Sunday, April 20, 2014

Melayang 150

Punya lama aku tak keluaq shopping. Hari Jumaat lepas Sarawak cuti untuk Good Friday. Dapatlah keluaq ke Summer Mall untuk tebus Baucer Buku di Smart Book Shop..
Konon tak tau nak beli apa, konon nak habiskan RM50 ja, tengok-tengok RM150 jugak dah guna. Lebih RM100 lagi nak bawa balik semenanjung. Nak shopping dengan abang cik. Nak beli buku resipi!



Stationary aku beli dalam RM20. Buku pulak aku beli buku berkenaan SEO, konon nak serius berblogginglah ni. Novel pulak 3 buah, semua cerita heroinnya tomboy aka kasar. Boring asyik tengok cerita heroin lembik, asyik kena buli. Macam tak thrill kalau nak baca.
Pastu ada 1 buku motivasi yang berjaya membuat tangan aku nak ambik..



Kepada kawan-kawan yang ada Baucer, apa yang hampa beli?

Happy Weekend Guys

posted from Bloggeroid

Read More

Wednesday, April 16, 2014

Cara Mengira Pembayaran Balik PTPTN


Anda sekarang di final semester? Pening nak kira berapa jumlah yang perlu dibayar setiap bulan?
  1. Masuk portal --> PTPTN 
  2. Klik --> Pembiayaan Pendidikan
  3. Scrol dibawah yang banyak-banyak tu, klik --> Kalkulator
  4. Isikan Kotak 1 dengan jumlah pinjaman PTPTN, contohnya aku dapat pinjaman RM21 000, Kotak 2 dengan berapa bulan tempoh nak bayar, contohnya kalau nak bayar dalam masa 5 tahun = 60 bulan, Kotak 3 dengan 1%, Kotak 4 dengan tarikh mula nak bayar PTPTN. Last sekali klik --> Bina Jadual

Carta jadual untuk kita bayar setiap bulan akan keluar. Nanti bolehlah cetak tampal depan cermin! Boleh tengok hari-hari sampai juling mata tu. Sekurang-kurangnya ada pembakar semangat untuk cepat-cepat cari kerja untuk bayar PTPTN ni.

Selamat Mencuba!
Read More

Monday, April 14, 2014

Cuti Semester Berakhir..


Cuti seminggu mid-semester dah habis. Minggu ni kena on mood study balik. 

Nak tau apa aktiviti cuti aku minggu lepas?


Latihan Berterusan untuk PALAPES UDARA Unimas. Mesti confius bila tengok baju aku macam polis punya kan? Ni baju celoreng untuk TUDM sebenarnya..

Muka tak payah nak mention, memang hitam macam orang N---O. Aku ni dah la susah nak putih balik, mau berbulan baru hilang. Nasiblah, elaun punya pasal, sebab tu aku sanggup join. Masalahnya elaun semester lepas pun tak nampak rupa lagi. Acaner tu..

Dalam wallet ada RM3 ja, apa ja boleh buat dengan 3 hengget tu..

STRESS!!
Read More

Sunday, April 06, 2014

10 Sebab Kenapa Aku Berblogging


1. Mengisi masa lapang yang boring.

2. Sebagai memori aku sepanjang aku merantau di Sarawak semenjak usia aku 19 tahun.

3. Bahan rujukan aku kalau terlupa tarikh-tarikh penting.

4. Untuk berkongsi ilmu pengetahuan, tips, dan kisah hidup aku sepanjang 4 tahun aku berblogging.

5. Untuk menambah kenalan di dalam dunia maya.

6. Sebagai medium untuk aku luahkan apa yang terpendam dalam otak melalui penulisan.

7. Sebagai diari online sebab sebelum ni aku ada diari bertulis sendiri sejak aku masuk sekolah                 menengah.

8. Sebagai report untuk family aku di semenanjung untuk apa aktiviti yang aku buat di sini. Hehehe..

9. Trend sekarang yang semua orang pun ada blog!

10. Anda pulak macam mana? Kenapa hampa semua berblogging? Cer kongsi..
Read More

Saturday, April 05, 2014

April 2014


Sedar tak sedar, kita dah masuk bulan April 2014. Girang sungguh hati aku sebab tak lama dah aku nak duduk Sarawak ni. Mid-semester exam pun aku dah lepas dua paper. Tinggal satu lagi paper. Aku agak pelik dengan exam semester ni. Mana taknya, exam Technology Multimedia kami sendiri kena sediakan 1 A4 Paper + 2 batang pen berlainan warna. Soalan objektif tu kami jawab berpandukan soalan di skrin je. Duduk pun sebelah-menyebelah. Memang sokseksoksek la jawabnya.

Exam Environmental Impact Assessment pulak rasanya macam aku jawab dalam setengah jam ja. Sedangkan masa peperiksaan 1 jam. Dahlah jawapan semua bertulis, duduk pun sebelah menyebelah sebab Bilik Seminar tu memang tak celuih kalau nak buat jarak atau selang. Lecturer tengah kalut nak pi airport sebab kena pi Bintulu. Lawak la Prof Gab ni..

Apa lagi nak merapu dalam ni? Ha! Minggu ni aku kerja makan ja non-stop. Dah macam perempuan mengandung yang mengidam.
Minggu ni berjaya melantak laksa, burger chicken cheese, mee sup daging, bandung jagung, sirap bandung, blablabla..

Tengok kalendar baru sedaq, next week aku on time ABC*. Patut lah..blogger-blogger wanita di luaq sana mempunyai masalah yang sama ke kalau nak ABC..??
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com