Entry resipi lagi nampak gayanya. Biskut ini dibuat pada sambutan Hari Raya Haji yang lepas. Dan biskut ini adalah resipi baru yang dapat dari buku My Resipi*abang yang dapatkan resipi.
Nama yang sebenar adalah biskut coklat chip, tapi disebabkan sekali bite seriously rasanya sebijik macam Chipsmore Butterscotch. Jadi, kepada penggemar chipsmore bolehlah try DIY sendiri.
Bahan-bahan:
310 gm tepung gandum
1 1/2 sdt serbuk penaik
1 sudu kecil garam
1/2 sdt soda bikarbonat225 gm mentega
150 gm gula kastor
150 gm gula perang
340 gm coklat cip
2 biji telur
1 sudu esen vanila
Cara-caranya:
1. Gaulkan tepung gandum + garam + serbuk penaik + coklat cip.
2. Dalam mangkuk lain, putar mentega + gula kastor + gula perang sehingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila, pukul sebati.
4. Gaul adunan dengan bahan 1 tadi dengan spatula.
5. Sudukan adunan comel-comel dan jarakkan antara biskut kerana dia akan mengembang.
6. Panaskan ketuhar selama 15 minit, 175C sebelum membakar biskut tadi. Bakar biskut sehingga keperang-perangan.
Nampak kan betapa besaqnya biskut tadi. Walaupun secoit adunan untuk dibakar, apabila dah masak, nahaunya besaq jadinya. *apa bahasa yang aku guna ni
Selamat mencuba. Sekurang-kurangnya, selepas ini tak adalah nak ambil bungkusan chipsmore sewaktu ke pasaraya. Dah la mahal, ada beberapa keping sahaja. Dengan adunan ini, satu balang besar boleh dapat tau. Kalau rasa macam tak larat nak membakar banyak-banyak, bolehlah bahan-bahan tu dibahagi dua, jadilah setengah adunan.
Dah last-last adunan, mulalah pemalas nak cedok-cedok adunan. Jadilah gini..
Sedap pulak buat besaq-besaq, crunchy diluar, lembut didalam.
p/s: banyak pulak entry resipi bulan ini..apa pasai pun tak tau..
buat sendiri lbh jimat dan buatnya pun senang tapi blm habis penat buat dah licin ! ... huhuhuuu
ReplyDeletehehe, biasalah kak..tau xpa..sampai kna sorok lah..
DeleteMenarik nie... Boleh buat bisnes ;)
ReplyDeletebisnes eh..cdangan yg mnarik tu..hehe..
Deletenampak macam biskut kat subway la..sedap :)
ReplyDeleteow, yeke..timm xpenh pulak try biskut kt subway..
Deletesedapnyer...
ReplyDeleteteringat subway.. everytime saya order memang tak miss nak dapatkan double choc dia. memang sedap!
ReplyDeleteKita cukup suka dengn chipsmore...tapi tak pernah buat sendiri lagi..nanti boleh cuba...
ReplyDeleteSedapppp ;D
ReplyDeletew'slm..coklat kan mmg kegemaran rmai..yum3^^
ReplyDeleteDah pernah rasa, memang rasanya macam biskut chipsmore tu..
ReplyDeleteBetter kita buat sendiri kan, lagi puas hati.
Kena test ni..
ReplyDeleteAda pula chipsmore tiruan ek.. Hehe.. Nice resepi..
ReplyDeleteassalamualaikum timm...mesti sedap kn...;)
ReplyDeletewow, nampak sedap. nak bookmark dulu la, nanti raya tahun depan nak cuba. hehe.
ReplyDeletetengok omputih dok buat semua besaq2 biskut camni. sekali makan pun puas.
ishh..rajin nya..sis M Ni pemalas..rajin mkn je huhuhu
ReplyDelete