bukak braces memang sangat jarang bergambar atau selfie, korang usha jer IG Cik Timm, ada juga terselit dua gambar nampak gigi baru, hehe 😚
Read More

Saturday, August 17, 2019

Breakfast di Roti Canai Transfer Road yang Viral

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Cik Timm nak share lagi satu tempat breakfast yang best di Pulau Pinang ni. Tempat dia memang famous pun, semua sebut-sebut suruh try kalau bercuti di Pulau Pinang. 

Roti Canai Transfer Road


Disebabkan Cik Timm naik motor je dengan dua housemate, senang kami nak parking dekat sini. Penang ni satu je masalahnya, jalan sempit lepastu sesak. Pengangkutan paling sesuai kalau hampa masuk Penang ni memang motosikal pilihan tepat. Alahai acah-acah macam pelancong, tapi stay dekat Georgetown je pun, hehehe. 
Ada pepatah mengatakan 'Breakfast Like A King', maka kami bedal nasi lemak, teh tarik & roti canai dia yang paling famous. Roti canai dia ada ayam seketul! Besaq pulak tu penuh pinggan, isi pun lembut jer. Saat entry ini ditulis Cik Timm dah lupa harga makanan dia berapa, maaf yeh!
Nice pekena dengan teh tarik!
Lokasi dia tak jauh dari tempat breakfast entry sebelum ini
Senang naik moto, parking tepi jalan gitu je..
Bagi Cik Timm ok saje kalau hampa nak try, kuah dia biasa je cuma yang unik tu paha ayam seketul atas roti canai. Agak rare la kan? Kedai makan dia pun kecik ke tepi jalan, meja ada dua baris panjang. Memang agak sempit dan kena cepat-cepat makan sebab orang lain pun nak makan jugak, tapi kami bedal je duduk lama-lama sebab housemate sorang lagi order lagi roti goyang. Nice jugak, sedap! 
Meh Cik Timm sertakan maps untuk memudahkan hampa semua yang nak try Roti Canai Transfer Road ni;

Roti Canai Transfer Road
Waktu Operasi:
7.00am-12.00pm

Selamat Mencuba!!
Read More

Monday, July 01, 2019

Bercuti di Ulu Legong, Baling, Kedah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hi semua, after a long time kan dah lama tak share tempat bercuti kan. Bukannya apa, memang langsung tak bercuti sejak kerja dekat company ni. Leceh sikit sebab orang tak ada. Mau tak mau kerjalah sampai mati. Hahaha!

14 Februari 2019

Tapi bulan Februari lepas, dapat extra cuti dua hari sebab minggu Raya Cina langsung tak bercuti. Jadi fikir punya fikir, dengan kepala stress, rasa nak ride ke Ulu Legong, Baling. Rasa macam jauh je Kulim-Baling. Tapi, sebenarnya bukan jauh mana pun!

Cik Timm ke sana naik motor cabuk tu je sorang-sorang. Sebelum ke sana memang dah ada plan walaupun last minute. Cik Timm ada kawan yang parentsnya memang kerja di Ulu Legong, Jadi Cik Timm tempah bilik juga, RM80 je satu malam. Itupun dapat diskaun half price, bilik depan kolam tau! 

Kulim-Baling

Cik Timm bertolak dari Kulim dalam pukul 3pm lebih macam tu. Jalan tak pandai sangat, memang depend 100% on Google Maps jer. Nasib baik sepanjang jalan tu ada line, sebab once dah masuk ke dalam-dalam lagi Ulu Legong, memang tak ada line langsung. Sampai pekan Baling dalam pukul 5pm lebih macam tu. Lagi satu Cik Timm memang bawa motor slow je. Sebab menikmati pemandangan jalan yang lengang tak ada orang, lepas tu langit membiru, memang cuaca dia feel gila naik motor. 
Sampai pekan Baling, Cik Timm dah mesej Abang Cik inform dah selamat sampai Baling. Kawan yang Cik Timm nak jumpa pun dah inform. Sebab kawan tu kerja, maghrib baru sampai rumah. Cik Timm singgah dulu di Masjid Al Ehsan Kampung Bandar untuk solat asar. Memang dah dekat dah dengan destinasi.

Destinasi ke rumah kawan Cik Timm, Syahira untuk ambil kunci bilik. Sampai kampungnya, nasib baik senang cari sebab ayah Syahira ni dah tunggu dekat luar rumah takut Cik Timm sesat. Bersembanglah sekejap dengan keluarga Syahira sementara tunggu maknya bersiap, dan terus bawa Cik Timm ke Ulu Legong, untuk rehat dekat chalet sana. Disebabkan kenal orang kerja situ, motor Cik Timm parking di dalam. Hehehe..

Chalet Pool View

Fuh, biliknya best gila! Berhadapan dengan pintu masuk dan juga depan kolam. Bilik dilengkapi dengan sejadah, tuala, aircond, bilik air pun ada dan besar, toiletries macam sabun, shampoo pun ada. Memang puas hati dapat bilik macam ni. Thanks Syahira! Cik Timm check-in dalam pukul 6.30pm, pengunjung memang tak ada lagi. Nanti lagi lewat malam, lagi ramai pengunjung, nama pun air panas, mana ada orang berendam waktu siang. Semuanya bermandi-mandi dari lewat malam sampai ke subuh. Disebabkan Cik Timm ke sini dan stay dalam chalet, bayaran masuk memang tak ada. 



Rasa tenang sangat di sini. Walaupun line UMobile tak ada, this is ME TIME! Memang dapat chill tengok TV, tengok kolam sebab ada balconi kecil depan bilik siap dengan kerusi. Memang feel je sorang-sorang dengan bertelekung hitam depan tu. Tak pasal-pasal orang ingat hantu maghrib-maghrib ni. 


Mencuba Lokching Baling




Dalam pukul 9pm, baru dapat jumpa si Syahira ni. Memang dah plan nak try lokching ni sebab kat Kulim tak pernah Cik Timm jumpa lokching rupa dia macam ni. Sini dah macam rojak sebab ada sos, ada sayur lagi, memang sedap! Kedai makan memang ada juga dalam Ulu Legong ni, tapi agak pricey. Jadi kami makan dekat luar je. Senang kalau ada orang duduk sini,boleh bawak kita jalan-jalan. Tapi kan, Cik Timm stay sini rasa macam bukan orang Kedah. Sebab Cik Timm tak faham sangat dengan slang Baling. Hahaha!



Tadi baru pembuka selera, next kami ke kedai makan pokok getah. Restoran dia macam seram sikit sebab dalam pokok getah. Unik jugak, dekat sini makan nasi. Nama pun melayu memang cari nasi jugak. Boleh tahan tomyam dia, sedap. 

Berendam Dalam Air Panas

Gambar spoil sebab duduk dalam kantung, sini kan air panas, berkabus je 😑

Next, mestilah berendam dalam air panas. Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ada kolam utama, tak boleh mandi sebab memang dipagar sekeliling. Ada mata air yang keluar dari celah-celah batu sulfur di situ dan ini adalah kolam utama yang membekalkan air panas. Ada 4 kolam dewasa yang disediakan dengan suhu 40C. Kolam wanita pun ada tapi seram sebab tak ada orang, rasanya macam tak ada pun ok kot. Hahaha! Dan juga kolam kanak-kanak disediakan. Silalah pantau anak-anak anda ya.
Banyak lagi kemudahan dekat sini macam tempat persalinan, toilet, tempat makan, tapi disebabkan Cik Timm dah ada bilik sendiri much-much more selesa nak mandi solat rehat semua. Lama Cik Timm melepak dekat kolam depan bilik tu sampai pukul 3 pagi. Lagi lewat lagi ramai pengunjung, tapi macam banyak BBNU jer lepak sini. Biasalah budak-budak melepak, tergelak sana tergelak sini. Cik Timm pulak krikkrikkrik tepi kolam tu dok melayan perasaaan. Duduklah berendam sampai naik bosan, baru Cik Timm gerak masuk bilik. 
Mandi-mandi dulu sebelum tidur, tapi kan, rasa tenang je solat dekat sini. Rasa macam dekat sangat dengan-NYA tak tahu kenapa malam tu. Rasa lain macam. Tidur pun nyenyak je, agaknya nikmat bila kita jauh dari alat telekomunikasi, mungkin? 
Check-out





Pagi-pagi dah bangun pusing-pusing dekat sini tengok suasana waktu pagi. Tengok pekerja tengah buang air kolam dan cuci. Memang bersihlah air dia kalau macam tu kan, jadi tak perlu ragu-ragu ya. Cik Timm tengok dengan mata kepala sendiri. Dalam pukul 12 Cik Timm dah check-out keluar dari Ulu Legong, Baling dan terus gerak balik Kulim. Disebabkan jalan dah tau, memang laju je sampai Kulim. 


Rasa nak repeat balik bercuti di sini tapi nak stay dalam 2 ke 3 hari, buat trip sekali hiking Gunung Baling. Mesti lagi best!!

Read More

Thursday, June 13, 2019

Breakfast di Roti Bakar Muhibbah, Penang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hai semua!
Walaupun dah stay Penang dari bulan Januari lepas, tapi tak pernah sekali pun turun breakfast dekat area-area sini walaupun hostel dah tengah Georgetown dah. First, sebab malas dan tak ada geng. Second, Georgetown ni sesak dengan manusia tau.
Semalam housemate call pagi-pagi tanya dah bangun atau belum. Nasib Cik Timm terjaga, kawan baru balik dari shif malam ajak untuk breakfast roti bakar. Dengan tak mandi, gosok gigi dan cuci muka je terus turun bawah. Disebabkan naik motosikal, senang sikit nak cilok sana, cilok sini. Nak parking pun senang. Cik Timm duduk belakang tolong tengok jalan.
Actually nak ke Hutton Lane Roti Bakar, tapi end up dekat kedai yang ni sebab nampak yang ni dulu. Tapi, sedap jugak roti goyang-goyang dia, just nice! Ni kalau hari-hari pekena telur soft boil egg ni mau mok-mok ni. 
So, kami order 2 roti bakar, 1 nasi lemak, 1 roti pisang, 1 teh tarik & 1 teh 'o' panas, total semua RM13.00. 
Waktu nak balik kami pusing belakang baru nampak kedai yang nak dituju. Alah, nanti try situ pulak. Lama lagi nak stay Pulau Pinang ni. 
Untuk sesiapa yang nak try Roti Bakar Muhibbah, Cik Timm sertakan alamat untuk korang semua try.

Kedai ni tepi jalan je sebelah dengan Police Headquarter Penang ataupun cari Glass Museum Penang. Selamat Mencuba!
Read More

Wednesday, June 12, 2019

Selamat Hari Raya 2019

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Di sini Cik Timm nak mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin untuk semua rakan-rakan blogger. Terima kasih kepada semua yang masih menyokong Cik Timm untuk terus berblog walaupun sudah lama suram dari update sebarang entry.

Laptop Cik Timm hari tu keyboard dengan screen rosak. Buat masa ni baru repair keyboard je. Screen tak teruk sangat, so masih lagi boleh digunakan. Next pulaklah baru repair screen sebab mahal meh! Repair dekat kedai komputer Perangin Mall je dekat tingkat atas. Senang, hantar petang, malam dah boleh ambil. 

Cerita Raya 2019

mee kari simple
Ihsan gambar dari Abang Cik


Cik Timm hanya bercuti raya selama 3hari, bermula dari Raya ke-3 sehingga Raya ke-5. Tahun ni tak meriah sangat pun, gambar ramai-ramai dengan family pun tak ada. Memang tak sempat sebab Cik Timm kerja di Pulau Pinang. Memang tak sempat langsung. Tapi balik je untuk raya Cik Timm buat mee kari untuk kawan-kawan & family yang datang beraya. Alhamdulillah menjadi walaupun setahun sekali je masak mee kari tu. Nak resipi boleh ke Resipi Mee Kari. Tahun ni pun ikut resipi yang sama je. Senang cerita main agak-agak dan campak jer. 



Terima kasih kepada kawan-kawan yang sanggup datang beraya ke rumah. Dua hari duduk rumah je tunggu kawan-kawan yang nak datang beraya. Malam tu keluar dengan bestfriend single, seronok gedik-gedik bertukar cerita. Kulim yang kecik ni punya sesak dengan manusia yang balik kampung, kami pun lepaklah dekat KFC Pekan Kulim tu. Esoknya keluar lagi berempat ke rumah member yang dah kahwin. Lepas tu malam tu bergambar dulu di MBI Desaku. Seronok masing-masing sebab tak pernah ke sana lagi, jakun sorang-sorang. 

Hari Isnin, Cik Timm pun dah mula kerja balik. Bermulalah rutin seperti biasa. Macamana cerita raya korang yang lain tahun ni. Jom share!
Read More

Thursday, May 30, 2019

Cerita 5 Bulan Cik Timm Menghilang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hai semua!
It's been a longgggg time kan. Last post adalah tahun lepas bulan Disember. Kekangan masa dengan kerja, laptop rosak, dan juga training. 
So, jom kita recap sikit apa yang dah berlaku sepanjang bulan Januari sehingga April. 
JANUARI



Cik Timm dah mula bekerja di Pulau Pinang untuk pembukaan outlet baru di Penang Hill. Sebab tu ramai tertanya-tanya Cik Timm yang sentiasa update ada di Bukit Bendera setiap hari. Yes, dan memang ramai yang tak tahu pun. Rasanya tak perlu nak heboh pun, cuma kerja jer. Nak jumpa kawan pun mana sempat. Nama pun pembukaan outlet baru, sangat busy dengan schedule kerja. Training orang baru lagi, tapi bagi Cik Timm satu pengalaman baru yang sangat BEST! Waktu ni Cik Timm memang stay di Pulau Pinang sebab ada hostel disediakan. Hostel pun kondominium yang atas Times Square tu, memang syok ler..
FEBRUARI

Ulu Legong, Baling


Ada public holiday Raya Cina! Bertambah busy schedule Cik Timm. Boss janji yang Cik Timm akan balik ke outlet lama sebelum raya cina. Hmm, tapi janji tinggal janji. Fuh, seminggu sibuk sepanjang raya cina tu, customer sentiasa ramai non-stop. Nama pun tempat pelancongan, memang agak ramai dengan pengunjung. Untuk hilangkan stress, Cik Timm ke Ulu Legong, Baling dengan membonceng moto kapcai tu je bemalam di sana. Memang best, nanti Cik Timm share. 
MAC-APRIL



Cik Timm ke Kuala Lumpur untuk training. Kira sebelum ni Cik Timm kerja belum ada official training lagi. Semuanya superior yang ajar. Kali ni training selama 2 bulan. Belajar balik semua management dan juga SOP yang betul. Dekat sini Cik Timm stay di Subang Jaya. Dekat je dengan Main Place Mall dan juga One City Mall. Seronok stay Subang sebab umat manusia tak terlalu ramai macam di KL tu. Kalau sini naik LRT nak tidur baring dalam koc pun orang tak marah sebab memang tak ramai langsung. 
Bayangkan dalam masa 2 bulan ni kita nak masukkan semua benda dalam kepala. Memang sangat struggle. Bayangkan kelas dalam 2-3 hari, lepas tu praktikal di outlet dalam seminggu, selepas tu exam. Itulah rutin kami setiap minggu. Kelas-praktikal-exam. Kelas-praktikal-exam. Letih tu kalau balik je tidur, time cuti pun baru rasa jadi manusia. Lagi satu nak hilangkan stress adalah bersosial media dengan phone. Tapi mungkin ada orang yang tak faham dengan cara kita ni anggap kita mengabaikan orang lain. Kalau siapa yang kenal Cik Timm mungkin tahu yang Cik Timm jenis tak akan upload gambar yang on-the-spot sebab kalau perasan Cik Timm punya IG ada feed sendiri. Kadang-kadang gambar yang throwback, jadi orang nampak Cik Timm ni seronok & banyak sangat free time. Diorang tak tahu time kita tengah dok upload gambar syok-syok, realitinya tengah dok struggle exam! Akhirnya relationship Cik Timm dengan seseorang selama setahun dah pun musnah hancur di tengah jalan. Thank you so much yer..(sedangkan Cik Timm dah nak balik dari training lagi seminggu)..
Alhamdulillah, sekarang dah balik ke Pulau Pinang dan sudah memulakan tugas di outlet. Cabaran sekarang? Cik Timm baru seminggu masuk, audit masuk pulak. Walaupun result masih gagal, tapi managed untuk tinggikan markah dari 54% ke 72%. Puhh, balik tu terus sujud syukur! 

Itu sahaja cerita yang nak dibebelkan sepanjang tak berblog selama 5 bulan ni. Thanks semua yang masih support Cik Timm. Love ya!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com